Anda di halaman 1dari 5

Konsep Pentaksiran, Pengujian Dan

Penilaian.
Written by Super User. Posted in TUTORIAL

Joomla
Joomla

Wordpress
Wordpress
1.0

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, DAN PENILAIAN ( 3P )

1.1

PENTAKSIRAN
Definisi
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan makumat dan seterusnya membuat penghakiman serta
pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan
satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran
seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara
berterusan.

Tujuan Pentaksiran
1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran
4. Memperbaiki pengajaran-pembelajaran

Aspek-aspek Pentaksiran
1.Instrumen
2.Kumpulan yang ditaksir

3.Respon
4.Kumpulan yang menaksir
5. Skor

1.2

PENGUJIAN
Definisi
Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, pengujian didefinisikan sebagai pengujian perihal menguji,
pemeriksaan. Menurut Nitko (2004 ), pengujian merupakan prosedur bersistem yang menggunakan
instrumen untuk mencerap dan memperlihatkan ciri pelajar dengan menggunakan skala numerikal atau
skema pengelasan .
Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan carayang sistematik. Ia juga
satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu,
sebelum, semasa dan selepassesuatu pengajaran. Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur
pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis.

Tujuan Pengujian
Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian
dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set
instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan
seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970), Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan
atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu
sistem yang berkategori.
Menurut Raminah ( 1991), Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan
diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang
diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran
ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru
mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin
disampaikan guru.

1.3

PENILAIAN
Definisi
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat
pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat
pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Tujuan Penilaian
1.

Diagnosis

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru
tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu,
penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar
dalampembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada
tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan
langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas,
yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru
juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih
bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama
dan sebagainya.
Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan
kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan
memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai
masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya
pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan
digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya
masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus
menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.
2.

Pencapaian

Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat
tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin
disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian;contohnya pada
akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred
pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan
tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.
Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti
cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan
seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk
tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.
3.

Pemilihan dan Penempatan

Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau
sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang
hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli
bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai,
seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat
keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan
tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka
mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran
mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk
memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar
mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains
memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.
4.

Bimbingan dan Kaunseling

Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang
memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat
intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar
disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan
seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat
intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti
dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Selain itu, penilaian bertujuan untuk :


1.

Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan murid.

2.

Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang murid


dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas lain.

3.

Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan


pencapaian dalam subjek lain.

4.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah


keupayaannya dan lemah pencapaiannya.

5.

Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi


pelajar yang berkenaan.

6.

Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat


pelajar terhadap pembelajaran.

7.

Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah


pengajaran mereka.

Bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian,
pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru,
kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama
pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran hasil daripada aktiviti
pentaksiran, pengujian dan penilaian yang baik juga bukan sahaja memberikan satu kejayaan kepada guru
malah kepada pelajar-pelajar yang diajar. Oleh yang demikaian, konsep-konsep ini perlulah diaplikasikan
atau dipraktikan dengan sebaiknya oleh guru-guru di sekolah rendah.

1.4

Bagaimana Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Dipraktikan Di Sekolah Rendah.


Dalam proses pembelajaran di sekolah rendah, konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian (3 P ) telah
dipraktikan secara meluas. Antaranya untuk mengukur dan mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang murid dalam sesuatu kemahiran seperti mengukur pencapaian murid dalam menguasai
kemahiran bertutur dalam pelbagai situasi melalui Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah ( PLBS ) dan
mengukur keupayaan murid dalam penguasaan asas membaca dan menulis melalui program KIA2M. Dalam
hal ini, penguasaan murid dalam kemahiran tertentu ditaksir menggunakan instrument pentaksiran yang
disediakan oleh guru sendiri. Hasil dapatan dari pentaksiran tersebut akan dijadikan sebagai penanda aras
untuk aktiviti pembelajaran seterusnya. Kini, murid Tahap 1 turut diuji dalam saringan LINUS (Literasi dan
Numerasi) dan PROTIM merupakan saringan kemahiran untuk Tahap 2.
Dua jenis pengujian yang dijalankan di sekolah rendah iaitu pengujian secara formatif dan pengujian
sumatif.
Pengujian fomatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada
guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada
tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Ujian formatif adalah penting untuk menentukan
sesuatu kemahiran atau tajuk pembelajaran itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan.
Contoh ujian formatif ialah menerusi Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) dan ujian yang guru
beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.
Kini, murid dinilai secara berterusan menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Sementara pengujian sumatif ialah ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid
dalam tempoh tertentu persekolahan.Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian
murid untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian.. Ujian
sumatif juga digunakan untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan awam
seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR).
Penilaian di sekolah rendah dijalankan menerusi Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) yang
bertujuan untuk mengesan kemajuan murid secara berterusan agar dapat memastikan jenis tindakan
susulan yang perlu diambil keatas seseorang murid sama ada untuk menjalankan pemulihan atau
pengayaan. Peranan guru ialah menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang
ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan. Contohnya aspek berbahasa dalam Bahasa Melayu,
mengira dalam Matematik dan kemahiran proses sains dalam Sains.

Anda mungkin juga menyukai