Anda di halaman 1dari 2

Pandangan sepintas lalu: Seni dalam pendidikan

(seni itu seiring dengan kemajuan teknologi)


Tertarik dengan sebuah artikel yang baru saya baca semalam, hati saya terdetik pula untuk
menulis mengenainya. Walaupun ringkas tetapi cukup mudah untuk dijadikan contoh mengenai
seni dan kedudukannya di dalam kemajuan sains dan teknologi sekarang. Ini pandangan peribadi
dan interpretasi saya dan terserah kepada kebijaksanaan masing-masing menilai. Sekadar
berkongsi ilmu yang baru saya baca.
Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, seni dalam pendidikan dapat
membantu menangani kemajuan yang kian pesat membangun. Sebagai
contoh, walaupun kita mempunyai gajet-gajet canggih seperti Ipad, Ipod,
Iphone, Samsung Galaxy Note, Tab, [HTC] dan sebagainya tetapi
kecanggihan ini masih memerlukan aksesori untuk kesempurnaan. Dalam erti
kata lin, gajet-gajet ini juga mempunyai pelbagai pilihan warna yang
merupakan unsur utama dalam unsur-unsur seni asas seni reka, Maka dengan
itu, jelaslah bahawa seni bukanlah jumud atau mundur malah seiring dengan
kemajuan teknologi hari ini sehingga mampu mengoptimumkan
pembelajaran murid-murid sekolah.
(Andy Hadzan, 2014:8)

Jika ditambah selain seni reka, aplikasi-aplikasi yang dimuat turun dan direka juga
memerlukan seni muzik atau kesan bunyi untuk melengkapkannya. Tanpa muzik, bunyi dan
aneka warna sudah pasti pengguna seperti kita tidak berasa seronok malah berasa bosan. Begitu
juga seni pergerakan, bagaimana aplikasi-aplikasi yang dicipta memerlukan teknik gerak sesuai
dengan irama, bunyi, bentuk untuk daya tarikan agar aplikasi dimuat turun oleh ramai pengguna.
Seni lagu, seni visual, seni drama, seni bina, seni fotografi, dan banyak lagi unsur-unsur seni
sastera diperlukan untuk kesempurnaan aplikasi-aplikasi canggih ini. Jadi, kecanggihan ini
sebenarnya memerlukan seni untuk menyempurnakan dan melengkapkannya. Kemajuan
teknologi dan seni saling melengkapi. Contoh ringkas di atas cukup jelas untuk memperlihatkan
kedudukan seni itu sama taraf malah seiring dengan kemajuan sains dan teknologi sekarang.
Seringkali kita mendengar seni itu dilabelkan mundur, terkebelakang, ketinggalan zaman malah
tidak memainkan peranan dalam kemajuan teknologi kita pada masa ini. Mungkin kita tidak

menyedarinya kerana yang nyata di mata kita adalah kemajuan sains, dan seni pula sering tersirat
dan tidak terlihat oleh mata kasar kita.
Kecanggihan yang kita miliki sekarang merupakan kreativiti seseorang dalam
memasukkan unsur-unsur seni secara terancang dan sistematik cuma penggunaan perkataan
seni itu tidak meluas digunakan. Akhirnya kita menganggap kemajuan yang ada ini adalah
sains semata-mata tanpa memandang sains dan seni itu saling memerlukan. Kita perlu
menajamkan lagi persepsi kita tentang seni kerana melalui seni, kita sebenarnya menggunakan
semua panca indera kita. Bagaimana kita cuba menguasai dan mendalami satu-satu aplikasi
dengan sebaiknya, kita menajamkan persepsi, imaginasi dan pemahaman kita tanpa kita sedari.
Aplikasi-aplikasi yang dimuat turun berperanan untuk mengembangkan daya kreativiti, persepsi
dan imaginasi kita dan aplikasi yang berbentuk pendidikan membantu kanak-kanak belajar lebih
berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak dalam memahami satu
konsep atau idea dengan lebih jelas. Penggunaan unsur-unsur seni banyak mewarnai aplikasiaplikasi sekarang malah kanak-kanak sudah pandai memilih aplikasi mereka sendiri. Ini kerana
aplikasi-aplikasi yang dipilih menghidangkan pelbagai daya tarikan dari segi warna, bunyi,
visual, bentuk malah hiasan yang seronok. Seni visual yang ada di dalam aplikasi-aplikasi yang
kita muat turun seterusnys kita simpan di dalam gajet kita, menyediakan aktiviti untuk kemahiran
mencorak, membentuk, melukis dan menggambar, mereka dan membuat binaan. Ini berperanan
mengembangkan kemahiran kognitif, bakat dan kreativiti kita. Begitu juga dengan aplikasi yang
memuatkan banyak unsur muzik dan bunyi, membolehkan kita mengenal lagu berdasarkan
melodinya, melakukan gerakan mengikut rentak lagu, malah melatih kita mahir menggunakan
alat muzik dan belajar tanpa perlu menghadiri kelas muzik. Semua ini menimbulkan
keseronokan pada kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu pengetahuan baru walaupun ianya
berupa permainan dan hiburan, namun proses pembelajaran sedang berjalan tanpa kita sedari.
Seni boleh mempengaruhi individu dalam membina tingkah laku dan jelaslah bahawa seni dapat
menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai