Anda di halaman 1dari 28

Penyelidikan Tindakan

Tajuk: Huruf Dua Dimensi (HDD) Meningkatkan Kemahiran Murid Menulis Huruf
Konsonan b,d, h, k, t, g, j dan y Dengan Tulisan Kemas Dan Betul

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan. Seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahagian IV bahasa
kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan. Sejajar dengan Akta
Pendidikan, maka bahasa Melayu menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di
peringkat sekolah rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2003).
Pada tahun 2011, KPM telah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) sebagai kurikulum pendidikan negara. KSSR digubal dengan tujuan untuk memenuhi
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
(SKBM) dibina berasaskan enam tunjang iaitu keterampilan diri, kemanusiaan,
perkembangan fizikal dan estetika, komunikasi, kerohanian sikap dan nilai serta sains dan
teknologi bagi digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu,
SKBM membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai
dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan seharian.
KSSR menggunakan pendekatan modular melalui lima modul iaitu kemahiran
mendengar bertutur, membaca, menulis, seni bahasa dan tatabahasa. Modul kemahiran
menulis memfokuskan kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.Penekanan perlu
diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas dan kemas (KPM, 2012).
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), menulis ialah mencatat kata-kata
dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, pensel dan lain-lain. Malahan, menulis juga
didefinisikan sebagai melahirkan perasaan yakni fikiran lain dengan catatan huruf, membuat
surat dan mengarang.
Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Malaysia (BM) atau Bahasa Inggeris (BI) di
sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan
1|

Penyelidikan Tindakan
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Setiap murid perlu menguasai ketigatiga kemahiran untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran secara berterusan.
Marohaini (2004) menyatakan bahawa tujuan utama pengajaran kemahiran menulis
ialah melahirkan pelajar-pelajar yang mampu menyampaikan apa yang tersirat dalam
pemikiran mereka kepada khalayak pembaca yang dituju dan menepati hasrat yang ingin
disampaikan. Jika seseorang individu tidak menguasai kemahiran menulis dengan baik,
kemungkinan apa yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak dapat dicernakan dengan
baik. Setiap indivividu perlu menguasai kemahiran menulis dengan baik kerana kemahiran
menulis adalah satu kemahiran yang penting dalam kehidupan. Sabda Rasulullah yang
bermaksud:

Hak anak atas ibu bapanya adalah diajar menulis, berenang dan memanah serta
memberikan makanan yang betul
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal


dan disalurkan secara bersistematik iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa,
audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan
suatu kemahiran yang menjadi asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi
dalam kemahiran membaca dan menulis dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran
murid dalam Bahasa Malaysia dan mata pelajaran tertentu (Yahya, 2005).

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Pada 27 Januari 2014 hingga 25 April 2014 lalu, saya telah menjalani praktikum
selama tiga bulan di sebuah sekolah di Klang, Selangor. Sepanjang menjalani praktikum,
saya selaku guru pelatih major Bahasa Melayu (BM) telah diberikan kelas 1 Arif untuk
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan 1 Bestari untuk mata pelajaran Kesusasteraan
dan Persuratan Melayu.
Sepanjang beberapa minggu mengajar, saya telah membuat pemerhatian secara rawak
terhadap murid dalam kelas 1 Arif. Aspek yang diperhatikan ialah tingkah laku dan
penguasaan kemahiran menulis murid. Hasil pemerhatian, didapati murid tidak menumpukan

2|

Penyelidikan Tindakan
perhatian terhadap pengajaran dengan baik. Malahan, murid juga gemar menganggu rakan
sekelas yang lain ketika aktiviti menulis dijalankan.
Sebelum memulakan sesi PdP di kelas 1 Arif, saya telah menjalankan aktiviti
berkaitan kemahiran menulis. Saya telah menguji kefahaman murid dengan menulis huruf
pada papan putih menggunakan garis empat. Saya bertanya kepada murid tentang kesalahan
yang saya lakukan dan murid dapat memperbetulkan kesalahan yang sengaja dibuat.
Kemudian, aktiviti yang

kedua pula murid perlu lakukan secara berkumpulan iaitu

menampal huruf mengikut garisan yang sesuai pada kertas keras yang telah diberikan.
Namun, ada beberapa orang murid yang tidak dapat menampal huruf pada garis empat
dengan betul. Murid menampal huruf g pada garisan merah yang pertama hingga garisan
biru kedua.
Setelah selesai aktiviti menampal, saya membuat aktiviti pengukuhan kepada murid
dengan mengedarkan kertas garis empat kepada setiap individu. Murid perlu menulis
perkataan yang disebut oleh saya dengan tulisan betul dan kemas pada kertas garis empat
yang telah diedarkan. Namun, kesalahan yang sama tetap berlaku walaupun saya telah
memberikan penerangan dan cara menulis huruf pada kertas garis empat yang disediakan.
Pada sesi pengajaran yang berikutnya, saya telah membuat pengajaran secara individu
kepada murid. Saya memberikan penerangan berserta contoh cara menulis yang betul kepada
murid, namun murid tersebut tidak mengambil perhatian dan lebih suka memandang sekitar
kelas. Semasa menulis, murid masih tidak dapat menggunakan buku garis empat dengan
betul. Sebagai contoh murid akan menulis huruf k dan l dalam garisan biru sahaja.
Setelah murid-murid menjalani ujian sumatif 1, saya telah menyemak kertas jawapan
mereka. Kebanyakan mereka menulis jawapan yang betul. Walau bagaimanapun, didapati
tulisan murid agak tidak kemas dan sukar untuk difahami. Hal ini menyebabkan mereka
memperolehi markah yang rendah. Antara kesalahan yang ketara adalah murid keliru antara
huruf b dan d.
Bagi mengukuhkan lagi pemerhatian saya terhadap murid kelas 1 Arif, saya telah
melaksanakan temu bual bersama dengan guru BM yang mengajar murid tahun 1 Arif
mengenai tahap penguasaan kemahiran menulis mereka. Melalui temu bual yang dijalankan,
jelaslah bahawa beberapa orang murid memang lemah dalam menulis huruf b, d, p, q, g dan y
dengan betul dan kemas. Guru tersebut juga menyatakan ada beberapa kesalahan yang sering
dilakukan oleh murid. Antaranya ialah menulis dengan tulisan besar hingga melebihi garisan
dan ada juga yang menulis dengan saiz yang terlalu kecil hingga sukar dibaca.

3|

Penyelidikan Tindakan
Setelah melakukan permerhatian, analisis dokumen dan temu bual bersama dengan
guru kelas, saya mendapati bahawa murid tersebut perlu dibantu bagi mengatasi masalah
menulis tidak betul dan kemas. Masalah ini perlu diatasi agar murid dapat mengikuti sesi PdP
dengan lebih baik dan dapat mencapai tahap penguasaan kemahiran menulis dengan betul dan
kemas. Langkah ini perlu agar murid dapat melahirkan idea-idea yang hebat melalui tulisan
yang baik pada masa akan datang.
Oleh itu, saya berasa bahawa kajian perlu dijalankan bagi memperbaiki situasi ini.
Saya membuat keputusan untuk menjadikan masalah menulis huruf betul dan kemas sebagai
subjek kajian. Saya akan memberikan tumpuan kepada huruf b, d, h, k, t, g, p dan y. Hal ini
demikian kerana kebanyakan murid masih keliru dengan cara huruf-huruf tersebut ditulis.
Saya akan menggunakan Huruf Dua Dimensi (HDD) sebagai bahan bantu mengajar bagi
meningkatkan kemahiran menulis huruf b, d, h, k, t, g, p dan y betul dan kemas murid.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan


Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk membolehkan murid menguasai
kemahiran asas bertutur, membaca, dan menulis dalam bahasa pengantar masing-masing.
Malahan, matlamat ini dibina agar murid dapat menguasai kemahiran belajar berlandaskan
kemahiran asas. Oleh itu, murid perlulah menguasai kemahiran menulis dengan kemas
dahulu agar murid dapat menginterpretasi idea dalam tulisan yang lebih ilmiah.
Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 ada menyatakan bahawa perlu
penegasan dalam penguasaan kemahiran asas sebagai elemen utama dalam pengajaran dan
pembelajaran. Begitu juga dengan perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) yang
telah mengkaji perlaksanaan dasar kerajaan yang menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran
telah mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan peringkat rendah bercorak
pendidikan asas dengan memberi penegasan kepada kemahiran menulis, membaca dan
mengira (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).
Menurut teori Pelaziman Pavlov (1962) aktiviti yang dilakukan secara berulang kali
akan menyebabkan kanak-kanak menerima rangsangan dan pembelajaran yang disampaikan
oleh guru. Membuat latih tubi merupakan satu latihan yang bersesuaian dengan teori ini.
Melalui latihan latih tubi, kanak-kanak akan mengingati dan memahami apa yang dipelajari
(Mahani, Ramlan & Shahbudin, 2003).
Oleh itu, saya bercadang untuk menggunakan konsep latih tubi dalam membantu
mengatasi masalah kemahiran menulis murid. Saya akan menggunakan Huruf Dua Dimensi
4|

Penyelidikan Tindakan
(HDD) sebagai bahan bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk
menunjukkan bagaimana cara menulis huruf dengan betul dan kemas. Saya berharap agar
penggunaan HDD ini dapat membantu murid menulis huruf dengan betul dan kemas,
seterusnya menimbulkan minat untuk menulis dalam kalangan murid.

2.0

FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian


Berdasarkan kepada pemerhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, saya telah dapat mengesan beberapa kelemahan yang dihadapi oleh murid kelas
1 Arif. Walau bagaimanapun, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada masalah kemahiran
menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas sahaja. Jika masalah ini
berterusan, ini akan melibatkan kemahiran yang lain seperti menyebut perkataan mengikut
sebutan yang baku. Malah, masalah ini akan menjejaskan pencapaian murid dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia terutama penguasaan mereka dalam kemahiran menulis.
Masalah ini perlu diatasi segera agar murid tidak ketinggalan dalam mengikuti sesi
PdP yang dijalankan oleh guru. Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang perlu
dikuasai dengan baik oleh setiap individu. Murid akan dapat menghasilkan idea dan bahan
ilmiah yang baik sekiranya dapat menguasai kemahiran menulis pada masa akan datang.
2.2 Tinjauan masalah

Berdasarkan kepada refleksi PdP yang lalu, saya mendapati bahawa murid-murid
tidak dapat menulis tulisan betul dan kemas dengan baik walaupun telah diajar secara
individu dan kumpulan. Oleh itu, sebelum langkah seterusnya diambil, saya melaksanakan
tinjauan masalah dengan menggunakan beberapa alat kajian bagi membuktikan kewujudan
masalah ini. Tinjauan masalah dilakukan dengan menggunakan tiga alat kajian iaitu
pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Jadual 1 menunjukkan alat kajian yang
digunakan dalam tinjauan masalah.

5|

Penyelidikan Tindakan
Jadual 1: Alat Kajian Yang Digunakan Dalam Tinjauan Masalah
BIL
1.

ALAT KAJIAN
Pemerhatian

2.

Analisis Dokumen

3.

Temu bual

CARA PELAKSANAAN
Guru memerhatikan tingkah
laku murid ketika melakukan
latihan kemahiran menulis.
Guru meneliti buku tulis dan
hasil kerja murid.
Temu bual dijalankan bersama
dengan guru yang mengajar
murid tahun 1 Arif.

TUJUAN
Bertujuan untuk mendapatkan
maklumat data secara terus dan
semula jadi.
Bertujuan untuk mengesahkan
data pemerhatian dan temu bual
melalui bukti yang kukuh.
Bertujuan untuk mendapatkan
maklumat secara terperinci.

i. Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan terhadap aktiviti penulisan murid sepanjang sesi PdP
dilaksanakan. Bagi memudahkan pemerhatian dilakukan, saya telah menyediakan senarai
semak pemerhatian berstruktur. Senarai semak ini menyenaraikan cara menulis huruf dengan
betul dan kemas. Jika murid menulis dengan betul dan kemas, saya akan menandakan (/)
dalam ruang ya begitu juga sebaliknya. Di bahagian catatan pula, saya akan mencatat tingkah
laku murid ketika menulis.
Pemerhatian berstuktur ini telah dilakukan terhadap murid tahun 1 Arif. Tujuan
pemerhatian berstruktur ini adalah memerhatikan tahap penguasaan murid menulis huruf
mengikut langkah yang betul. Jadual 2 ialah senarai semak pemerhatian berstruktur yang
digunakan dalam penyelidikan ini.

Jadual 2 :Senarai Semak Permerhatian Berstruktur


Bil.

CARA MENULIS HURUF KONSONAN


1.

3.

4.

CATATAN

2.

PENILAIAN
Ya
Tidak

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke


bawah l
Membuat bentuk lengkung

Membuat bentuk lengkung c


Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke
bawah l

Membuat bentuk lengkung c


Membuat garis J

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke


bawah l
Membuat separuh lengkung

6|

Penyelidikan Tindakan
5.

6.

Membuat garis J
Membuat titik .

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke


bawah l
Membuat garis <

7.

8.

9.

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke


bawah l
Membuat bentuk lengkung

Membuat bentuk lengkung c


Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke
bawah

Garis menegak dengan pergerakan dari atas ke


bawah l
Garis melintang dengan pergerak dari kiri ke
kanan -

Membuat lengkung u
Membuat garis J

10. y

ii. Analisis Dokumen


Analisis dokumen pula telah dilakukan ke atas buku latihan murid. Saya telah
menetapkan beberapa aspek yang perlu dinilai dalam buku latihan murid. Antaranya ialah
menulis huruf kecil dalam garisan yang sepatutnya serta menulis huruf dengan betul dan
kemas. Analisis dokumen ini digunakan untuk mengenal pasti masalah yang timbul
seterusnya mengesahkan data yang diperolehi menerusi pemerhatian yang telah dijalankan.

iii. Temu bual


Temu bual juga digunakan untuk mengesahkan data yang telah dikumpul melalui
pemerhatian

dan

analisis

dokumen.

soalan-soalan berbentuk terbuka kepada guru

Saya

telah

mengemukakan

BM yang mengajar murid tahun 1 Arif

(dinamakan sebagai Guru A) untuk melihat kelemahan yang ada pada diri murid dari aspek
kemahiran menulis.

Temu bual boleh dijalankan secara berstruktur, separa berstruktur dan tidak
berstruktur (Gay & Airasian, 2000). Dalam kajian ini, saya telah melakukan temu bual tidak
7|

Penyelidikan Tindakan
berstruktur, saya bebas merangka soalan dan guru juga bebas memberi jawapan. Saya
menggunakan alat kajian ini bagi melihat ketelusan masalah yang dihadapi oleh murid.
Sebelum menjalankan temu bual, penyelidik telah menyediakan soalan temu bual terlebih
dahulu. Jadual 3 ialah soalan temu bual yang akan diajukan kepada Guru A.

Jadual 3: Soalan Temu Bual Dengan Guru A


BIL SOALAN dan JAWAPAN
1.
S: Berapa lama pengalaman puan mengajar murid tahun
1?
2.
S: Bagaimanakah puan melihat prestasi murid dalam
kemahiran menulis betul dan kemas?
3.
S: Kebiasaannya huruf apa yang tidak dapat ditulis oleh
murid tahun 1?
4.
S: Berapakah bilangan murid yang mengalami masalah
ini?

REFLEKSI SAYA

Penggunaan ketiga-tiga alat kajian ini akan memberikan gambaran yang paling tepat
serta dapat membuktikan masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran menulis betul
dan kemas.
2.3 Analisis Masalah
i. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian berstruktur terhadap murid tahun 1 Arif. Saya
menggunakan borang senarai semak semasa pemerhatian berlangsung. Aspek yang ada dalam
borang senarai semak adalah cara permulaan huruf yang ditulis oleh murid (Jadual 2).

Jadual 4: Hasil Pemerhatian Ke Atas Aktiviti Menulis


Responden

Bilangan huruf (huruf b, d,

Bilangan huruf yang

Peratus bilangan

h, k, t, g, j, q, p, y)

ditulis dengan kemas

huruf yang ditulis


dengan kemas (%)

Murid 1

10

30%

Murid 2

10

30%

Murid 3

10

20%

Murid 4

10

30%

Murid 5

10

40%

Murid 6

10

40%

Murid 7

10

20%
8|

Penyelidikan Tindakan
Murid 8

10

20%

Murid 9

10

40%

Murid 10

10

20%

Jadual di atas menunjukkan hasil analisis pemerhatian terperinci yang dilakukan


terhadap 10 orang murid. Kebanyakan murid mendapat 40% dan ke bawah. Murid 1, 2 dan 4
mendapat 30% dan hanya menulis tiga daripada sepuluh huruf yang sepatutnya ditulis dengan
betul dan kemas. Murid 5, 6 dan 9 pula memperoleh 40 % dan dapat menulis empat sahaja
huruf dengan betul dan kemas. Manakala, Murid 3, 7, 8 dan 10 hanya memperoleh peratus
paling rendah iaitu 20%.

ii. Analisis Dokumen


Saya telah menjalankan analisis dokumen berdasarkan ujian yang diberi kepada
murid. Jadual 1 merupakan salah satu contoh hasil tulisan murid yang termasuk dalam
kalangan 10 yang lemah di atas.

Rajah 1: Contoh Hasil Tulisan Murid


Melalui analisis dokumen, saya mendapati bahawa 10 orang murid memang tidak
dapat menguasai menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas. Jika
9|

Penyelidikan Tindakan
diteliti dengan betul, huruf yang paling kerap tidak dapat ditulis dengan baik ialah huruf b, d,
p, g, y dan q. Murid sering keliru menulis antara huruf b dan d serta p dan q.

Selain itu, murid juga menulis huruf dengan terlalu dekat dan kecil. Malahan, empat
orang murid mengambil masa yang lama untuk menulis kerana berusaha untuk mengingat
huruf yang perlu ditulis. Tiga orang murid yang lain pula tidak menulis dalam garis empat
yang sedia ada. Selebihnya, murid akan menulis huruf besar walaupun bukan pangkal
perkataan.

iii. Temu bual


Saya telah menjalankan temu bual bersama dengan guru kelas murid tahun 1. Jadual 5
ialah hasil temu bual kami.
Jadual 5: Hasil Temu Bual Bersama Dengan Guru A
BIL
1.

2.

3.

4.

SOALAN dan JAWAPAN


S : Berapa lama pengalaman puan mengajar
murid tahun 1?
J : Baru mengajar selama dua tahun. Namun,
tidak sampai dua tahun penuh.
S : Bagaimanakah puan melihat prestasi murid
dalam kemahiran menulis betul dan kemas?
J : Kebanyakan murid boleh menulis huruf
dengan baik. Cuma sebahagian murid boleh
menulis namun tulisan tidak kemas dan tidak
teratur. Ada yang huruf besar dan ada yang
huruf kecil.
S : Kebiasaannya huruf apa yang tidak dapat
ditulis oleh murid tahun 1?
J : Kebiasaannya huruf b, d, g, p, q dan y
S : Berapakah bilangan murid yang mengalami
masalah ini?

CATATAN
Guru A merupakan guru baharu yang
mengajar di kelas 1 Arif. Saya
mendapati Guru A masih dalam
peringkat guru cekap.
Beberapa orang murid tidak dapat
menulis dengan betul dan kemas.

Huruf b, d, g, p, q dan y adalah huruf


yang kerap ditulis tidak kemas dan betul
oleh murid.
Seramai lapan orang murid tidak
menguasai kemahiran menulis huruf b,
d, g, p, q dan y dengan betul dan kemas.

J : Bilangan murid tidak ramai. Kurang


daripada 10 orang iaitu 7 hingga 8 orang.

Berdasarkan temu bual ini, Guru A menyatakan bahawa kebanyakan murid boleh
menulis huruf dengan betul. Cuma sebahagian kecil sahaja murid yang menulis dengan
tulisan tidak kemas dan tidak teratur. Murid ini tidak dapat membezakan antara menulis huruf
besar huruf kecil. Bilangan yang lemah sekitar tujuh hingga lapan orang murid sahaja. Antara
huruf yang biasa menjadi kesalahan ialah huruf b, d, g, p, q dan y.
10 |

Penyelidikan Tindakan
Oleh itu, hasil daripada pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual, saya telah
memutuskan untuk menumpukan perhatian dan memberikan bantuan kepada sepuluh orang
murid yang lemah agar mereka tidak membuat kesalahan yang sama pada masa hadapan.
Pada pandangan saya, jika hal ini tidak diberi rawatan, kemungkinan akan menjejaskan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang akan berlangsung malah mereka turut ketinggalan semasa
aktiviti menulis akan dijalankan.

3. TINJAUAN LITERATUR
Berdasarkan World Book Encyclopedia dalam Sulaiman & Ahmad Khair (2004),
sistem tulisan yang dicipta 5000 tahun lalu merupakan alat interaksi dalam komunikasi
manusia yang dikembangkan sebagai sistem lambang yang dapat dilihat dan dibaca. Jelasnya
lagi mengarang merupakan kerja seni. Seni mengarang menjadi ujian dan ukuran kepintaran
pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, pemberita dan editor untuk melahirkan sebuah perasaan.
Paul (2004) dalam bukunya The Reading Bud, menyatakan bahawa menulis
merupakan keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan
ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tidak ternilai dalam kegiatan ini.
Menurut Zulkifli (2007) pula, menulis merupakan satu proses untuk menghasilkan
bahan yang berbentuk idea pendapat, pengalaman, perasaan dan maklumat dalam bentuk
tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya. Selain itu, menulis
merupakan satu proses untuk memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa
dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang,
mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran yang jelas
dan tersusun.
Bagi memantapkan kemahiran menulis, KPM (1992) menyatakan asas kemahiran
menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa.
Tuan Jah (2011), telah membahagikan kemahiran menulis kepada tiga peringkat iaitu
pramenulis, menulis mekanis dan menulis mentalis (pelahiran). Kemahiran menulis peringkat
mekanis ialah peringkat melatih murid membentuk lambang-lambang tulisan, membentuk
huruf di atas kertas kosong dan kertas atau buku bergaris.
Manakala Husin dan Nazariyah (2012) pula, dalam peringkat mekanis murid perlu
dilatih untuk menulis dan membentuk huruf dalam buku bergaris empat. Garisan dalam buku
amat penting untuk membantu murid menghasilkan saiz huruf dan bentuk yang betul. Tulisan

11 |

Penyelidikan Tindakan
murid perlu dikawal pada peringkat awal agar mereka dapat menghasilkan tulisan yang
kemas dan teratur pada masa hadapan.
Charlesworth (2007) menggariskan enam prasyarat kemahiran menulis iaitu
perkembangan otot kecil, koordinasi mata tangan, alat dan bahan manipulasi, strok asas
pembentukan abjad dan orientasi yang ingin ditulis. Pendapat Charlesworth dikuatkan lagi
oleh kajian oleh Hughes & Hoffman (1991), menyatakan perkara yang sama iaitu kemahiran
menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor dan keupayaan membentuk konsepkonsep dan tulisan juga adalah saluran utama bagi murid untuk menunjukkan pengetahuan
mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.
Kamarudin (1988) pula menumpukan kepada motor halus kanak-kanak untuk
menguasai kemahiran menulis. Menurut beliau, pergerakan tulisan haruslah tetap, tidak ke
atas atau ke bawah atau kelihatan lintang pukang. Kematangan urat saraf dan urat daging
yang mengawal jari tangan adalah penting dalam usaha menguasai kemahiran menulis.
Kanak-kanak biasanya suka menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka.
Contengan merupakan asas bagi kebolehan menulis.
Pendapat Kamarudin disokong oleh hujah Raminah (1991), yang menyatakan
kemahiran

menulis

adalah

satu

kemahiran

yang

lebih

kompleks

daripada

kemahiran-kemahiran yang lain. Kemahiran ini bukan sahaja memerlukan kemahiran


mengenal pasti perbezaan dan mengingati bentuk, nama dan bunyi huruf tetapi juga
memerlukan kesediaan otot-otot jari jemari tangan yang membolehkan seseorang kanakkanak membentuk dan menulis huruf. Kemahiran ini juga seharusnya berkeupayaan
mengkoordinasikan pengamatan mata dan tangan sewaktu menulis.
Bagi memantapkan kemahiran menulis dalam setiap diri individu, Wiedorholt,
Hammil dan Brown (1983, seperti yang dinyatakan oleh Spenser J. Salend, 1998)
mencadangkan guru sekolah rendah untuk memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari
bagi mengajar tulisan tangan mekanis. Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul
dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk
murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar
konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas.
Jika kesalahan ini tidak diperbetulkan pada peringkat awal, akan membantutkan
kebolehan kanak-kanak untuk menulis yang tidak betul dan menyediakan ruang kepada
kanak-kanak untuk memperkembangkan tabiat buruk ketika menulis (Tun Zaemah , 2009;
Sasson, 1990).

12 |

Penyelidikan Tindakan

Kebiasaan kanak-kanak akan cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang


mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, ketika mereka berhadapan
dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberi jawapan alternatif b kepada huruf p (Brenna,
1995). Selain daripada masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan yang sering didapati
dalam kalangan kanak-kanak ialah kekeliruan antara huruf b dan d dan huruf p (Higging &
Knoblauch, 1996)
Menurut Montessori dalam Nor Nurulhayati et.al (2009) yang menekankan kaedah
Sensory Teaching And Learning melibatkan latihan menggunakan latihan deria dengan
cekap.

Beliau

telah

membuat

kesimpulan

bahawa

tingkah

laku

kanak-kanak ini merupakan salah satu usaha untuk murid mengenali mengenai persekitaran
dengan menggunakan tangan. Idea The part to intellectual development is through hand
adalah tema yang penting dalam kaedahnya. Ini bermaksud perkembangan intelek seseorang
individu bermula dengan tangan.
Teori Pelaziman Operan Thorndike (dalam Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah,
2009), hubungan rangsangan dan gerak balas akan menjadi kukuh dengan adanya
pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Oleh itu, murid perlu diberikan
ransangan dan gerak balas yang positif terutama latihan pengulangan, latih tubi dan
sebagainya bagi menjamin kelangsungan pembelajaran. Latihan pengulangan aplikasi
kemahiran dan pengetahuan yang kerap perlu dilakukan agar murid dapat mengingati sesuatu
kemahiran dengan cekap.
Berdasarkan Teori Pembelajaran Semasa (Adams, 1990) pula, adalah lebih baik untuk
memperkenalkan huruf besar terlebih dahulu berbanding huruf kecil kepada kanak-kanak,
dan memperkenalkan beberapa huruf pada satu-satu masa berbanding banyak huruf bagi
meningkatkan penguasaan pengetahuan mereka terhadap bunyi dan huruf.Rosner & Rosner
(1990) menyokong pendapat ini dengan menyatakan bahawa memperkenalkan huruf-huruf
manuskrip kes rendah (huruf kecil) pada tahap skala persepsi visual yang tidak sesuai di
samping penggunaan mnemonic yang tidak efektif serta kesalahan konsep pengecaman
yang diamalkan oleh kanak-kanak tersebut ketika murid menulis huruf buat kali pertama
boleh memberi kesan fenomena huruf terbalik.
Menerusi kajian Woodward & Swinth (2002) yang bertajuk Multisensory Approach to
Handwriting Remediation: Perseption of School-based Occupational Therapist yang
dilakukan ke atas occupational therapist di sekitar Amerika, mendapati bahawa penggunaan

13 |

Penyelidikan Tindakan
multisensory dapat mengatasi masalah kesukaran dalam menulis. Dapatan ini membuktikan
bahawa penggunaan bahan dua dimensi yang berkesan dapat mempengaruhi kemahiran
menulis kanak-kanak. Penggunaan HDD yang mempunyai warna menggunakan deria
penglihatan dan sentuhan dapat meningkatkan kemahiran murid menulis huruf dengan lebih
baik.
Begitu juga kajian lepas yang dilakukan oleh Mohd Hafis (2011) mengenai teknik
sentuh mengatasi kekeliruan menulis huruf b, d, p dan q dalam kalangan murid prasekolah
menunjukkan perubahan positif dan berjaya membantu murid mengatasi kekeliruan tersebut.
Kajian ini mendapati teknik menyentuh huruf timbul boleh digunakan untuk membantu
mengatasi menulis huruf kecil dan memperbaiki tulisan kanak-kanak menjadi lebih baik dan
kemas.
Melalui tinjauan literatur yang telah dikaji, dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran
menulis perlu dikuasai oleh setiap individu agar penulisan yang berilmiah dapat dihasilkan
dengan baik. Kaedah pengajaran perlu bersesuaian dengan tahap penguasaan individu yang
diajarkan. Oleh itu, saya akan membina Huruf Dua Dimensi (HDD) b, d, h, k, t, g, j, q, p dan
y bagi membantu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mekanis dengan betul dan
kemas terhadap 10 orang murid tahun 1 Arif. Penghasilan HDD ini juga merupakan salah
satu prasyarat menulis yang melibatkan koordinasi mata dan bahan manipulasi. Penggunaan
HDD sebagai alat bantu mengajar di samping penggunaan buku bergaris empat secara latih
tubi, sudah pasti dapat meningkatkan dan mempercepatkan lagi kemahiran menulis betul dan
kemas murid.

14 |

Penyelidikan Tindakan
3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, saya berharap agar murid dapat mencapai
objektif berikut:
3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis mekanis dengan
betul dan kemas dalam kalangan murid Tahun 1 menggunakan Huruf Dua Dimensi (HDD)
yang dihasilkan oleh saya.

3.2 Objektif Khusus


1. Meningkatkan kemahiran menulis mekanis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan
menggunakan Huruf Dua Dimensi (HDD).
2. Menilai keberkesanan HDD dalam membantu murid menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q,
p dan y dengan betul dan kemas.

3.3 Soalan Kajian


1. Dapatkah HDD meningkatkan kemahiran menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y
murid?
2. Sejauh manakah HDD dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis huruf b, d,
h, k, t, g, j, q, p dan y murid dengan betul dan kemas?

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 10 orang murid daripada tahun 1
Arif di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor. Berdasarkan pemerhatian dan analisis
dokumen yang telah dijalankan semasa sesi PdP, saya mendapati 10 orang murid ini agak
lemah dalam penguasaan menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas.
Saya membuat keputusan untuk menumpukan perhatian dan bimbingan kepada 10 orang
murid agar kesalahan menulis betul dan kemas tidak mengganggu proses pembelajaran.

15 |

Penyelidikan Tindakan
Sepuluh orang murid mempunyai masalah dalam kemahiran menulis dengan betul dan
kemas dalam buku garis empat yang sedia ada. Murid-murid terdiri daripada 7 orang murid
lelaki dan 3 orang murid perempuan dan datang daripada pelbagai latar belakang. Sembilan
daripada mereka berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina. Kesemuanya tidak dapat
menulis perkataan yang diberi dengan tulisan yang betul dan kemas.
Berdasarkan pemerhatian, tiga orang murid

menghadapi masalah menulis huruf

dengan betul dan kemas. Mereka sering menulis huruf terlalu dekat dan kecil. Mereka juga
akan mengambil masa yang sangat lama untuk menulis sesuatu perkataan.
Tiga orang murid yang lain pula, tidak menulis huruf dalam garis empat yang sedia
ada. Mereka gemar menulis huruf kecil yang besar dan melebihi garisan empat yang
sepatutnya. Baki empat yang lain pula akan menulis huruf kecil menjadi huruf besar
walaupun bukan di awal perkataan.
Daripada murid-murid yang dipilih ini, saya telah menyimpulkan bahawa semua
mereka perlu melalui intervensi yang telah dirancang bagi membantu memulihkan masalah
yang dihadapi oleh mereka. Ini dilaksanakan supaya murid dapat menulis huruf dengan betul
dan kemas sekaligus dapat mempertingkatkan kemahiran menulis mekanis. Murid-murid ini
dinamakan dengan R1 untuk responden pertama dan seterusnya R10 untuk responden yang
ke sepuluh. Jadual 6 adalah ringkasan maklumat berkaitan murid/responden tersebut.

Jadual 6: Maklumat Responden


Perkara

Maklumat

Bilangan responden

10 orang

Tahap umur

7 tahun

Jantina

Lelaki : 4 orang
Perempuan : 5 orang

16 |

Penyelidikan Tindakan
5.0

PELAKSANAAN KAJIAN

Pelaksanaan kajian tindakan yang dilakukan ini adalah berdasarkan model yang
diadaptasi daripada model Kajian Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).
Mengenal pasti aspek amalan
-mengumpul data melalui
pemerhatian, senarai semak dan
temu bual bagi mengenal pasti
aspek kemahiran menulis murid.

Membuat refleksi terhadap


tindakan
-intervensi yang dilakukan telah
berjaya meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis.
murid

Mengumpul data
-mengumpul data tentang kesan
tindakan menggunakan temu
bual, pemerhatian dan ujian pra
dan pasca.

Merancang Tindakan
-menghasilkan bahan bantu
mengajar menggunakan Huruf
Dua Dimensi.

Melaksanakan Tindakan
-melaksanakan intervensi
menggunakan Huruf Dua
Dimensi.

Rajah 2: Adaptasi daripada Model PT Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)


5.1 Prosedur Tindakan
Penyelidikan tindakan bermula dengan penghasilan idea umum iaitu masalah atau isu
yang akan dijelaskan dan dikenal pasti punca permasalahannya. Seterusnya, pelan tindakan
dirancang untuk menyelesaikan masalah. Pelan tindakan yang dirancang akan dilaksanakan
bagi menentukan keberkesanannya. Selepas tindakan dilaksanakan dan dikenal pasti hasil
dapatannya, refleksi dibuat untuk menentukan sama ada tindakan yang dilaksana
menunjukkan hasil yang baik. Jika tidak, perlu dilaksanakan perancangan lain bagi
penambahbaikan untuk kitaran seterusnya (Rosinah, 2013).
Dengan merujuk kepada model kajian tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)
saya telah melaksanakan tindakan berdasarkan peringkat-peringkat seperti berikut.
a) Mengenal pasti aspek amalan
Pada peringkat pertama ini, saya telah mengenal pasti aspek amalan PdP yang akan
dijalankan. Masalah yang telah dikenal pasti melalui PdP yang lepas ialah murid tidak
17 |

Penyelidikan Tindakan
menguasai kemahiran menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas.
Saya telah menggunakan beberapa alat kajian seperti pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen bagi mengenal pasti masalah yang berlaku. Berdasarkan pemerhatian yang telah
dilakukan ke atas murid kelas 1 Arif, saya telah mengenal pasti masalah menulis huruf b, d,
h, k, t, g, j, q, p dan y tidak ditulis dengan betul dan kemas. Kebanyakan mereka menulis
huruf senget, terlalu kecil dan kadangkala terlalu besar sehingga melebihi garis yang
sepatutnya. Kemahiran menulis murid ini tidak selari dengan kemahiran tulisan yang telah
digariskan oleh Kamarudin (1988) iaitu pergerakan tulisan murid haruslah tetap, tidak ke atas
atau ke bawah atau kelihatan lintang pukang.
Melalui temu bual bersama dengan Guru A, beliau menyatakan bahawa kurang
daripada sepuluh orang murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis huruf b, d, g, p, q
dan y dengan betul dan kemas. Perkara ini terbukti apabila saya membuat pemerhatian dan
analisis dokumen dan mendapati sepuluh orang murid tersebut kurang menguasai kemahiran
menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y.

b)Merancang Tindakan
Pada peringkat kedua ini, saya merancang pelan tindakan penambahbaikan bagi
menyelesaikan masalah dihadapi. Perancangan yang dilakukan adalah bukti bahawa masalah
yang ditimbulkan oleh saya wujud dalam kalangan murid di sekolah. Peringkat ini
memerlukan saya merancang dan membina bahan yang boleh membantu murid dalam
menangani masalah yang berlaku.
Setelah berbincang dengan guru pembimbing dan pensyarah, saya merancang untuk
menghasilkan Huruf Dua Dimensi (HDD) bagi meningkatkan kemahiran menulis huruf b, d,
h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas dalam kalangan responden yang dipilih. Saya
telah membina huruf konsonan b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dalam bentuk dua dimensi
berukuran 26.5cm x 26.5cm yang boleh disentuh dan dipegang oleh responden bagi
mempertingkatkan kemahiran menulis huruf dengan betul dan kemas. Saya menggunakan
kad keras sebagai dasar dan kabus untuk membentuk huruf. Saya membuat huruf
menggunakan dua warna yang berbeza dan ditampalkan pada kertas keras. Warna jingga
digunakan untuk permulaan menulis huruf dan warna kuning untuk langkah kedua dalam
menulis huruf. Contoh, untuk membentuk huruf b, warna jingga digunakan bagi menulis
garisan lurus l kemudian warna kuning untuk bentuk melengkung yang akan
menghasilkan huruf b. Responden perlu menyentuh HDD tersebut menggunakan jari agar
18 |

Penyelidikan Tindakan
motor halus murid dapat dilatih menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan
kemas. Rajah 4 menunjukkan contoh HDD y yang telah dihasilkan.

Rajah 3: Huruf Dua Dimensi y


c) Melaksanakan tindakan
Peringkat ketiga adalah peringkat yang penting kerana pada peringkat ini saya dapat
melihat sama ada peringkat perancangan tindakan yang dilakukan berjaya dilaksanakan
ataupun tidak. Pada peringkat ini, saya akan melaksanakan tindakan seperti yang dirancang.
Tindakan intervensi ini akan berjalan dengan lancar dengan adanya pelan tindakan yang
disusun rapi. Intervensi ini telah dilaksanakan dalam tempoh empat minggu.
Pada minggu pertama sebelum intervensi dijalankan, responden telah diminta untuk
menjawab ujian pra yang telah disediakan oleh saya. Responden diminta menulis perkataan
yang mengandungi huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y pada kertas yang telah disediakan.
Kemudian, saya telah meminta murid untuk menggunakan HDD terlebih dahulu sebelum
latihan kemahiran menulis dijalankan. Langkah ini perlu agar murid tahu bagaimana untuk
menulis huruf konsonan b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas apabila menulis
dalam buku tulisan. Latih tubi dijalankan ke atas responden agar dapat membiasakan diri dan
melatih motor halus mereka. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Bahasa Melayu (2003) telah menggariskan matlamat umum perkembangan motor halus
adalah agar kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus.

19 |

Penyelidikan Tindakan
Sebelum responden menggunakan HDD tersebut, saya telah memberi penerangan
terlebih dahulu tentang tatacara penggunaan HDD tersebut. Kemudian, responden perlu
menyentuh HDD menggunakan jari agar motor halus murid dilatih menulis huruf b, d, h, k, t,
g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas. Setelah itu, saya akan meminta murid menulis atas
meja menggunakan jari dan disemak oleh rakan sebaya yang lain. Murid perlu menulis
dengan betul sebelum bergerak ke aktiviti seterusnya. Menurut Montessori, tingkah laku
kanak-kanak ini merupakan salah satu usaha untuk murid mengenali persekitaran dengan
menggunakan tangan. Oleh sebab itu, saya meminta murid menggunakan tangan bagi
mengetahui cara sebenar untuk menulis dengan menggerakkan tangan mengikut HDD yang
telah disediakan.
Minggu kedua, murid diminta menulis perkataan yang mengandungi huruf b, d, h, k,
t, g, j, q, p dan y pada kertas garis empat yang telah disediakan oleh saya. Murid dibenarkan
merujuk HDD bagi memastikan cara menulis huruf di atas garis yang betul. Aktiviti ini
dibuat secara latih tubi agar murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan cepat. Semasa
latihan ini berlangsung, saya akan membuat pemerhatian dan membetulkan kesalahan yang
dilakukan oleh responden.
Pada minggu ketiga, responden perlu menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y tanpa
melihat HDD yang disediakan. Pada peringkat ini, mereka perlu mengingat sendiri
bagaimana huruf ditulis tanpa merujuk kepada HDD yang disediakan. Pada peringkat ini
juga, saya ingin melihat daya ingatan murid dan seterusnya melihat bagaimana HDD itu
memberi perubahan kepada responden.
Minggu terakhir akan menentukan sama ada intervensi yang dijalankan membantu
murid menguasai kemahiran menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan
kemas tanpa tunjuk ajar saya dan penggunaan HDD. Saya akan menjalankan ujian pasca
terhadap responden bagi melihat peningkatan dalam kemahiran menulis murid. Jadual 7
menunjukkan bagaimana proses intervensi yang telah dijalankan.

20 |

Penyelidikan Tindakan
Jadual 7: Langkah Pelaksanaan Program Intervensi
Minggu
Minggu 1
7 Julai 11 Julai
2014
Minggu 2
14 Julai 18 Julai
2014

Minggu 3
21 Julai 25 Julai
2014

Minggu 4
4 Ogos 8 Ogos
2014

Langkah Pelaksanaan
1. Ujian pra
- Responden perlu menulis perkataan yang disebut oleh guru
dalam kertas garis empat yang diberi.
2. Memberi penerangan mengenai tatacara penggunaan HDD.
1. Guru melaksanakan intervensi menggunakan HDD terhadap
huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y.
2. Responden menggunakan HDD dengan menggerakkan jari pada
huruf tersebut.
3. Responden menulis huruf di atas meja dan diperiksa oleh rakan
yang lain
1. Responden menulis perkataan yang mengandungi huruf b, d, h,
k, t, g, j, q, p dan y pada kertas garis empat yang disediakan.
Murid boleh merujuk kepada HDD.
2. Aktiviti latih tubi akan dilaksanakan pada minggu ketiga bagi
mengukuhkan kemahiran menulis mengandungi huruf b, d, h, k,
t, g, j, q, p dan y murid.
3. Responden menulis perkataan yang mengandungi huruf b, d, h,
k, t, g, j, q, p dan y tanpa merujuk HDD
1. Ujian pasca
Untuk melihat peningkatan dalam menulis huruf b, d, h, k, t, g,
j, q, p dan y dengan betul dan kemas.

d) Mengumpul data
Pada peringkat mengumpul data, saya akan mengumpul data untuk melihat sejauh
mana keberkesanan tindakan yang telah dijalankan kepada semua responden dalam kajian ini.
Tujuan pengumpulan data dilakukan agar saya dapat melihat perubahan yang berlaku pada
pencapaian murid selepas melaksanakan intervensi bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Peringkat pengumpulan data memerlukan saya peka terhadap sebarang perubahan
terhadap responden yang dipilih. Hal ini diperlukan bagi memastikan saya dapat melihat
kekuatan dan kelemahan bahan yang digunakan semasa intervensi berlangsung.
Saya telah menggunakan pemerhatian berstruktur, ujian pra dan pasca serta temu bual
bagi mengumpul data untuk melihat keberkesanan HDD. Pemerhatian dilaksanakan ketika
murid membuat latihan menulis. Ujian pra dan pasca pula untuk melihat perubahan terhadap
menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas. Manakala, temu bual
dilakukan bersama dengan guru yang mengajar responden mata pelajaran BM untuk meminta
pandangan sama ada berlaku atau tidak peningkatan terhadap kemahiran menulis responden.

21 |

Penyelidikan Tindakan
e) Membuat Refleksi Terhadap Tindakan
Selepas menganalisis dan menilai semua data yang dikumpulkan iaitu sebelum dan
selepas melaksanakan intervensi kepada responden, penilaian dapat dibuat. Tujuannya untuk
mengenal pasti sama ada berlaku perubahan ataupun tidak selepas intervensi dijalankan.
Refleksi terhadap tindakan dapat dibuat berdasarkan data yang dikumpul untuk melihat
sejauh mana keberkesanan tindakan yang dijalankan.
Peringkat terakhir memerlukan saya membuat refleksi terhadap amalan pengajaran
yang dilaksanakan oleh saya. Peringkat ini saya akan membuat refleksi mengenai kajian yang
dijalankan dan melihat sama ada penggunaan bahan yang dibina memberi perubahan kepada
murid. Selain itu, melalui refleksi juga saya boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan
mengenai bahan dan melaksanakan kitaran kedua bagi penambahbaikan.
Berdasarkan refleksi ini, saya telah dapat melihat kekuatan dan kekurangan
penggunakan teknik HDD untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p
dan y dengan betul dan kemas.

6.2 Perancangan cara mengumpul data

Pemilihan alat kajian yang sesuai dan tepat dapat membantu membuat pengesahan
kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran guru (Rosinah, 2013). Oleh itu, bagi membantu
mengenal pasti keberkesanan intervensi yang telah saya dilakukan, saya telah menggunakan
ujian pra dan pasca, temu bual serta pemerhatian berstruktur sebagai alat pengumpulan data
dalam kajian ini.

i. Ujian Pra dan Pasca


Saya menggunakan alat kajian berbentuk ujian sebelum dan selepas intevensi bagi
melihat peningkatan penguasaan kemahiran murid menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y
dengan betul dan kemas. Ujian pra dijalankan ke atas responden pada minggu pertama dan
ujian pasca dilaksanakan pada minggu ke empat. Ujian sebelum intervensi dilaksanakan
untuk melihat tahap pencapaian murid sebelum intervensi dijalankan dan ujian selepas
intervensi adalah untuk mengukur tahap kemajuan yang berlaku terhadap murid (Lampiran
2).

22 |

Penyelidikan Tindakan
Ujian awal memberi maklumat awal kepada saya mengenai cara murid menulis huruf
b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan langkah yang betul. Manakala, ujian akhir adalah untuk
menguji sama ada intervensi yang dijalankan berkesan atau tidak (Lampiran 3).
Ujian ini membawa kadar markah sebanyak 100 markah. Markah dikira dengan
menolak 1 markah bagi kesalahan dalam menulis huruf mengikut langkah yang betul dan
dalam garisan yang sedia ada. Markah yang diperolehi oleh responden akan dikira dan
dibahagikan kepada 10 markah dan didarabkan kepada 100 bagi mencari peratus markah.
Berikut merupakan cara pengiraan peratus markah. Jadual 8 adalah pengiraan peratus ujian
pra dan pasca.

Jadual 8: Pengiraan Peratus Ujian Pra Dan Pasca


Bilangan huruf yang betul

x 100%

10

Ujian dilaksanakan untuk melihat peningkatan dan perbandingan markah antara


sebelum dan selepas intervensi dilakukan. Ujian pasca ini akan dapat menentukan sejauh
mana alat dua dimensi ini dapat meningkatkan kemahiran murid menulis huruf b, d, h, k, t, g,
j, q, p dan y dengan betul dan kemas, seterusnya menjawab soalan kajian yang pertama.

ii. Pemerhatian
Menurut Sabhita (2005) kelebihan pemerhatian adalah data yang diperoleh lebih tepat
dan kurang dipengaruhi oleh ingatan atau kegemaran masyarakat. Menurut Rosinah (2013)
pula, pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak adalah

mudah untuk

dilaksanakan dan mudah dianalisis serta memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat
pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain. Oleh itu, penyelidik telah menggunakan senarai
semak pemerhatian seperti jadual 2 kerana ingin melihat peningkatan terhadap kemahiran
menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas selepas intervensi
dijalankan.
Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap responden sepanjang proses intervensi
dijalankan. Tujuan pemerhatian dijalankan ke atas aktiviti penulisan perkataan yang
mempunyai huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y. Aspek yang difokuskan dalam pemerhatian
(Jadual 2) adalah cara menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y mengikut langkah yang
betul. Saya telah menggunakan senarai semak pemerhatian untuk melihat peningkatan
23 |

Penyelidikan Tindakan
menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas. Tujuan pemerhatian
tersebut adalah untuk melihat sejauh mana alat dua dimensi itu membantu murid menulis
huruf huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y dengan betul dan kemas. Hasil dapatan daripada
pemerhatian ini juga akan digunakan untuk mengukuhkan lagi dapatan yang diperolehi
daripada ujian pra dan pasca serta temu bual. Melalui pemerhatian ini juga, saya akan dapat
menjawab soalan kajian kedua yang telah dikemukakan.

iii. Temu bual


Temu bual merupakan kaedah pengutipan data secara bersemuka antara saya dengan
responden atau orang yang ingin ditemu bual. Temu bual digunakan untuk memperoleh
maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak mengikut keperluan persoalan
kajian (Mohd Majid, 2000). Malahan, temu bual juga dapat meneroka dan mendapatkan
maklumat yang lebih terperinci dan mendalam.
Saya telah melaksanakan sesi temu bual dengan Guru A (Guru yang mengajar subjek
BM) yang juga mengajar responden. Temubual ini adalah untuk mengetahui pandangan guru
berkaitan keberkesanan HDD dalam membantu responden menulis huruf b, d, h, k, t, g, j, q, p
dan y dengan betul dan kemas. Dapatan hasil temu bual ini akan mengukuhkan lagi data yang
diperolehi menerusi ujian pra dan pasca dan pemerhatian yang telah dijalankan. Antara
soalan yang dikemukakan oleh saya adalah seperti jadual 9.

Jadual 9: Soalan Temu Bual Bersama Guru A


BIL
1.

2.

SOALAN
S : Adakah puan melihat peningkatan terhadap
kemahiran menulis murid yang dipilih?
J:
Pada pandangan puan, adakah intervensi yang saya
lakukan dapat membantu meningkatkan kemahiran
menulis b, d, h, k, t, g, j, q, p dan y murid?
J:

REFLEKSI SAYA

24 |

Penyelidikan Tindakan

7.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

7.1.1 Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan


Jadual 10:Perlaksanaan Penyelidikan Tindakan
BIL AKTIVITI/PERKARA
1

JANGKAAN TARIKH

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data


Tinjauan awal

3 Februari 2014

Menentukan tajuk kajian

10 Februari 2014

Menentukan objektif /soalan kajian

17 Februari 2014

Merancang tindakan

25 Februari 2014

Melaksanakan tindakan

3 Mac 2014

Mengumpul data

7 April 2014

Menganalisis data selepas tindakan

14 April 2014

Membuat refleksi

28 April 2014

Menulis laporan penyelidikan tindakan

28 Mei 2014 dan seterusnya


secara berterusan.

10

P embentangan dapatan penyelidikan

September/Oktober 2012

7.1.2 Carta Gantt

BIL

JANUARI

Bulan
Tindakan

1.

Penerangan kajian tindakan

2.

Memilih sampel kajian

M
1

M
2

M
3

FEB
M
4

M
1

M
2

M
3

MAC
M
4

M
1

M
2

M
3

APRIL
M
4

M
1

M
2

25 |

M
3

M
4

Penyelidikan Tindakan

4.

Menjalankan tinjauan masalah


(menjalankan ujian diagnostik Matematik)
Mengenalpasti tajuk dan masalah kajian

5.

Penentuan fokus dan objektif kajian

6.
7.

Penentuan langkah tindakan untuk


interversi
Menentukan alat kajian

8.

Penentuan cara pengumpalan data

9.

Penentuan analisis data

3.

10. Merangka draf awal proposal


11. Menghantar proposal untuk semakan
pertama
12. Mengubahsuai draf proposal untuk
semakan kedua
13. Menulis draf penuh proposal
14. Berjumpa dengan pensyarah penyelia
15. Membentangkan proposal kajian tindakan
16. Menhantar proposal kajian tindakan

BIL

Bulan

Tindakan

MEI
M
1

M
2

M
3

JUN
M
4

M
1

M
2

M
3

JULAI
M
4

M
1

M
2

M
3

OGOS
M
4

M
1

M
2

17. Menganalisis data


18. Membincangkan hasil dapatan kajian
tindakan

26 |

M
3

M
4

Penyelidikan Tindakan
19. Berjumpa dengan pensyarah penyelia
20. Penulisan Laporan kajian dari masa ke
semasa
21. Pembentangan cara persembahan data hasil
dapatan kajian yang diperoleh selepas
melaksanakan tindakan
22. Pembentangan Penulisan Penyelidikan
Tindakan : Kedua
23. Semakan Penulisan Penyelidikan Tindakan
sebelum pembentangan pada Seminar
Penyelidikan Pendidikan
BIL

Bulan

SEPTEMBER
M
1

Tindakan

M
2

M
3

M
4

OKTOBER
M
1

M
2

M
3

NOVEMBER
M
4

M
1

M
2

M
3

M
4

DISEMBER
M
1

M
2

24. Penyediaan Powerpoint untuk


pembentangan dalam seminar penyelidikan
tindakan
25. Pra bentangan mengikut kelas
26. Penghantaran Powerpoint kepada urusetia
seminar penyelidikan tindakan untuk
pembentangan
27. Pembentangan Penulisan Penyelidikan
Tindakan (Seminar Penyelidikan Tindakan)
28. Pemurniaan Laporan penulisan
penyelidikan tindakan selepas Seminar
Penyelidikan Tindakan
29. Penghantaran Penulisan Penyelidikan
Tindakan untuk Pentaksiran
30. Penghantaran Laporan Penulisan
Penyelidikan Tindakan yang telah
dijilidkan (*Buckram 5 salinan )

7.2

Kos Kajian
Jadual : Kos bagi kajian tindakan

Bil
1.
2.
3.
4.

Jenis Bahan
Tali
Mounting board
Warna air
Kertas A4

Kuantiti Harga seunit


RM 2 X 1
RM 2.40 X 3
RM 3 X 2
RM 10 X 2

Jumlah Kos
RM 2
RM 7.20
RM 6
RM 20
27 |

M
3

M
4

Penyelidikan Tindakan
5.
Dakwat pencetak
6.
Kertas beralun
Jumlah

RM 37 X 2
RM 3.50 X 4

RM 74
RM 14
RM 123.20

28 |

Anda mungkin juga menyukai