Anda di halaman 1dari 6

Tajuk-tajuk yang dibincangkan merangkumi definisi dan maksud, kemajuan perkembangan hak

asasi manusia, teori-teori hak asasi manusia, polarisasi hubungan dalam konsep hak asasi
manusia, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, hak individu, hak ramai, perbezaan
matlamat dan tujuan hak asasi manusia dari perspektif syariah berbanding pemikiran barat,
keseimbangan antara hak dan tanggungjawab, serta kes dan artikel berkaitan hak asasi manusia.
Semua perbincangan dalam setiap tajuk dikupas untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai
hak asasi manusia. Rujukan tambahan disertakan pada setiap perbincangan dan kajian lanjutan
bagi menambahkan kefahaman berkenaan tajuk ini boleh diteruskan lagi kerana perbincangan
berkenaan tajuk ini amat meluas kerana ia berkaitan dengan isu-isu yang berlaku di seluruh dunia.

7.0 HAK INDIVIDU


Hak individu ini seperti hak hidup, makan, minum, pakai, milik, belajar, bersuara, rawatan,
bekerja, warganegara dan sebagainya. Tetapi apabila bertembung antara hak individu
dengan hak masyarakat, maka hak masyarakat mestilah didahulukan selagi tidak
melanggar hak individu yang lebih besar. Contoh, hak individu ialah memiliki tanah
manakala hak masyarakat ialah memiliki bersama jalan untuk kemudahan awam. Sewaktu
berlaku pertembungan antara dua hak ini, maka hak masyarakat mestilah diutamakan
tetapi tidak melebihi keperluan asasi hak individu iaitu hak memiliki tanah sebagai tapak
tempat
tinggalnya.
Ketika ini, pihak berkuasa bertanggungjawab mencari ganti tapak yang diperlukan bagi
individu yang terpaksa berkorban demi hak umum atau hak masyarakat itu. Dalam
masyarakat barat, hak individu ini lebih besar daripada hak umum, sehinggakan seseorang
boleh bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dalam bandar yang terdiri pelbagai jenis
manusia dan tahap umur. Hal ini sudah menceroboh hak umum iaitu ketenteraman jiwa
tanpa gangguan emosi yang terhasil daripada mempamerkan tubuh yang merangsang
hormon seksual itu. Dalam Islam, penutupan aurat (samada lelaki atau perempuan) adalah
wajib/ fardhu yang mendatangkan pahala apabila dilaksanakannya dengan ikhlas dan
berdosa
apabila
diabaikan
dengan
sengaja.
Di Eropah dan Barat, mereka mengutamakan hak individu. Bagi mereka, setiap individu
berhak melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya, selagi perkara itu tidak
mengganggu
privasi
orang
lain.
Lantaran itu, atas "tiket" hak individu, muncul pelbagai kontroversi yang mencabar nilai
sosial masyarakat di sana. Antara hak individu yang mencetuskan kontroversi adalah
membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay dan lesbian, begitu juga hak
mereka untuk mempunyai anak dengan pasangan masing-masing walaupun tidak

berkahwin.
Jadi, bukan suatu yang memeranjatkan apabila ada artis Barat mengisytiharkan diri mereka
gay atau lesbian. Misalnya, penyanyi legenda Britain, Sir Elton John secara terbuka
mengaku dirinya seorang gay, manakala pelakon wanita
Hollywood
, Angelina Jolie pula mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan "teman wanitanya."
Selebriti Barat dan Eropah juga tidak segan-silu mengumumkan bahawa mereka
dikurniakan cahaya mata hasil hubungan seks luar nikah dengan pasangan masingmasing. Terbaru, bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo pada awal Julai lalu
dengan bangganya mengumumkan beliau sudah bergelar ayah hasil hubungan seks luar
nikahnya
dengan
pasangannya
yang
dirahsiakan
namanya.
Namun, semua itu berlaku di Eropah dan Barat, masyarakat yang mendakwa sentiasa
mempertahankan hak individu walaupun sering kali hak tersebut mencabar nilai sosial dan
kemanusiaan
mereka
sendiri.
Bagi masyarakat Timur termasuk Malaysia, hak dan nilai masyarakat mengatasi hak
peribadi. Individu di negara ini tidak boleh sesuka hati melakukan perkara yang
bertentangan dengan nilai masyarakat. Semua pihak mengakui hakikat ini.
Namun, pendedahan baru-baru ini hasil laporan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan
penyelidikan dari Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia yang diketuai Profesor
Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, sebenarnya menunjukkan bahawa konflik antara
hak individu dengan nilai masyarakat sedang kuat bergolak di negara ini.
Kajian tersebut menunjukkan salah laku seks bebas yang dilakukan oleh remaja Melayu di
negara ini di bandar mahupun luar bandar. Kajian yang melibatkan 300 orang responden
terdiri daripada golongan remaja Melayu (berumur antara 15 hingga 25 tahun)
menunjukkan hasil yang begitu meresahkan. Kira-kira 85 peratus responden mengakui
bahawa
mereka
melakukan
seks
bebas.
Jika ada mana-mana pihak yang "membebel" kepada mereka tentang salah laku yang
mereka lakukan, jangan terperanjat jika mereka mengatakan, "anda berhak bercakap apaapa sahaja, saya pula berhak menerima atau menolak pandangan anda kerana itu hak
peribadi
saya."hak
individu.
Jadi, adakah kita semua sudah bersedia menerima kehadiran generasi yang
memperjuangkan hak peribadi ini? Atau tiba masanya kita merancang strategi terbaik untuk
melunturkan
kepercayaan
songsang
mereka?
Isu perempuan/lelaki profesional tidak kahwin sering dibicarakan oleh pelbagai golongan
masyarakat. Pelbagai andaian dan pandangan dikemukakan sehingga sampai ke tahap
yang
boleh
menjejaskan
maruah
golongan
perempuan/lelaki
tersebut.
Sikap yang gemar mempersoalkan hak dan status perempuan/lelaki profesional yang tidak
berkahwin telah menjadi lumrah kehidupan masyarakat di negara ini.Idea-idea dan
pandangan yang dikemukakan itu kadang-kadang terkeluar daripada fakta dan realiti
kehidupan perempuan /lelaki profesional.(Contohnya, Zainab binti Harith, sepupu
Rasulullah s.a.w. menunjukkan sikap yang buruk terhadap suaminya kerana beliau merasai
terlalu kecewa kerana dikahwinkan dengan Zaid bin Thabit, hamba kepada Rasulullah
s.a.w yang dijadikan oleh baginda sebagai anak angkat. Perkahwinan mereka berakhir

dengan perceraian. Kemudian Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. supaya berkahwin


dengan Zainab.)Setiap tahun isu-isu berkaitan dengan kebebasan hak individu sering
dibicarakan. Ini menunjukkan bahawa terdapat umat Islam kurang memahami hak-hak
individu. Mereka perlu memahami sejauh manakah hak mereka terhadap orang lain.
Pada 5 Jan 2008 Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berhubung pelanggaran
hak individu supaya tindakan yang lebih keras dapat diambil terhadap pihak yang
mengganggu hak peribadi seseorang termasuk pemimpin., undang-undang seumpama itu
telah wujud dan dilaksanakan namun hukuman terhadap pihak yang mengganggu hak
persendirian tidak begitu keras. Sesiapa yang melanggar hak individu dari segi privaci
boleh
didakwa.
''Bagaimanapun hukuman yang lebih ketat belum ada lagi, peletakan jawatan Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek selepas mengaku dirinya ialah lelaki dalam
rakaman video seks yang diedarkan di Muar dan Batu Pahat, Johor, oleh pihak tertentu
.Susulan pengakuan itu, Soi Lek melepaskan kesemua jawatannya dalam kerajaan dan
parti .

4.0 TEORI-TEORI HAK ASASI MANUSIA


4.1
Teori
Moral
Hak
Asasi
Manusia
Adalah jelas ,hak asasi manusia adalah asas utama dalam moral semula jadi
masyarakat .Perspektif ini boleh difinisikan sebagai moral theory of human right atau teory
Moral Hak Asasi Manusia kerana tuntutan manusia adalah berdasarkan hak asasi yang
berada
dalam
persekitaran
moral
.
Berdasarkan teori klasik ini manusia berhak mendapat keuntungan atau kebaikan iaitu
keperluan moral mereka yang berharga sebagai manusia .Ini kerana hak asasi manusia
adalah asas dalam membentuk maruah dan martabat manusia ianya kekal bersifat sejagat
yang boleh digunakan kepada semua individu dimana tidak mengambil kira bangsa jantina
dan
umur
etnik
ataupun
kewarganegaraan
.
Disebabkan hak asasi ini unik dalam konteks moral semulajadi manusia maka ianya wujud
secara bebas dari dalam komuniti masyarakat dan negara dimana manusia boleh tinggal
secara bebas di dalamnya . jadi hak asasi manusia adalah mengatasi undang-undang yang
diperolehi daripada keadaan semulajadi mereka yang sah atau moral sahih tidak daripada
perlembagaan atau peruntukan undang-undang atau tindakan tertentu yang dilakukan oleh
negara
dan
organisasi
antarabangsa
.
Dalam dunia moden kini idea idea hak asasi manusia adalah bagi tujuan menambahkan
pengaruh . Menurut R.J Vincent idea hak asasi manusia dalam kehidupan adalah perkara
utama dalam dunia politik .Dimana teori moral kepada hak asasi manusia pada abab ke 17

dan 18 , ialah dengan syarat ia dilakukan secara hujahan yang menyakinkan dalam dunia
moden ini ,teori itu ditambah cabarannya dengan konsep lain hak asasi .
4.2
Teori
Keadilan
Sosial
Hak
Asasi
Manusia
Charles Beitz yang membangunkan teori keadilan sosial Hak Asasi manusia yang
membuktikan hak dalam terma pembahagian keadilan berbanding moral semula jadi
manusiam. Berdasarkan teori ini hak asasi manusia adalah hak-hak yang berasaskan
norma
keadilan
sosial
yang
menjamin
kebaikan
manusia
.
Charles Beitz mendakwa oleh kerana doktrin klasik hak semula jadi membatasi hak
keselamatan perseorangan dan kegagalan dan kegagalan mengambil kira tuntutan
sosioekonomi ,model keadilan sosial menyediakan kedudukan yang lebih menyeluruh
kepada hak asasi manusia .Walau bagaimanapun ,dalam model Charles Beitz ada
batasanya
.
4.3
Teori
Hak
Asasi
Manusia
yang
Tersusun
Pendekatan ketiga dipanggil juga Teori hak asasi Manusia yang tersusun yang mana
menentukan dasar hak asasi yang semestinya bagi kebaikkan manusia. Menurut Henry
Shue penyokong teori ini mengatakan kehidupan manusia untuk hidup tanpa hak asasi
yang layak diamalkan dengan baik adalah mustahil dicapai . Shue juga mengatakan
terdapat tiga jenis hak asasi manusia iaitu keselamatan kebebasan dan kehidupan . Hakhak asasi ini tidak mengambarkan senarai yang lengkap asas hak asasi manusia malah
bukanlah yang paling dikehendaki berbanding hak-hak yang lain tiga hak berupa keperluan
kolektif yang dapat memenuhi keperluan hak-hak yang dikehendaki oleh manusia .
4.4
Teori
Saintifik
Ssial
Hak
Asasi
Manusia
Pendekatan keempat ialah teori sainstifik Sosial hak Asasi manusia ,keperluan bagi
membuktikan hak asasi manusia diatas persetujuan yang merentassi budaya . disebebkan
darjah ketinggian kepada plularismi budaya dalam dunia kontemporari dan oleh kerana
perubahan yang berterusan daripada segi adat dan nilai dalam masyarakat yang berbeza
bagi menjumpai sesuatu persetujuan peringkat tertinggi berkenaan hak asasi manusia
adalah jelas sekali sukar diperolehi.Perjanjian antarabangsa yang penting sekali wujud
pendekatan yang digunakan masih tidak dapat menekankan pandangan yang baik dan
menarik berkenaan hak asasi manusia .Ini kerana tuntutan moral tidak dapat disimpulkan
daripada
fakta
emperikal
.
Kesimpulannya walaupun para sarjana masih berbeza pandangan daripada segi pengertian
dan kewajaran dan hak asasi manusia ,terhadapnya persetujuan politik yang meluas yang
menyokong tuntutan hak hak dilihat sebagai absah dan menyediakan tapak dalam
meneruskan tuntutan dalam negara dan masyarakat antarabangsa itu sendiri .
Sebelum menyelidiki penerimaan meluas prnsip-prinsip pandangan antara bangsa dan
konvensyen -konvensyan hak asasi manusia jelas didapati doktrin kesejagatan hak asasi
manusia bagi masyarakat global adalah bentuk pluralisme budaya.Inilah yang akhirnya
membentuk perdebatan antara dua golongan penyokong hak asasi manusia iaitu
universalis melawan relativis.

2.0 DIFINISI DAN MAKSUD HAK ASASI


MANUSIA
Hak Asasi Manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama
manusia .Hak Asasi Manusia bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling
bergantungan . Hak asasilah yang menjadikan kita manusia dan menurut Kamus Dewan
hak asasi ialah hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat,
menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya
merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna
hak
asasi
harus
diberi
tafsiran
yang
lebih
luas.
2.1

PENAFSIRAN

MODEN

Terdapat tiga dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan
Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan
antarabangsa tersebut, hak asasi manusia tidak terbatas kepada hak-hak berikut:
(1) Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan
menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah
undang-undang
adalah
hak
sivil
dan
berpolitik
(2) Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang
minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat adalah Hak
sosial,
kebudayaan
dan
ekonomi.
Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap

ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat
kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam
pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan
antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan
hak
asasi
manusia.
2.2
Tafsiran
Setiausaha
Agung
Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama
manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling
bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi
manusialah
kita
membina
kesucian
maruah
manusia.
2.3
Perbezaan
Model
kognitif
Dalam
Konsep
Hak
Asasi
Manusia
Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara
merdeka
di
dunia.
Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah
(European Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai
Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undangundang
terhadap
negara
anggota
Komuniti
Eropah.
Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak
Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih
mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi
manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu.
Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada
batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.
Bagi tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam
keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan
masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di
negara-negara
Barat
yang
lebih
individualistik.
Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi
antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan
hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula
terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak
individu.

Anda mungkin juga menyukai