Anda di halaman 1dari 12

SULIT

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF


(30 Markah)

Arahan : Bahagian ini mengandungi 30 soalan objektif. Setiap soalan diikuti dengan
empat pilihan jawapan atau pelengkap. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi setiap
soalan.

1. Kita dikatakan cergas apabila dapat________________________ .


I bekerja dengan efektif
II menikmati masa lapang
III memiliki tubuh badan yang sihat
IV takut dan resah menghadapi kecemasan

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

2. Baton sangat penting digunakan dalam acara


A 1500 meter
B lari berpagar
C marathon
D lari berganti-ganti

SULIT

3. Kita perlu meningkatkan kematangan diri dengan _________________ .


I melepak bersama kawan-kawan
II mematuhi nasihat ibubapa dan guru
III memikul tanggungjawab yang diberikan kepada kita
IV menyertai persatuan dan kelab di sekolah sacara aktif

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

4. Kita perlu____________ untuk menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan.


A tidur lewat
B makan mengikut selera
C bersihkan diri setiap hari
D pakai semula pakaian yang telah digunakan

5. Sumbangan makanan kepada tubuh badan adalah sebagai pemberi


A haba
B tenaga
C kecergasan
D tidak bermaya

SULIT

6. Pengguna boleh mengetahui bilangan atau berat makanan yang hendak dibeli
melalui
A tarikh luput
B senarai ramuan
C kandungan bersih
D komposisi khasiat makanan

7. Tanda halal pada barangan makanan adalah bertujuan agar ________________ .


A pengguna dapat membeli dengan banyak
B pengguna bukan Islam dapat membeli tanpa was was
C pengguna Islam akan berasa was was ketika membeli
D pengguna Islam akan berasa yakin dan tidak was was untuk menggunakan
barangan tersebut

Wujud dalam bentuk pil, kapsul, serbuk dan cecair

Berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit

8. Penyataan di atas adalah berkaitan dengan


A. dadah
B racun
C ubat
D alcohol

SULIT

9. Antara berikut, langkah- langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah
pengambilan dadah dan alkohol.
I menghayati ajaran agama
II mengamalkan cara hidup sihat
III memilih tempat hiburan yang sesuai
IV mengamalkan cara hidup yang bebas
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

10. Krim atau cecair antiseptic digunakan untuk _________________________ .


A membersih mata
B membunuh nyamuk
C menbersihkan tangan
D membunuh kuman pada luka

11. Minuman bergas patut dielakkan oleh ahli sukan kerana mengandungi
__________________ .
A Kadar lemak yang berlebihan
B Kadar gula yang berlebihan
C Kadar kafein yang berlebihan
D Kadar perasa dan karbonat yang berlebihan

SULIT

12. Rasuah dapat dielakkan dengan mengamalkan ________________ yang tinggi


A Semangat kesukanan
B Semangat perlawanan
C Semangat bertanding
D Semangat bergaduh

13. Ahmad berupaya melakukan suatu aktiviti dalam jangka masa yang lama tanpa
berasa letih. Ini menunjukkan Ahmad mempunyai tahap daya tahan __________
yang tinggi.
A otot
B kardiovaskular
C kelembutan
D ketangkasan

14. Untuk mendapatkan `pendaratan yang baik dalam acara lompat jauh, seseorang
itu memerlukan perlakuan dan kemahiran dalam komponen ____________ .
A imbangan
B kuasa
C kelenturan
D kepantasan

15. Latihan `fartlek bermaksud _______________________ .


A latihan rancak diselang-selikan dengan jangka masa rehat yang pendek.
B latihan dengan iringan muzik.
C suatu aktiviti yang jaraknya ditetapkan.
D suatu aktiviti larian yang kelajuannya berubah-ubah.

SULIT

16. Senaman yang kita lakukan dapat memperbaiki ________________ .


A postur badan
B bentuk tulang
C otot kaki
D ketinggian

17. Ubat yang dibeli daripada farmasi perlu mendapat nasihat __________. terlebih
dahulu.
A guru
B ibu bapa
C doktor
D rakan karib

18. _______________ adalah musuh utama negara yang patut kita perangi.
A Paracetamol
B Dadah
C Aerosol
D Panadol

19. Berikut adalah jenis-jenis dadah berbahaya kecuali ___________________ .


A. pil Ecstasy
B. morfin
C. karbon monoksida
D. heroin

SULIT

20. Untuk menjalankan aktiviti lompat tinggi, alatan ini perlu disediakan
A skital, pita ukur, tong air dan penutup kepala
B jaring, jam randek dan wisel
C tiang lompat tinggi, tilam dan pita ukur
D tiang lompat tinggi, tilam dan kaset

21. Sebelum melakukan sesuatu aktiviti gimnastik, kamu mestilah mempunyai


_____________ supaya dapat melakukan aktiviti dengan selamat.
A kekuatan otot
B imbangan
C kelenturan
D lompatan yang tinggi

22. Antara berikut, yang manakah perubahan fizikal yang dialami oleh remaja lelaki?
A ketinggian meningkat
B bentuk badan berubah
C payu dara membesar
D berat badan bertambah

Mengurangkan risiko kecederaan

Membolehkan badan bersedia untuk melakukan aktiviti yang


lebih mencabar

23. Pernyataan di atas merupakan faedah melakukan aktiviti _____________.


A menyejukkan badan
B ujian kecergasan
C memanaskan badan
D daya tahan kardiovaskular
8

SULIT

24. Jarak dalam acara lompat pagar untuk murid sekolah rendah adalah ________ .
A 50 meter
B 60 meter
C 70 meter
D 80 meter

25. Bagi menghindari penyakit kulit, kita perlu elak berkongsi _______________ .
I tuala
II pakaian
III sapu tangan
IV bilik air

A I, II, dan III


B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

26. Antara tujuan kita memberikan pertolongan cemas ialah ________________ .


A menunjukkan kepakaran
B memanfaatkan masa
C mengurangkan kesakitan
D menyembuhkan mangsa

SULIT

27. Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan faedah bersukan?


A memenatkan badan
B menyihatkan badan
C membawa pelbagai penyakit
D. menyebabkan kematian

28. Ketika bernafas, gas _________ diserap dan gas ___________ dibebaskan.
A karbon dioksida...oksigen
B karbon dioksida....karbon monoksida
C oksigen....karbon dioksida
D oksigen....oksigen

29. Selalu bersenam dan menjaga penampilan diri agar sentiasa kemas dan bersih
akan dapat meningkatkan imej ..
A fizikal
B mental
C sosial
D emos

30. Langkah-langkah berikut dapat menangani masalah awal remaja serta


membantu memperkukuh harga dan kematangan diri kecuali
A belajar pengetahuan agama
B bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum
C mendengar nasihat ibu
D mencuba perkara baru bersama rakan

10

SULIT

BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR


(20 markah)
Arahan : Bahagian ini mengandungi 3 soalan subjektif. Jawab semua soalan berikut
pada tempat yang disediakan.

A. Baca petikan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan.

DEMAM DENGGI
Penyakit berjangkit boleh menular daripada seseorang individu kepada
individu yang lain. Antara penyakit berjangkit adalah batuk, selsema, kurap, dan
demam denggi.
Demam denggi disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Air liur nyamuk
Aedes mengandungi virus denggi. Antara simptom demam denggi ialah sakit kepala,
demam panas, hilang selera makan, sengal otot dan sendi, bintik-bintik merah pada
kulit, dan berdarah pada kuku dan mulut. Penyakit demam denggi berdarah boleh
menyebabkan kematian.
Langkah-langkah pencegahan penting bagi mengawal penyakit ini daripada
merebak. Antara langkah-langkah pencegahan ialah dengan membersihkan tempat
pembiakan nyamuk seperti menanam tin dan botol kosong, membuang bekas yang
boleh menakung air, memasukkan ubat pencegah jentik-jentik ke dalam takungan air
dan menggunakan semburan racun serangga.

1. Namakan tiga jenis penyakit berjangkit.


(a) ____________________________________________________
(b) ____________________________________________________
(c) ____________________________________________________

2. Bagaimanakah demam denggi boleh merebak?


_______________________________________________________________
11

SULIT

3. Apakah simptom-simptom demam denggi?


(a) ______________________________________________________________
(b) ______________________________________________________________
(c) ______________________________________________________________

4. Senaraikan tiga cara pencegahan pembiakan nyamuk


(a) ______________________________________________________________
______________________________________________________________
(b) ______________________________________________________________
______________________________________________________________
(c) ______________________________________________________________
______________________________________________________________

(10 markah)

B. Pilih jawapan yang betul.


keracunan

ubat

iklan

jenama

tiruan

1. kita harus bijak memilih barang yang sesuai dan tidak terpengaruh dengan
___________________ sesuatu barangan.
2. Makanan yang telah luput tarikhnya dapat menyebabkan __________________ .
3. Kita harus berhati-hati memilih barang agar tidak terbeli barangan ___________ .
4. ________________ yang diambil haruslah yang diluluskan oleh Kementerian
Kesihatan.
5. ________________ adalah cara pengeluar dan peniaga mempromosikan dan
melariskan barang.
(5 markah)
12

SULIT

C. Garis jawapan yang betul.

1. Individu yang terlibat dalam sukan perlu (menyalahi, mematuhi) peraturan yang
telah ditetapkan.

2. Program motivasi sebelum pertandingan dapat meningkatkan (keraguan,


keyakinan) atlet terhadap kemampuan diri.

3. Tindakan atlet dan penonton yang tidak beretika akan mewujudkan suasana yang
(tidak harmoni, bermoral) semasa berlansungnya sesuatu pertandingan sukan.
4. Mengamalkan etika ketika bersukan dapat mewujudkan situasi yang (gembira,
sihat).

5. Pegawai sukan, pemain, dan penonton perlu (menjauhi, menyokong) unsur-unsur


rasuah dan perjudian.

(5 markah)

13

Anda mungkin juga menyukai