Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA AKTIVITI PANITIA MORAL 2012

SEMPENA AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN KE-55


PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BINTULU
Tarikh :

13 Ogos 2012

Masa

0705 - 0905

Tempat :

Kantin SK Bintulu

Pengenalan

Bulan Ogos yang sinonim dengan Bulan Kemerdekaan merupakan


masa yang sesuai untuk mendedahkan murid-murid dengan nilai-nilai murni yang
perlu diamalkan dalam hidup seharian. Pengorbanan yang dilakukan oleh para
pejuang kemerdekaan dalam melepaskan negara daripada cengkaman penjajah
wajar diingati dan nilai murni yang menjadi pegangan mereka patut dicontohi oleh
generasi muda dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Panitia
Pendidikan Moral SK Bintulu akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi
mengisi takwim SK Bintulu bagi tahun 2012. Justeru, Panitia Pendidikan Moral
mengambil inisiatif mengadakan aktiviti bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
Sambutan Bulan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua
tahun iaitu dari Tahun satu hingga Tahun Enam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada
pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama
dalam kalangan tenaga pengajar SK Bintulu.

Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


dan adalah bagi mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Bintulu secara
menyeluruh. Di samping itu para guru dapat mengenal pasti potensi murid-murid
yang mampu mengharumkan nama baik SK Bintulu di peringkat yang lebih tinggi
seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah atau sebagainya. Aktiviti
sempena menyambut Bulan Kemerdekaan ini diadakan untuk :
1. Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisme.
2. Mencungkil bakat murid-murid.
3. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
Diharap agar penerapan ini akan membawa minda murid-murid untuk lebih
menghargai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh negarawan kita.

Sasaran
Setiap kelas tahun 6 akan menghantar 1 kumpulan yang diwakili oleh 3 orang murid

Aktiviti
Pertandingan membuat montaj bertemakan kemerdekaan secara berkumpulan

Anggaran Perbelanjaan
Kedudukan

Senarai hadiah

Kos anggaran

Hamper

RM80

Hamper

RM60

Hamper

RM50

Penutup

Diharapkan agar murid-murid sedar akan pentingnya amalan murni dalam


menjalani kehidupan seharian. Kemerdekaan negara dicapai kerana kita mempunyai
barisan pejuang yang berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diamalkan
tanpa mengira kaum dan agama.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

Disahkan oleh :

_______________________
(EN SYAHIR RIDHWAN BIN
AHMAD ABD RAZAK)

_____________________
(PN EMILIANA GERUNA)

___________________
(PN ZEMRUD BT.
ZAINUDDIN)

Penyelaras Aktiviti Tahun 6

Ketua Panitia Pendidikan


Moral

Guru Besar, SK Bintulu

Anda mungkin juga menyukai