Anda di halaman 1dari 20

TAJUK KAJIAN:

PENGGUNAAN BAHASA SLANGA DALAM NOVEL REMAJA CINTA TIGA


SUKU

1.0

PENGENALAN
Bahagian ini menjelaskan latar belakag kajian, iaitu keterangan tentang
penggunaan bahasa slanga dalam novel Cinta Tiga Suku serta definisi konsepkonsep penting yang digunakan dalam kajian ini.
1.1

Latar Belakang
Penerbitan novel pada masa kini semakin banyak di pasaran seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Kebiasaannya, golongan remaja yang
membeli bahan-bahan bacaan seperti novel hanyalah bertujuan untuk
mengisi masa lapang mereka. Bagi penulis pula, mereka menghasilkan
novel adalah untuk tujuan pengkomersialan dan keuntungan sematamata. Kebanyakan novel baru yang diterbitkan tidak menerapkan nilainilai murni. Hal ini akan mempengaruhi sikap atau tingkah laku
pembaca. Namun begitu, yang menjadi pertikaian dan persoalannya
sekarang ialah mesej yang didedahkan kepada remaja melalui novelnovel tersebut serta gaya bahasa yang cukup mengelirukan.
Berdasarkan novel yang dikaji iaitu Novel Cinta Tiga Suku Karya
Herna Diana, variasi bahasa yang digunakan dalam novel tersebut
adalah pelbagai tetapi bahasa slanga merupakan bahasa yang paling
ketara penggunaanya.

Pada asasnya, bahasa ini sering digunakan oleh golongan remaja.


Bahasa ini seakan-akan menjadi kebiasaan dan tanpa segan silu
dipertuturkan oleh mereka di mana-mana sahaja. Golongan remaja
yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan
ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada
perkataan tersebut. Pada hakikatnya, penggunaan bahasa slanga atau
bahasa tidak formal tidak sepatutnya digunakan oleh penulis novel
tersebut.

1.2

Definisi Konsep
Menurut Fischer (1996), slanga muncul pada abad ke-18 yang
bermaksud origin uncertain iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara
etimologi, kata slanga berasal daripada perkataan sling yang
dihubungkaitkan dengan beggar language dan rogues language iaitu
bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan.
Brooke (1973), telah mengungkapkan bahawa variasi bahasa yang
terdapat dalam bahasa diberi beberapa nama oleh ahli bahasa
berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Umpamanya, variasi atau
ragam bahasa mengikut penggunaan sebagai register atau laras dalam
ilmu sosiolinguistik. Antara variasi bahasa yang lain termasuklah
variasi seperti dialek, diglosia, slanga dan idiolek.
Nik Safiah Karim (1996), menjelaskan bahawa slanga memiliki
kecenderungan yang diguna pakai secara paling asas dan umum untuk
memenuhi fungsi sosialnya. Perkara seumpama ini terjadi dalam semua
bahasa di dunia, tambahan pula kosa kata slanga ditakrif seusia atau
lebih awal dengan sesebuah bahasa bagi bangsa itu sendiri.
Asmah Haji Omar (1993), menegaskan bahawa bahasa slanga
mempunyai ciri-ciri unik dalam bentuk ungkapan dan pengujaran
sehingga akhirnya menjadi sangat sinonim, akrab dan berakar umbi
untuk membentuk identiti kumpulan.

Ajid Che Kob (1998), berpendapat kata kunci dalam pengajaran bahasa
slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya yang bertujuan menguat,
memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti kelompok
sosialnya.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa bahasa slanga merupakan kata-kata,
ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku
atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak
rasmi.

2.0

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:a) Menyenaraikan perkataan slanga yang digunakan dalam Novel Cinta Tiga
Suku.
b) Mengenal pasti makna perkataan slanga dalam Novel Cinta Tiga Suku.
c) Mengenal pasti kesan-kesan penggunaan bahasa slanga dalam Novel
Cinta Tiga Suku.

3.0

KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:a) Dapat mencuba perkataan-perkataan baru sebagai tanda pengenalan
kumpulan komunikasi yang tersendiri.
b) Dapat menyatakan makna-makna baru terhadap sesuatu perkataan slanga
yang dicipta.
c) Penggunaan bahasa slanga juga dapat memudahkan kumpulan individu
yang menuturkannya untuk menyebut perkataan-perkataan baru yang
dicipta sekaligus membolehkan mereka mengingati setiap perkataan yang
diujarkan.

4.0

SKOP KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa slanga dalam Novel Remaja
Cinta Tiga Suku dari muka surat 5 hingga muka surat 66. Hasil karya oleh
Herna Diana ini diterbitkan pada tahun 2010 oleh Karang Kraf Sdn. Bhd.

5.0

BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan terhadap bahasa slanga dalam Novel Cinta Tiga
Suku. Oleh itu, bahasa tersebut hanya dipertuturkan oleh sekumpulan penutur
tertentu seperti golongan remaja. Penulis juga terdiri daripada golongan yang
kurang berpendidikan. Bahasa slanga jelas menunjukkan bahawa bahasa yang
digunakan adalah tidak formal, tidak baku, dan bersifat tidak kekal. Istilahistilah yang digunakan mungkin akan pupus setelah beberapa masa. Oleh itu,
kosa kata dalam bahasa slanga yang digunakan hanya mempunyai makna
tersendiri yang difahami oleh kumpulan tersebut. Tinjauan untuk memperoleh
maklumat berkaitan dengan penggunaan bahasa slanga hanya dilakukan
terhadap sumber bertulis. Pengkaji mendapati bahawa Novel Cinta Tiga
Suku mempunyai banyak penggunaan bahasa slanga.

6.0

KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk


memperoleh data bagi menyiapkan kajian ini. Di antara teknik pengumpulan
data yang telah diguna pakai adalah seperti berikut.
6.1

Kajian Kepustakaan
Pengkaji telah membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bahasa
slanga, termasuklah buku rujukan Bahasa Melayu STPM, tesis tentang
bahasa slanga yang diterbitkan dalam beberapa buku hasil kajian
sarjana luar negara.

6.2

Maklumat Daripada Internet


Pengkaji juga telah melayari laman web untuk mendapatkan maklumat
berkaitan bahasa slanga, khususnya penulisan dan kajian ilmiah yang
berfokuskan bahasa slanga di Malaysia.

6.3

Kajian Teks
Novel Cinta Tiga Suku (Herna Diana 2010) digunakan dalam kajian ini
untuk mengkaji bahasa slanga bagi melengkapkan kajian ini.

7.0

DAPATAN KAJIAN
8

7.1

Senarai perkataan slanga dalam novel Cinta Tiga Suku

Berdasarkan pembacaan novel Cinta Tiga Suku, terdapat beberapa perkataan


slanga yang sering digunakan penulis dalam novel ini. Berikut merupakan
perkataan slanga yang telah dikenal pasti :
Bil

Perkataan Slanga Dalam

Novel Cinta Tiga Suku

Wassup bro

Ayat-ayat slanga dalam Novel

Muka surat

Cinta Tiga Suku


WASSUP bro, tegur Iman sambil

(m/s)

menepuk bahu teman sekerjanya,

m/s 5

Amir.
kurang asam betul mamat ni, aku
2

Mamat

pulak digelakkan, hamun Iman

m/s 6

didalam hati.
Tahu takut.Nasib baik aku ni
3

Cool

cool.Kalau takmalam ni orang

m/s 8

makan nasi kau makan gigi paprik.

Tak guna punya minah sewel.Aku


m/s 11 dan
bukak mata aje, dia dah spoil mood
4

Mood

m/s 41
aku, marah Arie sambil
melemparkan telefonnya ke katil.

Bil

Perkataan Slanga Dalam

.
5

Novel Cinta Tiga Suku


Yupp

Ayat-ayat slanga dalam Novel


Cinta Tiga Suku
Yupp, aku akan terus macam ni
sehingga aku berjumpa dengan insan
yang ditakdirkan Allah untuk

Muka surat
(m/s)
m/s 10

menjadi pelindung aku.


Ni yang aku malas.Tak sukalah
6

Beb

jiwang-jiwang ni, beb! ujar Iman


memecah suasana.
Dah kau tu asyik termenung aje dari

m/s 12,
m/s 16 dan
m/s 57

tadi aku tengok.Macam poyo aje


m/s 14 dan
7

Poyo

aku semburlah air sikit untuk


m/s 15
mengembalikan kau ke alam realiti,
dalih Iman.
Sampai sana nanti, aku call

Chow

kau.Okey, aku chow dulu, balas

m/s 17

Amir.
Dah la langgar orang, siap nak
9

Lu

jerkah-jerkah pulak.Lu apehal nak

m/s 19

carik pasal ke?balas Iman menyinga.


Helo bro, siskalau nak manjamanja ke, nak bercanda ke sekejap
10

Sis

lagi eak? Sekarang ni kasi settle dulu

m/s 21

bab motor aku tu, ujar Iman.


Bil

Perkataan Slanga Dalam

Novel Cinta Tiga Suku

11

Geng

Ayat-ayat slanga dalam Novel

Muka surat

Cinta Tiga Suku


Okey juga doktor ni.Sporting

(m/s)

gila.Boleh buat geng ni! rumus Iman

m/s 29

didalam hati.
Alah, takkan kau tak boleh tolong
12

Kot

m/s 38
aku kot? rayu Iman.
Dont worry.Ditanggung beres.Aku

13

Bikin

bikin tip top punya, sambungnya


lagi terus ketawa.
10

m/s 39

Aku blah dululah.Esok pagi aku


14

Blah

m/s 40
datang ambil motor.
Cantik makwe kau, pujinya pada

15

Makwe

m/s 66
Dr. Razif.
Hah! Ni dari planet mana pula

16

Sengal

muncul minah sengal ni? tukas hati

m/s 21

Iman.
Woi, bro! sedapnya mulut kau
17

bro

bercakap erk.Dah lah langgar orang,

m/s 20

siap jerkah-jerkah pulak.


Man, malam ni tak jadi
lepaklah.Aku kena balik
18

lepak

m/s 16
kampung.Ayah aku tak berapa

sihatlah, ujar Amir.


Berdasarkan jadual 1, penggunaan bahasa slanga semakin popular
terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penulisan karya karya
seperti novel. Penggunaan
slangaperkataan
bukanlah fenomena
Jadualbahasa
1 : Senarai
slanga baru yang
melanda bahasa Melayu kerana lebih 20 tahun yang lalu, penggunaan bahasa
slanga telahpun digunakan.
Kesimpulannya, penulis Novel Cinta Tiga Suku banyak menerapkan
unsur-unsur slanga dalam novel ini untuk menarik mibat pembaca. Bahasa
slanga yang lebih santai ini memudahkan pembaca terutamanya golongan
remaja untuk memahami setiap makna perkataan yang terdapat dalam novel
tersebut.

11

7.2

Makna-makna perkataan slanga dalam novel Cinta Tiga Suku

Berikut merupakan makna perkataan-perkataan slanga yang terdapat dalam


novel Cinta Tiga Suku.
Muka surat

Perkataan

Bil.

Maksud
(m/s)

slanga
Wassup bermaksud akhbar, bro bermaksud

m/s 5

Wassup bro
brother iaitu sapaan untuk kawan-kawan lelaki
Mamat merupakan satu perkataan yang

m/s 6

Mamat

3
4
5

m/s 8
m/s 11, m/s 41
m/s 10
m/s 12, m/s 16,

Cool
Mood
Yupp

6
7
8

merujuk kepada seorang lelaki


Tenang
Perasaan yang sedang digambarkan seseorang
Mempersetujui sesuatu perkara
Sayang

Beb
m/s 57
m/s 14, m/s 15
m/s 16

Poyo
lepak

Membangga diri
Merujuk kepada individu atau kumpulan yang
12

melakukan sesuatu perbuatan yang tidak


9

m/s 17

chow

10

m/s 19

lu

berfaedah
Pergi/menghalau seseorang
Panggilan dalam bahasa cina yang bermaksud
kau
Brother iaitu sapaan untuk kawan-kawan

11

m/s 20

Bro

Muka surat

Perkataan

(m/s)

slanga

m/s 21

Sis

lelaki

Bil.

Maksud
Sister iaitu sapaan bagi kawan-kawan

12

perempuan
Bermaksud lenguh-lenguh tetapi
13

m/s 21

Sengal
disalahgunakan yang membawa maksud
Kumpulan yang dianggotai lebih daripada

14

m/s 29

Geng
seseorang
Kot beerti barangkali, agaknya dan kalau-

15
16
17
18

m/s 38
m/s 39
m/s 40
m/s 66

Kot
kalau
Bikin
Melaksanakan sesuatu perkara
Blah
Pergi atau menghalau seseorang
Makwe
Kawan perempuan
Jadual 2 : Makna perkataan slanga

Berdasarkan jadual 2, perkataan beb berada pada kedudukan tertinggi


penggunaanya dalam novel ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penulis kerap
menggunakan perkataan slanga dalam penulisan novelnya. Seperti mamat, kot
dan sengal. Bahasa slanga bertujuan untuk menonjolkan identiti sesuatu
kumpulan atau kelompok tertentu agar diketahui umum. Slanga juga dituturkan
oleh sekumpulan remaja atau masyarakat dan hanya dapat difahami oleh
kumpulan tertentu sahaja.

13

Kesimpulannya, cara, gaya dan emosi yang dibawa oleh bahasa slanga itu
sendiri

sudah

mempamerkan

kefahaman

yang

meluas

tentang

kaedah

pengaplikasian peranan bahasa dalam kehidupan seharian.


7.3 Kesan-kesan penggunaan bahasa slanga dalam novel Cinta Tiga Suku
Bahasa slanga kerap digunakan dalam kalangan remaja. Bahasa ini merupakan
bahasa yang tidak formal. Oleh itu, terdapat beberapa kesan yang dikenal
pasti. Antaranya ialah:
7.3.1 Menjejaskan Kedaulatan Bahasa
Penggunaan bahasa slanga yang meluas dalam kalangan remaja
menyebabkan bahasa slanga kerap digunakan dalam percakapan
seharian tetapi juga dalam penulisan. Hasil penulisan yang diterbitkan
dalam sebuah buku terutamanya dalam bacaan ringkas seperti novel
telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Oleh itu, penggunaan bahasa
slanga dalam sebuah buku atau karya akan menjejaskan kedaulatan
7.3.2

bahasa.
Lenyap Bahasa Melayu yang Gramatis
Jika kita menerima kebiasaan daripada penggunaan bahasa slanga bagi
penggunaan di alam realiti maka bahasa melayu yang gramatis dan
murni akan lenyap. Kini, penggunaan bahasa slanga yang yang
berleluasa akan menyebabkan bahasa Melayu yang gramatis semakin
terhakis sedikit demi sedikit.

7.3.3

Kedudukan Bahasa Melayu akan Terjejas

14

Tidak dinafikan bahawa prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa


kebangsaan amat baik. Namun begitu, sejak kebelakangan ini bahasa
yang kita agungkan ini mula dicemari oleh anasir-anasir dari luar. Jika
ditinjau penggunaan bahasa slanga amat jelas kepada kita bahawa
kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah-olah semakin
dianaktirikan oleh pengguna bahasa kita sendiri.
7.3.4 Implikasi kepada Generasi Pelapis Negara
Pencemaran bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada
masyarakat dan negara. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan
mutu bahasa yang kita perjuangkan mula terabai. Apabila keadaan ini
berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan individu yang
memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu, ia akan melahirkan
cerdik pandai yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul
dengan baik dan berkesan, sama ada secara lisan ataupun bahasa
tulisan.

7.3.5 Mempengaruhi kosa kata dalam penulisan formal dan komunikasi


formal

15

Bahasa slanga yang melanda para remaja kita seharusnya dibendung


untuk mengelakkan mereka melakukan kesalahan bahasa tidak kira
dalam penulisan ataupun dalam komunikasi formal. Sebagai contoh,
penggunaan bahasa slanga dalam novel-novel remaja yang digunakan
oleh penulis kadang kala membuatkan kita tidak memahami dan
mengerti maksud sebenar yang ingin disampaikan.
7.3.6 Matlamat untuk Mengembangkan Bahasa Melayu akan terhalang
Matlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu akan terhalang
kerana penggunaan bahasa slanga telah memperkenalkan banyak
elemen yang mencemarkan bahasa. Seperti kata pepatah, bahasa
menunjukkan bangsa, sesuatu bahasa itu melambangkan sesuatu
bangsa mereka sendiri. Jika bahasa slanga terus merebak dan
berleluasa, maka generasi akan datang telah lupa bahasa mereka
sendiri. Usaha-usaha yang dilaksanakan untuk mengembangkan bahasa
Melayu di peringkat antarabangsa tidak akan dicapai sekiranya
pengguna bahasa Melayu itu sendiri tidak menggunakan bahasa
mereka dengan betul.

8.0

RUMUSAN KAJIAN

16

Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan bahasa slanga kerap


digunakan dalam Novel Cinta Tiga Suku. Kajian ini disandarkan kepada tiga
objektif iaitu menyenaraikan perkataan-perkataan slanga, mengenal pasti
makna perkataan slanga dan mengenal pasti kesan-kesan penggunaan bahasa
slanga dalam novel ini.
Daripada hasil kajian yang diperoleh, penngkaji mendapati bahawa
penulis Novel Cinta Tiga Suku menggunakan dialog yang berbaur slanga
rock. Hal ini kerana penulisnya cuba untuk mencungkil realiti masyarakat
remaja kini yang gemar menggunakan bahasa slanga. Disamping itu
perkataan-perkataan slanga yang digunakan turut memperlihatkan kreativiti
dalam bahasa slanga itu sendiri menyebabkan pembaca tertarik dengan novel
tersebut. Namun begitu, terdapat juga beberapa kesan yang dikenal pasti
daripada penggunaan bahasa slanga ini iaitu akan munculnya istilah-istilah
baru, menjatuhkan kedaulatan bahasa dan lenyaplah bahasa Melayu yang
gramatis.

9.0

PENUTUP

17

Kajian ini telah memaparkan salah satu variasi bahasa iaitu


penggunaan bahasa slanga. Jelaslah bahawa terdapat beberapa aspek bahasa
slanga yang dapat dilihat dalam novel Cinta Suku dan dapat dipelajari oleh
setiap individu. Seterusnya, memudahkan pemahaman terhadap aspek bahasa
slanga ini dalam kehidupan seharian. Ternyata bahasa slanga juga berupaya
memberi impak, aura dan pengenalan diri kepada individu serta kumpulan
menerusi pelbagai media dan latar sosial kelompok mereka.
Akhir sekali, semoga kajian ini dijadikan titik tolak kepada pengkaji
lain untuk melaksanakan kajian terhadap aspek lain berkaitan dengan bahasa
slanga seperti jenis-jenis bahasa ini secara lebih terperinci dan khusus. Kajian
ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pengkaji-pengkaji lain pada
masa akan datang untuk mendalami tentang penggunaan bahasa slanga.

BIBLIOGRAFI

18

Herna Diana. 2010. Novel Cinta Tiga Suku. Karangkraf Sdn Bhd.
Nor Asyikin. 2012. Slanga Dalam Bab 5 Novel Rooftop Rant Aplikasi
Komputer Dalam Kajian
http://asyikinrazak.wordpress.com/category/projek-1/
Ashrol Rahimy Bin Pg Damit. 2012. Bahasa Slanga Dalam Facebook.
http://kpbteamwork.blogspot.com/2012/04/bahasa-slanga-dalam-facebook.html

19

LAMPIRAN

20

Anda mungkin juga menyukai