Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Hikayat Seri Kelantan

Tema
Keistimewaan seorang puteri raja yang memiliki keistimewaan luar biasa.

Persoalan
Mengambil hak orang lain Raja Siam sanggup menggunakan kekerasan untuk
mengambil hak orang lain iaitu Puteri Sadung walaupun Tuan Puteri sudah bersuami.
Kasih sayang antara suami dan isteri Sultan Abdullah dan Puteri Sadung sayang antara
satu sama lain dan berasa sangat sedih ketika hendak berpisah.
Taat setia kepada raja Rakyat Siam sangat taat kepada rajanya dengan menyerang
negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung walaupun hanya untuk merampas
Tuan Puteri Sadung daripada Sultan Abdullah.

Watak dan Perwatakan

Tuan Puteri Sadung


Anak perempuan Raja Jembal.
Dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang.
Baginda mempunyai rupa paras yang terlalu cantik sehinggakan Raja Siam ingin
memilikinya walaupun sudah berkahwin. Baginda memiliki kesaktian yang luar biasa
kerana dapat memindahkan seluruh Kota Jelasin ke dalam hutan.

Sultan Abdullah
Anak Raja Jembal.
Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dan
memerintah Kota Jelasin.
Baginda sayang akan isterinya. Hal ini terbukti apabila baginda sangat sedih apabila
terpaksa berpisah dengan isterinya.
Baginda juga seorang yang sanggup berkorban apabila sanggup menyerahkan isterinya
kepada raja Siam demi keselamatan negeri dan rakyatnya.

Latar Masa
40 hari 40 malam
Waktu malam
Waktu siang

Latar Tempat

Negeri Kelantan Purba


Kota Jelasin
Gunung Ayam
Perahu jong

Latar Masyarakat

Masyarakat feudal.
Masyarakat yang penyayang.
Masyarakat yang setia kepada raja.
Masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara.
Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa.

Gaya Bahasa

Bahasa Istana sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda.


Bahasa Melayu Klasik jemelah, suak, cerang, cetera.
Bahasa Arab mustaib, Allah subhanahu wa taala.
Dialek Kelantan beroyat
Kata pangkal ayat maka, alkisah, hatta, sebermula

Nilai

Kasih sayang
Taat setia
Bertolak ansur
Keberanian
Cinta akan tanah air (patriotik)

Pengajaran
Kita hendaklah taat setia kepada raja.

Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


Kita hendaklah bersatu padu dalam menjaga kedaulatan negara.

Anda mungkin juga menyukai