Anda di halaman 1dari 3

2.0.

PERSOALAN KAJIAN
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu set pemikiran ke arah
kreativiti dan kritis. Ia melibatkan beberapa proses agar penghasilan dan aplikasi ilmu
dalam sesuatu bidang khususnya dalam matapelajaran sejarah lebih efektif dan
menyeluruh.
Kemahiran ini mampu merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir secara kritis
dan analitis kerana proses ini merangkumi pembentukan konsep. Dalam pengajaran
dan pembelajaran Sejarah, pelajar-pelajar hanya tumpu kepada hafalan bukan
pemahaman konsep. Fakta atau bukti dalam Sejarah dianggap sebagai cerita sematamatanya. Namun, pelajar-pelajar harus memahami konsep sebalik daripada ceritanya.
Oleh itu, melalui KPS para pelajar akan digalakan memahami proses pembentukan
konsep.Contohnya, melalui tajuk 1 iaitu Sejarah dan Kita akan mempelajari sub tajuk
konsep masa dalam Sejarah. Pelajar-pelajar akan membuat garis masa peristiwa
penting mengenai konsep sejarah.
Manakala, KPS dapat mampu merangsang pemikiran pelajar dari segi
pembentukan prinsip. Pentingnya pelajar harus memahami prinsip atau matlamat
sejarah dalam pembelajaran. Di dalam KPS terdapat kemahiran membuat rasionalisasi
menggalakan pelajar memahami pembentukan prinsip. Dengan kemahiran membuat
rasionalisasi melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan wajar dalam
menyelesaikan sesuatu masalah dari pandangan sejarah. Salah satu objektif dalam
sejarah adalah memahami peristiwa masa lalu. Contohnya, kedatangan kerajaan
Melayu awal adalah merupakan tajuk 4 dalam matapelajaran Sejarah yang perlu pelajar
memahami prinsip peristiwa tersebut.
KPS juga penting bagi menggalakan pelajar mempunyai skil kefahaman
khususnya dalam matapelajaran Sejarah. Kemahiran KPS memahami kronologi amat
membantu pelajar mempunyai kemahiran kefahaman. Memahami kronologi bermaksud
melihat masa lalu, masa kini dam masa akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa
Sejarah yang berlaku. Contohnya, dalam tahun 4 terdapat tajuk 9, Parameswara

Pengasas Melaka. Dalam tajuk pelajar perlu memahami rentetan peristiwa perjalanan
Parameswara dari Palembang hingga Melaka.
Seterusnya, KPS dapat menghubungkan pelajar dengan matapelajaran Sejarah
melalui proses penyelesaian masalah. KPS menitikberatkan kemahiran meneroka bukti.
Kemahiran meneroka bukti ini mengenal pasti sumber pertama dan sumber kedua serta
membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut. Melalui kemahiran ini akan
mengalakan para pelajar bersikap inkuiri dalam mencari bukti dan membuat analitikal.
Hal ini secara langsung, membantu pelajar dapat menyelesaikan masalah. Contohnya,
melalui tajuk 10 iaitu Kebijaksanan Tun Perak, pelajar dapat menjelaskan kebijaksana
Tun Perak mengalahkan Siam yang ingin menawan Melaka. Tajuk ini juga dapat
merangsangkan pelajar melalui perbincangan seperti langkah-langkah yang diambil
penyelesaian masalah oleh Tun Perak.
Membuat interpretasi merupakan salah satu KPS. Kemahiran ini mendokong
maksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan dan
kupasan. Dengan itu, pelajar-pelajar akan memahami perkaitan antara fakta sejarah
dan tafsiran Sejarah. Oleh itu, melalui kemahiran membuat interpretasi akan
menggalakan pelajar menjalankan proses penyiasatan dan membuat keputusan.
Contohnya, tajuk 5 Zaman Air
mengenai

Batu. Pelajar-pelajar dapat interpretasi maklumat

perubahan Zaman Air Batu . Pelajar akan berlaku penyiastan dan

merumskan serta membuat keputusan.


Akhir sekali, membuat imaginsasi merupakan salah satu KPS. Kemahiran
imaginsasi ialah secara visual dan empati. Ia merupakan satu usaha yang melibatkan
pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Bagi menerapkan
kemahiran ini, pengajaran akan merangkumi proses penggabungan.

Guru Sejarah

perlu melibatkan pelajar dalam pengajaran serta menggunakan pelbagai kaedah dan
teknik seperti debat, simulasi, demostrasi, pameran, permanian dan sebagainya. Hal ini
membangkitkan semangat pelajar terhadap Sejarah dan membuat imaginsasi.
Contohnya, dalam tahun 4 terdapat tajuk 3 iaitu Zaman Prasejarah. Guru Sejarah
membimbing pelajar-pelajar membuat pameran artifak. Dengan kaedah ini dapat
merangsang pelajar-pelajar berimaginsasi.

3.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, kami telah memahami Kemahiran pemikiran Sejarah
(KPS) mempunyai peranan yang penting dalam melahirkan insan berfikir kritis, kreatif
dan inovatif melalui kaedah inkuiri dan penerokaan terhadap Sejarah.
Enam tunjang yang menggariskan dalam KSSR mendomain utama dan
bergabung satu sama lain dengan pemikiran kritis, kreatif dan analitikal. Kandungan
mata pelajaran sejarah disusun secara tematik yang membincangkan pengenalan
negara dan identitinya, sejarah awal negara dan warisannya serta kedaulatan dan
kejayaan negara. Oleh itu, KPS memainkan peranan dan tanggungjawab bagi
melahirkan pelajar-pelajar yang berasaskan enam tunjang KSSR.
KPS adalah memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpertasi,
membuat imganisasi dan membuat rasionalisasi. Kelima-lima kemahiran ini akan
meningkatakan kualiti matapelajarn Sejarah di sekolah rendah dari segi pengetahuan,
pemahaman dan aplikasinya. KPS bukan sahaja dapat diaplikasi dalam bilik darjah
tetapi dalam kehidupan harian pelajar-pelajar yang akan berhadapan pelbagai
pancaroba dunia.
Akhir sekali, KPS yang meningkatkan lagi kemahiran sosial dalam kalangan
pelajar-pelajar. Dengan peningkatan kemahiran sosial para pelajar akan

membina

sendiri pengetahuannya, lebih beryakin, seronok belajar Sejarah dan sikap inkuiri
Selain itu, lebih memahami konsep dan sikap patriotik. Hal ini secara langsung, akan
membantu guru dalam menjalankan pengajaran berkesan dan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai