Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM

NAMA PELAJAR: NURUL SYUHADAH BINTI HASNAN


KURSUS & AMBILAN: DPLI-PPC (KIMIA) / AMBILAN JANUARI 2014
TEMPOH PRAKTIKUM: 1 FEBRUARI 30 APRIL 2014 (12 MINGGU)
PENGKHUSUSAN: KIMIA / MATEMATIK
NAMA GURU PEMBIMBING: PUAN AINE HAYATI BINTI MD ZAIN (KIMIA)
PUAN BASHIRAH BINTI SELEMAN (MATEMATIK)
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: PUAN LOW SHEOW FOONG

Catatan Minggu ke: (1) Tarikh: 1 5 Februari 2015


Masalah
Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani sesi praktikum di Sekolah
Menengah Sultan Abdul Halim. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya pergi ke
sekolah sebagai seorang guru dan ditugaskan untuk mengajar. Berdasarkan
pengalaman minggu pertama ini, masalah utama yang dihadapi oleh saya ialah untuk
mengekalkan minat dan fokus pelajar terhadap pembelajaran sesuatu matapelajaran.
Rata-rata pelajar akan fokus pada awal pengajaran namun mula menjadi resah gelisah
pada pertengahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dapat dilihat ada

diantara mereka yang tidak mendengar apa yang dinyatakan oleh guru dan ada juga
yang mulai tertidur.
Seperti sedia maklum, tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan
pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan kondusif, malah mereka juga
perlu melaksanakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan
suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar di samping sentiasa
memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Oleh itu sebagai seorang guru saya perlu
melakukan perubahan bagi menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar..
Analisis Masalah
Berdasarkan permasalahan yang disebutkan di atas, saya beranggapan bahawa diri
saya masih kekurangan pengetahuan dalam menjadi seorang guru yang kreatif dan
mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Beberapa persoalan sentiasa bermain di
fikiran saya iaitu :

Cara pembelajaran yang bagaimanakah yang sesuai untuk pelajar?

Teknik dan kaedah apakah yang perlu saya gunakan untuk mengekalkan minat
dan fokus pelajar sewaktu PdP?

Aktiviti PdP yang bagaimanakah dapat menarik minat pelajar supaya lebih fokus
ketika PdP?
Dalam merancang aktiviti PdP, saya perlu mengambil kira bahawa pelajar-pelajar

saya merupakan generasi abad ke-21

yang rata-ratanya mahir dalam penggunaan

teknologi. Pelajar-pelajar di abad ke-21 juga dikatakan sebagai generasi yang sangat
dahagakan ilmu, mempunyai semangat inkuiri yang sangat tinggi, suka mencuba
perkara yang baru dan mempunyai minda yang sangat terbuka dan berfikiran sangat
kritis. Justeru itu, untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar ini, kaedah pengajaran
tradisional dilihat tidak begitu sesuai. Kaedah yang sama yang digunakan oleh guru-

guru saya ketika mengajar saya sewaktu di bangku sekolah dahulu mungkin tidak
begitu sesuai dengan kehendak dan keperluan pelajar-pelajar abad ke-21 ini.
Cadangan
Di abad ke-21, salah satu kemahiran yang amat penting ialah kemahiran penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Dalam konteks pendidikan, teknologi komunikasi dan informasi merupakan satu
rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses,
menyalurkan dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
(Abu Bakar, et al., 2008)
Pada masa kini, para guru menghadapi cabaran untuk menjadikan satu
pengajaran di dalam kelas itu menarik. Kaedah pengajaran tradisional yang
berpusatkan guru dianggap sebagai membosankan untuk segelintir pelajar, di mana
pelajar duduk di dalam kelas dan mendengar pengajaran yang diberikan oleh guru di
hadapan kelas. Oleh hal yang demikian, penggunaan TMK sebagai salah satu bahan
bantu mengajar (BBM) oleh para guru dilihat dapat mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas.
Dengan adanya TMK, seorang guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas dan kesannya para pelajar akan memperoleh
pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif. Selain itu, pemahaman konsep-konsep
yang sukar dapat dipermudahkan dengan penggunaan TMK. Sebagai contoh,
penggunaan pelbagai animasi dan video akan memudahkan para pelajar untuk
mempelajari dan memahamii sesuatu konsep sains yang bersifat abstrak dan sukar
untuk dibayangkan.
Maka, untuk menghasilkan satu PdP yang menarik dan bermakna, saya
seharusnya memilih aktiviti dan bahan yang bersesuaian dengan pelajar abad ke-21 ini.
Penggunaan perisian seperti PowerPoint yang berserta dengan gambar visual dan
mugkin video dan audio mungkin akan lebih menarik minat para pelajar. Mereka lebih

mudah tertarik dan akan lebih mudah memahami serta fokus dalam sesuatu
pembelajaran. Di samping itu, penggunaan TMK juga sebenarnya dapat menjadikan
saya sebagai seorang guru itu lebih bersedia untuk mengajar kerana bahan-bahan
pengajaran perlu disediakan lebih awal daripada waktu pengajaran di dalam kelas.

Tempoh Penyelesaian
1 Februari 11 Februari 2015 (2 minggu)
Tindakan Susulan
Sebagai tindakan susulan saya akan sedaya upaya meningkatkan kualiti semasa
pengajaran dengan menggunakan kemudahan TMK seperti PowerPoint agar PdP yang
dijalankan akan menjadi lebih menarik serta dapat menarik minat pelajar. Untuk
pengajaran pada minggu seterusnya, saya akan mencuba sedaya upaya untuk
menghasilkan slide PowerPoint bagi memudahkan saya untuk mengajar serta
meningkatkan lagi kualiti pembelajaran para pelajar di dalam kelas.
Selain itu, saya juga akan mengintegrasikan kaedah pembelajaran abad ke-21
yang lain yang lebih berpusatkan pelajar seperti melakukan lebih banyak aktiviti
berkumpulan agar pelajar sentiasa fokus di dalam kelas dan mudah untuk menerima
segala pengajaran yang diberikan di samping menyelitkan unsur TMK. Ini juga
bertujuan untuk memberikan pelajar satu keadaan belajar yang menyeronokkan.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya apa yang saya dapat pelajari ialah saya seharusnya mengambil
kira latar belakang generasi abad ke-21 ini dan menyesuaikan cara dan kaedah
pengajaran saya sesuai dengan generasi mereka dan bukan hanya menggunakan
kaedah tradisional. Dengan menggunakan elemen TMK, saya berharap agar mereka
akan lebih seronok dan fokus ketika sesi PdP dijalankan.
Rujukan

Abu Bakar, Z., Rajuddin, M. R., Ibrahim, M. A., Samad, A., Shukor, R., & & Shahrir, J. (2008).
Model Kemahiran ICT Guru Pelatih IPTA Malaysia. 151-161.

Pandangan / komen guru pembimbing


............................................................................................................................................
...
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
Tarikh : .............................................

Tandatangan : .............................................

Nama : .........................................................
Pandangan / komen pensyarah pembimbing
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai