Anda di halaman 1dari 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5, BLOK F2, KOMPLEKS E, MALAYSIA LEVEL 5, BLOCK E2, COMPLEX E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, hie: consent 00 FEDERAL GOVERMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Fake (03-8884 6824 / 600 (62604 PUTRAJAYA, Laman web: waeimoe goeimy/opr Ruj. Kami: KP(BPPA)600-1/7/4 JLD 15 ( 38) Tarikh & April 2015 Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Jalan Jambu Bol 4/3E 40604 Shah Alam SELANGOR Tuan, PENGGUNAAN PEKERJA WARGANEGARA ASING BAGI KONTRAK PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sepertimana tuan sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menarik balik semua kelulusan pengecualian bagi penggunaan Pekerja Warganegara Asing (PWA) yang telah diberikan sebelum ini, kepada mana-mana syarikat bagi perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sekolah/ institusi pendidikan, Syarikat telah diberikan tempoh sehingga 31 Mac 2015 yang alu untuk mengambil Pekerja Warganegara Malaysia (PWM) dan pihak sekolah dikehendaki untuk memastikan PWA tidak lagi berada di kawasan sekolah/ institusi 3. Walau bagaimanapun, mulai 1 April 2015 didapati kontraktor-kontraktor kebersihan di kawasan-kawasan bandar di sekitar Selangor dilaporkan telah gagal menyediakan pekerja yang mencukupi di kalangan PWM dan ini telah menjejaskan tahap kebersihan kawasan premis sekolah/ institusi dan menimbulkan keresahan di pihak JPN/PPD/sekolah, Pihak syarikat merayu agar KPM membenarkan mereka mengambil PWA kerana usaha mendapatkan PWM di kawasan Lembah Klang masih gagal. 4. Setelah menimbang situasi di atas, Kementerian telah bersetuju agar 38 kontraktor KBK (yang diberikan pembatalan penggunaan PWA sebelum ini, seperti dinyatakan dalam surat Kementerian rujukan KP(BPPA)600-1/7/2JId.4(41) bertarikh 19 Disember 2014 dan KP(BPPA)600-1/7/2Jld.5(4) bertarikh 7 Januari 2015) dan juga kontraktor-kontraktor KBK lain di kawasan kritikal yang mempunyai tempoh kontrak yang masih berkuatkuasa (tertakluk kepada pengesyoran daripada pihak JPN), diberikan kelonggaran untuk menggunakan PWA yang sah sehingga tempoh “Meneraju Perolehan Telus, Menjamin Aset Terurus” 4 KP(BPPA)600-1/7/4 JLD 15 ( 38 ) PENGGUNAAN PEKERJA WARGANEGARA ASING BAGI KONTRAK PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR kontrak berkenaan tamat. Walau bagaimanapun, penggajian PWA disyaratkan pada nisbah 50:50 iaitu 50% PWM dan 50% PWA bagi sesebuah premis/sekolah. Selain itu pihak kontraktor diwajibkan mendapatkan PWA dengan Pas Lawatan Keria Sementara (PLKS) yang sah. Sekiranya kontraktor gagal mematuhi syarat-syarat ini, denda akan dikenakan. Apa-apa pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat kontrak oleh Kontraktor hendaklah dikenakan denda atau pemotongan atau kedua-duanya sekali termasuk syarat-syarat di atas 5. Bagi melaksanakan keputusan ini, pihak tuan hendaklah memaklumkan kepada syarikat-syarikat kebersinan di bawah seliaan pihak tuan dan meminta agar syarikat-syarikat ini mengemukakan permohonan baru untuk menggunakan PWA Pinak Kementerian bersetuju supaya kelulusan penggunaan PWA ini diputuskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri berdasarkan kepada keperluan kritikal mengikut zon/ kawasan tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a. PWA hendaklah mempunyai PLKS yang sah; b. Hanya PWA yang mempunyai PLKS seperti dinyatakan di para 4 di atas sahaja dibenarkan memasuki kawasan premis sekolaty institusi; dan . Kebenaran penggunaan PWA ini hendaklah dihadkan bagi kontrak perkhidmatan KBK yang sedang berkuatkuasa sahaja dan tidak boleh digunakan sebagai asas untuk meluluskan penggunaan PWA bagi kontrak-kontrak perkhidmatan yang lain 6. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih jua. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Markie (SHAHID-DIN BIN MOHD KHATIB) Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset bp. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia sk YBhg. Tan Sri Dr. KSU YBhg. Datuk Dato’ Sri Dr. KPPM YBhg. Dato’ TKSU (Pembangunan Pelajaran) SUB(BAD) TSUB(D)

Anda mungkin juga menyukai