Anda di halaman 1dari 23

RIS

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011


KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014


KAL3023 PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN 1
Tugasan Individu 1(a)- Pendidikan Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan Al
Hadis yang diinteprestasikan kepada 4 asas utama iaitu asas Akidah, asas Ibadah, asas
Tasyrik dan asas Akhlak.

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01(A132PJJ)


NO UNTUK DIHUBUNGI:

NAMA TUTOR E-LEARNING:


TARIKH SERAH: 3 MEI 2014

Isi kandungan

Bil
1.

Isi Kandungan
Pendahuluan

Muka surat
34

2.

Asas Akidah

57

-Definisi
-Cadangan Aktiviti
-Rancangan pengajaran harian
3.

Asas Ibadah

8 10

-Definisi
-Cadangan aktiviti
-Rancangan pengajaran harian
4.

Asas Akhlak

11- 14

-Definisi
-Cadangan aktiviti
-Rancangan pengajaran harian
5.

Asas Tasyrik

15 17

-Definisi
-Cadangan aktiviti
-Rancangan pengajaran harian
6.

Penutup

18

7.

Bibliografi

19

8.

Lampiran

20 - 23

Pendahuluan
2

Allah SWT telah menurunkan kitab Al- quran kepada nabi Muhammad sebagai satu
mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, dan kewujudan Allah SWT
dengan segala sifat-sifat kesempurnaanNya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan
mengamalkannya adalah satu ibadah. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan
rujukan utama umat Ialam di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran diturunkan secara
berperingkat peringkat .
Ketinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat
mengubah kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan juga dunia dengan
akhirat. Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber utama iaitu alQuran

akan

menggambarkan

kepada

kita

mengenai

pemeringkatan

hukum

dan

penyesuaiannya dengan keadaan tempat hukum itu diturunkan yang memerlukan perbahasan
mengenai apa yang pertama dan terakhir diturunkan.
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui beberapa cara iaitu
Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa,.
Hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya,malaikat memperlihatkan
dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda
benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu, wahyu datang kepadanya berserta
bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan
baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk dan juga dengan cara Jibril
memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu
turunnya ayat surah al-Muzammil.
Perjalanan kehidupan umat Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan hadis, Hadis
merupakan huraian dan penjelasan bagi apa yang sudah terlulis dalam Al-Quran. Al-hadits
didefinisikan oleh pada umumnya ulama seperti definisi Al-Sunnah-- sebagai "Segala sesuatu
yang dinisbahkan kepada Muhammad S.A.W., dari segi ucapan, perbuatan dan ketetapan,
sifat fisik dan psikis samaada sebelum beliau menjadi nabi ataupun sesudahnya. Ulama ushul
fiqh, membatasi pengertian hadis hanya pada "ucapan-ucapan Nabi Muhammad saw. yang
berkaitan dengan hukum"; sedangkan bila dilihat pula perbuatan dan ketentuan beliau
berkaitan dengan hukum, Pengertian hadis seperti yang dikemukakan oleh ulama ushul
tersebut, dapat dikatakan sebagai bagian dari wahyu Allah SWT yang tidak berbeda dari segi
kewajiban menaatinya dengan ketetapan-ketetapan hukum yang bersumber dari wahyu AlQuran.

Abdul Halim Mahmud, mantan Syaikh Al-Azhar, dalam bukunya Al-Sunnah fi


Makanatiha wa fi Tarikhiha menulis bahawa Sunnah mempunyai fungsi yang berhubungan
dengan Al-Quran dan fungsi sehubungan dengan pembinaan hukum syara'. Dengan menunjuk
kepada pendapat Al-Syafi'i dalam Al-Risalah, 'Abdul Halim menegaskan bahawa, dalam
kaitannya dengan Al-Quran, ada dua fungsi Al-Sunnah yang tidak diperselisihkan, iaitu apa
yang diistilahkan oleh sementara ulama dengan bayan ta'kid dan bayan tafsir. Yang pertama
sekadar menguatkan kembali apa yang terdapat di dalam Al-Quran, sedangkan yang kedua
memperjelas, memperinci, bahkan membatasi, pengertian lahir dari ayat-ayat Al-Quran.

Asas Akidah
Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah serta beriman dengan
nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab,
para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan Qada dan Qadar Allah sama ada baik atau
buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala
ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah
dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan
Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah
S.W.T. dan sifat-sifat kesempurnaanNya..Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari
dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada
penyelewengan akidah kepada Allah S.W.T. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan
pada al-Quran dan As-Sunnah

Definisi
Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu
keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan
yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada
seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya. ( Mazidah
Muhamad,Dr Noor HishamMd Nawi,2011).
Cadangan Aktiviti
Aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tajuk ini ialah penerangan, nyanyian, aktiviti
ton suara, dan aktiviti pengukuhan. Semasa aktiviti kemuncak, aktiviti ton suara murid akan
dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan yang ditetapkan iaitu 2
kumpulan baca kuat, 2 kumpulan baca perlahan , dan 1 kumpulan berbisik. Selepas itu
secara bergilir guru akan memanggil kumpulan lain menyebut semula perkataan yang disebut
oleh rakan mereka dikumpulan lain. Disini kita boleh menerapkan nilai-nilai Allah maha
mendengar apa yang mereka perkatakan walaupun rakan mereka tidak mendengar apa yang
mereka perkatakan.

Rancangan pengajaran harian


Kelas

: Melur(5 tahun)

Tarikh

: 24 April 2014

Masa

: 8.30-9.00 pagi

Bil pelajar

: 25 orang

Tunjang Utama

: Kerohanian ,sikap,dan nilai Pendidikan Islam

Fokus

: PI 1.0 Akidah

Standard Kandungan

: PI 1.2 Mengetahui Rukun Iman pertama: Beriman


kepada Allah.

Standard Pembelajaran

: PI 1.2.1 Menyebut sifat wajib Allah


(c) sama - mendengar

Kesepaduan Tunjang

: Fizikal dan estetika, Bahasa Malaysia.

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1. Murid dapat menyatakan dengan jelas rukun Iman
yang pertama.
2. Murid dapat menyebut dan menjelaskan dengan
baik salah satu sifat wajib bagi Allah iaitu Allah
maha mendengar.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid telah mengetahui Rukun Iman

Bahan Bantu Mengajar

: Laptop , LCD,Carta

Kemahiran Berfikir (KB)

: Menaakul, menjana idea

Penerapan Nilai

: kepercayaan

Fokus MI

: Kinestetik, Muzikal, Linguistik

Masa/ Langkah

Isi Pelajaran

Set
Induksi -Nyanyian
(5 minit)
Rukun Iman

Aktiviti Pengajaran &


Pembelajaran

Catatan

1. Guru memainkan lagu dan BBB: Laptop,LCD


mempamerkan Rukun Iman
KB: Menaakul
didalam VCD.
2. Murid menyanyi lagu MI: Linguistik
Rukun Iman bersama guru
mengikut iringan VCD.
6

Perkembangan
Langkah 1
(6 min)

-sifat wajib
Allah yang
ketiga -maha
mendengar.

Langkah 2
(10 min)

-Aktiviti
Kumpulan
(ton suara)

3. Murid menyatakan Rukun


Iman yang pertama
1. Guru menyatakan sifat BBB: carta
wajib bagi Allah yang ketiga
Nilai : teliti
iaitu mendengar.
2. Guru bercerita tentang
sifat Allah dengan bantuan
carta.

1. Guru memberikan murid BBB: kad arahan


kepada 5 kumpulan.
Nilai:peka,bekerjasam
2. Setiap kumpulan
diberikan kad arahan
a
mengikut giliran.
a) Baca Kuat (2 Kumpulan)
b) Baca perlahan (2
kumpulan)
c) Baca berbisik di telinga
rakan (1 kumpulan)
3.Diakhirnya wakil setiap
kumpulan diminta menyebut
semula apa yang kumpulan
lain perkatakan.

Langkah 3
(5 min)

-Aktiviti
pengukuhan

1. Guru mengedarkan
KB : Menjana idea
lembaran kerja.
2. Murid cuba melengkapkan MI : Linguistik
sifat wajib bagi Allah.
3. Guru membimbing murid. Nilai : Yakin diri dan
bersikap positif

Penutup
(4 min)

-Menyatakan
semula sifat
wajib bagi
Allah.

1. Murid menyebut semula Nilai : yakin


sifat wajib bagi Allah.

Asas Ibadah

Ibadat dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali
daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut
ialah tidak ada sebarang perantaraan di antara Allah dan manusia, dan ibadat dalam Islam
tidak terikat dengan sesuatu tempat atau masa yang tertentu.
Ibadat itu terdiri daripada berbagai bentuk, sehingga manusia merasa tidak jemu
dalam menunaikan ibadatnya. Peningkatan ibadat itu pula berbeza dan beraneka rupa sesuai
dengan perangai, kecenderungan dan minat manusia itu sendiri.
Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan
jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah
kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain.
Pintu untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia
sehingga makan dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia berniat untuk mengumpulkan
tenaga bagi memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh Islam.
Definisi
Ibadah secara bahasa bererti merendahkan diri serta tunduk. Sedangkan menurut
syara ibadah mempunyai banyak definisi, tetapi makna dan maksudnya satu. Definisi itu
antara lain adalah yang pertama,ibadah adalah taat kepada Allah dengan melaksanakan
perintah-Nya melalui lisan para Rasul-Nya. Kedua ibadah adalah merendahkan diri kepada
Allah S.W.T iaitu tingkatan tunduk yang paling tinggi disertai dengan rasa mahabbah
(kecintaan) yang paling tinggi. Ketiga ibadah adalah sebutan yang merangkumi seluruh apa
yang dicintai dan diredhai Allah S.W.T, baik berupa ucapan atau perbuatan, yang zahir
maupun yang batin. ( Marzidah Muhamamad, Dr Noor Hisham Md Nawi,2011)
Cadangan aktiviti
Pengajaran yang dirancang akan mengunakan aktiviti penerangan carta bergambar
manusia. Aktiviti diteruskan dengan melabelkan gambar manusia dengan anggota wuduk
yang betul secara berkumpulan

didalam

bulatan

kecil.

Murid diberikan masa yang

secukupnya untuk menyiapkan tugasan. Diakhirnya guru membuat rumusan anggotawuduk


menggunakan anak patung.

Rancangan pengajaran harian


8

Kelas

: Melur(5 tahun)

Tarikh

: 27 April 2014

Masa

: 10.30-11.00 pagi

Bil pelajar

: 25 orang

Tunjang Utama

: Kerohanian ,sikap,dan nilai Pendidikan Islam

Fokus

: PI 2.0- Ibadah

Standard Kandungan

: PI 2.2 Melakukan wuduk

Standard Pembelajaran

: PI 2.2.1 Mengenal anggota wuduk

Kesepaduan Tunjang

: Fizikal dan estetika, Bahasa Malaysia.

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1. Murid dapat menyebut anggota-anggota
wuduk.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid telah mengenali anggota-anggota badan.

Bahan Bantu Mengajar

: Carta , anak patung.

Kemahiran Berfikir (KB)

: Menaakul, menjana idea

Penerapan Nilai

: prihatin ,peka,bekerjasama, bertanggungjawab

Fokus MI

: Kinestetik, Muzikal, Linguistik

Masa/ Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran &


Pembelajaran

Catatan

Set
Induksi -Menyebut
(5 minit)
anggota badan
anak patung.

1. Guru menunjukkan anak BBB: anak patung


patung.
2. Murid menyatakan anggota KB: Menaakul
badan anak patung.
MI: Linguistik

Perkembangan

-Carta gambar
anggota wuduk.

1. Guru memberi penerangan BBB: carta


anggota wuduk berdasrkan
Nilai : teliti
gambrajah.
2.Murid diminta menunjukan
anggota badan yang disebut
sebagai anggota wuduk diri
mereka.

-Aktiviti
Kumpulan

1. Guru memberikan murid BBB: kad arahan


kepada 5 kumpulan dan
Nilai:bekerjasama,

Langkah 1
(6 min)

Langkah 2
(10 min)

Langkah 3
(5 min)

Penutup
(4 min)

( melabel)

membentuk bulatan kecil.


2. Setiap kumpulan diberikan
carta gambar manusia.
3. Murid diminta bekerjasama
melekatkan nama anggota
badan wuduk yang betul.
4. Guru memberikan semua
kumpulan masa yang
secukupnya untuk menyiapkan
kerja-kerja melabel secara
berpasukan.

bertanggungjawab

-Aktiviti
pengukuhan

1. Guru mengedarkan
lembaran kerja.
2. Murid melebelkan gambar
secara individu.
3. Guru membimbing murid.

KB : Menjana idea

-Rumusan

MI : Linguistik
Nilai : Yakin diri
dan bersikap positif

1. Guru merumuskan semula Nilai : yakin


semua anggota wuduk dengan
mengunakan anak patung.

Asas Akhlak
10

Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan
juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan
akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak
terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang
lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik
jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika tidak baik perkara itu perlu ditinggalkan.
Dari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di kalangan
orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang diakui bersama
oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut pandangan mereka.
Islam merangkumi aqidah, dan syariat itu mengandungi roh akhlak. Akhlak adalah
roh kepada risalah Islam sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Ini
bererti Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak
bernyawa. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :"Islam itu akhlak yang baik". Begitu juga
sabda Baginda yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain
daripada akhlak yang mulia."

-Definisi
Akhlak dari segi bahasa berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku,
perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak
Rasulullah saw yang bermaksud :"Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran." Akhlak
Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan,
pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan
ajaran al-Quran.
Akhlak dari segi istilah menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat yang
tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."
Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong
untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin pula, "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan
ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."

11

Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu
perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya
pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan.
Cadangan aktiviti
Aktiviti yang dilaksanakan ialah aktiviti penerangan guru dengan menggunakan
video. Semasa aktiviti kemuncak murid diminta menyusun adab-adab sebelum makan atau
minum mengikut kumpulan. Kumpulan yang berjaya menamatkan pertandingan dengan betul
akan dikira sebagai pemenang.

Rancangan pengajaran harian


12

Kelas

: Mawar (6 tahun)

Tarikh

: 25 April 2014

Masa

: 9.30-10.00 pagi

Bil pelajar

: 25 orang

Tunjang Utama

: Kerohanian ,sikap,dan nilai Pendidikan Islam

Fokus

: PI 4.0 Akhlak

Standard Kandungan

: PI 4.2 Melakukan amalan harian mengikut adab


seperti melafazkan doa.

Standard Pembelajaran

: PI 4.2.6 Menyatakan adab sebelum makan atau


minum.

Kesepaduan Tunjang

: Fizikal dan estetika, Bahasa Malaysia.

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1. Menyatakan adab sebelum makan atau minum.
2. Menerangkan kepada rakan adab sebelum makan
atau minum.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid telah melakukan adab sebelum makan dalam


kehidupan mereka seharian.

Bahan Bantu Mengajar

: Carta bergambar, Video

Kemahiran Berfikir (KB)

: Menaakul, menjana idea

Penerapan Nilai

: bertanggungjawab, beradab, prihatin

Fokus MI

: Kinestetik, Linguistik

Masa/ Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran &


Pembelajaran

Catatan

Set
Induksi -Tayangan video
(5 minit)

1. Guru memainkan video.


BBB: Laptop,LCD
2. Murid diminta meneka apa
yang
akan
kanak-kanak KB: Menaakul
tersebut lakukan selepas video
MI: Linguistik
tersebut dihentikan.

Perkembangan

1. Guru menyatakan adab BBB: VCD, laptop


sebelum makan.
2. Guru membuat tayangan

-Adab sebelum
makan dan
minum.

13

Langkah 1
(6 min)

Langkah 2
(10 min)

video adab-adab
makan atau minum.

-Aktiviti
Kumpulan
( cepat,betul,
menang)

Langkah 3
(5 min)

Penutup
(4 min)

-Aktiviti
pengukuhan

-rumus kembali

sebelum Nilai : prihatin.

1. Guru memberikan murid BBB: kad gambar


kepada 5 kumpulan.
Nilai:bekerjasama,
2. Setiap kumpulan diberikan
beberapa keping kad gambar.
peka.
3.Murid berlumba menyusun
gambar mengikut urutan adab
makan.
4. Kumpulan yang cepat dan
betul akan menang.
1. Guru mengedarkan
lembaran kerja.
2. Murid cuba menomborkan
gambar mengikut urutan adab
makan yang betul.
3. Guru membimbing murid.

KB : Menjana idea
MI : Linguistik
Nilai : Yakin diri
dan bersikap positif

1. Guru mengambil beberapa Nilai : yakin


contoh lembaran kerja.
2. Murid tersebut diminta
menyatakan adab adab
sebelum makan berdasarkan
lembaran kerja mereka.

Asas Tasyrik
14

Tidak seorang pun berwenang-wenangnya menghalalkan kecuali apa yang sudah


dihalalkan Allah, juga tidak boleh mengharamkan kecuali apa yang sudah diharamkan Allah.
Allah S.W.T berfirman: "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut
oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan
terhadap Allah. (Surah An-Nahl: 116)
Tujuan disyariatkan hukum Islam adalah demi mewujudkan kebaikan atau masalah
bagi manusia. Hanya saja sebahagian manusia tidak menyedarinya atau tidak tahu makna
tujuan agung tersebut. Jika selama ini beberapa teks hukum Islam seringkali dikesankan
sebagai aturan hukum yang tidak ramah dan bahkan melecehkan terhadap nilai-nilai universal
hak asasi manusia. Ternyata pendapat itu adalah cakap kosong belaka.
Dalam mendidik anak-anak, asas hukum hakam iaitu asas halal dan haram dan juga
wajib dan sunat mesti diterapkan dalam jiwa kanak-kanak sejak dari awal lagi bagi
mendedahkan mereka kepada asas asas pendidikan agama yang betul. Hukum hakam tidak
ada tolak dan ansurnya. Haram tetap haram manakala halal tetap halal.
-Definisi
Yang dimaksudkan dengan tasyri' adalah apa yang diturunkan Allah S.W.T untuk
hambaNya berupa manhaj (jalan) yang harus mereka lalui dalam bidang aqidah, muamalat
dan sebagainya. Termasuk di dalamnya masalah penghalalan dan pengharaman.
-Cadangan aktiviti
Pengajaran dimulakan dengan mendengar seruan azan dan meminta murid menjawab
soalan guru tentang apakah tujuan mereka melaungkan azan. Kemudian guru menyatakan
pengertian bersolat dan hukumnya. Murid membuat aktiviti dengan mengisi tempat kosong
tentang

pengertian solat dan juga hukum bersolat. Diakhirnya guru menyimpulkan isi

pelajaran.

15

-Rancangan pengajaran harian


Kelas

: 1 Cerdik

Tarikh

: 28 April 2014

Masa

: 8.00-9.00 pagi

Bil pelajar

: 24 orang

Tunjang Utama

: Kerohanian ,sikap,dan nilai Pendidikan Islam

Fokus

: 3. Adab

Standard Kandungan

: 3.5 Pengertian solat fardhu

Standard Pembelajaran

: 3.5.1 Menyatakan pengertian solat fardhu dan


hukumnya.

Kesepaduan Tunjang

: Fizikal dan estetika, Bahasa Malaysia.

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1.Murid dapat menyatakan pengertian solat fardhu.
2. Murid dapat menyatakan hukum melaksanakan
solat fardhu keatas setiap orang islam.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid melaksanakan solat dirumah.

Bahan Bantu Mengajar

: Laptop , LCD

Kemahiran Berfikir (KB)

: Menaakul, menjana idea

Penerapan Nilai

: bertanggungjawab, peka

Fokus MI

: Kinestetik, Muzikal, Linguistik

Masa/ Langkah

Isi Pelajaran

Set
Induksi -Menayangkan
(5 minit)
video seruan
azan.

Aktiviti Pengajaran &


Pembelajaran

Catatan

1. Guru menayangkan video BBB: Laptop,LCD


orang sedang melaungkan
KB: Menaakul
azan.
2. Murid menghayati laungan
azan.

MI: Linguistik

3. Guru menyoal murid apakah


tujuan orang melaungkan
azan?
Jawapan murid: menyuruh
16

orang islam bersembahyang.


Perkembangan

- Pengertian
solat.

1. Guru menyatakan
BBB: carta
pengertian bagi solat.
2. Guru bercerita tentang Nilai : peka,
pentingnya solat.
bertanggungjawab
3. Guru menyatakan hukum
menunaikan solat.

Langkah 2
(10 min)

-Aktiviti
Kumpulan

1. Guru memberikan murid BBB: kertas majung


kepada 4 kumpulan.
Nilai:bekerjasama
2. Setiap kumpulan diberikan
kertas majung untuk menulis
semula pengertian solat dan
hukum bersolat.
3.Diakhirnya wakil setiap
kumpulan diminta
membentangkan hasil dapatan
mereka.

Langkah 3
(5 min)

-Aktiviti
pengukuhan

1. Guru mengedarkan
lembaran kerja.
2. murid cuba menjawab
soalan yang diberi dengan
mengisi tempat kosong dengan
jawapan yang sesuai.
3. Guru membimbing murid.

Langkah 1
(6 min)

Penutup
(4 min)

-Membuat
kesimpulan
pelajaran

KB : Menjana idea
MI : Linguistik
Nilai : yakin

1. Guru membuat kesimpulan Nilai: peka


pelajaran dengan menyebut
semula isi pelajaran secara
ringkas.

17

Penutup
Secara keseluruhannya, asas akidah , ibadah, asas akhlak dan juga asas tasrik amat
mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin
mengamalkannya secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang
mengamalkan asas asas tersebut dengan betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi
ilmu, amal dan akhlaknya.
Oleh itu, penerapan asas asas yang kukuh kepada setiap umat islam haruslah
dipupuk sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatahMelentur buluh , biarlah dari rebungnya.
Jika nilai-nilai asas ini tidak dibentuk sejak dari kecil lagi, dikuatiri umat manusia
akan hilang pedomannya dan yang akan ada hanyalah keadaan yang huru hara.

18

Bibliografi
Bahagian Pembangunan Kurikulum,(2010).Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah:Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rohani bt. Abdullah,Nani bt Menon,Mohd Sharani b. Ahmad(2003),Panduan Kurikulum
Prasekolah:Selangor:PTS Profesional Sdn Bhd.
Ahmad Kusaeri,(2008).Akidah Akhlak:Bandung,Indonesia,Penerbit Grafindo Media Pratama.
Tarmizi Taher,(2002).Menyegarkan Akidah Tauhid Insan:Jakarta,Indonesia.Gema Insani
Mazidah Muhammad ,Dr Noor Hisham Md Nawi,(2011) Indahnya didikan Awal anak cara
Islam:Selangor, PTS Profesional Sdn Bhd.

Lampiran.
19

Lembaran kerja 1. ( Asas akidah)


Nama;__________________________________ kelas :_________________
Tuliskan 3 sifat wajib bagi Allah

SIFAT WAJIB
BAGI ALLAH

BUKU
USTAZAH

PETA BULATAN

20

Lembaran kerja 2 (Asas ibadah)


Nama:__________________________________ kelas:_______________
Labelkan anggota-anggota wudhuk wajib.

3.

4.
2.

5.

Lembaran kerja 3 ( Asas Akhlak)


Nama:______________________________________ kelas:_______________
Nomborkan gambar adab sebelum makan berikut mengikut susun yang betul.
21

Lembaran kerja 4 (Asas tasyrik)


Nama:_______________________________________ kelas:_______________
22

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Perkataan- perkataan

Perbuatan-perbuatan

takbir

wajib

niat

salam

1.Solat bermaksud _______________ dan


_____________

2. Dimulai _________ dengan beserta ____________.

3 Diakhiri dengan __________ dengan syarat-syarat


tertentu.

4.Hukum solat adalah ___________.

23

Anda mungkin juga menyukai