Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dapat melaksanakan
tugasan Projek bagi subjek Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan semester 4 dengan sempurna. Saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Pensyarah Pembimbing bagi matapelajaran ini iaitu Puan Rodzita Binti Yahaya
kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu sepanjang pelaksanaan tugasan ini.
Benarlah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal, saya semakin teruja
untuk mendalami lagi ilmu berkaitan Fonetik dan Fonologi ini. Banyak input baharu yang
saya perolehi daripada tugasan ini. Pada kali ini kami diminta untuk menyiapkan 3 tugasan
dan setiap tugasan telah memberi saya input baharu yang akan saya aplikasi apabila saya
menjadi guru pada suatu hari nanti. Saya telah diberi peluang unutk mengenali fonetik dan
fonologi dengan lebih dekat dan memahami kepentingannya dalam pengajaran. Banyak
pengalaman yang saya perolehi daripada tugasan ini. Antaranya ialah memberi saya
peluang untuk belajar tentang kepentingan bunyi-bunyi segmental dan suprasegmental
kepada pengajaran guru. Saya juga berpeluang untuk mengaplikasikan bunyi-bunyi
suprasegmental di dalam syarahan saya. Hal ini dapat mengukuhkan lagi pemahaman saya
tentang segmental dan suprasegemental. Saya sedar bahawa seorang bakal guru harus
mempunyai pengetahuan tentang segmental dan suprasegmenatal untuk menyampaikan
pengajaran dengan berkesan dan membina pengetahuan murid.
Tugasan ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa pentingnya penulisan
fonetik. Hal ini kerana seorang bakal guru harus mengetahui simbol-simbol fonetik untuk
memudahkan seseorang guru tersebut untuk membunyikan huruf dengan baik dan tepat.
Saya sedar bahawa seorang guru yang mempunyai pengetahuan tentang simbol fonetik ini
akan dapat membantu murid meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan. Berdasarkan tugasan yang diberikan saya berpeluang untuk
mentranskripsi lagu dalam bentuk penulisan fonetik. Sepanjang melaksanakan tugasan ini
saya dibantu oleh pensyarah pembimbing saya dan keadaan ini membuatkan saya lebih
memahami fungsinya. Justeru itu, seorang Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang
simbol fonetik agar murid dapat diajar membunyikan huruf dengan betul dan tepat sekaligus
dapat mencapai objektif yang di rancang. bak kata pepatah melentur buluh, biarkan dari
rebungnya.

18

Di samping itu, tugasan ini memberi kesedaran kepada saya tentang pentingnya
sebutan baku dan intonasi yang betul. Sebutan baku mencakup aspek fonologi sahaja.
Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku
ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut
dialek Riau-Johor. Berdasarkan tugasan yang diberikan saya berpeluang untuk merakamkan
teks dengan menggunakan sebutan baku dan intonasi yang betul. Tugasan ini memberi
saya input bahawa seorang bakal guru perlu mengetahui dan menghayati sebutan baku
untuk meningkatkan kecekapan berbahasa melayu. Sebutan baku dengan menggunakan
intonasi yang betul juga penting untuk meyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta
mengurangkan penggunaan pelbagai gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan
dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di sekolah nanti.
Oleh itu, murid wajar diajar cara-cara menyebut sebutan baku menggunakan intonasi yang
betul agar murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.
Bak kata orang Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda, tak lengkap malam tanpa
purnama, tak lengkap pantai tanpa ombak badainya, dan tak lengkap hidup tanpa cabaran.
Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi sedikit masalah untuk
melaksanakannya kerana saya kurang memahami tentang segmental dan suprasegmental.
Saya juga tidak mengetahui cara mentranskripsi lagu dalam bentuk penulisan fonetik. Oleh
hal demikian, saya telah menelaah beberapa buku dan berkolaborasi dengan pensyarah
pembimbing iaitu Puan Rodzita untuk mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut lagi.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan
tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa dalam melaksanakan penulisan
tugasan ini, Saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan penulisan tugasan
dengan lebih teratur dan sistematik. Oleh hal demikian, saya telah membuat jadual sebagai
petunjuk dan memudahkan saya lagi untuk melaksanakan tugasan mengikut masa yang
ditetapkan.
Akhir kata, dari apa yang telah saya lalui sepanjang menyiapkan tugasan projek ini
ianya telah memberi saya satu pengalaman yang baharu disamping mengajar saya erti
berdikari, bersosial, membahagikan masa, bertanggungjawab, menghayati erti hidup yang
sebenar amat berguna bagi saya untuk dijadikan panduan dimasa hadapan kelak.
Sekian, terima kasih
.

18

18

Anda mungkin juga menyukai