Anda di halaman 1dari 49

ISI KANDUNGAN

KOH
O
T
AN
L
A
GEN
N
E
P
R YANG
FAKTOR-FAKTO
HI
MEMPENGARU
AN
G
AN
B
M
KE
R
PE
T
KA
G
N
.
RI
PE NITIF
G
KO

ZON PERKEMBANGAN
PROKSIMAL

PEREN
CAH ( S
CAFFO
LDING)

AN
G
N
MBA
E
K
PER

AP
H
A
T
PA
H
A
T
ASA
H
A
B
PERC
AKAPA
N PER
IBADI

TEORI PERKEMBANGAN
KOGNITIF / BAHASA
LEV VYGOYSKY

PENGENALAN TOKOH

BIODATA TOKOH
Nama sebenar ialah Lev Semenovich
Vygotsky
Dilahirkan pada tahun 1896 dan
meninggal dunia pada tahun 1934)
Beliau merupakan seorang psikologi
berbangsa Rusia. Beliau juga seorang
guru dan sarjana sastera.
Beliau telah menulis buku tentang
Pemikiran dan Bahasa' dan Fikiran
Masyarakat '.

Lokasi tempat lahir.

PENDIDIKAN
Mendapatkan pendidikan awal daripada
ibunya sendiri yang merupakan seorang guru
dan mempunyai seorang tutor peribadi yang
bernama Solomon Ashpiz.
Mendapat pengaruh dari sepupunya David
Vygotsky.
Beliau meneruskan pengajian sekolah
menengahnya di sebuah sekolah persendirian.
Menamatkan pengajian sekolah menengahnya
dengan anugerah medal emas.

Beliau menamatkan pengajian di Moscow


State University pada 1917.
Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di
beberapa tempat. Antaranya ialah Institut
Psikologi pada pertengahan 1920 dan di
beberapa pusat pendidikan di Moscow,
Lerningrad dan Kharkow di mana beliau
bekerja keras menyatakan ideanya tentang
perkembangan kognitif.

LEV BERSAMA ISTERI


DAN ANAKNYA.

KARYA-KARYA
LEV VYGOTSKY

ZAMAN KEJATUHAN

Karya, idea dan nama Lev Vygotsky telah


diharamkan oleh Joseph Stalin yang
memerintah Russia pada masa itu.

Selama lebih 20 tahun karya dan idea


Vygotsky tidak dibenarkan disebarkan di
khalayak ramai..

Para ahli psikologi telah mengangkat semula


idea-idea Vygotsky dan memperkenalkan di
bidang psikologi dunia sehingga ke hari ini.

Percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi


oleh faktor persekitaran sosial dan budaya.
Melalui interaksi sosial dengan ibu bapa, guru, rakan,
orang dewasa lain, sekolah dan sebagainya.
Bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental
(elementary mental function), iaitu perhatian, sensasi,
persepsi dan memori.

TEORI SOSIOBUDAYA
VYGOTSKY
Vygotsky sangat dikenali sebagai seorang ahli
psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori
sosiobudaya.
.
Teorinya ini juga menyatakan bahawa
perkembangan kanak-kanak bergantung kepada
interaksi kanak-kanak dengan orang ada di
sekitarnya yang menjadi alat penyampaian
sesuatu budaya yang membantu mereka
membina pandangan tentang sekelilingnya.

CARA SOSIOBUDAYA
DISAMPAIKAN

Cara pertama belajar daripada peniruan.

Cara kedua pula ialah dengan mengingati


membuat pemahaman sendiri.

Cara ketiga ialah belajar melalui kolaborasi


dalam kumpulan.

Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini


merupakan teori gabungan antara kognitif dengan
persekitaran sosial. Kanak-kanak akan lebih tinggi
tahap pemikiran dan tingkah lakunya apabila
berinteraksi
dengan
individu
yang
lebih
berpengetahuan
darinya.
Vygotsky
percaya
bahawa interaksi sosial yang menjadi tunjang
kepada perubahan pemikiran dan tingkah laku
kanak-kanak. Pemikiran dan tingkah laku inilah
yang membezakan sesuatu budaya.

Kemudian berubah melalui interaksi dengan


budaya kepada proses mental yang lebih rumit
iaitu fungsi mental peringkat tinggi (higher
mental function) complete form of thinking.
CONTOH:
Strategi mengingat :
Orang barat - buat nota
Orang asli cantas dahan pokok untuk ingat
jalan

Vygotsky setuju dengan teori Piaget bahawa


perkembangan kognitif terjadi secara bertahap
dan dicirikan dengan gaya berfikir yang berbezabeza, akan tetapi Vygotsky tidak setuju dengan
pandangan Piaget bahwa anak menjelajahi
dunianya sendirian dan membentuk gambaran
realitinya sendirian, kernaa menurut Vygotsky
suatu pengetahuan tidak hanya didapat oleh anak
itu sendiri melainkan mendapat bantuan dari
lingkungannya juga.

Karya Vygotsky didasarkan pada tiga idea


utama:
Bahawa intelektual berkembang pada
ketika individu menghadapi idea-idea baru
dan sulit mengaitkan idea-idea tersebut
dengan apa yang mereka ketahui.
Bahawa interaksi dengan orang lain
memperkaya perkembangan intelektual.
Peranan utama guru adalah bertindak
sebagai seorang pembantu dan moderator
pembelajaran murid

FAKTOR UTAMA DALAM PERKEMBANGAN


KOGNITIF KANAK-KANAK

Faktor utama yang terlibat ialah:


Faktor interaksi sosial
Biasanya antara kanak-kanak dengan
individu yang lebih berpengetahuan
daripadanya.
Faktor kemahiran bahasa
Apabila beroleh maklumat dari sekelilingnya,
kanak-kanak akan secara sendirinya
membina kemahiran berbahasa.
VIDEO

PERKEMBANGAN KOGNITIF INDIVIDU


Perkembangan ini berlaku dalam dua peringkat
iaitu:
Peringkat sosial
Maklumat atau pengetahuan
diperolehi hasil daripada interaksi
dengan individu lain yang ada di
sekitarnya.
Peringkat individu (peribadi)
Kemampuan individu menukar
maklumat dan pengetahuan yang
diperolehinya kepada kefahaman
individu (peribadi)

ZON PERKEMBANGAN
PROKSIMAL
.

APA
APA ITU
ITU ZON
ZON PERKEMBANGAN
PERKEMBANGAN
PROKSIMAL????
PROKSIMAL????

Zon pekembangan proksimal ini menerangkan


mengenai bagaimana kemahiran-kemahiran yang
sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan
dengan bantuan dan bimbingan orang-orang
dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

Untuk menolong kanak-kanak berkembang dari


tahap sosial kepada tahap peribadi, kita
memerlukan 2 perkara:
Tahap perkembangan sebenar :
Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh
kanak-kanak tanpa sebarang bantuan.
Tahap perkembangan potensi :
Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak
dengan bimbingan orang dewasa.

PERKEMBANGAN KANAKKANAK
HAD ATAS:
Peringkat kemahiran kanak-kanak
yang boleh dicapai dengan bantuan
individu yang lebih mahir.
ZON PERKEMBANGAN
PROKSIMAL
HAD BAWAH:
kemahiran yang boleh atau telah
dicapai sendiri oleh kanakkanak .
Pengetahuan sedia ada kanakkanak.

CONTOH

HAD ATAS:
Boleh membuat penambahan angka 1-1000
sendiri
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
Membuat penambahan angka 1-1000 dengan
bantuan.
HAD BAWAH
Kanak-kanak sudah mahir menambah angka
1-100.

PERANCAH ( SCAFFOLDING)
Perancah ( scaffolding) berkait rapat dengan idea
zon perkembangan proksimal.
Scaffolding bermaksud kerangka besi/ kayu yang
menyokong bangunan.
Satu struktur yang menyokong satu struktur yang
lain. Apabila struktur yang baru itu sudah kuat/
lengkap dan boleh berdiri sendiri, struktur sokongan
itu akan dibuang.
Bantuan/ bimbingan/ petunjuk diri orang yang
lebih berpengetahuan dalam menguasai ilmu
kemahiran.


Bantuan dalam proses pembelajaran kanak-kanak patut
dikurangkan & akhirnya tiada langsung apabila kanakkanak suah mahir atau sudah boleh buat sendiri.
Contohnya:

Mengarahkan perhatian / pemikiran


kanak-kanak kepada fakta-fakta penting.

Memberi klu-klu yang penting dalam


satu-satu masalah atau memberi
alternatif / strategi.

Kemudian kanak-kanak akan mencontohi cara /


proses /bentuk pemikiran yang digunakan oleh orang
yang membantunya. (internalize / adopt the proses/
technique)

Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting


semasa proses perancah ( Scaffolding).
Perbualan akan membantu pelajar menyusun
konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan
bermakna dengan bantuan individu yang lebih
mahir contohnya guru.
Menurut Vygotsky , selain daripada berkomunikasi
dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran
baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanakkanak juga berkomunikasi dengan diri mereka
sendiri.

PERKEMBANGAN BAHASA
Bahasa adalah satu aspek penting di
dalam kognitif dan dianggap sebagai
kunci kepada perkembangan kognitif
Melalui bahasa ,manusia dapat
berkomunikasi dan belajar tentang
konsep-konsep dunia.
Bahasa ialah satu sistem berstruktur
daripada bunyi-bunyi vokal dan
urutan bunyi-bunyi yang digunakan
untuk berkomunikasi ( John, B.Carol)

Menurut vygotsky, perkembangan kognitif


adalah hasil daripada proses-proses atau aktiviti
berbahasa
Kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan
penyelesaian masalah daripada orang-orang
sekeliling mereka melalui bahasa
Peranan bahasa:
Menerangkan dan menyampaikan pelbagai
maklumat dan pengetahuan yang ada dalam
masyarakat dan budaya kepada kanak-kanak
Menjadi alat atau kaedah penyelesaian masalah iaitu
ditunjukkan oleh orang dewasa dan dicontohi atau
diikuti oleh kanak-kanak.

Pada peringkat permulaan , fikiran dan bahasa


berkembang secara terpisah dan saling
mempengaruhi.
Bahasa berkembang tanpa fikiran dan sebaliknya
ianya berlaku sehingga kanak-kanak berumur 2
tahun.
Pada umur 2 tahun, fikiran dan bahasa mula
berkait dimana kefahaman bahasa berkembang
dan bahasa dijadikan sebagai alat bantuan dalam
membuat penaakulan.

TAHAP-TAHAP
PERKEMBANGAN BAHASA
PERINGKAT BAYI

a) Prelinguistic Speech

Pertuturan diperingkat permulaan komunikasi dengan


menggunakan bunyi tanpa perkataan dan tatabahasa.

Tidak mewakili konsep-konsep tertentu tiada kepentingan


semantik dan banyak menggunakan pergerakkan.

Boleh digunakan untuk menjelaskan pelbagai emosi.

PERINGKAT-PERINGKAT PRA BAHASA:

lahir) membawa pelbagai maksud.


umur 1 4 bulan). eg: aaaahhh, ooohhh .

-kanak mula belajar bercakap)

umur 4 6 bulan) ba ba ba , ma ma ma

yi/ suara secara tidak sengaja (7 12 bulan)

yi / suara secara sengaja walau pun tidak


dnya (9 10 bulan).

3/1/10

b) LINGUISTIC SPEECH (PERTUTURAN BERBAHASA)


Bahasa yang digunakan dalam pertuturan ada intonasi,
sebutan, tatabahasa dan irama dalam menyampaikan maksud.
Terbahagi kepada 3 tahap:
1) TAHAP 1 PERKATAAN

Satu perkataan membawa pelbagai maksud (holophrase).


Umur 15 bulan sudah memperolehi lebih daripada 10
perkataan.
Contoh : air bermaksud nak minum / nak mandi /
dahaga.

1) TAHAP DUA PERKATAAN


Umur 18 24 bulan mula mencantum perkataan
Ayat telegrafik ayat pendek tetapi jelas maksudnya.
Cth: makan nasi bermaksud mak! Mari makan / saya
sudah makan nasi sampai habis.
Umur 2 2 tahun sudah boleh menggunakan kata sifat
Contohnya kereta merah / bunga cantik.
1) TAHAP LEBIH DARIPADA DUA PERKATAAN
Umur 2 tahun ke atas kebolehan berbahasa yang pesat.
Sudah boleh menggunakan tatabahasa, imbuhan, sintaks,
semantik tetapi penggunaannya masih tidak betul.
Umur 2 5 tahun pandai menggunakan bahasa secara
kreatif / cipta bahasa sendiri.

PERINGKAT SEKOLAH
PENGUCAPAN
i.Kanak-kanak sudah boleh faham dan menggunakan pelbagai
perkataan tetapi lebih suka pada perkataan yang senang
disebut.
SINTAKS
i.Turutan perkataan di dalam frasa / ayat.
ii.Kanak-kanak dapat menguasai dengan cepat asas-asas
aturan perkataan dalam bahasa ibunda
iii.Tetapi bentuk-bentuk sintaksis yang agak sukar seperti ayat
pasif mengambil masa untuk mahir.

ISTILAH & MAKSUD


Umur 2 6 tahun Purata kanak-kanak telah mempelajari antara 6
sehingga 10 perkataan sehari.
Umur 6 tahun, mereka sudah ada 8,000 14,000 patah perkataan.
Umur 9 11 tahun bertambah lagi 5,000 patah perkataan.
Pragmatik
Meliputi kesan-kesan seperti konteks maksud dan penggunaan
bahasa yang sesuai mengikut majlis / tempat / keadaan dan lainlain.
KESEDARAN METALINGUISTIK
Umur 5 tahun memahami tentang bahasa dan bagaimana ia
boleh menjadi explicit.

PERCAKAPAN
PERIBADI
PERCAKAPAN
PERIBADI
Fenomena dimana kanak-kanak bercakap sendiri
ketika menyelesaikan masalah / membuat
sesuatu.
Bahasa digunakan sebagai satu cara merancang
tindakan untuk mencapai matlamat.
Terdapat 2 jenis percakapan peribadi:
i.

Pertuturan egosentrik (egocentric


speech).
ii. Pertuturan dalaman (inner speech)

PERTUTURAN EGOSENTRIK

Kecenderungan kanak-kanak prasekolah untuk bercakap


kepada diri sendiri semasa membuat sesuatu / menyelesaikan
masalah.
Percakapan egosentrik ini boleh mempengaruhi apa yang
mereka fikir dan buat.
Satu cara menyatakan fikiran atau ingatan yang berkembang
dan cara meluahkan perasaan dalaman.
Ia membantu kanak-kanak menyepadukan (intergrate) bahasa
dengan pemikiran dan menolong mereka mengawal tindakan
mereka
Ia meningkat ketika tahun-tahun awal persekolahan kerana
kanak-kanak menggunakannya untuk membimbing dan
merancang tindakan bagi menyelesaikan masalah.
Ia akan semakin berkurangan apabila mereka telah berupaya
berfikir secara senyap

Percakapan peribadi ini berterusan


seiring dengan peningkatan usia, tetapi
ia bertukar kepada percakapan dalaman.
Bermonolog di dalam diri hanya
didengari oleh diri sendiri.
Dapat membimbing pemikiran semasa
membuat sesuatu perkara atau
menyelesaikan masalah selangkah
demi selangkah.

Kajian mendapati kanak-kanak yang suka bercakap


sendiri memberikan impak positif kepada perkembangan
mereka.
Mereka yang bercakap sendiri didapati lebih tekun dan
lebih cenderung memperbaiki kelemahan mereka
berbanding dengan kanak-kanak yang kurang bercakap
sendiri ( Berk & Spuhl,1995)

IMPLIKASI TEORI
VYGOTSKY KE ATAS
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

.
PENILAIAN PERLU DIFOKUSKAN UNTUK
MENENTUKAN ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
SETIAP
KANAK-KANAK.
Latihan
yang berbeza kesukaran pada murid.

Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran


untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya
diberi.
Contoh aktiviti:
Mengunakan pelbagai jenis aras soalan iaitu aras
senang, sederhana dan susah untuk melihat
keupayaan murid dan seteruskan dapat menentukan
tahap bimbingan yang akan diberikan.

MENGGUNAKAN ZON PERKEMBANGAN


PROKSIMAL DI DALAM PENGAJARAN
Guru memberi bantuan pada peringkat permulaan,
kurangkan bantuan apabila kanak-kanak sudah mula
menguasai kemahiran atau objektif yang hendak
dicapai. Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak
mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai
objektif.
Contohnya aktiviti :
Guru mengajarkan murid menulis pantun dua kerat
dengan bimbingan. Kemudian , dibiarkan menulis pantun
dua kerat dengan sendiri berdasarkan kefahaman yang
telah diberikan.

MEMBERI GALAKAN

Menggalakan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah


mahir. Guru menggunakan strategi pengajaran koperatif dan
kolaboratif serta pengajaran secara berkumpulan. Bentukkan
kumpulan heterogenus di mana kanak-kanak dengan tahap
kemahiran yang pelbagai diletakkan dalam satu kumpulan. Kanakkanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan daripada rakanrakan yang sudah memahami konsep yang diajar.
Contoh aktiviti:
Guru membahagikan murid di dalam kumpulan yang terdiri
daripada murid yang mempunyai pelbagai tahap kefahaman dan
seterusnya memberikan satu tugasan kepada murid untuk
dilakukan di dalam kumpulan. Dalam menjalankan tugasan
tersebut, murid yang mahir akan membantu murid yang kurang
mahir di dalam kumpulan masing-masing.

GALAKAN BERCAKAP SENDIRI.

Kawal dan menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri


semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Bimbing kanak-kanak
untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam
situasi yang memerlukan penyelesaian.
Contoh aktiviti :
Guru menyuruh murid menulis sebuah karangan yang bertajuk
Aku Sebatang Pen .Murid akan bercakap sendiri untuk
mendapatkan idea dengan membayangkan dirinya sebatang
pen bagi menyiapkan karangan tersebut.

ARAHAN YANG BERMAKNA.

Guru memberikan arahan yang bermakna sebolehbolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan
seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar
mengapikasi pengetahuan kepada pengalaman
sebenar.
Contoh aktiviti:
Guru memberi panduan mengenai cara menunaikan
solat yang betul dan murid akan mengaplikasikan
cara tersebut ketika solat.

RUJUKAN

BUKU

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2010). Cetakan


Ketiga. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.

Dr. Rahil Hj Mahyuddin, Dr. Abd Majid Mohd Isa,


Dr. Zaidatol Akmaliah Lopie Pihie. (1995).
Longman Malaysia Sdn. Bhd. Selangor

INTERNET :

Muh. Rifqi Fauzi. (tt). Konsep Vygotsky.


[ online]. Diperoleh: http://riefqie
yupss.blogspot.com/2009/03/konsep-vygotskytentang-perkembangan.html(2010,23
Februari).

Joanne kiernan. (tt). Vygotsky.

SEKIAN,TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai