Anda di halaman 1dari 3

Overall Reflection

Seseorang pemimpin yang berkesan perlulah mempunyai cirri-ciri seperti mana yang
telah dibincangkan di dalam kuliah sebelum ini. Meskipun ia mengambil masa, nilai dan etika
yang menjadi pegangan akan membolahkan kepimpinan yang diterajui akan membuahkan hasil.
Di sinilah wujudnya kepimpinan melalui tauladan yang menjadi asas kepada seseorang penjawat
awam khususnya kepada pendidik seperti saya. Walaupun kita berjaya menjadi seorang
pemimpin dalam sesuatu organisasi, tetapi belum tentu kita akan berjaya menjadi pemimpin
yang dihormati dalam organisasi yang lain. Dalam kes seumpama ini, kita perlu bijak memilih
pendekatan yang sesuai dan terbaik. Maka, kebijaksanaan seseorang pemimpin juga amatlah
penting dan fleksibiliti perlu diamalkan oleh setiap pemimpin. lanya mungkin nampak kecil dam
remeh bagi seseorang pemimpin tetapi meningalkan impak yang negative kepada mereka yang
berada di bawah kepimpinanya.
Terdapat beberapa jenis stail yang boleh digunakan dalam menerajui sesuatu kepimpinan.
Sebagai contoh di dalam dunia pendidikan, saya sebagai pemimpin pengajaran perlu bijak dalam
menggunakan stail berbeza berdasarkan keadaan ketika itu. Sedar atau tidak, kadang kala stail
yang digunakan tidak menepati situasi yang berlaku, di sinilah ilmu yang dipelajari melalui
kursus Kepimpinan Dinamik ini dapat diaplikasikan dengan sebaiknya, sebagaiman peranan
yang sepatutunya dimainkan oleh saya dalam situasi-situasi tersebut.
Kejayaan sesebuah organisasi juga sememangnya bergantung kepada gaya kepimpinan
yang ada dikalangan pemimpin dalam organisasi tersebut. Ini kerana kesediaan dan komitmen
orang yang dipimpin dalam organisasi amat bergantung kepada kemampuan pemimpin itu
mempengaruhi dan menyakinkan mereka dalam membuat sesuatu tindakan. Selain itu,
kepimpinan yang berkesan memberikan kepuasan kepada pengikut dan ini secara tidak langsung
akan menghasilkan prestasi yang cemerlang.
Menjadi pemimpin yang berkharisma juga bukanlah sesuatu yang mudah. Pemimpin
yang bercirikan karisma ini adalah seorang pemimpin yang mempunyai kelebihan yang
tersendiri dalam mendorong, mengarah dan mempengaruhi pengikut supaya dapat
menjalankan tugas mereka sebaik mungkin. Pemimpin jenis ini juga dapat mempamerkan
kemampuan luar biasa sehingga beliau disanjung oleh pengikut mereka kerana kredibilitinya

yang menyerlah. Selain itu, sifat yang yakin, berwawasan, sensitive kepada perubahan dan
sebagi agen kepada perubahan menjadikan pengikut yakin dan meletakkan harapan tinggi
kepada pemimpin untuk melestarikan matlamat yang digariskan oleh organisasi demi
kejayaan bersama.
Bijak memilih dan mengendalikan sesuatu masalah akan menampakkan seseorang
pemimpin itu benar-benar berdedikasi dan matang dalam mengendalikan setiap tugasan.
Sehebat manapun seseorang pemimpin, ianya tidak akan mencapai sebarang kejayaan
seandainya orang yang berada di bawah pimpinanya berada dalam keadaan porak peranda
tanpa sebarang tujuan. Oleh sebab itu, kehebatan seseorang pemimpin bergantung kepada
kekuatan kapasiti tenaga yang dimiliki sesuatu organisasi atau kumpulan kecil atau besar.
Jadi, jelaslah menunjukkan kepada kita jika ingin menjadi seorang pemimpin yang disegani,
kita perlu bijak mewujudkan sebuah kumpulan kerja yang hebat dan terbaik. Kerana jatuh
bangunnya sesebuah organisasi bukan sahaja bergantung kepada pemimpinnya, malah
kekuatan kumpulan yang dimiliki.
Kursus ini juga turut mengajar saya lebih matang agar tidak mudah melatah dalam
menghadapi situasi dan membuat keputusan atas sesuatu perkara. Ini akan menunjukkan
kematangan dalam mengendalikan organisasi, pengikut juga diri sendiri. Tidak perlu
terburu-buru tetapi seseorang pemimpin perlu kemas dan teliti dalam mengendalikan setiap
perkara tidak kira ianaya sebuah isu yang kecil atau besar.
Meskipun saya gagal memberikan pengucapan pendek yang terbaik bagi diri saya dalam
sesi yang sepatutnya, jelas kekecewaan akan mempengaruhi emosi dan sifat saya sebagai
seorang pemimpin. Kesilapan kecil kadang kala mempengaruhi motivasi seterusnya menurunkan
prestasi, meskipun pelbagai kejayaan yang telah berjaya dikecapi sebelum ini. Namun begitu,
sebagai seorang pemimpin sekolah, pemimpin kepada pelajar, pemimpin kepada keluarga dan
yang paling penting pemimpin kepad diri sendiri, saya hams melupakan kesilapan yang berlaku
dan terns memandang ke hadapan agar matlamat yang hendak dicapai dapat diteruskan mengikut
perancangan.

Anda mungkin juga menyukai