Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5


(KUMPULAN 2)



Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani ( Tahun 5 Bijak)
Bilangan murid : 22/22 Orang
Tema / Tajuk : Hantaran / Mari Menghantar
Masa : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi (06 Ogos 2014)
Standard Pembelajaran : 1.6.2, 2.6.1 dan 5.4.7
Objektif : Hantaran bola yang dihantar dari pelbagai jarak
menggunakan alatan dan anggota badan yang
dibenarkan dengan betul.

Aktiviti pembelajaran dan pengajaran
1. Memanaskan badan Cabut ekor
2. Melakukan aktiviti mencapai SP seperti berikut:
a) Lambung rendah bola ke arah rakan.(Low Ball)
b) Rakannya lihat arah pergerakan bola sebelum menangkap bola.
c) Lambung tinggi bola ke arah rakan.(High Ball)
d) Rakannya lihat arah pergerakan bola sebelum menangkap bola.
3. Permainan Kecil Monyet O Monyet
Murid dalam bertiga, ambil sebiji bola.
Seorang akan berada ditengah sebagai monyet dan dua orang rakan
akan melambung bola supaya tidak diambil atau dirampas oleh monyet.
Monyet perlu sentiasa mengejar bola yang dilambung.
Tukar pasangan apabila bola dapat dirampas oleh monyet.
4. Aktiviti menyejukan badan


EMK : Kreativiti dan inovasi
Bahan Bantu Belajar : Bola, Skital
Penilaian PdP : Senarai semak berkaitan menghantar bola dalam jarak
yang ditetapkan

Refleksi : i. 20 daripada 22 orang murid dapat melakukan
menghantar bola yang dihantar dari pelbagai jarak
menggunakan alatan dan anggota badan yang
dibenarkan dengan betul.
ii. Tindakan Susulan;
a.Pemulihan : 2 orang murid mengulang aktiviti
menghantar bola dengan tunjuk cara oleh
rakan lain
b.Pengukuhan : mengulagi kemahiran menghantar bola
b.Pengayaan: memberikan kemahiran menghantar bola
dengan sasaran yang ditetapkan

Anda mungkin juga menyukai