Anda di halaman 1dari 2

INFLUENCING-POWER, POLITICS, NETWORKING AND NEGOTIATION.

WEEK 5

Minggu ini perbentangan dan perbincangan adalah berkenaan dengan mempengaruhi


dari aspek kuasa, politik, rangkaian dan perundingan. Berikut adalah apa yang dapat saya fahami
dan rumuskan . Mempengaruhi adalah proses memberi kesan terhadap sikap dan kelakuan orang
lain dalam rangka untuk mencapai matlamat atau untuk mencapai apa yan g hendak di capai.
Kuasa, politik, rangkain dan rundingan bentuk -bentuk pengaruh ( influencing ). Kuasa dalam
kontek organisasi ialah keupayaan untuk mengawal manusia , maklumat dan sumber dalam
mendapatkan sesuatu itu dilaksanakan. Kuasa dalam organisasi adalah berasal dari pelbagai
sumber termasuklah kuasa yang diberi oleh organisasi dan juga yang diperolehi dari sifat
seseorang pengaruh diperkenalkan serentak dengan proses dimana kuasa itu dilaksanakan.
Adalah menjadi satu keperluan bagi kuasa untuk di agihkan sama rata secara kasar dikalangan
kumpulan yang terlibat di dalam membuat keputusan. Jika semua atau sebahagian besar dari
kuasa di pegang oleh satu kumpulan sahaja. Kumpulan tersebut mungkin boleh mengambil
tindakan yang berat sebelah untuk mencapai matlamatnya tanpa betolak ansur, kompromi dan
perundingan.
Terdapat hubungan antara kuasa dengan bidang politik dalam organisasi . Kuasa adalah
keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain. Politik pula adalah proses mendapat dan
menggunakan kuasa . Oleh itu, Kemahiran politik sebahagian daripada kuasa . Wang dan politik
mempunyai penggunaan yang sama, kerana mereka adalah medium pertukaran . Dalam ekonomi
kita wang adalah medium pertukaran manakala dalam sesebuah organisasi, politik merupakan
medium pertukaran. Perbincangan berkenaan rangkaian pula menyenaraikan langkah-langkah
dalam proses rangkaian . Langkah pertama dalam proses rangkaian adalah untuk melaksanakan
penilaian kendiri untuk menentukan pencapaian dan untuk menetapkan matlamat. Kedua
mewujudkan langkah dinamakan " satu minit - jual diri" yang cepatuntuk meringkaskan sejarah
dan plan kerjaya serta bertanya soalan ketiga ,

membangunkan rangkaian senarai bertulis ke

empat, mengadakan temuduga rangkaian untuk memenuhi matlamat.

Akhirnya, mengekalkan rangkaian untuk memenuhi matlamat masa depan. 5


Langkah pertama dalam proses rundingan adalah merancang untuk rundingan.
Langkah kedua untuk menjalankan rundingan sebenar, yang boleh
ditangguhkan dan hasilnya dalam perjanjian atau bukan perjanjian .
Rundingan pula berlaku apabila terdapat konflik, dan mempengaruhi taktik ,
kuasa politik boleh digunakan semasa proses rundingan.

Anda mungkin juga menyukai