Anda di halaman 1dari 2

CONTIGENCY LEADERSHIP THEORIES

WEEK 6

Teori kepimpinan kontigensi dibentangkan oleh kumpulan tiga pada minggu ketujuh. Teori
kepimpinan dalam topik kali ini membincangkan tentang hal-hal yang melibatkan perkara di luar
jangkaan sepanjang tempoh kepimpinan dijalankan. Sebagai seorang pemimpin kita perintah
bijak membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi setiap perkara yang
dilaksanakan melibatkan kerja- kerja dan tugasan harian.Dalam perbincangan kali ini, kumpulan
pembentangan

tentang

modal

kepimpinan

seperti

path-goal

leadership,Normative

leadership,contingency leadership dan stail kepimpinan.


Di dalam perbincangan teori ini mendapati, setiap pemimpin perlu mewujudkan
rangkaian pengikut yang rapat dalam perhubungan. Bukan itu, sahaja malah cara kepimpinan
juga perlu diwujudkan dan ianya merupakan hubungan yang baik dalam melaksanakan sesuatu
tugasan. Mewujudkan keadaan erat dan suasana kerja yang kondusif juga merupakan satu
tanggungjawab pemimpin terhadap orang yang dipimpin. Ini bertujuan mewujudkan struktur
tugasan dan kedudukan sesuatu kuasa dapat bergerak seiring dan lancar tanpa sebarang
gangguan.
Setiap pemimipin mempunyai gaya kepimpinan tersendiri yang menjadi tunggak kepada
kejayaan sesebuah organisasi. Selain itu, pengetahuan dalam kepimpinan selalunya lahir secara
semula jadi di samping melalui pembelajaran formal dan tidak formal. Oleh itu, bagaimana
seseorang pemimpin itu dapat menerajui sesebuah organisasi bergantung kepada pengetahuan,
kemahiran dan yang tidak kurang penting adalah bagaimana individu tersebut mengurus gaya
kepimpinannya.
Di dalam iklim sekolah juga, faktor-faktor luaran memainkan peranan penting.
Pemimpin sekolah perlu peka dengan perubahan keadaan sekeliling supaya tidak ketinggalan.
Era teknologi dan telekomunikasi yang berubah dengan pantas akan mengubah cara dan
tindakan pemimpin sekolah untuk menukar corak kepimpinan mereka. Inilah cabaran yang perlu
dilalui oleh pemimpin sekolah untuk mengubah situasi yang sedia ada kepada suasana serta
perkara baru kepada pengikut. Pemimpin yang cekap dan memahami peranan mereka akan
memapu menangani situasi ini dengan berkesan termasuklah pengetua, guru kanan mahupun
guru-guru yang memimpin pengajaran.

Model kepimpinan kontinum yang diperkenalkan oleh Tannnbaum dan Schmidt's juga
turut membincangkan teknik dan kaedah kepimpinan di mana ianya dibahagikan dalam dua
kumpulan yang utama iaitu kepimpinan secara autokratik dan kepimpinan secara turut serta atau
demokratik. Setiap pemimpin perlulah bijak dalam mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan yang
mana perlu diikuti dalam melunaskan tugasan yang telah dipertangggungjawabkan kepadanya.
Jenis model kepimpinan juga dibahagikan kepada dua iaitu preskriptif dan deskriptif.
Dalam jenis kepimpinan preskriptif, pemimpin cuba menyatakan dan memberitahu secara terang
tentang cara dan gaya yang digunakan dalam situasi atau masalah yang diberikan tetapi ianya
berlainan pula dengan kepimpinan deskriptif di mana pembolehubah iaitu cara kepimpinan perlu
dikenal pasti terlebih dahulu dan tidak diutarakan secara langsung kepada orang bawahan.
Kesimpulannya, dalam mengendalikan hal-hal yang berkaitan di luar jangkaan sepanjang
proses kepimpinan. la memerlukan kecekapan dan kebijaksanaan pemimpin dalam
mengendalikan sesuatu perkara dengan jayanya. Pemimpin perlu memilih gaya kepimpinan
yang sesuai dalam mengendalikan sesuatu perkara tersebut agar matlamat yang hendak dicapai
dapat dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai