Anda di halaman 1dari 5

Pendahuluan

Dalam permainan futsal, seorang pemain yang handal perlu mempunyai


kebolehan untuk menggelecek. Biasanya, kawasan bagi seseorang pemain untuk
bergerak adalah terhad kerana kawalan yang ketat; maka pemain itu terpaksa
menewaskan pihak lawan dengan cara menggelecek bola melepasi pihak lawan.
Namun begitu, seseorang pemain itu hendaklah sentiasa memerhatikan kawasan
persekitaran dan bukan memandang bola sahaja. Dengan kata lain, seseorang pemain
yang ingin menggelecek perlu memandang ke hadapan sambil mengawal bola dengan
baik.

Menggelecek bola

Menggelecek ialah lari bersama bola atau membawa bola dengan kaki. Ia
biasanya dikaitkan dengan kaki. Menggelecek dilakukan untuk melepasi atau
menewaskan pemain lawan. Selepas itu tindakan yang diambil ialah menghantar bola
kepada rakan atau percubaan ke arah gol. Pemain yang dapat menggelecek dengan
baik bukan sahaja sering mendapat perhatian, tetapi yang lebih penting ialah
merapatkan bola ke pintu gol lawan bagi memudahkan jaringan.

Tujuan:

 Melarikan bola daripada lawan


 Melepasi benteng pertahanan lawan
 Memudahkan rakan dalam pasukan atau diri sendiri membuat percubaan gol
 Membuka ruang untuk membuat serangan atau mengatur strategi
 Menguasai permainan
Teknik :

• Gunakan bahagian dalam kaki


• Sebaiknya gunakan kedua-dua belah kaki
• Jangan menendang bola tetapi menolaknya ke depan
• Tolakan bola jangan terlalu jauh dari kaki. Jarak satu meter adalah jarak
maksimum antara bola dengan kaki.
• Pandangan hendaklah ditumpukan pada bola, rakan sepasukan dan juga pemain
lawan.
• Jangan terlalu lama menggelecek.
• Apabila didapati rakan mempunyai ruang atau posisi yang baik untuk bertindak,
segera hantarkan bola kepadanya.
• Setelah bola dihantar kepada rakan, cuba carikan ruang yang sesuai.

Latihan Menggelecek

Latihan individu

1. Berlari zig zag melalui skital

Alatan : beberapa skital

Tujuan : untuk memperkenalkan pelajar dengan kemahiran asas


mengelecek.

Langkah-langkah:
a) Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri
daripada enam orang dan berbaris mengikut kumpulan
b) Empat skital disusun di hadapan kumpulan.
c) Guru mengarah pelajar berlari zig-zag melalui skital sehingga
pelajar terakhir.

2. Menggelecek bola melepasi skital

Alatan : beberapa skital dan sebiji bola

Tujuan : mengasah pelajar mengelecek bola melepasi halangan


yang ada.

Langkah-langkah :
a) pelajar dikehendaki membawa bola melalui skital secara zig zag
tanpa melanggar skital tersebut.
b) apabila pelajar pertama sampai ke garisan penamat,pelajar
kedua pila akan membawa bola melalui skital seperti pelajar
pertama tadi.
c) ulang langkah yang sama untuk meningkatkan kemahiran para
pelajar dalam menggelecek bola.

Latihan Berkumpulan

1.Mengelecek bola kepada rakan

Alatan : Sebiji bola futsal

Tujuan : Mendedahkan pelajar dengan kemahiran asas mengelecek


menggunakan bola.

Langkah-langkah:
a) Pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan berasingan.
b) Sebanyak lima orang akan menbentuk satu kumpulan.
c) Kumpulan satu akan berbaris bertentangan dengan dengan
kumpulan dua, manakala kumpulan 3 akan berbaris
bertentangan kumpulan 4 pada jarak 10 meter
d) Pelajar pertama dari kumpulan 1 dan 3 akan memgelecek bola
sapa kepada pelajar kedua dari kumpulan 2 dan 4.
e) Pelajar ini akan mengelecek ke kumpulan 1 dan 3 untuk
memberikan bola kepada memberikan bola kepada pelajar
kedua.
f) Latihan ini dilakukan sehingga semua pemain telah
melakukannya.

2. Mengelecek bola sambil dihalangi oleh rakan

Alatan : Bola futsal

Tujuan : Meningkatkan kemahiran mengelecek pelajar.

Langkah –langkah:
a) Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan
b) Setiap kumpulan dikehendaki berbaris secara berduaan.
c) Pelajar pertama akan menggelecek bola sambil dihalangi oleh
pelajar kedua sehingga ke garisan penamat.
d) Setelah pelajar pertama tiba digarisan penamat,pelajar kedua
pula akan menggelecek bola sambil dihalangi oleh pelajar pertama
kembali ke garisan permulaan.
e) Setelah pelajar kedua ampai ke garisan permulaan,pasangan
pelajar yang seterusnya akan mengulangi langkah ini sehinggalah
semua pelajar selesai menggelecek.
Permainan kecil menggelecek bola
Alatan :

Tujuan :

Langkah – langkah :
a) Pelajar dibahagikan 2 pasukan iaitu A dan B. Setiap pasukan terdiri
daripada tiga orang pemain.
b) Salah seorang dari pasukan B akan bertindak sebagai penjaga gol.
c) Pemain pertama dari pasukan A akan membawa dan menggelecek
bola serta menghantar kepada pemain kedua.
d) Dua pemain lawan dari kumpulan B akan cuba merampas bola
tersebut. Manakala pemain ketiga dari pasukan A cuba mencari ruang
kosong untuk menerima bola dari pemain kedua. Tetapi sebenarnya,
pemain kedua tidak akan menghantar bola kepadanya sebaliknya
akan membuat percubaan ke arah gol lawan jika dia berjaya melepasi
kedua-dua pemain lawan dari kumpulan B tersebut.
e) Setelah ketiga-tiga pemain dari pasukan A sudah menggelecek bola,
pasukan B pula akan menggelecek bola.