Anda di halaman 1dari 6

KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL DISIPLIN DAN KEROHANIAN (NYANYIAN)


________________________________________________________
ELEMEN

: DISIPLIN & KEROHANIAN

TAJUK

: KETATANEGARAAN

SPESIFIKASI : NYANYIAN LAGU-LAGU RASMI (T4)


1. TUJUAN

Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara


dan negeri mengikut protokol yang betul

Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara semasa


menyanyikan lagu patriotik

Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati senikata


lagu KRS dengan baik.

2. PELAKSANAAN AKTIVITI
2.1

Panduan Mengajar Nyanyian.


1. Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti, frasa dan ayat lagu yang
pendek dan mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan
melodinya. Melodi, irama dan lirik lagu yang menarik dan senang
diingati.
2. Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih
sebelum mengajar kepada para kadet. Nyanyikan berulang kali untuk
para kadet mendengarkannya. Jangan asingkan seni kata dengan
muzik. Kaset muzik hanya digunakan apabila memperkenalkan lagu
ataupun selepas para kadet mengetahui lagu itu untuk dinyanyikan
bersama mengikut iringan muzik.
3. Nyanyikan lagu dengan pic yang sederhana tidak terlalu tinggi atau
terlalu rendah. Julat suara para kadet terutamanya anggota TKRS

adalah dalam lingkungan not C tengah hingga not A. Oleh kerana


nada para jurulatih biasanya rendah, maka para jurulatih cuba
dapatkan nada permulaan sebelum bernyanyi.
4. Para jurulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap para
kadet, supaya mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi.
Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada serta
sebutannya walaupun menggunakan bahasa lain atau dialek daerah.
5. Nyanyian untuk tahap TKRS tidak memerlukan simbol not muzik.
Mereka perlu belajar lagu dengan cara mengikut nanyian jurulatih.
Jangan memaksa para kadet terutamanya TKRS bernyanyi bersama
ataupun

mempelajari

lagu

dalam

tempoh

yang

ditetapkan.

Sebaliknya sentiasa diulang lagu setiap masa / hari sehingga mereka


dapat menghafal lagu itu.
6. Aktiviti nyanyian boleh dilanjutkan kepada aktiviti lain seperti nyanyian
berdrama, berkawat, berlari , pergerakan dengan iringan alat perkusi
(gendering) dan lain-lain.
2.2

LAGU LAGU DAN NYANYIAN KRS DAN TKRS

I. LAGU-LAGU RASMI NEGARA


Lagu-lagu rasmi Negara merupakan lagu-lagu yang wajib dihafal dan
dihormati oleh setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Para Jurulatih harus memastikan para kadet mampu menyanyikan lagu rasmi
Negara ini. Para Jurulatih juga harus memberi penjelasan tentang protokol
lagu-lagu rasmi negara ini.

1.

LAGU KEBANGSAAN.
Negara Ku.
Negara ku tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahta,
Rahmat bahagia tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahta.

2.

LAGU NEGERI JOHOR


Bangsa Johor.
Allah
Peliharakan Sultan
Nugrahkan Dia Segala Kehormatan
Sihat Dan Ria Kekal Dan Makmur
Luaskan Kuasa Menaungkan Kami
Rakyat Dipimpini Berzaman Lagi
Dengan Merdeka Bersatu Hati
Allah Berkati Johor
Allah Selamatkan Sultan

II. LAGU-LAGU KADET REMAJA SEKOLAH.


Lagu-lagu Kadet Remaja Sekolah juga merupakan lagu wajib yang harus
dihafal dan dinyanyikan oleh para kadet ( KRS & TKRS ). Lagu ini sama seperti
lagu rasmi Negara yang mempunyai protokol yang harus diketahui oleh para
kedet.
Lagu Kadet Remaja Sekolah.
Kadet Remaja Sekolah.
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan Negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal.
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan.
Remaja, sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta.
Remaja, hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.
Lagu-lagu Larian KRS.
Gempur KRS.
Kadet Remaja Sekolah
Semangat waja kita melangkah
Cekal hati dan juga tabah
Satu ikatan kita berukhwah.
Ayuh remaja sambut cabaran
Jadi remaja yang berwawasan
Hati dan jiwa kita kekalkan
Ilmu, Iman dan juga Amal.

Langkah KRS.
Mula langkahKanan
Menuju..Wawasan
Ayuh kita...Maju
Jadi insan...Berilmu
Janji kita...Kekalkan
Jadi insan..Beriman
Hati mesti...Cekal
Jadi insan..Beramal.

2.3 Aplikasi
2.3.1 Lagu Rasmi
i.

Dinyanyikan di majlis rasmi ( majlis pembukaan dan penutup )

ii.

Arahan akan diberi dan hadirian perlu berada dalam keadaan


berdiri dan sedia

2.3.2 Lagu KRS


Dinyanyikan dalam Majlis Rasmi iaitu Majlis Pembukaan serta dalam
aktiviti perkhemahan seperti senaman pagi.
2.3.3 Lagu Patriotik
Dinyanyikan dalam aktiviti perkhemahan seperti malam kebudayaan,
senaman pagi dan latihan berkumpulan. Ia bertujuan menanamkan
semangat patriotik dan cintakan negara
2.3.4 Lagu Sukaramai, Tradisional, Lagu Rakyat, Serantau, Daerah
Dinyanyikan dalam aktiviti perkhemahan seperti malam kebudayaan
dan aktiviti kumpulan.
2.3.5 Lagu Tema Alam Sekitar
Dinyanyikan sewaktu aktiviti alam sekitar secara berkumpulan
2.3.6 Lagu Beraksi/Permainan
Dinyanyikan oleh ahli TKRS dalam aktiviti kumpulan sambil melakukan
aksi yang bersesuaian dengan senikata lagu berserta alat muzik yang
sesuai
2.3.7 Lagu Nasihat/Ucapan

Dinyanyikan sewaktu majlis pembukaan ( Sesi Suai kenal ) dan penutup


secara tidak rasmi untuk mengucapkan selamat tinggal dan selamat
berpisah
2.3.8 Lagu Nasyid Kanak-kanak
Dinyanyikan oleh ahli TKRS sewaktu aktiviti kerohanian dan tazkirah
secara berkumpulan dan beramai-ramai.
2.4

Penutup

Lagu dan nyanyian merupakan salah satu komponen dalam kurikulum KRS
dan TKRS. Pada umumnya lagu-lagu tersebut terbahagi kepada dua iaitu
lagu-lagu rasmi lagu Negaraku, Lagu Negeri dan lagu KRS yang wajib
diketahui, dihafal liriknya dan dapat dinyanyikan. Manakala yang lainnya
boleh dibahagikan kepada beberapa katogeri dan perlu bijak memilihnya
untuk disesuaikan dalam pengajaran mengikut tahap dan jenis aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai