Anda di halaman 1dari 1

ISTIADAT LAUNG AGUNG

Akela berteriak 'Pek' semua Pengakap Kanak-kanak berdiri diam dalam keadaan
sedia.
Akela berteriak 'Pek!', 'Pek!','Pek!'.

PKK akan menyahut panggilan Akela 'Pek!!!!!!!!!!!' sambil berlari mengelilingi


Akela.

Akela mendepakan tangan untuk menandakan arahan kepada PKK membuat bulatan
besar. PKK lantas memegang tangan membuat bulatan besar. Bila bulatan telah
tersedia, PKK menjatuhkan tangan.

Akela mendepakan tangan sekali lagi, PKK mengangkat tumit, Akela rapatkan
tangan ke peha, PKK mencangkung dengan kedua-dua belah tangan mencecah ke
tanah, kepala diangkat dan terus berteriak 'Akela, Kami Buat Habis Baik'

Sebaik sahaja perkatan Baik dilaungkan, PKK lantas bangun tegak dalam keadaan
sedia.

Petugas mencabar dengan hormat kepada Akela. Petugas berteriak dengan intonasi
mencabar.

Kamu Buat Habis Baik?'

PKK berdiri hormat pada akela dan terus menjawab: Kami Buat Habis Baik.'

Akela membalas hormat, PKK tidak menjatuhkan tangan mereka sehingga Akela
selesai membalas hormat.

Ketua sekawan membuat laporan kepada Akela.

Istiadat diteruskan dengan :


o Bacaan doa / Bertakafur
o Persetiaan Pengakap
o Istiadat mengibarkan bendera
o Ucapan dan arahan untuk meneruskan aktiviti.PKK keluar baris dan bergerak
kepada Sekawan untuk meneruskan aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai