Anda di halaman 1dari 6

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran Dan

Sumbangan Aidilfitri 2015.


24 Julai 2015.......
. .
Yang dihormati, Puan -------------------, Penolong
Kanan Pentadbiran,
--------------------------, Penolong Kanan Hal-Ehwal
Murid, -----------------------------------, Penolong Kanan
Ko-Kurikulum,---------------------------------Penolong
Kanan Penyelia Petang
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..
((Selamat datang dan terima kasih diucapkan
kepada Yang berbahagia
__________________________________________________
_________________atas kesudian menerima
undangan ke Majlis Khatam Al-Quran Dan
Sumbangan Sempena Aidilfitri bagi tahun
2015..))
....
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan
menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan
limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan
dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-

mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang


cintakan al-Quran dapat direalisasikan melalui
program-program sebegini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa
Bagi memberkati majlis kita pada tengahari ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepadaNya....,
Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz
------------------------------------- untuk memimpin
bacaan doa.....dipersilakan.
#########
Amin..ya rabbal alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita
mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang
berusaha, Encik Hamidi Bin Sharif, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman,untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz
-------------------------------- untuk memimpin Majlis
Khatam Al-Quran kita pada hari ini.. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
#########
Alhamdulillah, selesai sudah acara Khatam AlQuran kita pada hari ini.
Acara seterusnya ialah penyampaian
cenderamata Khatam al-Quran bagi muridmurid yang telah selesai mengkhatam AlQuran. Majlis dengan berbesar hati
mempersilakan Yang berusaha
-----------------------------------------------------untuk menyampaikan cenderamata .Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Dipersilakan wakil murid tahun ------- untuk
menerima cenderamata .

Dipersilakan wakil murid tahun ------ untuk


menerima cenderamata .
#############

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima


kasih kepada Yang berusaha ------------------------,
atas kesudian menyempurnakan penyampaian
cenderamata sebentar tadi.
Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak
majlis, dipersilakan Yang berusaha
----------------------------------------menyampaikan tanda hati kepada Al-fadhil
Ustaz -----------------------, Khalifah Majlis Khatam
Al-Quran pada hari ini .Dipersilakan.
#########
Terima kasih diucapkan kepada
Yang------------------------------------,atas kesudian
menyampaikan tanda hati sebentar tadi.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan
penyampaian sumbangan aidilfitri kepada
-----------------------. Dengan itu majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan
------------------------------------mengiringi
---------------------------------- untuk menyampaikan
sumbangan. Dipersilakan.
Dijemput adik ............................................
Seterusnya, adik ........................................

-------------------------------------Majlis merakamkan terima kasih kepada


------------------------- atas penyampaian sumbangan
sebentar tadi.
Semoga dengan sumbangan yang diberikan
sedikit sebanyak dapat menceriakan dan
menggembirakan lagi aidilfitri pada tahun ini.
################

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di


penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Quran
Tahun 2015, ingin mengungkapkan ucapan rasa
syukur dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada
hari ini samada secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan
daripada-Nya, insya Allah.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.
Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada
hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan
surah al-`Asr.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq
walHidayah
wassalamu
`alaikum
wa
Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi
Taala wa ilal liqa, maas salamah.

Anda mungkin juga menyukai