Anda di halaman 1dari 1

Kelebihan yang dapat saya dan rakan-rakan perolehi melalui pembahagian kumpulan ini

adalah untuk memudahkan kerja saya dan rakan-rakan dalam mengumpul maklumat
mengenai adat kematian bagi setiap kaum di Malaysia. Selain itu,saya dan rakan-rakan
telah mahir untuk menggunakan kemudahan teknologi secara optimum dalam pencarian
maklumat berkenan dengan tajuk kumpulan yang telah saya dan rakan-rakan saya terima.
Malah,saya dan rakan-rakan dapat bertukar pendapat dalam usaha mencari maklumat dan
menyediakan bahan untuk dipamerkan pada Pameran yang akan dilangsungkan pada 9
Mac 2015 bersamaan pada hari isnin. Kelemahan bagi sesi perbincangan yang diadakan ini
adalah terdapatnya percanggahan pendapat antara rakan-rakan kerana mereka ingin
meyakinkan rakan-rakan yang lain tentang kebergunaan pendapat yang diberikan oleh
mereka semasa perbincangan diadakan. Penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah
saya dan rakan-rakan perlulah mengamalkan sikap toleransi dan bertimbang rasa semasa
sesi perbincangan diadakan bagi mengelakkan sebarang pergaduhan yang tidak diingini
berlaku dan menghindari masa perbincangan yang terlalu lama dan panjang.

Anda mungkin juga menyukai