Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MEMBACA LANCAR TAHAP 1


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) CHUNG HWA SIPITANG

1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti membaca buku cerita dalam pengajaran bahasa adalah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman turut dicapai melalui aktiviti membaca
dan bercerita ini.

2.0 OBJEKTIF
a. Membina keyakinan diri dan semangat berdaya saing dalam kalangan murid.
b. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam
Bahasa Melayu.
c. Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan berdasarkan bahan bacaan.
d. Mencungkil bakat dan kreativiti murid membaca buku cerita dengan bersahaja dan menyakinkan.

3.0 PENGELOLAAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu. Pertandingan akan diadakan seperti tetapan
berikut:

Tarikh : 14 November 2019

Hari : Khamis

Masa : 10-1.00 Petang

Tempat : Dewan Terbuka, SJK (C) Chung Hwa Sipitang

4.0 PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka untuk Kategori Tahap 1 ( Tahun 1, 2 dan 3 ). Setiap Tahap 2 perlu menghantar
sekurang-kurangnya dua wakil. Guru mata pelajaran Bahasa Melayu kelas tersebut adalah
bertanggungjawab untuk mengurus dan melatih peserta yang terlibat.

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


a. Terbuka kepada murid tahap 1 sahaja.
b. Setiap kelas dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya dua peserta sahaja dan sebanyak
lima orang peserta.
c. Bahan bacaan adalah berbeza bagi setiap kelas.
Tahun 1 : Petikan pendek (30-40 perkataan)
Tahun 2 : Petikan pendek (40-50 perkataan)
Tahun 3 : Petikan pendek (50-60 perkataan)
6.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Hadiah
1. Tempat Pertama
2. Tempat Kedua
3. Tempat Ketiga
4. 2 saguhati
2 Loceng 1 buah -
3 PA Sistem 1 set -
4 Jam Randik 2 buah -
Jumlah

7.0 PENUTUP
Budaya membaca yang diterapkan kepada semua warga sekolah
mampu mengupayakan sekolah untuk melahirkan kemenjadiaan pelajar pada masa
akan datang. Pendekatan dan pengisian aktiviti galakan membaca juga perlulah sesuai
dan seiring dengan perkembangan dan pendekatan corak pembelajaran sekarang
yang terarah kepada Pembelajaran Abad ke-21 yang berfokuskan kepada pembinaan
kemahiran berfikir aras tinggi, literasi digital, komunikasi berkesan dan penghasilan
kerja bermutu (produktiviti) bertujuan membina modal insan berkemahiran dan
cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai