Anda di halaman 1dari 2

Unit Pengurusan Sekolah Harian

Pejabat Pendidikan Daerah Gombak


Tingkat 3, Kompleks Selayang Mall,
Jalan SU 9, Taman Selayang Utama,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Muhammad Adam Dharma b Paker Seelan
(KP:750116-14-5125)
No. 53, Jalan SR2/1D,
Saujana Rawang,
48000 Rawang Selangor.
2014

November

PERMOHONAN PENEMPATAN GURU BAGI SESI JANUARI 2015


Dengan segala hotmatnya perkara di atas dirujuk,
Saya ingin membuat permohonan penempatan sekolah yang berhampiran
dengan tempat kediaman.
Seperti yang telah saya nyatakan dalam borang permohonan pertukaran saya
tempoh hari, terdapat beberapa perkara yang mendorong saya untuk bertugas
berhampiran dengan kediaman saya;
1.

Saya menjaga bapa yang berumur 72 tahun yang kini sedang uzur dan
baru-baru ini telah hilang upaya untuk berjalan. Sekiranya saya
bertugas di sekolah yang berhampiran saya dapat pulang dengan
segera sekiranya keadaan kecemasan berlaku. Baru-baru ini saya
terlibat dalam dua kemalangan yang nyaris maut kerana bergegas
pulang dari tempat bertugas untuk menghadapi keadaan kecemasan
bapa saya yang berseorangan di rumah pada ketika itu. (Laporan
Perubatan dilampirkan)

2.

Isteri saya adalah seorang pesakit Kanser Payudara. Sering ke hospital


untuk pemeriksaan susulan. Kos perbelanjaan perubatan selain di
hospital kerajaan adalah tanggungan kami sendiri. Kami cuba berjimat
dalam segala aspek perbelanjaan kami termasuk kos perjalanan ke
tempat saya bertugas. Bertugas di sekolah yang hampir sudah tentu
dapat menjimatkan kos. Ini dapat membantu dalam perbelanjaan
perubatan isteri saya. (Laporan Perubatan dilampiran)

3.

Tiga buah sekolah yang berhampiran dengan kediaman saya adalah


seperti berikut;
1. SMK Taman Desa
2. SMK Taman Desa 2
3. SMK Tasik Puteri

2.

Saya amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang


sewajarnya dari pihak tuan.
Segala jasa baik pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
Yang benar,

................................................
(MUHAMMAD ADAM DHARMA B PAKER SEELAN)

Anda mungkin juga menyukai