Anda di halaman 1dari 13

SMK METHODIST NIBONG TEBAL

TEKS JURUACARA
MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN
TAHUN 2014
TARIKH
18 MAC 2015
(SABTU)
MASA
7.30 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT
ILP JALAN BUKIT PANCHOR
ATUR CARA MAJLIS
-

Pendaftaran waris dan penerima-penerima anugerah


Persembahan Multimedia / Raptai Penerima hadiah
09.00 pagi
Ketibaan Tetamu Khas
Nyanyian Lagu NegaraKu
Nyanyian Lagu Negeri Pulau Pinang
Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan NYDP PIBG
Ucapan Pengetua
Ucapan Perasmi
Persembahan 1
Penyampaian Hadiah 1
Penyampaian Hadiah 2
Persembahan 2
Penyampaian Hadiah 3
Penyampaian Hadiah 4
Penyampaian Cenderahati
Penutup
Nyanyian Lagu NegaraKu
Jamuan
Bersurai

SEBELUM MAJLIS BERMULA


1

MOHON PERHATIAN!
Assalamualaikum WRT WBT dan salam sejahtera;
Para hadirin yang di hormati sekalian,
Majlis mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengambil tempat duduk masing-masing.
Bagi memastikan kelangsungan majlis pada pagi ini, Majlis memohon kerjasama para hadirin
sekalian.
PERTAMA, mohon tuan-tuan dan puan-puan pastikan telefon bimbit berada dalam mod senyap
atau dimatikan.
Dan KEDUA, tuan-tuan dan puan-puan dimohon berdiri ketika Tetamu Khas berjalan masuk ke Auditorium
ini dan terus berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang yang akan dialunkan
sejurus selepas ketibaan Tetamu Khas.
Majlis akan bermula sebentar lagi. Terima Kasih.

CUE
KETIBAAN
PERASMI /
TETAMU KHAS

TEKS
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat,
Yang Berusaha,
En. Mahamad Fauzi Bin Saad
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,
diiringi oleh
Pengetua SMK Methodist,
Naib Yang DiPertua PIBG,
Pentadbir sekolah, dan
dif-dif jemputan masuk ke auditorium.
Para hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN
LAGU
NEGARAKU &
NEGERI

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu


Negeri Pulau Pinang. Dif-dif jemputan dan para hadirin diminta
terus berdiri.
NYANYIAN
Para Hadirin dipersilakan duduk

SALUTASI /
ALUAN MC

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera,


salam 1 Malaysia.
2

CATATAN

Yang Berusaha,
En. Mahamad Fauzi Bin Saad
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah SPS
Yang Berusaha,
En. Ramli Bin Othman
Pegawai PROSA SMK Methodist
Yang Berusaha,
En. Mahaganapathy Dass
..
Yang Berusaha,
Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob
Pengetua SMK Methodist
Yang Berusaha Tuan _________________________________
Ketua Polis Daerah __________________
Yang Dihormati,
En. Nagalingam A/L Nadarajan
Naib Yang Dipertua PIBG SMK Methodist,
Para Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah SPS,
Dif-dif jemputan.
Yang Dihormati,
Barisan Kepimpinan PIBG
Barisan Penolong Kanan SMK Methodist
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Para Guru
Para ibu bapa
Para Penerima Anugerah yang diraikan dan
Hadirin hadirat Sekalian

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Di celah angsana di Bandaraya;
Ucapan Aluan pembuka bicara,
3

Di auditorium indah kita bersua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan yang


dihormati sekalian ke Auditorium Arumugam Pillai, ILP Nibong
Tebal.
Alhamdulillah, pada pagi yang indah ini kita dipanjangkan umur dan
diberi kesihatan yang baik untuk kita sama-sama berkumpul di
auditorium ini dalam majlis gilang gemilang iaitu majlis Anugerah
Kecemerlangan SMK Methodist bagi tahun 2014. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada
hari ini, En. Mahamad Fauzi Bin Saad, kerana sudi hadir dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Methodist pada tahun ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta
hadirin hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, majlis kita
akan
lebih
berseri
dan
bermakna.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

BACAAN DOA

Hadirin Hadirat yang di hormati sekalian;


Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat dariNya. Untuk itu, majlis mempersilakan Alfadil Ustaz
Khairul Haffiz Bin Azizan bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
******************** Bacaan Doa**************************
Amin, amin ya-rabbal alamin
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Alfadil
Ustaz Khairul Haffiz Bin Azizan atas pimpinan bacaan doa itu
tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada pagi ini mendapat rahmat
hingga ke penghujungnya.

UCAPAN
ALUAN NYDP

Dayung sampan dulu-duluan,


Singgah berlabuh di Tanjung Jati;
Ucapan sebagai alu-aluan,
4

Mari tuan sama-sama amati.


Majlis di teruskan dengan Ucapan Aluan oleh Yang Dihormati, En.
Nagalingam A/L Nadarajan, Naib Yang Dipertua PIBG SMK
Methodist. Untuk itu, majlis mempersilakan.
********************ucapan aluan***********************
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang Dihormati En.
Nagalingam A/L Nadarajan (NYDP PIBG SMKM). Pihak Majlis
merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.
UCAPAN
PENGETUA

Para Hadirin sekalian;


Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Yang
Berusaha Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob, Pengetua SMK
Methodist. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*************** ucapan pengetua **********************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan Terima kasih
kepada Yang Berusaha Pn. Hjh. Aini Bt Mohamad Yacob atas ucapan
beliau sebentar tadi.

UCAPAN
PERASMI

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN;


Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha,
En. Mahamad Fauzi Bin Saad, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Anugerah Kecemerlangan SMK Methodist bagi tahun 2014.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
********************ucapan perasmi ********************
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tn. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, atas ucapan
perasmian beliau itu tadi.
5

PERSEMBAHAN
PELAJAR 1

Dari Kedah ke Kuala Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
Seterusnya, majlis mempersilakan,
Kirthekka A/P Balachandran dan Kirthika Naidu A/P Thanapall
Naidu mempersembahkan sebuah tarian tradisional India iaitu
Tarian Bharathanatyam. Dipersilakan.
*****************(tarian tamat)****************************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
Kirthekka A/P
Balachandran dan Kirthika Naidu A/P Thanapall Naidu Atas
Persembahan tarian yang cukup menarik sebentar tadi.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis anugerah kecemerlangan ini diadakan untuk memberikan
pengiktirafan kepada semua pelajar yang telah berjaya mencapai
prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2014,
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2014. Semoga pengiktirafan ini menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya
dalam
mengejar
ilmu
dan
cita-cita.

PENYAMPAIAN HADIAH 1: PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PELAJAR TINGKATAN 1, 2 & 3


Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan para pelajar
iaitu upacara penyampaian hadiah kepada para pelajar. Sesungguhnya,
pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian anak-anak didik
kami yang telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang
mereka duduki.
Acara penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian hadiah dan
sijil penghargaan untuk Kedudukan Dalam Kelas, Kedudukan Dalam
Tingkatan dan Terbaik Mata Pelajaran bagi pelajar Tingkatan 1, 2, & 3.
Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Dihormati En. Karumanethi
A/L Ariputhri, Penolong Kanan HEM SMK Methodist mengiringi Yang
Dihormati, En. Nagalingam A/L Nadarajan, NYDP PIBG SMK
Methodist ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
*********membaca senarai penerima anugerah***************
RUJUK LAMPIRAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati, En.


Nagalingam A/L Nadarajan, atas kesudian beliau menyampaikan hadiah
6

kepada pelajar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang menerima
hadiah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH 2: PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 & 5


Sidang hadirin yang Dihormati sekalian,
Acara Penyampaian hadiah diteruskan dengan penyampaian hadiah dan
sijil penghargaan untuk Kedudukan Dalam Kelas, Kedudukan Dalam
Tingkatan dan Terbaik Mata Pelajaran bagi pelajar Tingkatan 4 & 5.

Justeru, Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Pn.


Zawiyah Bt Yusoff, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Methodist
mengiringi Yang Berusaha Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob, Pengetua
SMK Methodist ke atas pentas untuk menyempurnakan acara.
Dipersilakan..
********* membaca senarai penerima anugerah ***************
RUJUK LAMPIRAN

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha, Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob atas kesudian
menyempurnakan upacara penyampaian hadiah itu tadi.
7

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang


menerima hadiah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


2
Acara penyampaian hadiah dan sijil penghargaan berhenti
seketika bagi memberi laluan kepada persembahan pelajar.
Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan
Dengan itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan choral
speaking dari pelajar-pelajar SMK Methodist dengan tajuknya The
Young and The Restless.
Majlis mempersilakan.
*************** Persembahan Pelajar *********************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang begitu
bersemangat sebentar tadi. Untuk makluman para hadirin, persembahan
itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn. Raymala A/P Raman.
3. PENYAMPAIAN HADIAH (PT3 & SPM):
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PT3 TAHUN 2014
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM TAHUN 2014
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK SPM TAHUN 2014
Hadirin sekalian,
Anugerah berikutnya adalah Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik
PT3 dan Pelajar Terbaik SPM bagi tahun 2014.
Untuk itu, majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, En. Mahamad Fauzi Bin Saad, Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah, diiringi Yang Berusaha Puan Hjh Aini Bt.
Mohamad Yacob ke atas pentas untuk menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah. Dipersilakan
*Anugerah Pelajar Terbaik PT3 Tahun 2014
Dengan pencapaian (8A 1B), dipersilakan KIRTHEKKA A/P
BALACHANDRAN untuk menerima anugerah sebagai Pelajar Terbaik
PT3 bagi Tahun 2014.

*Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2014


Seterusnya, bagi Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2014
Dipersilakan:
1. Tan Keh Chin dengan pencapaian (2A+, 6A, 1A-)
2. Shobana A/P Mahendran dengan pencapaian (2A+, 6A, 2A-)
3. Hng Lip Phong dengan pencapaian (4A+, 4A, 1A-)
4. Dhiipagesan A/L Muniandy dengan pencapaian (5A+, 3A, 1A-)
5. Kesvinaa A/P Gunusagaran dengan pencapaian (8A+, 1A, 1A-)
Saudari Kesvinaa turut menerima ____________________ yang
disumbangkan oleh En. Mahaganapathi Dass atas keputusan
SPM beliau yang cemerlang.
*Anugerah Pencapaian Terbaik SPM Tahun 2014
Dengan Pencapaian cemerlang (10A+), Anugerah Pencapaian Terbaik
SPM 2014 diberi kepada YEOH SAN MEI. Dengan itu, Dipersilakan
Yeoh San Mei untuk naik ke atas pentas bagi menerima hadiah. Beliau
turut menerima ____________________________ yang disumbangkan
oleh En. Mahaganapathi Dass atas keputusan SPM beliau yang
cemerlang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah
sebentar tadi. Semoga kalian lebih berjaya pada masa akan datang.
Demikianlah tadi upacara penyampaian hadiah bagi Anugerah Pelajar
Terbaik PT3 dan SPM 2014. Majlis merakamkan ribuan terima kasih
dan menjemput Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob dan En. Mahamad
Fauzi bin Saad untuk duduk ditempat yang disediakan di atas pentas
bagi
menyaksikan
tayangan
multimedia
dan
seterusnya
menyempurnakan upacara penyampaian Anugerah Khas.
4. PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS:
ANUGERAH PELAJAR SAHSIAH TERPUJI TAHUN 2014
ANUGERAH TOKOH MURID TAHUN 2014
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Pihak sekolah amat berbesar hati dan berbangga dengan pencapaian
cemerlang para pelajarnya yang gigih berusaha untuk mengharumkan
nama sekolah. Kejayaan anak-anak didik kami ini terus menyuntik
semangat kami para guru untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan
pada masa akan datang.

Kini, kita semakin menghampiri ke acara kemuncak majlis iaitu


penganugerahan Pelajar Sahsiah Terpuji Tahun 2014 dan Anugerah
Tokoh Murid Tahun 2014.
Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
9

mempersilakan En.Ishlahuddin Bin Zakariah bagi membacakan biodata


Pelajar Sahsiah Terpuji dan Tokoh Murid.

***** Bacaan Biodata Pelajar Sahsiah Terpuji 2014 *******

Majlis menjemput Yang Berusaha En. Mahamad Fauzi Bin Saad, diiringi
Yang Berusaha Puan Hjh Aini Bt. Mohamad Yacob untuk menyempurnakan
penyampaian anugerah.

Seterusnya, majlis dengan penuh sukacitanya mengumumkan


Anugerah Pelajar Sahsiah Terpuji tahun 2014, dinobatkan kepada
_______________________________________. Dengan itu, dijemput
_______________________ bersama ibu bapa/waris ke atas pentas
untuk menerima hadiah. Hadiah merupakan jambangan bunga, plak
dan sijil pengiktirafan.
Tahniah diucapkan kepada ______________________________

Majlis diteruskan dengan bacaan BIODATA TOKOH PELAJAR 2014

***** Bacaan Biodata Tokoh Pelajar 2014 *******

Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha, En. Mahamad Fauzi Bin Saad,
diiringi Yang Berusaha Puan Hjh Aini Bt. Mohamad Yacob untuk
menyempurnakan penyampaian anugerah.

Seterusnya, diumumkan sekali lagi Anugerah Tokoh Murid Tahun 2014


dinobatkan kepada __________________________________. Majlis
dengan
sukacitanya
menjemput
dan
mempersilakan
_____________________________ bersama ibu bapa/waris naik ke
atas pentas untuk menerima hadiah. Hadiah merupakan jambangan
bunga, plak dan sijil pengiktirafan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada _____________________.
PENYAMPAIAN
CENDERAHATI

Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian;


Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati;
MAJLIS menjemput Yang Berusaha Pn. Hjh. Aini Bt Mohamad
Yacob, Pengetua SMK Methodist untuk menyampaikan
10

cenderahati kepada Yang Berusaha En. Mahamad Fauzi Bin


Saad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En.
Mahamad Fauzi Bin Saad untuk menerima cenderahati.
Dipersilakan
***********
Demikianlah adat kehidupan,
Orang berbudi kita
berbahasa. Tidak mungkin
terbalas budi, Walau emas
sebungkus diberi. Cuma
harapan di dalam dada,
Tanda mata sudi di terima,
Tanda ingatan Moga kekal selama.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha
Pn. Hjh. Aini Bt Mohamad Yacob atas kesudian menyempurnakan
penyampaian cenderahati sebentar tadi. Dan majlis sekali lagi
merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Yang Berusaha En. Mahamad Fauzi bin Saad, atas kesudian beliau
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Methodist
serta menyempurnakan upacara penyampaian anugerah sebentar
tadi.
PENUTUP
Sidang hadirin sekalian,
Majlis kita sudah sampai ke pengakhirannya;
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan jutaan tahniah kepada Penerima
-penerima Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2014 serta ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa Majlis
Anugerah Kecemerlangan atas usaha dan komitmen yang dicurahkan
bagi menjayakan Majlis ini. Pihak Majlis turut merakamkan setinggitinggi penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa yang
sanggup meluangkan masa sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para,
11

Anak dusun pasang pelita;


Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Dari Kami,
Pengacara Majlis Pada Pagi Ini
Selesai Sudah Tugas Diberi,
Di Lain Masa Bersua Lagi.
SEKIAN TERIMA KASIH.
WASSALAMUALAYKOM WRT WBT.
NYANYIAN
LAGU
NEGARAKU
JAMUAN

Majlis akan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.


Para hadirin di mohon berdiri. untuk menyanyikan lagu Negaraku.
Pihak Majis Berbesar Hati Menjemput Tetamu Jemputan, Dan Para
Hadirin Serta Pelajar Sekalian Ke Kafeteria Untuk Menikmati Sedikit
Jamuan.
BERSURAI

Penyampaian Hadiah 1

PLAN A
Penyampai
En. Nagalingam A/L
12

Diiring Oleh
En. Karumanethi A/L Ariputhri

Penyampaian Hadiah 2
Penyampaian Hadiah 3
Penyampaian Hadiah 4

Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob


En. Mahaganapathi Dass
Tuan Timbalan Peg. Pendidikan
Daerah

Pn.Zawiyah Bt Yusoff
Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob
En. Nagalingam A/L
Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob

PELAN B
Penyampaian Hadiah 1
Penyampaian Hadiah 2
Penyampaian Hadiah 3
Penyampaian Hadiah 4

En. Nagalingam A/L

En. Karumanethi A/L Ariputhri

Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob


Tuan Timbalan Peg. Pendidikan
Daerah

Pn.Zawiyah Bt Yusoff
En. Nagalingam A/L
Pn. Hjh Aini Bt Mohamad Yacob

13

Anda mungkin juga menyukai