Anda di halaman 1dari 7

Internet lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan.

Bersetujukah
anda dengan pernyataan di atas dan berikan alasan-alasan yang munasabah bagi
menyokong hujah anda.
Kita harus mengikut arus semasa yakni internet merupakan satu budaya baharu
dalam masyarakat kini. Lantaran itu, internet tidak boleh dipandang sebagai sesuatu yang
berunsur negatif tetapi sebaliknya untuk memastikan rakyat dan negara ini standing dengan
negara yang lain dalam mengejar arus pembangunan semasa. Maka, ada pelbagai impak
positif yang dibawa oleh internet.
Internet merupakan satu budaya baharu yang memudahkan kehidupan manusia
terutama dalam aspek komunikasi atau berhubung secara langsung dengan orang lain.
Hubungan antara saudara mara yang tinggal jauh daripada kita termasuklah di luar negara
maka internet boleh digunakan. Internet menjadikan komunikasi lebih cepat dan berkesan
lalu mengeratkan hubungan antara manusia pula.
Manakala buat pelajar pula, internet pula boleh menjadi satu perpustakaan besar atau
maya yang memberikan manfaat kepada pelajar. Semua maklumat atau informasi ini
seolah-olah berada dihujung jari pelajar sahaja untuk memperolehnya. Maklumat yang
diperoleh ini menjadikan minda pelajar lebih terbuka dan kreatif dalam menghadapi cabaran
kehidupan zaman moden ini.
Pada masa yang sama kemudahan internet kini menjadikan banyak urusan harian
dilaksanakan terutama aspek pembayaran bil-bil semasa. Kita sudah boleh membayar bil-bil
elektrik, air dan telefon serta membuat pindahan kewangan lalu menjimatkan masa dan
tenaga manusia. Kemudahan sebeginilah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih
bermakna akibat penggunaan teknologi moden ini.
Selain itu, internet juga membolehkan pelajar membuat permohonan secara terus
atau ?on-line? untuk memohon kerja, biasiswa atau memasuki universiti. Semua
kemudahan ini mampu untuk diperluaskan dalam aspek lain pula seperti urusan dengan
pihak kerajaan dan mungkin juga bidang lain. Kehidupan manusia sudah pasti akan berubah
dengan adanya kemudahan internet yang sebegini.
Kesimpulannya, kita sebagai ahli masyarakat tidak boleh berfikiran sempit dan
beranggapan bahawa sesuatu yang baharu itu membawa kesan negatif sahaja. Sebenarnya
kesan baik atau buruk sesuatu perkara itu banyak ditentukan oleh manusia yang
menggunakannya. Namun, dalam aspek internet lebih banyak impak positif yang dibawanya
daripada negative kepada kehidupan manusia.

INTERNET LEBIH BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN DARIPADA


KEBURUKAN.

DAHULU , HAMPIR 20 TAHUN YANG LALU , INTERNET MENJADI


SESUATU YANG DIIMPIKAN OLEH MASYARAKAT DI NEGARA KITA. PADA MASA
ITU , WALAUPUN NEGARA KITA BUKANLAH SEBUAH NEGARA YANG MUNDUR ,
MASYARAKAT NEGARA KITA INGINKAN SEBUAH KOMPUTER DENGAN SISTEM
INTERNET YANG BOLEH BERHUBUNG KE SELURUH PELOSOK DUNIA . IRONINYA ,
KEBANYAKAN MASYARAKAT MALAYSIA PADA HARI INI MEMPUNYAI KOMPUTER
YANG CANGGIH. INTERNET MERUPAKAN BUDAYA BAHARU DALAM
MASYARAKAT. WALAUPUN BANYAK YANG MENGATAKAN BAHAWA INTERNET
MEMPUNYAI KESAN KEBURUKAN , PADA PENDAPAT SAYA , INTERNET LEBIH
BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN DARIPADA KEBURUKAN.
AHLI FALSAFAH CHINA , CONFUSIOUS PERNAH BERKATA BAHAWA JIKA
HENDAK HIDUP 10 TAHUN , TANAMLAH POKOK JAGUNG , JIKA HENDAK HIDUP
SELAMA 100 TAHUN , TANAMLAH POKOK BESAR, JIKA HENDAK HIDUP SELAMA
LAMANYA, TANAMLAH ILMU DALAM JIWA. HAMKA PULA BERKATA BAHAWA
ILMU MERUPAKAN SESUATU YANG DITANAM DALAM JIWA SELAMA LAMANYA.
KEDUA DUA PERNYATAAN INI DENGAN IZHARNYA MENUNJUKKAN BETAPA
PENTING ILMU DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. HAL INI MERUPAKAN FAKTOR
UTAMA YANG MENDORONG SAYA BERSETUJU DENGAN PERNYATAAN TERSEBUT.
INTERNET MERUPAKAN MEDAN YANG TIDAK TERBATAS UNTUK MENDAPATKAN
ILMU. DENGAN MELAYARI INTERNET, KITA DAPAT MEMPEROLEH APA APA
SAHAJA MAKLUMAT YANG KITA HENDAK. MASYARAKAT YANG DAHAGAKAN
ILMU DAN GOLONGAN REMAJA BOLEH MEMPEROLEH ILMU DAN MAKLUMAT
DALAM SEKELIP MATA DENGAN MUDAH.
SELAIN ITU , INTERNET JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI SATU
MEDIUM KOMUNIKASI. KITA DAPAT BERHUBUNG DENGAN MASYARAKAT DARI
SELURUH DUNIA DENGAN CEPAT , MUDAH DAN BERKESAN . KEMUDAHAN
INTERNET INI MEMBERI KEMUDAHAN KAPADA PARA DOKTOR DARI PELOSOK
DUNIA UNTUK BERHUBUNG DAN BERBINCANG DALAM FORUM on line UNTUK
MEMBANTU MERAWAT SESEORANG PESAKIT. PARA GURU JUGA BOLEH
BERBINCANG DAN BERTUKAR TUKAR PENDAPAT DAN PENGETAHUAN UNTUK
KEBAIKAN PELAJAR PELAJAR MEREKA. BUKANKAH INI MERUPAKAN SUATU
KEBAIKAN YANG SANGAT JELAS.
DI SAMPING ITU , KEMUDAHAN INTERNET JUGA MENYENANGKAN
KEHIDUPAN HARIAN KITA. HAL INI DEMIKIAN KERANA DENGAN ADANYA
INTERNET, PENGUMUMAM DAPAT DILAKUKAN DENGAN MENGGUNAKAN
INTERNET. KITA JUGA BOLEH MENDAPATKAN SUMBER BERITA DAN MAKLUMAT
TERKINI DENGAN HANYA MELAYARI INTERNET. TAMBAHAN PULA , DENGAN
ADANYA INTERNET KITA TIDAK PERLU KELUAR DARI RUMAH UNTUK MEMBUAT
PELBAGAI URUSAN YANG MELIBATKAN PEMBAYARAN SEPERTI BIL ELEKTRIK,
AIR DAN TELEFON. INI SUDAH TENTU DAPAT MENJIMATKAN MASA DAN TENAGA.
SELAIN ITU, KITA JUGA BOLEH MEMBELI BARANGAN MELALUI INTERNET.

DEWASA INI, PENSYARAH DAPAT BERHUBUNG DAN MENYAMPAIKAN ILMU


KEPADA PARA PELAJARNYA DARI BERIBU RIBU HANYA DENGAN ADANYA
KEMUDAHAN INTERNET.
NEGARA KITA PADA HARI INI SEDANG MEMBANGUN. PEMBANGUNAN
NEGARA KITA SEMAKIN BERKEMBANG PESAT DENGAN ADANYA INTERNET.
INTERNET MEMBOLEHKAN RAKYAT MEMBANTU DALAM PEMBANGUNAN
INFRASTRUKTUR, SOSIAL DAN EKONOMI DENAG MEMBERIKAN PANDANGAN
MEREKA. SEBAGAI CONTOH, BEKAS PERDANA MENTERI NEGARA KITA TELAH
MEMBUKA SATU BLOG YANG MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT UNTUK
MEMBERI PANDANGAN DAN CADANGAN MEREKA UNTUK BERSAMA SAMA
MEMBANGUNKAN NEGARA KE PUNCAK DUNIA. PERKARA INI TELAH BANYAK
MEMBANTU KERAJAAN DALAM PEMBANGUNAN NEGARA KITA.
JIKA ADA YANG BERPENDAPAT BAHAWA MELALUI INTERNET KITA BOLEH
MELAYARI LAMAN WEB YANG TIDAK SENONOH DAN TIDAK BERMORAL, ITU
SEBENARNYA TERPULANG KEPADA TAHAP KESEDARAN DAN ILMU AGAMA YANG
DITERIMA JUGA BERGANTUNG KEPADA NIAT DAN TUJUAN KITA. BURUK DAN
BAIKNYA KEMUDAHAN INTERNET ITU BERGANTUNG KEPADA DIRI KITA SENDIRI.
TUNTASNYA, INTERNET LEBIH BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN DARIPADA
KEBURUKAN KERANA INTERNET DENGAN JELAS BANYAK MENOLONG
MEMBANGUNKAN NEGARA, MENYEBARKAN ILMU, MEMBOLEHKAN KOMUNIKASI DAN
MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT UNTUK MEMBERI PANDANGAN MEREKA
TENTANG SESUATU ISU ATAU KEMELU

Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada


Keburukan (Bahas)
Posted on 14 Mac, 2009 by admin

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim, para pencadang
sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada hari ini, kita akan memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu Penggunaan Internet Lebih
Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan. Saya sebagai pembangkang amat tidak
bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut. Bagi saya ia lebih membawa keburukan daripada
kebaikan.
Para hadirin sekalian,
Sebelum saya meneruskan hujah saya, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham
dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui
telekomunikasi yang semakin canggih kini. Segala bentuk maklumat dapat kita perolehi daripada
penggunaan Internet ini. Tetapi ternyata ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Yang pertama sekali ialah ia menyemai sikap buruk individu. Maklumat tanpa sekatan di dalam
Internet ini memberi peluang kepada pelajar Internet dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa
yang berlaku dan terkandung di dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi
mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui
sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang
tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik
sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang
bersopan-santun dan bertatasusila.
Hujah saya yang kedua ialah bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan mereka bermain
permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa
pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka
banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan
ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak sekolah
tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti
Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan
tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong
atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi
menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi.

Hujah saya yang ketiga, ialah hubungan sosial di dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat
terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Pada mereka yang dapat melayari Internet
di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu
asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di
pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya,
kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti
penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila
aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan.
Keadaan kesihatan juga kurang diambil perhatian. Selalunya pengguna Internet meluangkan
masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak kurang pula
hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan
mereka tidak terjejas malah penggunaan Internet yang berterusan tanpa rehat juga boleh
menyebabkan mata menjadi letih dan memberi kesan sampingan.
Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku penyebaran
maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan
tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porakperanda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat
palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah
penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama. Terdapat
berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui Internet. Ada yang
diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak kurang pula didatangi oleh individu
atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain.
Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Internet lebih
banyak membawa keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak
kata pepatah Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.
Sekian sahaja, terima kasih.

Sebagai pihak pembangkang yang pertama, sebelum saya mengemukakan


hujah-hujah saya dengan lebih bernas dan panjang lebar , lebih baik jika kita
memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi
Kebaikan daripada Keburukan. Oleh itu, izinkan saya menerangkan apakah yang
kita faham dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat

global melalui telekomunikasi yang semakin canggih kini. Memang tidak dapat
dinafikan, segala bentuk maklumat dapat kita peroleh daripada penggunaan Internet ini,
namun ternyata penggunaan internet akan membawa lebih keburukan daripada
kebaikan.
Hujah saya yang pertama sekali ialah atas kata kunci penggunaan internet
akan menyemai sikap buruk dalam jiwa individu. Maklumat tanpa sekatan dalam
Internet ini memberi peluang kepada pelajar dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa
yang berlaku dan terkandung dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang
diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai
suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan
cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba
meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik
dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila.
Justeru, ini jelas menunjukkan bahawa internet membawa keburukan kepada
penggunanya terutama golongan remaja.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Hujah saya yang kedua ialah atas kata kunci penggunaan internet melalai dan
melekakan terutama bagi golongan remaja dan pelajar sekolah. Tak tumbuh tak
melata, tak sungguh saya tak kata. bagi kanak-kanak sekolah, Internet
membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa,
mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka
dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka banyak dihabiskan di
depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa
dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak
sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan
pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan mereka leka
pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada
antara mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya
tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan
Internet yang tinggi. Sudah terang lagi bersuluh, internet jelas membawa keburukan
daripada kebaikan.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Hujah saya yang ketiga, atas kata kunci internet menyebabkan hubungan
sosial dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan
kepada penggunaan Internet. Sebagai contoh untuk menguatkan hujah saya, golongan
yang dapat melayari Internet di rumah akan jarang keluar bergaul dengan orang lain
dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat
pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh
wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui

Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak
tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh
dijalankan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Hujah saya yang keempat , atas kata kunci penggunaan internet boleh
menjejaskan kesihatan mental dan fizikal penggunanya. Selalunya pengguna Internet
meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam
dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan
rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas dan minda menjadi penat dan beku
sehingga tidak boleh berfikir dengan baik. Bagi pelajar sama ada di sekolah atau di
pusat-pusat pengajian tinggi, keadaan ini melemahkan minda mereka untuk menerima
ilmu yang telah diajar oleh guru-guru. Lebih malang lagi apabila pelajar tidur di dalam
kelas kerana mengantuk. Keadaan ini perlu dibanteras jika ingin mencapai hasrat
negara melahirkan remaja cemerlang.
Hujah saya yang kelima atas kata kunci , penggunaan Internet boleh
menyebabkan penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara
yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah
kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porak-peranda apabila ada
antara masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat palsu yang
mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan
Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama. Terdapat berbagaibagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui Internet. Ada yang
diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak kurang pula didatangi oleh
individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada
orang lain.
Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan
pendirian kami barisan pihak pembangkang bahawa Internet lebih banyak membawa
keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata
pepatah Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

Anda mungkin juga menyukai