Anda di halaman 1dari 16

1.

KERANGKA PELAJARAN HARIAN


Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia KSSR
Tahun
:3
Tema
: Ekonomi Kita
Tajuk
: Berjimat Cermat Amalan Mulia
Kemahiran : Menulis

Bahan Bantu Mengajar :


1.
2.

Set Induksi :
1.0 Video Amalan Menabung

Murid berfikir apa yang perlu dikakukan sekiranya


mempunyai wang yang lebih

Murid berfikir apa kepentingan berjimat cermat

Video Amalan Menabung


Lembaran Kerja :
2.1 Pentaksiran melengkapkan lembaran kerja
menghasilkan pengumuman
2.2 Pengayaan mencipta pengumuman lain

bagi

Langkah 3 :
1.0 Pentaksiran - melengkapkan lembaran kerja bagi
menghasilkan pengumuman
2.0 Pemulihan tiada unsur KBAT
3.0 Pengayaan mencipta pengumuman lain

Langkah 1 :
Tiada unsur KBAT

Langkah 2 :
Tiada unsur KBAT

Penutup :
Membuat kesimpulan tentang kebaikan berjimat cermat

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Bahasa
Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses
ini

melibatkan

aktiviti-aktiviti

menyusun

idea-idea

atau

perkara-perkara

yang

tersembunyi, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang
boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kian mencabar. Ringkasnya, pemikiran
boleh diertikan sebagai proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang berkaitan
dengan melibatkan penggunaan pandangan, gambaran, simbol, perkataan, akal dan
rangsangan atau dorongan yang tersembunyi.
Proses berfikir terdiri daripada interaksi atau hubungan yang berlaku di antara tiga
elemen iaitu:
a) pengetahuan
b) kemahiran kognitif
c) sikap dan nilai

Konsep Kemahiran Berfikir


Terdapat beberapa konsep yang sering digunakan dalam membincangkan kemahiran
berfikir. Antaranya adalah pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan kemahiran berfikir
aras tinggi.
Menurut Beyer (1985), pemikiran kritis ialah process of determining the authenticity,

accuracy and worth of information or knowledge claim. Beliau menambah bahawa


pemikiran kritis mempunyai dua dimensi utama iaitu kerangka minda dan beberapa operasi
mental yang spesifik.
Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir dapat dikaitkan dengan pemikiran
lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, tetapi juga melihat
perkara itu berdasarkan pelbagai perspektif bagi tujuan menyelesaikan masalah .
Bagi Mayer (1977) pula, pemikiran adalah pengelolaan operasi-operasi mental tertentu
yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif bagi tujuan menyelesaikan masalah.
Leming (1989), mendefinisikan pemikiran sebagai proses luar biasa yang digunakan dalam
proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Gagasan ini juga mempunyai
persamaan dengan pandangan Marzano (1970) yang melihat pemikiran sebagai proses
menyelesaikan masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks.

Alvino (1990) pula mengemukakan beberapa definisi yang dianggap mempunyai kaitan
dengan konsep kemahiran berfikir ini. Antaranya:
a) Taksonomi Blooms: Model pengajaran yang popular dengan mengkategorikan kemahiran
berfikir daripada pengetahuan konkrit kepada abstrak, pemahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian. Tiga kategori yang akhir dianggap kemahiran aras tinggi.
b) Pemikiran kreatif: Cara melihat ataupun melakukan sesuatu yang dicirikan oleh empat
komponen iaitu kelancaran dalam menjana idea, fleksibiliti (mengubah perspektif dengan
mudah), ketulenan (menggambarkan sesuatu yang baru dan asli) dan elaborasi ( membina
idea yang lain).
c) Pemikiran kritis: Proses dalam menghuraikan ketulenan, ketepatan atau pun nilai bagi
sesuatu perkara; ciri-ciri bagi kebolehan mencari sebab dan alternatif, melihat situasi
secara keseluruhan, dan mengubah pandangan berdasarkan bukti. Kadangkala dipanggil
juga sebagai pemikiran logikal dan pemikiran analitikal.
d) Kemahiran berfikir: satu set kemahiran yang asas dan lanjutan serta subkemahiran yang
menguasai

proses

mental

seseorang.

Kemahiran

kecenderungan dan operasi kognitif dan metakognitif.


Teknik-teknik dalam kemahiran Berfikir

ini

mengandungi

pengetahuan,

Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara analitis,


krisis dan rasional boleh didapati daripada Cort Thinking Programme yang disediakan oleh
Dr. Edward de Bono. Mengikut beliau, kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh
dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti berikut;
a) Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam sesuatu kumpulan kecil dengan
mempertimbangkan sesuatu idea atau isu semasa dari segi kebaikannya dan kelemahannya.
b) Menggunakan teknik menyelesaikan masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu aternatif,
kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan.
c) Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau
semasa membuat keputusan.
d) Membimbing pelajar meneliti segala akibat (berikut sesuatu tindakan) yang mungkin
berlaku dalam masa jangka pendek serta masa jangka panjang.
e) Membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan orang
lain.
f) Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang
sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.

Ciri-Ciri Utama Kemahiran Berfikir

a) Kemahiran berfikir secara kritis


Kemahiran berfikir secara kritis ialah kemahiran menilai sesuatu masalah secara logik dan
munasabah. Melalui kemahiran ini, guru perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang berikut:
i. menganalisis sesuatu masalah secara terperinci
ii. menyenaraikan ciri-ciri utnuk mendapat gamabaran yang lebih menyeleluruh mengenai
sesuatu konsep
iii. kemahiran untuk membuat aktiviti-aktiviti banding beza
iv. menyusun isi dalam bentuk menaik atau menurun
v. membuat keputusan rasional
vi. membuat penilaian secara menyeluruh.
b) Kemahiran berfikir secara kreatif
Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut:
i. menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah
ii. membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana guru perlu
memutuskan satu tindakan wajar
iii. membuat hubung kait antara konsep-konsep yang berbeza

iv. meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana guru dapat
membayangkan apa yang akan berlaku dalam sesuatu situasi yang bermasalah.
v. membuat hipotesis iaitu membuat pernyataa masalah yang boleh diuji kesahannya.
vi. mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta yang berasingan untuk
menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh.
vii. mengitlak iaitu membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat pernyataanpernyataan umum
viii. menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan antara konsepkonsep yang berlainan
ix. membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu yang abstrak di
dalam pemikirannya.
x. merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang boleh digunakan
dalam proses pengakaran dan pembelajaran.
c) Kemahiran berfikir secara menaakul
Kemahiran berfikir secara menaakul ialah satu kemahiran di mana guru perlu membuat
pemikiran tahap tinggi dengan membuat interpretasi, analisis, sintesis dan penilaian untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini akan membantu guru

membuat keputusan yang logik dan rasional terhadap semua permasalahan yang dihadapi
olehnya.
d) Strategi berfikir
Strategi berfikir ialah proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi
langkah-langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif untuk
mengkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Sumber rujukan:
Dr. Ragbir kaur A/P Joginder Singh. (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk

Kursus perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2006). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme

Keguruan). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd.

http://lailaberfikir11m.blogspot.com/2012/09/kemahiran-berfikir-dalam-pengajaran-dan.html
Mengikut kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan. Strateg juga bermaksud kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara.
Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta
kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif
pelajaran yang telah ditentukan.
Dengan perkataan yang lain strategi ini merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik
mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dengan
berkesan. Oleh itu, konsep strategi dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan
penentuan kaedah dan teknik mengajar sahaja. Oleh hal yang demikian, di dalam sesuatu waktu
pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajran merangkumi pertimbangan-pertimbangan berikut :
i) penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
ii) Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan.
iii) Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori
pembelajaran.
iv) Pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum.
v) Penggunaan bahan pelajaran engikut keperluannya untuk setiap kaedah dan teknik mengajar.
vi) Pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.
Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusun dan mengurus
sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan
pembelajaran boleh diperlihatkan daripada beberapa contoh berikut :

i) strategi penggabungjalinan kemahirn-kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan


menulis.
ii) Strategi penyerapn nilai-nilai murni dalam pengajarn sesuatu mata pelajaran.
iii) Strategi integrasi fkt-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran.
iv) Strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhn kelas dengn kaedah kumpulan.
v) Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dlam kelas bercantum.
Secara ringkasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran,
pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan strategi pelaksanaan strategi yang sesuai
akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.
1.1 Strategi utama dalam pengajaran kemahiran berfikir
Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu strategi
pemusatan guru, pemustan murid, berasaskan sumber/bahan, berasaskan tugasan/aktiviti (Mok Soon
Sang, 2010). Tetapi strategi untuk pengajaran kemahiran berfikir hanya melibatkan strategi pemusatan
murid, berasaskan sumber/bahan dan strategi tugasan/aktiviti.
1.1.1 Strategi Pemusatan Murid
Program KBSR menekankan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu, dalam strategi ini
murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, muridmurid ini digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Pengajaran dalm
bilik darjah pemusatan murid menggalakkan lebih banyak penglibatan murid apabila matlamat
pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal. Antara teknik yang digunakan dalam strategi
ini dalah kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi,
main peranan dan sumbangsaran.

1.1.2 Strategi berasaskan sumber/bahan


Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan
pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model,
gambar, slaid, radio, video cakera padat, televisyen, projektor dan komputer. Bahan pembelajaran pula
adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja,
bahan bercerita, radas, alat-alat ujikaji dan komputer. Penggunaan multimedia, CD ROM,Internet, E-mai,
halaman web dan pelbagai sofware yang merangsangkan oleh guru dalam aktivitipengajaran dan
pembelajaran boleh perkembangan minda dan daya intelektual pelajar Dalam menjalankan aktiviti
pengajaran menggunakan bahan atau sumber, aktiviti pembelajaran boleh dilakukan oleh pelajar
sendiri tanpa melibatkan penglibatan guru. Ini membantu mereka untuk cuba menyelesaikan sesuatu
masalah dan mencapai sesuatu keputusan. Ini menggalakan pemikiran kritis dan kritikal.
1.1.3 Strategi berasaskan tugasan/aktiviti
Aktiviti melibatkan tugasan yang disediakan oleh guru dan dilaksanakan oleh murid-murid untuk
mencapai objektif pelajaran. Melaui aktiviti murid, potensi intelek, rohani, sosial dan jasmani mereka
dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Di samping itu, murid-murid dapat belajar
dengan lebih berkesan melaui aktiviti berasaskan tugasan. Terdapat beberapa jenis aktiviti dan
tugasan yang boleh dijlankan antaranya ialah aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain,
berbincang, membina model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya.

Posted by Eszri sies, Nor akmar Manap, Rahaida Ab Rahim at 17:30 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 15 December 2011

Strategi dan Teknik Mengajar Berfikir

Pengenalan

Penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah selari dengan matlamat. Falsafah
Pendidikan Negara untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di dalam pengajaran bertujuan untuk memberi
kemahiran kepada pelajar supaya berfikir secara kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baru.
Kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang
menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang boleh
mendorong kearah meningkatkan kemahiran berfikir. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan
dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Kepakaran guru amat diperlukan dalam
menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan,
memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi dan teknik yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar
secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati
pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

2.0 STRATEGI DAN TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIR

Rajendran ( 2010) menghuraikan pelbagai strategi dan teknik mengajar kemahiran berfikir yang boleh
diamalkan oleh guru-guru di bilik darjah. Strategi dan teknik tersebut diringkaskan dalam Rajah 1
berikut;

2.1 TEKNIK PENYOALAN


Kaedah yang paling kerap dan popular digunakan oleh guru-guru untuk merangsang pelajar berfikir
semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah teknik penyoalan. Guru-guru boleh membentuk
dan mengemukakan soalan-soalan mengikut aras seperti yang dikelaskan dalam Taksonomi Bloom.

Posted by Eszri sies, Nor akmar Manap, Rahaida Ab Rahim at 23:58 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

ASAS KEMAHIRAN BERFIKIR


UNIT 1 DEFINISI DAN KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
1.0 KONSEP DAN DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)
Unit ini bertujuan untuk memapar dan membincangkan topik-topik berkaitan dengan definisi dan konsep
Kemahiran Berfikir. Anda akan didedahkan dengan konsep-konsep berkaitan seperti penggunaan

Taksonomi Soalan (Taksonomi COGAFF, dari Bloom (1956) dan Krathwohl (1964)); elemen-elemen
seperti kognitif, afektif, metakognitif, dan reflektif dan kaitannya dengan pembelajaran; konsep
berhubung dengan Kecerdasan mental (IQ) dan Kecerdasan Emosi (EQ) dan implikasinya terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya konsep berhubung dengan kebolehan melahirkan idea dan
berkomunikasi dalam konteks penggunaan dakwaan dan hujah juga akan disentuh dalam unit ini.
Kandungan Unit 1 secara khusus adalah seperti berikut:
1. Konsep dan definisi Kemahiran Berfikir (KB)
1.1 Konsep
1.2 KB Dari Perpepektif Sejarah
1.3 Definisi
1.4 Domain Kognitif
1.5 Domain Afektif
1.6 Metakognitif
1.7 Reflektif
2. Kemahiran Berfikir dan kaitannya dengan pengajaran dan pembelajaran;
2.1 Penggunaan soalan COGAFF Taxonomy
2.2 Penggunaan peta-minda
2.3 Penggunaan graphic-organizer
2.4 Penggunaan de Bono CoRT 1

3. EQ (Kecerdasan Emosi) dan kaitannya dengan pembelajaran


4. Kemahiran berfikir dari perspektif komunikasi: penyataan idea dan pendapat.

4.1 Penyataan dakwaan


4.2 Penyataan hujah
4.3 Dakwaan objektif
4.4 Dakwaan subjektif
4.5 Hujah yang baik
4.6 Hujah tidak baik
4.7 Hujah yang valid
4.8 Hujah yang tidak valid
http://kemahiranberfikir2282.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai

  • Melaram
    Melaram
    Dokumen1 halaman
    Melaram
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Meleleh
    Meleleh
    Dokumen1 halaman
    Meleleh
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Aman Bukan Amin
    Aman Bukan Amin
    Dokumen1 halaman
    Aman Bukan Amin
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Mung Kin
    Mung Kin
    Dokumen1 halaman
    Mung Kin
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Mengata
    Mengata
    Dokumen1 halaman
    Mengata
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • GV 5
    GV 5
    Dokumen1 halaman
    GV 5
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Memnninta
    Memnninta
    Dokumen1 halaman
    Memnninta
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Hikayat
    Hikayat
    Dokumen1 halaman
    Hikayat
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Hikayat
    Hikayat
    Dokumen1 halaman
    Hikayat
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Melata
    Melata
    Dokumen1 halaman
    Melata
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Kecil Cantik
    Kecil Cantik
    Dokumen3 halaman
    Kecil Cantik
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Kandungan Intern
    Kandungan Intern
    Dokumen5 halaman
    Kandungan Intern
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Wahai Sahabat Semua Kita Adalah Hambanya Mari Kita Memuji Kepadanya
    Wahai Sahabat Semua Kita Adalah Hambanya Mari Kita Memuji Kepadanya
    Dokumen1 halaman
    Wahai Sahabat Semua Kita Adalah Hambanya Mari Kita Memuji Kepadanya
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Barisan
    Barisan
    Dokumen1 halaman
    Barisan
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Suka Suki
    Suka Suki
    Dokumen1 halaman
    Suka Suki
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Tugasku Belum Berakhir
    Tugasku Belum Berakhir
    Dokumen1 halaman
    Tugasku Belum Berakhir
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Kata Hikmat
    Kata Hikmat
    Dokumen1 halaman
    Kata Hikmat
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Women
    Women
    Dokumen1 halaman
    Women
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Cara
    Cara
    Dokumen2 halaman
    Cara
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Tajuk
    Tajuk
    Dokumen2 halaman
    Tajuk
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Cara
    Cara
    Dokumen2 halaman
    Cara
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Tabla
    Tabla
    Dokumen11 halaman
    Tabla
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Waca
    Waca
    Dokumen8 halaman
    Waca
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Tabla
    Tabla
    Dokumen11 halaman
    Tabla
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • ARKIB
    ARKIB
    Dokumen12 halaman
    ARKIB
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Menjaring Bola
    Menjaring Bola
    Dokumen3 halaman
    Menjaring Bola
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Teka Silang Kata
    Teka Silang Kata
    Dokumen2 halaman
    Teka Silang Kata
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Rujukan
    Rujukan
    Dokumen2 halaman
    Rujukan
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • Cara
    Cara
    Dokumen2 halaman
    Cara
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat
  • To Send
    To Send
    Dokumen3 halaman
    To Send
    Alya Athirah
    Belum ada peringkat