Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

KSSR TAHUN 4

Mata Pelajaran

Bahasa Malaysia

Kelas
Tarikh / Hari
Bilangan Murid
Masa
Tema
Unit
Tajuk

4 Tekun
26 Februari 2015 / Khamis
25 Orang
8 : 45 hingga 9 : 45 pagi
1. Aktiviti Keluarga
3
Melancong Dengan Keluarga
1.3
Mendengar, memahami dan memberi respons
terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan
yang didengar dengan betul.
1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan
respons dengan menyampaikan pesanan yang
betul mengikut urutan.
Pada akhir sesi pengajaran pembelajaran ini murid
dapat :

Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Objektif

1. Menyampaikan pesanan dengan betul mengikut


urutan.
2. Menyampaikan pesanan yang betul mengikut
urutan berdasarkan kad yang diberi.
3. Menulis ayat tunggal berdasarkan gambar.
Sistem Bahasa
Pengisian Kurikulum

Tatabahasa : ayat seruan


Ilmu
: Kajian Tempatan / sejarah
Nilai

: Bekerjasama

EMK

: TMK

KB

Menjana Idea

BCB

Mendengar dengan berkesan ,


mencatat nota , mengingat

TKP

Intrapersonal

Kepelbagaian Sumber
1.
2.
3.
4.

LCD
Komputer
Gambar
Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia ada


1. Murid pernah melawat , melancong tempat-tempat
menarik bersama keluarga.
2. Murid pernah menonton tempat-tempat menarik di
Malaysia.
3. Murid pernah melihat gambar-gambar tempat
pelancongan di Malaysia.

Langkah
/Masa

Set induksi

Isi Kandungan

1. Gambar-gambar

Aktiviti Pembelajaran

Catatan

1. Guru menayangkan Slaid


2

5 minit

tempat menarik di
Malaysia.

Power Point gambar tempattempat menarik di Malaysia.


Gambar

2. Soalan
Dimanakah gambar
ini diambil ?

2. Murid menyatakan tempat


tempat gambar tersebut.

Siapa pernah
melawat ke
tempat-tempat
tersebut. ?

3. Guru mengaitkan tema / tajuk


pembelajaran yang akan
dipelajari.

Pembelajaran
kontekstual
Kecerdasan
pelbagai
visual ruang

iii. Apakah kaitan antara


gambar-gambar
tersebut ?

Langkah 1

1. Tayangan video
http://you.be/BFo6
b4yhh4w

15 minit
2. Mendengar
tempat- tempat
pelancongan di
Kedah
3. Mencatat nota

1. Guru menayang video tempattempat menarik di Kedah.


2. Guru meminta murid
mendengar secara lagu dan
mencatat nota tempat menarik
3. Guru bersoal jawab dengan
murid berkaitan tempat-tempat
menarik.
4. Murid menyatakan tempattempat menarik yang pernah
dilawati di Malaysia.

Kemahiran
belajar cara
belajar
Sistem
bahasa
Sebutan dan
intonasi

5. Guru membimbing murid yang


lemah dalam menyatakan idea
dan pendapat.
Langkah 2
15 minit

1. Gambar-gambar
tempat menarik
dan tempat
pelancongan

1. Guru bersoal jawab dengan


murid berkaitan gambar , apa
yang dapat dilihat , kenapa
tempat tersebut menarik , dan
lain-lain lagi
2. Murid menyatakan kebaikan
aktiviti melancong bersama
keluarga.

KBKK
Merumus
Sistem
bahasa
Kosa kata
Bina ayat

3. Guru membimbing murid


menjawab soalan secara
lisan.
4. Murid menjawab soalan

Verbal
3

secara lisan dalam bentuk


ayat yang mudah dengan
menggunakan struktur ayat
yang betul.

Langkah 3
10 minit

Aktiviti Kumpulan
1. Membina 5 ayat
berdasarkan
situasi dalam
gambar

linguistik

1. Guru membahagikan murid


kepada 5 kumpulan kecil.
2. Guru mengedarkan gambar
kepada setiap kumpulan dan
meminta murid-murid
membina ayat tunggal
berdasarkan situasi yang
ditunjukkan dalam gambar
secara perbincangan
kumpulan.
3. Guru meminta wakil setiap
kumpulan untuk membaca
ayat yang telah dibina
berdasarkan gambar yang
diedarkan.

Kecerdasan
Pelbagai
Kemahiran
interpersonal
Kemahiran
belajar cara
belajar
Memberi
ulasan

4. Guru membimbing murid


membina ayat dengan betul
dan memperbaiki kesilapan
dan kesalahan pembinaan
ayat.

1. Pengukuhan
Langkah 4

2. Lembaran kerja

10 minit

1. Guru mengedarkan gambar


situasi pemandangan
kawasan pelancongan.
2. Murid membina 5 ayat
berdasarkan situasi pada
gambar secara individu.

Kemahiran
verbal linguistik
Membina ayat

3. Guru membimbing murid


lemah dalam membina ayat
secara individu dan secara
kelas.

Rumusan
Penutup

3. Guru meminta murid-murid


membuat rumusan

Pembelajaran
Kontekstual-

5 minit

1. Menulis ayat
hanya
berdasarkan
situasi yang
digambarkan.
2. Menjaga
kebersihan alam
sekitar dan
menjaga
khazanah
pelancongan
Malaysia.

pembelajaran.
4. Guru merumus selain isi
pelajaran yang dipelajari kita
juga hendaklah menjaga alam
sekitar supaya sentiasa
terjaga.

Menghubungkan
pembelajaran
dengan
kehidupan
luar.

Dalam penulisan rancangan mengajar ini pelbagai faktor perlu di ambil kira untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung itu

amat berkesan

kepada khalayak murid. Menurut Akhiar Paidi dan Shamsina Shamsudin ( 2009 ) terdapat
dua perancangan pelajaran iaitu peringkat strategik dan peringkat pelaksanaan. Peringkat
strategik melibatkan perancangan jangka panjang seperti membina rancangan tahunan.
Manakala peringkat pelaksanaan melibatkan perancangan pengajaran harian.
Reka bentuk pengajaran merupakan keupayaan seorang guru menggunakan
pengalaman , kemahiran dan pengetahuan untuk diselaraskan dengan persekitaran agar
sesuai digunakan untuk mencapai matlamat dan objektif sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Model pengajaran pula merupakan rangka kerja untuk melaksanakan
pengajaran menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang disusun atur untuk
mencapai objektif atau hasil pembelajaran. Model pengajaran boleh dijadikan alat yang
berkesan untuk merancang proses perkembangan pengajaran daripada unit-unit kecil
menjadi satu konsep keseluruhan daripada mudah kepada kompleks.
Dalam penulisan rancangan pengajaran harian ini memfokuskan standard
kandungan dan standard pembelajaran berasaskan kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur. Strategi yang digunakan dalam penulisan rancangan mengajar ini adalah
berpusatkan bahan. Manakala kedah pengajaran menggunakan Kaedah Natural dan
mengaplikasikan Teknik Bercerita.
Murid-murid dibekalkan dengan pelbagai gambar tempat-tempat pelancongan di
Malaysia untuk mendedahkan mereka bahawa Malaysia mempunyai banyak tempat yang
menarik untuk aktiviti pelancongan bersama keluarga. Video lagu mai cek mai cek kita ke
negeri Kedah merupakan rangsangan kepada murid melalui seni kata lagu yang
mengandungi banyak tempat-tempat pelancongan di negeri Kedah. Murid-murid perlu
mendengar dengan baik untuk menyatakan tempat-tempat yang disebutkan di samping
aktiviti di tempat berkenaan. Contohnya air gamat di Langkawi , ada mesin padi
menggambarkan Kedah sebuah negeri pengeluar padi terbesar di Malaysia. Kemahiran
mendengar yang diaplikasikan dalam lagu tersebut dapat membantu murid meningkatkan
deria pendengaran mereka agar mendengar dengan penuh teliti dan bertanggungjawab.
Dalam aktiviti melihat gambar-gambar tempat pelancongan yang diedarkan muridmurid menjana idea berdasarkan pemerhatian mereka. Berdasarkan gambar-gambar yang
diedarkan murid-murid seharusnya bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh
guru. Peringkat ini murid-murid mengumpul idea-idea berdasarkan pengalaman mereka
sama ada pernah melancong atau berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang pernah
6

melancong. Dalam sesi penyoalan guru , murid-murid akan memberi pendapat mereka.
Secara tidak langsung kemahiran bertutur di kalangan murid-murid dibina. Di samping itu
penyoalan yang tidak memerlukan jawapan yang tepat seperti menjawab soalan
kefahaman ,dapat memberi keselesaan kepada murid untuk berkomunikasi. Murid bebas
menyatakan pengalaman dan pemerhatian mereka. Situasi pembelajaran yang lebih santai
dapat diwujudkan. Keadaan ini akan dapat menarik minat mereka untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
Di samping mendengar dan bertutur , murid-murid juga dikehendaki membina ayat
tunggal berdasarkan bahan-bahan yang dibekalkan. Dalam aktiviti ini murid-murid tidak
menghadapi masalah kerana sebelum menulis , perbincangan tentang gambar telah
diadakan. Kesalahan dan kesilapan dalam membina ayat telah diperbetulkan semasa aktiviti
kumpulan diadakan. Penulisan merupakan suatu aktiviti yang perlu dijalankan walaupun
fokus utama dalam sesi pengajaran pembelajaran menekankan kemahiran mendengar dan
bertutur. Ini kerana melalui aktiviti penulisan segala aktiviti kemahiran mendengar dan
bertutur dapat diperkukuhkan lagi.
Namun dalam penulisan rancangan mengajar ini juga terdapat kelemahankelemahan yang dapat membantutkan pencapaian objektif pengajaran . Antaranya dari
aspek bahan yang disediakan , sekiranya murid-murid tidak mempunyai pengalaman
melancong mungkin agak sukar bagi mereka mengeluarkan idea atau pendapat. Oleh yang
demikian gambar-gambar sekitar dengan murid juga perlu digunakan untuk memberi
peluang kepada mereka menyatakan pendapat , meluahkan idea dan sebagainya lagi.
Murid-murid yang mempunyai keyakinan diri yang rendah mungkin tidak mengambil
bahagian secara aktif sekiranya mereka tidak mempunyai pengalaman keluar jauh dari
rumah. Oleh yang demikian guru perlu membimbing mereka dalam menyatakan idea,
pendapat dan jawapan yang sepatutnya dalam sesi soal jawab.
Dari aspek penyediaan bahan pula guru perlu mengambil masa untuk mengumpul
bahan-bahan berkaitan dengan pengajaran yang dirancang. Gambar-gambar yang
disediakan mestilah gambar yang berwarna. Ini mungkin melibatkan sedikit kos sekiranya
guru mengumpul dan memperoleh dari internet kerana perlu mencetak dengan kualiti
gambar bermutu tinggi. Perancangan masa mengajar juga perlu dititik beratkan supaya
masa satu jam yang diperuntukan adalah mencukupi.

Kesimpulannya sebagai seorang guru perlu mengambil kira pelbagai faktor dalam
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan. Perancangan
yang sempurna dan pelaksanaan yang baik menjamin dapat meningkatkan penguasaan
murid dalam kemahiran yang disasarkan kepada murid.

Anda mungkin juga menyukai