Anda di halaman 1dari 11

DOKUMEN KPM

1- Surat Pekeliling Kewangan Bil 1 2013


2- Pindaan SPK RMT Bil 2013
3- Lampiran 2
4- Contoh Borang Perjanjian RMT
5- Borang Pemantauan RMT
6- Borang Data Murid RMT

OBJEKTIF RMT
Objektif Am - Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah
,terutama dari luar bandar dan daripada golongan berpendapatan rendah , secara imbuhan
sementara waktu bagi memperbaiki kesihatan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.

Objektif khusus :
A. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid
berkenaan agar dapat membantu / mengatasi pelbagai masalah pertumbuhan badan /
kekurangan tenaga.
B. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan langsung / tidak langsung.
C. Untuk memupuk budaya sopan santun atau disiplin , timbang rasa dan amalan berkaitan
dengan kebersihan diri / makanan dan alam sekitar.
D. Untuk memperkasa Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan kerana program ini
mendapat sambutan yang baik.
E. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam kebajikan / usaha
sekolah.
KEHADIRAN
PROGRAM RMT MENYEBABKAN KEHADIRAN MURID ADALAH LEBIH MEMUASKAN DAN
PENCAPAIAN AKADEMIK JUGA LEBIH BAIK TERUTAMA DARIPADA GOLONGAN
BERPENDAPATAN RENDAH.
OLEH ITU RMT TELAH MEMBANTU MURID UNTUK KECEMERLANGAN
KRITERIA KELAYAKAN MURID :
A. WARGANEGARA MALAYSIA
B. MURID DARJAH 1 HINGGA 6 DI SK
ATAU SBK

C. PENDAPATAN IBUBAPA/PENJAGA
RM 430 SEBULAN ATAU PERKAPITA
RM 100.

KADAR BAYARAN.
KADAR : RM 1.80 SEHARI PER MURID
BILANGAN HARI : 190 HARI SETAHUN.
KADAR INI MUNGKIN BERUBAH IKUT KEPERLUAN SEMASA..
PERANAN SEKOLAH
- MENYEDIAKAN MENU RMT (MINGGUAN)
- MEMASTIKAN MENU DILAKSANAKAN
- MEMASTIKAN KUALITI MENU MAKANAN
- MEMUPUK BUDAYA SOPAN , DISIPLIN ,
TIMBANG RASA DAN KEBERSIHAN
- MENYEDIAKAN SENARAI KEHADIRAN
MURID (HARIAN) SERTA LAPORAN
PERATURAN PENTADBIRAN.

1- DAFTAR NAMA MURID RMT PERLU DICATAT TIAP-TIAP HARI OLEH PIHAK
SEKOLAH
2- LAPORAN PEMANTAUAN AJK RMT DISEDIAKAN SETIAP HARI
3- PENGURUSAN KEWANGAN DAN STOK HARIAN / BULANAN / TAHUNAN
HENDAKLAH DISELENGGARA OLEH PIHAK SEKOLAH
4- GURU BESAR HENDAKLAH MEMBERI PERHATIAN KHAS TERHADAP
PERKEMBANGAN PELAJARAN , KESIHATAN DAN LAIN-LAIN BERKAITAN MURID
YANG MENERIMA RMT INI
5- GURU BESAR HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU LAPORAN KEPADA PPD / JPN
NEGERI MASING-MASING PADA
YAYASAN TUANKU SYED PUTRA

LAPORAN PROGRAM KESIHATAN DI SEKOLAH

1.0
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7

KANDUNGAN
HALAMAN
__________________________________________________________________
Laporan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Pendahuluan
Program Rancangan Makanan Tambahan(RMT)
Carta Organisasi
Visi Dan Misi, Matlamat Dan Objektif
Pelaksanaan,Tindakan Dan Pemantauan yang Dijalankan
Kesan Program RMT Kepada Murid
Hal-hal Lain

2.0
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6

Laporan Program Susu Sekolah (PSS)


Program Susu Sekolah Sihat
Carta Organisasi
Visi Dan Misi, Matlamat Dan Objektif
Pelaksanaan,Tindakan Dan Pemantauan yang Dijalankan
Kesan Program PSS Kepada Murid
Penutup

LAPORAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

1.0

PENDAHULUAN

Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) telah ditubuhkan dengan kerjasama


kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).Program ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan dan menyelaras semua
aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah ke arah melahirkan murid-murid sekolah
yang sihat dan dapat mengesan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak pada
peringkat awal. Program PBSS ini juga diharapkan dapat melahirkan rasa kekitaan
dan komitmen di kalangan warga sekolah dan program ini diharapkan dapat
meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan
masyarakat dalam menangani isu kesihatan.Program Bersepadu Sekolah Sihat
(PBSS) ini adalah satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan
perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Oleh itu PBSS
perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar
dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif
dan berkualiti serta sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara yang
ingin menjadikan masyarakt yang seimbang dari segi jasmani,emosil,mental dan

rohani. Program ini juga adalah untuk menjadikan sekolah dan persekitaran yang
selamat, sihat dan berkualiti kearah negara berwawasan dan maju.

1.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Program Rancangan Makanan Tambahan diadakan bertujuan untuk memberi
makanan yang berkhasiat kepada murid sekolah rendah daripada kalangan
keluarga yang miskin. RMT adalah memperuntukan sebanyak 25% hingga 30%
daripada keperluan makanan harian yang diperlukan. Rancangan ini merupakan
satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk
memberi faedah dan kesihatan kepada murid-murid yang terlibat.RMT yang
dijalankan dibawah Rancangan Bersepadu Sekolah Sihat adalah bertujuan untuk
membantu meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid terutama
kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Murid-murid yang dipilih untuk menyertai program ini adalah murid-murid yang
telah dikenalpasti berkelayakan seperti mestilah berstatus warganegara Malaysia
dan daripadakeluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan
per kapitaRM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program
ini di sekolah dibawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT )


PENYELARAS

TN.HAJI OMAR B AHMAD

SETIAUSAHA

PN.

AJK

PN. NOR AZLINA BT MUHAMMAD

PN. FAZILAH BT

PN.SALWA BT OMAR

PN. SAIDATUL MUNAWIR BT SAIDI N

EN.FADHLI

PN.FARIDAH

NORMALINA BT MAT

PN. WAN ROSINI BT WAN ABDULLAH

PANDUAN TUGAS
1.

Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2

kali setahun.

2. Pemilihan dan mengenalpasti murid layak terima RMT dan menyenaraikan


nama murid mengikut nombor.
3.

Perbincangan dan membuat pemilihan menu yang sesuai

4.

Menyediakan rekod tugasan guru dan rekod kehadiran murid.

5.

Memastikan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan RMT.

6.

Mengemaskini rekod , fail, surat-menyurat serta maklumat berkaitan.

7. Memantau perlaksanaan semasa pembahagian makanan dari segi kualiti dan


kuantiti.
8. Melengkapkan dan menceriakan papan kenyataan di sudut RMT dengan
maklumat-maklumat berkaitan.
9.

Memberi taklimat dan peringatan kepada murid RMT dari semasa ke semasa.

10. Menerima stok pil multivitamin mencukupi dan mengagihkan kepada murid
RMT mengikut jadual yang ditetapkan.

MATLAMAT
RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahankepada murid-murid sekolah
rendah, terutama dari luar bandar dan dari golonganberpendapatan rendah, secara imbuhan dan
buat sementara waktu, memperbaikikesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar
Pembangunan Negara.
OBJAKTIF

Menyediakan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang
berkenaan untuk mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung.
Menggalakkan penglibatan dan pernyataan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah
mengelolakan RMT.
Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan-amalan
yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam
sekitar.

1.5.1

Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari luar
bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan.
Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar
dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki
keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
PELAKSANAAN,TINDAKAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN
Rancangan Makanan Tambahan yang telah dilaksanakan di sekolah adalah satu usaha yang baik
kearah mengurangkan masalah pelajar yang tidak mempunyai sumber makanan yang
seimbang.Biasanya pihak RMT sekolah akan menyediakan menu makanan yang mampu
menambahkan zat dan makanan seimbang kepada murid-murid yang terlibat.Pada peringkat awal
pemilihan menu yang telah ditetapkan oleh kementerian iaitu sebanyak 20 menu yang berkhasiat
dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan mereka. Pengusaha kantin perlu
menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut
makanan yangdigemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu
yangditentukan.
Contoh salah satu menu yang disediakan
JADUAL MENU MAKANAN RMT
HARI

MENU MAKANAN

ISNIN

1. Bubur nasi
2. Minuman milo
3. Buah pisang

SELASA

1. Mee goreng dengan sayur dan ayam


2. Minuman milo
3. Buah betik

RABU

1. Roti- 2 keping + jem


2. Minuman milo
3. Buah - tembikai

KHAMIS

1. Nasi + ayam masak kicap + sayur


2. Minuman jus oren
3. Buah - Epal

JUMAAT

1. Nasi kuning + telur + sayur


2. Minuman milo
3. Buah - Oren

Makanan yang dibekalkan mengandungi tenaga dan zat makanan(nutrient) dan


komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan murid-murid.Zat-zat

ini penting bagi perkembangan otak dan tumbesar kanak-kanak dalam usia yang
tertentu.Karbohidrat ,lemak dan protein adalah zat yang membekalkan zat dan tenaga.

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan RMT mampu memenuhi matlamat dalam
memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan untuk mencapai
kecemerlangan dan aktiviti kokurikulum.Pihak sekolah memainkan peranan dalam melaksankan
program RMT untuk memupuk amalan pemakanan yang sihat antara murid murid
Pihak pengusaha RMT oleh sekolah hendaklah mematuhi semula syarat-syarat penyediaan
makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan di pantau oleh ahli
jawantankuasa RMT sekolah.Pemantauan yang dibuat adalah untuk memastikan kebersihan
dalam proses penyedian dan pengendalian pemberian makanan,mementingkan kebersihan makan
dan mengawasi segala peraturan kebersihan terutama semasa menyediakan dan menghidangkan
makanan untuk mengelakkan keracunan makanan dan penyakit berjangkit.
Antara kaedah yang digunakan untuk memantau keberkesanan RMT di sekolah adalah
Melalui Rekod Rancangan Makanan Tambahan
Laporan bulanan
Rekod BML murid untuk memastikan berat badan murid bertambah
Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang merupakan aspek yang penting dalam pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak. Murid sekolah rendah merupakan golongan yang berada di
zaman kanak-kanak dan pemakanan yang betul semasa kanak-kanak boleh membentuk satu pola
pemakanan yang sihat sepanjang hayat seseorang. Usaha mendidik pada peringkat awal
berkenaan pemakanan yang sihatakan membantu kanak-kanak bijak membuat pemilihan
makanan dari segi kualiti dan kuantiti yang patut diambil seterusnya menghalang pelbagai
penyakit seperti diabetes, darah tinggi, lemah jantung atau pertambahan berat badan (Edge,
1976).
Para guru boleh membentuk pola pemakanan yang wajar dan melatih tabiat makan yang
betul dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan memupuk adab makan yang betul
hingga mampu mendorong murid menikmati hidangan dengan selesa dan menyeronokkan.
Persekitaran fizikal ruang makan, kebersihan dan keceriaan ruang makan perlu dikekalkan agar
tabiat makan yang sihat dapat diterap dalam diri murid. Contohnya, tabiat makan yang baik
boleh dibentuk dengan mengamalkan adab makan yang betul. Guru memainkan peranan yang
penting dalam membentuk adab makan murid, oleh itu, guru mesti makan bersama-sama murid
dan berinteraksi dengan mereka sewaktu makan. Memandangkan masa yang ada amat bernilai
maka peluang tersebut boleh digunakan oleh guru untuk memberi penerangan tentang makanan,
adab dan tabiat makan.

1.6 Kesan RMT Terhadap Pendidikan Di Sekolah.


Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat dalam
program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan amalan pemakanan.Muridmurid akan didedahkan dengan kepentingan menjaga kebersihan makanan .Guru akan sentiasa
mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan

makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakitpenyakit yang berjangkit.
Selain itu,Program RMT yang dijalankan di sekolah telah memberi kesan yang positif
terhadap berkembangan fizikal dan mental murid.Murid murid mendapat nutrisi yang seimbang
dalam pemakanan mereka dan dapat memberi satu gambaran bahawa pengambilan pemakanan
yang seimbang yang konsisten dapat membantu daya tumpuan murid semasa di dalam
kelas.Amalan pemakanan yang baik telah mempengaruhi daya penumpuan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran kerana pemakan memberi kesan keatas fizikal dan mental
murid.Murid dapat memberi tumpuan semasa didalam kelas dan tahap kefahaman mereka akan
meningkat dan memberi kesan peningkatan prestasi mereka dalam pelajaran meraka.
Program RMT juga mampu memberi kesedaran dan memupuk nilai-nilai murni dalam
pemakanan mereka.Murid-murid akan didedahkan dan diajar tentang cara-cara dan adab makan
dengan baik.Murid akan diajar cara makan dengan baik iaitu bermula daripada membasuh tangan
hinggalah keakhirnya.Hal ini akan mempu memberi kesan mental dan rohani dalam adab-adab
pengambilan makanan murid.Murid akan sentiasa mengamalkan tatacara makan yang
sopan.Murid akan didedahkan dengan cara-cara makan yang betul seperti membaca doa sebelum
dan selepas makan,makan dengan tangan kanan,makan dengan beradab sopan dan sebagainya.
1.7
HAL-HAL YANG BERKAITAN TENTANG PENAMBAHBAIKAN RMT DI
SEKOLAH
Penambahbaikan dalam program RMT perlulah dipandang serius oleh pihak yang
berkaitan.Antaranya ialah mempelbagaikan menu makanan setiap hari dan setiap semester akan
tidak menimbulkan kebosanan murid untuk menikmati makanan yang sama pada setiap hari.Hal
ini kerana akan mempengaruhi minat dan kandungan vitamin dalam makanan yang diambil oleh
murid.
Pihak sekolah juga perlu memberi ganjaran kepada murid yang sentiasa hadir mengambil
makanan .Hal ini adalah untuk mengelakkan sikap murid yang bosan dan malu untuk mengambil
makanan pada setiap hari.Guru-guru perlu sentiasa memberi motivasi kepada murid agar mereka
mempunyai kesedaran tentang peluang yang diperolehi oleh mereka dan tidak semua murid
yang memperolehinya.Guru perlu sentiasa memberi kesedaran tentang kepentingan makanan
seimbang yang disediakan dalam program RMT dan murid perlu merebut peluang agar mereka
tidak ketinggalan dalam mendapatkan menu sihat dan seimbang berbanding dengan murid-murid
lain yang mengambil makanan yang belum tentu kandungan zat dan keseimbangan makanan
yang betul.
Guru-guru juga boleh memberi ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang
turut boleh dijalankan. Hal ini akan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan
dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini
juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang
kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru
RMT.Demontrasii mencuci tangan dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid
dapat mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan
berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru
RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.

Guru-guru juga akan memberi penerangan tentang kepentingan pengambilan sarapan


turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid
dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi. Ini
akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar. Penerapan
kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru
RMT.Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak
gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan
peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta
menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.
1.8
PENUTUP
Program Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) ini memberikan peluang kepada muridmurid sekolah rendah untuk memperolehi sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta
mendapatkan nutrisi yangdiperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan
fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Dengan program RMT ini juga mampu
memberi kecergasan fizikal dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif,
emosi dan sosial pelajar juga akan ditingkatkan dan dapat melahirkan murid-murid yang
seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosialdan intelek atau JERIS.Selain itu, RMT juga
adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid
yang berkenaan.

2.0 PROGRAM SUSU SEKOLAH

2.1 PENDAHULUAN
Program Susu Sekolah (PSS) merupakan program yang dijalankan selaras dengan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT).Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan
pemakanan bagi memastikan kanak-kanak sihat dari segi fizikal ,mentel dan kesihatan umum
bertambah baik.Program susu sekolah ini juga merupakan satu program yang dianjurkan bersama
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama syarikat pengeluar susu selaras dengan
konsep Pensyarikatan Malaysia.Skim ini melibatkan bekalan susu percuma kepada murid
sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran
Malaysia.

2.3 MATLAMAT PROGRAM


Matlamat program minum susu sihat adalah bertujuan mengekalkan tahap kesihatan murid dan
seterusnya memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya mengambil keperluan susu
untuk tumbesaran di peringkat kanak-kanak
OBJEKTIF PROGRAM

Program ini adalah bertujuan untuk ;


a) Memastikan murid-murid dapat menerima nutrisi yang secukupnya pada peringkat awal kanakkanak.
b) Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang cergas semasa berada di sekolah.
c) Membantu pertumbuhan dan tumbesaran murid sekolah agar dapat mencapai tahap tumbesaran
yang optimum.
d) Memberi peluang kepada murid-murid yang tidak mampu untuk membeli susu kotak di kedai
merasai nikmat minum susu.
e) Memberi pendedahan kepada murid berkenaan dengan kepentingan menjaga kesihatan tubuh
badan.
2.5
PELAKSANAAN,TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Tarikh
: 25 September 2014
Hari
: Khamis
Masa
: 10.30 pagi
:
Program minum susu sihat ini adalah merupakan program tahunan di mana semua murid
diberi minum susu oleh pihak sekolah. Pemberian susu ini adalah bertujuan untuk memastikan
setiap murid mendapat nutrisi yang mencukupi bagi melahirkan murid-murid yang cergas dan
cerdas dari aspek jasmani dan emosi. Pengambilan susu yang kaya dengan nutrisi kalsium dapat
membina pertumbuhan tulang dan tumbesaran tulang. Dengan itu, ia akan dapat meningkatkan
saiz tinggi badan murid untuk mencapai tahap ketinggian yang optimum sebagai orang asia. Ini
dapat mengelakkan murid mengalami masalah pertumbuhan tinggi mereka.
Seperti yang diketahui, saiz tubuh badan adalah sangat penting bagi membolehkan setiap
murid menjadi aktif dalam sesuatu bidang sukan. Ini kerana, untuk menjadi atlet yang mampu
pergi lebih jauh dalam bidang sukan memerlukan saiz fizikal seorang atlet iaitu tinggi dan
berotot. Untuk mencapai matlamat tersebut, program susu ini dapat membantu murid untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Disamping itu, program susu ini dapat memberi murid
kecergasan tubuh badan untuk mengikuti kelas dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Apabila murid menjadi cergas dan cerdas, ia dapat membantu murid dengan
memudahkan lagi murid untuk faham dan melakukan aktiviti yang dijalankan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah.
Justeru itu, program susu sekolah sangatlah dititik beratkan oleh pihak kementerian
pendidikan Malaysia agar terus dilaksanakan di setiap sekolah di Malaysia. Hal ini disokong
dengan penganjuran program minum susu sedunia di mana program ini dijalankan secara besarbesaran di setiap sekolah rendah di seluruh Malaysia. Program ini juga dijalankan secara
serentak bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Melalui program minum susu ini, beberapa
aktiviti yang berkaitan juga boleh diterapkan secara tidak langsung bagi memberi pendedahan
kepada murid-murid sekolah.
Program ini dijalankan selepas waktu rehat iaitu dalam lingkungan masa pukul 10.30
pagi. Program dimulakan dengan mengumpul semua murid daripada tahun 1 hingga tahun 6 di
kantin sekolah. Setelah semua murid berkumpul di kantin, guru bertugas telah memberi sedikit
taklimat berkenaan program yang dijalankan. Antara perkara yang diterangkan semasa memberi
taklimat ialah menerangkan berkenaan program yang dijalankan dan seterusnya memberikan
panduan kepada murid mengenai cara untuk menikmati susu tersebut. Panduan ini adalah
bertujuan untuk memastikan murid mendapat susu yang selamat untuk di minum dan seterusnya
dapat mengelakkan daripada mengalami keracunan makanan.

Selesai memberi taklimat kepada murid, guru yang bertugas dengan bantuan daripada
beberapa guru lain dan juga pengawas sekolah mengagihkan susu kotak kepada setiap murid
sekolah. Kemudian setelah murid mendapat susu yang diagihkan, guru yang bertugas
menunjukkan langkah-langkah untuk menikmati susu sekolah tersebut. Murid-murid mengikuti
langkah yang diberikan dan seterusnya menikmati susu kotak yang diberikan. Selepas selesai
menikmati susu kotak yang diberikan, guru yang bertugas menyuruh murid membuang kotak
kosong ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Secara tidak langsung murid dapat disemai
dengan tingkah laku yang baik.
Selesai semua murid menikmati susu yang diberikan, guru yang bertugas mengarahkan
semua murid untuk bergerak masuk ke kelas masing-masing dengan iringan daripada pengawas
sekolah. Alhamdulillah, program minum susu yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan
jayanya.
Akhir sekali, adalah diharapkan semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi dengan
beberapa penambahbaikan yang lebih baik agar murid-murid mendapat maklumat mengenai
program susu sekolah ini dengan lebih tepat dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kesihatan
dan kecergasan mereka.

Anda mungkin juga menyukai