Anda di halaman 1dari 16

10

Petua
keibubapaan
cemerlang

Hak Cipta Terpelihara 2011


Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian
buku ini kecuali dengan menyebut ianya adalah daripada FAMILYGURU.
Perlu dinyatakan di sini bahawa penyebaran buku ini adalah diizinkan. Namun
penjualannya dengan apa cara sekali pun adalah TIDAK dibenarkan melainkan
mendapat kebenaran daripada pihak FAMILYGURU.

Salam Sejahtera,

!
Jika buku ini di tangan anda ia bermaksud samada anda telah
menjadi ahli Family Guru ini atau kerana sesaorang yang menyayangi
dan menghormati anda mahu berkongsi sesuatu yang baik dengan
anda. Jika ia adalah yang pertama, saya ucapkan TAHNIAH dan
TERIMA KASIH kerana menyertai FAMILY GURU. Bersamalah kita

10 Petua

keibubapaan cemerlang

memenafaatkan masa kita bersama dan mencapai matlamat kita di


sini dimana salah satunya untuk menjadi sebuah keluarga yang
bahagia di sini..

!
Jika ia adalah yang kedua, maka saya ingin menjemput anda ke page
FAMILY GURU di Facebook. Lawat kami di sana dan sekiranya
bersesuaian dengan anda sertailah KELUARGA BAHAGIA ini.
Kemudian bersama kita saling bantu-membantu dalam meningkatkan
kualiti hidup berkeluarga kita serta mengindahkan kehidupan kita di
dunia ini.Terima kasih serta Salam Kasih,

!
Dr. Rozieta Shaary

Memetik kata-kata keramat Dr. R. Buckminster Fuller ;

!
Anda mungkin tidak akan tahu tujuan ciptaan anda, tetapi anda mungkin
telah menganggap anda telah memenuhi matlamat anda sekiranya anda
sanggup menjadikan segala pengalaman anda sebagai manfaat terulung untuk
semua.

!
Sesungguhnya, saya berkepercayaan bahawa setiap manusia dilahirkan ke

10 Petua

keibubapaan cemerlang

dunia ini mempunyai tujuan ciptaan untuk dipenuhi. Hanya kita sendiri dan
bukan orang lain yang boleh memenuhi matlamat ini. Setiap kita bertujuan
untuk memenuhi tujuan ciptaan yang berbeza dengan yang lain. Di samping
perbezaan itu, kita bergerak ke arah satu destinasi yang sama, iaitu untuk
memberikan khidmat kepada manusia sejagat dan kepada Maha Pencipta.

!
Kelahiran buku kecil ini adalah untuk membantu dan memberi semangat
kepada para ibu bapa yang mahukan kecemerlangan di dalam diri anak-anak
mereka terserlah.
Doa saya, agar buku kecil ini akan membantu ibu bapa berhati mulia ini
mencapai cita-cita mulia ini.

!
Salam Kasih,

Dr. Rozieta Shaary

10 Petua

Petua 1 ~ Mengeluarkan potensi


sebenar anak-anak anda
Menghadkan apa yang boleh dicapai adalah
penyakit paling serius yang menyakitkan secara
mental, fizikal serta emosional sesiapa sahaja
termasuk anak anda. Hapuskan penyakit ini dan
gantikan dengan kepercayaan positif yang
dengannya potensi sebenar anak anda boleh
dikeluarkan.

keibubapaan cemerlang

10 Petua

Petua 2 ~ Bersangka Baik Dengan


Anak-Anak
Perkataan atau kata-kata adalah sangat berkuasa.
walaupun begitu kuasa dan kesan tidaklah sehebat
perkataan yang tidak dilafazkan. Iaitu apa yang anda
sampaikan melalui tindakan, gaya, tingkah laku,
mimik muka, aura malah pemikiran anda. Anak-anak
boleh merasakan perasaan serta apa yang anda fikir
begitu juga dengan tanggapan anda terhadap diri
mereka. Tanggapan anda terhadap mereka amat
penting kerana ia boleh membantu atau mematahkan
semangat anak anda.

keibubapaan cemerlang

10 Petua

keibubapaan cemerlang

Petua 3 ~ Menggalakkan dan


Menghargai Kejayaan
Didik anak anda untuk memfokus kepada kelebihan
yang ada pada mereka. Beri mereka memahami dan
menyedari bahawa mereka amat penting serta
istimewa. Yakinkan mereka bahawa membawa
perbezaan ke dalam kehidupan anda.

10 Petua

Petua 4 ~ Berusaha Ke arah


berpencapaian tinggi
Pupuk di dalam diri anak anda semangat untuk
menjadi seorang yang berpencapaian tinggi. Seorang
yang berpencapaian tinggi adalah mereka yang
berjuang untuk melakukan dan memberi sesuatu yang
terbaik dan dalam pada masa yang sama tidak
melemahkan semangat orang lain.

keibubapaan cemerlang

10 Petua

keibubapaan cemerlang

Petua 5 ~ Berhemah Dalam Berkata-kata


Minda boleh diprogramkan. Oleh itu guna perkataan
positif dan elakkan daripada menggunakan perkataan
negatif. Perkataan positif mempunyai kuasa secara
semulajadi dan megulangnya secara kerap akan
meningkatkan kuasa tersebut.

10 Petua

Petua 6 ~ Cipta persekitaran yang


menggalakkan cinta ilmu
Bila mahu mengajar anak halang diri anda daripada
menggunakan kekerasan. Berusahalah untuk melihat
dari kacamata anak anda dan memahami kesukaran
yang dirasainya. Ini akan membantu mewujudkan
minat untuk belajar yearn to learn dalam diri anak
anda. Seperti yang dikatakan oleh Glenn Doman,
Bayi dilahirkan dengan keinginan
besar untuk belajar dan bagi mereka,
belajar adalah sesuatu yang sangat
membahagiakan mereka!

keibubapaan cemerlang

Petua 7 ~ Menghormati pilihan Anak &


Mendidik Mereka Bertanggungjawab
Terhadap Pilihan Mereka
Untuk memperkasakan anak anda, anda perlu
memberi mereka kebenaran untuk mereka
membuat keputusan sendiri tidak kira bagaimana
entengnya perkara itu. Apabila keputusan itu
memberi kesan kepada kejayaannya walaupun
bagaimana tidak penting keputusan itu, ia akan
menguatkan keyakinan diri anak-anak anda dan
membina hormat diri yang tinggi daripada perasaan
berjaya itu.

10 Petua

keibubapaan cemerlang

Petua 8 ~ Senantiasa Memperbaiki Diri Untuk sesuatu itu berubah,


saya mesti berubah dahulu
Untuk memperkasakan kita, kita perlu berubah
dahulu. Kita perlu mendahului untuk diikuti oleh
anak-anak kita. Apabila sesuatu perkara itu tidak
berjalan seperti apa yang kita harapkan, kita perlu
bertanya kepada diri kita sendiri apa perubahan
yang perlu kita buat, supaya perubahan positif ini
dapat memberi kesan kepada orang lain di
sekeliling kita.

10 Petua

keibubapaan cemerlang

Petua 9 ~ membina Semangat Memperbetulkan kesalahan dengan


tidak menidakkan usaha yang dilakukan
Apabila anda ingin memperbetulkan kesalahan
anak anda, buatnya dengan tidak menidakkan
usaha mereka. Kawal emosi anda. Bila teguran
dilakukan dengan baik, anak anda akhirnya akan
rasa lebih disayangi dan selamat berbanding
sebelumnya.

10 Petua

keibubapaan cemerlang

10 Petua

Petua 10 ~ Memberi Kasih-sayang tanpa syarat


Dan Tidak Berputus Asa.
Jadilah ibu-bapa yang penyayang namun tegas
dengan mempunyai peraturan yang jelas dan
mudah difahami. Anda sendiri perlu mengikuti
peraturan itu. Sayangilah anak anda dan tunjukkan
kepadanya dengan cara yang baik dan jelas.

keibubapaan cemerlang

Mengenai Penulis
Dr. Rozieta Shaary seorang yang berpengalaman luas di dalam
bidang Pembangunan Modal Insan. Beliau bukan sahaja seorang
jurulatih yang dinamik dan berdaya tinggi, berpengalaman serta
mempunyai ilmu yang luas terutamanya mengenai pembangunan
modal insan. Beliau sering muncul di ruangan temubual di media
cetak di dalam beberapa surat khabar dan majalah utama. Beliau
juga sering muncul di media elektronik seperti radio dan televisyen,
RTM1, RTM2, TV3 dan ASTRO. Pendekatan unik beliau serta mesej
yang dikongsikan membolehkan beliau memberi impak yang besar
kepada golongan korporat, ibubapa, para pelajar dan juga pelbagai
golongan yang lain, baik di dalam kursus, seminar mahupun
penulisan beliau. FAMILYGURU ini berpegang dengan prinsip
bahawa Kasih adalah Pendorong Terkuat dan ini menjadi pendorong
utama beliau mengajak setiap insan untuk mengatakan Saya
Membawa Perbezaan Ke Dunia Ini.

Semoga Berjaya, Salam Kasih,


Dr.

Rozieta Shaary

Anda mungkin juga menyukai