Anda di halaman 1dari 8

(PLAN A)

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN STADIUM MINI ARENA SMK BANDAR


BARU UDA TAHUN 2022 DIRASMIKAN OLEH YB DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN
DATO’ AZUMU MENTERI BELIA DAN SUKAN

Teks Juruacara: 

ACARA SKRIP CATATAN


++KOMPANG DAN TARIAN SELAMAT DATANG Tunggu Que

Ketibaan VIP
Men Hadirin diminta berdiri HANEZ
(red carpet
corner) Mengumumkan Ketibaan Yang Berhormat DATO' SERI AHMAD
FAIZAL BIN DATO’ AZUMU MENTERI BELIA DAN SUKAN

Nyanyian Hadirin diminta bersedia untuk Nyanyian Lagu Bangsa Johor , Lagu HANEZ
Lagu Negaraku dan Lagu Sekolahku Sejahtera
….………..
Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.

Aluan para Assalamualaikum wbt, dan, Salam Sejahtera HANEZ


ibu bapa dan
murid-murid Kompang bergema pusaka bangsa
yang dikasihi Dipalu oleh si anak muda
sekalian. Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

1. Yang Berhormat DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU


MENTERI BELIA DAN SUKAN

2. Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah, Pengerusi


Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan
Sumber Manusia,

3. Yang Berusaha Encik Md Said bin Md Daimon, Pengarah Pendidikan


Negeri Johor,

4. Yang berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan


Setiausaha Kerajaan Johor

5. Yang Berusaha Tn Haji Mohamad Kamal Bin Ahamad Untong, Pegawai


Pendidikan Daerah Johor Bahru,

6. Yang Dihormati Asisten Komisioner Rupiah binti Abd Wahid, Ketua

1
Polis Daerah Johor Bahru Utara

7. Yang Berbahagia Datuk Yahya Bin Jaafar, Ahli Majlis Bandaraya Johor
Bahru Zon Bandar Baru UDA,

8. Yang Berusaha En. Norazli Bin Indzam, Setiausaha Bahagian


Pembangunan, KBS

9. Yang Berusaha Pn. Suriyah Bt Mohamed Lahir, Pengetua SMK Bandar


Baru UDA,

10. Yang Berbahagia Dato’ Sri Md Harun B. Rahim, Yang Dipertua


Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bandar Baru UDA,

Wakil-wakil Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Daerah Johor Bahru,


Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Johor, pengetua -
pengetua dan guru besar sekolah daerah Johor Bahru, Dato’ - Dato’ dan
Datin - Datin , wakil - wakil media, wakil - wakil pegawai bank, barisan
urusetia , jawatankuasa pelaksana, barisan pendidik, murid - murid yang
dikasihi, tuan - puan serta hadirin hadirat sekalian.

D SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN STADIUM MINI ARENA, SMK


BANDAR BARU UDA DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO’ SERI AHMAD
FAIZAL BIN DATO’ AZUMU.

Perarakan Hadirin yang dihormati,


kontijen TAUFIQ
Marilah kita saksikan perarakan masuk kontinjen Pasukan Unit Beruniform
dan pasukan rumah sukan yang akan mengambil bahagian dalam
PERASMIAN STADIUM MINI ARENA pada kali ini.

(lintas hormat kontinjen)

Lintas Hormat (kontinjen dekat dengan VIP) TAUFIQ

Majlis mempersilakan
Yang Berhormat DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU MENTERI
BELIA DAN SUKAN diiringi oleh Yang Berusaha, Encik Md Said bin Md
Daimon, Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan Yang Berusaha Puan
Suriyah bt Mohamed Lahir ,Pengetua SMK Bandar Baru Uda untuk
menerima lintas hormat daripada  kontinjen  yang mengambil bahagian.
Dipersilakan…….

Hadirin yang dimuliakan..


1. Mendahului perarakan masuk kontinjen
Muhammed Zariff Zihny bin Muhammad Kamaludin, Ketua
Kontinjen Perasmian Stadium Mini Arena , SMK BANDAR BARU
UDA.

2
Seterusnya perarakan masuk kontinjen Pasukan Unit Beruniform dan
pasukan rumah sukan.
TAUFIQ
2. Meneruskan perarakan masuk PASUKAN PANDU PUTERI
M yang diketuai oleh AINUN AISYATUL AISA BT ADNAN
Di bawah bimbingan CIK RUHAIDA BT ABD RAHIM dan
PN KOMATHI @ JOTHI A/P ATHIAPPAN

3. Kontinjen yang meneruskan perarakan pada pagi ini ialah


PASUKAN PENGAKAP , Pasukan ini diketuai oleh
ADAM DANIEL BIN MOHD DZULNASRI
di bawah bimbingan ENCIK MOHAMAD ZULHELMI BIN ZULKIFLI
dan CIK SHAMSULINA BT SHARI.

4. Berikut pula tampil dengan penuh bergaya ialah kontinjen


PASUKAN PENGAKAP LAUT. Pasukan ini diketuai  oleh
MOHAMAD HAIRIL BIN ZAINUDDIN di bawah BIMBINGAN PN
NORSYAMSUL BAHIYAH BINTI MOHD TAIB DAN ENCIK HAFEZ BIN
MOHAMED KASSIM

5. Meneruskan perarakan Pasukan unit beruniform ialah pasukan


yang tampil dengan Segak bergaya iaitu kontinjen dari PASUKAN
KADET POLIS WANITA .
Kontinjen ini diketuai oleh AQILAH NUR BINTI GHAZALI
Pasukan ini dibimbing oleh PN NOOR HALIZA BT ABDUL HALIM
DAN PN SRI NADIAH BT ABD RAHMAN.

6. Merah jambu sungguh anggun, itulah kontinjen daripada


PASUKAN PUTERI ISLAM. Kontinjen ini diketuai oleh
NURUL SYAZWANI BT ABD SAMAD
Guru penasihat pasukan ini ialah PN NORASHIKEEN BT WAHID dan
PN SITI ROSNANI BT ROSLI

7. Seterusnya kontijen dari PASUKAN PASUKAN KADET BOMBA DAN


PENYELAMAT. Pasukan ini diketuai oleh MUHAMAD ARIF BIN
AZMAN di bawah bimbingan PN. MASITA BT MAS’OD dan ENCIK
ASRAF BIN MOHD NOR.

8. Berikut pula tampil dengan penuh keyakinan ialah kontinjen


PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH. Pasukan ini diketuai  oleh
PUTERI SHAQILLA BINTI NURAMLAN Pasukan ini dibimbing oleh
PN. JULINAH BT WAGIMAN dan EN MOHD AIDIL FAHMY BIN CHE’
MAT

9. Seterusnya perarakan masuk PASUKAN KADET POLIS LELAKI.


Kontinjen ini diketuai oleh MOHD NOOR AZMIR AMIR BIN
MUHAMAD SUKOR
Di bawah bimbingan PN SITI NORWANI HASMIDAWATI BT HASSAN
dan PN MASYITAH BT BUANG

3
Seteru 10. Seterusnya, kontijen dari PASUKAN KADET PERTAHANAN
AWAM…menggunakan warna biru sebagai lambang keberanian.
Pasukan ini diketuai oleh QAISARA BATRISYA BT MUHAMMAD
IZHAR di bawah bimbingan USTAZ MAT KAMAL BIN PUTEH dan
PN NORHASNIZA BT OTHMAN

11. Mendahului perarakan pasukan CHEETAH (MERAH) yang


diketuai oleh AHMAD AQIL B. MOHD HAFIZ
Pasukan ini diterajui oleh EN. MOHD FARID BIN HAMZAH dan
PN SITI FAIRUZ BINTI MOHD RAZALI
yang membawakan tema, negara pohon kurma dan padang pasir
iaitu ARAB, keunikan yang menampilkan watak Aladdin dan
Puteri Jasmin turut dipersembahkan untuk tatapan hadirin

12. Seterusnya, kontinjen pasukan JAGUAR (BIRU). Pasukan ini diketuai


oleh NUR AYU ASHYIKEEN BT NASIR,di bawah bimbingan PN
HAMIDAH BT MD AMIN DAN PUAN VALLI A/P TANARAS
Pada tahun ini pasukan Jaguar membawakan tema THAILAND.

Pakaian tradisional Thailand yang cantik dan unik yang sedang


diperagakan oleh pasukan jaguar ini telah diperkenalkan kepada
umum pada tahun 1964 oleh Ratu Sirkit. Pakaian in diberi nama
CHUT THAI.

13. Meneruskan perarakan ialah pasukan PUMA (KUNING) yang


diketuai oleh UMAR FARIS BIN MOHD SIDDIQ di bawah bimbingan
PN FAZILAH BINTI MOHD ZUKUAN dan PN HASMIZA BINTI HASHIM.
Tema perarakan pasukan Puma pada tahun ini berdasarkan pakaian TAUFIQ
tradisi Turki yang dinamakan Croatia

Budaya pemakaian Turki menggabungkan sebahagian besar unsur-


unsur yang berasal dari tradisi Ottoman, Eropah, Timur Tengah dan
Asia Tengah.

14. Kontinjen seterusnya ialah pasukan LEOPARD (HIJAU) yang diketuai


Oleh NUR AQILAH SYAZWANI BT AZHAR Pasukan ini dibimbing oleh
PN. WAN ROSIDAH BINTI WAN SULAIMAN @WAN NAWAWI dan PN.
ROZITA BINTI MAHMUD Pasukan Leopard memilih tema Republik
Persekutuan BRAZIL , kebudayaan terasnya berdasarkan budaya
Portugis iaitu warna ceria,berenda,ruffles dan topi bulu yang dihias
cantik ditambah tarian samba yang sinonim dengan masyarakat Brazil

15. Penutup bagi perarakan pada pagi ini ialah Kumpulan Ultras
of UDA yang diketuai oleh AFIQ BIN MOHD HAFIDZ.
Kumpulan ini mendapat bimbingan EN ABDUL RAHMAN BIN
MOHD. TOP. Untuk makluman hadirin sekalian, kumpulan Ultras of
UDA merupakan pasukan sorak yang dianggotai oleh murid-murid dan
alumni SMK Bandar Baru UDA.

4
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
TAUFIQ
Bacaan Doa Sebelum acara bermula, pohonkan doa ke hadrat yang Esa.. Majlis # Commad
mempersilakan AL FADIL USTAZ MAT KAMAL BIN PUTEH UP
… untuk memimpin bacaan doa….dipersilakan…

T Terima kasih diucapkan kepada USTAZ MAT KAMAL BIN PUTEH


atas bacaan doa sebentar tadi……

Ucapan Hadirin yang dihormati. HANEZ


Alu-aluan
Majlis seterusnya mempersilakan Puan Suryah bt Mohamed Lahir,
Pengetua SMKBBU untuk menyampaikan ucapan alu-aluan….majlis
mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua atas ucapan sebentar


tadi….

Ucapan Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi
Bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan
Usahawan, Koperasi Dan Sumber Manusia

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi


Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Ucapan
Perasmian Tidak sempurna majlis  kita pada hari ini tanpa mendengar  ucapan
perasmian.  Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Berhormat DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU MENTERI
BELIA DAN SUKAN untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Stadium Mini Arena SMK Bandar Baru Uda. Dengan segala
hormatnya mempersilakan……

(selepas selesai ucapan….)

GIMIK Di Hadirin yang dimuliakan,

5
Majlis diteruskan dengan upacara gimik perasmian.
Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat DATO' SERI
AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU MENTERI BELIA DAN SUKAN diiringi
oleh Yang Berusaha, Encik Md Said bin Md Daimon, Pengarah
Pendidikan Negeri Johor dan Yang Berusaha Puan Suriyah bt Mohamed
Lahir ,Pengetua SMK Bandar Baru Uda bagi meneruskan acara gimik
perasmian. Majlis mempersilakan,

….………………………….(tunggu gimik selesai )

-Countdown 5,4,3,2,1..-

Majlis mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada Yang


Berhormat DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU MENTERI
BELIA DAN SUKAN atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan
Stadium Mini Arena SMKBBU sebentar tadi.

Perarakan TAUFIQ
Keluar Mengumumkan perarakan keluar kontinjen perbarisan – comman n muzik #murid dlm
keadaan
sedia
*q
Tarian Zapin Hadirin sekalian, TAUFIQ

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis diangkat jangan;
Majlis perasmian mohon berehat,
Persembahan pelajar kita saksikan.

Majlis diteruskan lagi dengan Tarian Zapin Fusion yang dibawakan oleh
Gabungan murid SMKBBU, alumni dan guru. Majlis mempersilakan,
….…………………………………………………………………………..

Untuk makluman hadirin sekalian, busana tarian ini ditaja oleh gabungan
koleksi mustika tari Ku Yusri @ seni warisan UDA. Manakala 2 orang murid
sekolah kita iaitu Mohamad Harith Farhan bin Mohd Hasne dan
Muhammad Amirul Haykal bin Abdullah telah menyertai Pertandingan
Akhir Zapin Permata Jauhar Anjuran RTM pada 13 Ogos yang lalu telah
mendapat Johan dan Anugerah Busana Terbaik. Manakala Pertandingan
Tarian Rampaian Tradisional Kreatif di Kluang Johor pada 2 Ogos yang lalu
telah mendapat Johan juga di bawah bimbingan Pn Suryani Sulaiman.
Tahniah dan syabas diucapkan.

Persembahan Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, HANEZ


Silat
Tibalah saat yang dinanti - nantikan Persembahan Silat Tempur daripada
Persatuan Silat SMK Bandar Baru Uda.
Majlis mempersilakan,

6
….………………………………………

Terima kasih atas persembahan yang mantap sebentar tadi. Untuk


makluman hadirin sekalian, Persatuan Silat telah mendapat pingat Gangsa
dalam Pertandingan Silat peringkat Negeri Johor Bagi Kategori Jurus
Kreatif pada 3 - 6 Ogos yang lalu. Persembahan Silat itu tadi di bawah
bimbingan En Muhammad Faezsyam bin Suhaini.

Pentomin Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan persembahan TAUFIQ


Sukan Pentomin Sketsa Sukan dibawakan oleh atlit -atlit SMKBBU. Majlis
mempersilakan,

….…………………………………………..
(Rujuk teks Taufiq - Pentomin)

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Sketsa ini di bawah


bimbingan En Muhammad Wafiuddin bin Zaaini.

Persembahan Hadirin yang dikasihi sekalian, HANEZ


senamrobik
Majlis diteruskan pada pagi ini dengan persembahan senamrobik
daripada Pn Masyitah binti Buang dan Kumpulan The Girl Squad. Peserta
perbarisan dan murid tingkatan 5 sila berada di hadapan pentas untuk
menyertai senamrobik. Majlis mempersilakan,
….………………………………………………

Begitulah tadi berakhirnya senamrobik daripada murid - murid SMK


Bandar Baru Uda. Terima kasih diucapkan.

NYANYIAN Hadirin sekalian, TAUFIQ


DUET
Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian duet yang berjudul ‘
Standing in The Eyes of The World’ yang dibawakan oleh En Megat Hanif
bin Megat Ali duet bersama pelajar iaitu Sazliatun Nisya binti Azlihan
dari kelas 1UMS. Dipersilakan
….…………………………………..

Terima kasih atas nyanyian yang sungguh harmoni sebentar tadi.

“Press Hadirin yang dihormati sekalian, HANEZ


Conference”

Majlis diteruskan dengan sesi Sidang Media daripada rakan -rakan


pengamal media negeri Johor.

Majlis mempersilakan tetamu kehormat kita pada hari ini iaitu Yang
Berhormat DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU MENTERI
BELIA DAN SUKAN untuk menandatangani plak stadium mini arena

7
seterusnya menuju ke Bilik Mesyuarat Arena. Majlis mempersilakan,

Hadirin diminta tunggu sebentar. (Muzik instrumental)


….………………………………………..
PENUTUP Sekian, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum melabuhkan TAUFIQ
tirai majlis, izinkan kami memohon sepuluh jari andai ada salah dan
(Jamuan VIP) silap sepanjang mengendalikan majlis ini.

Majlis menjemput dan mempersilakan tetamu jemputan untuk


menikmati juadah yang telah disediakan.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua tetamu


yang hadir pada hari ini, AJK pelaksana majlis, murid -murid serta semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan
majlis pada hari ini.

Majulah Sukan untuk Negara.

Hadirin hadirat sekalian boleh bersurai.

Sekian saya sudahi dengan wbt. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai