Anda di halaman 1dari 4

ASAM PEDAS

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong
2 biji tomato-belah 4
secekak daun kesom-agak2lah ya
1 btng bunga kantan-belah 2
1 btng serai- di ketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2
cwn air)
Garam dan sedikit gula
minyak utk menumis
Bahan Kisar:
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara:
1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu
belah tomato dan ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus
hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga
terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan
sentiasalah di kacau ya.
3. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.

4.
5.

6.

Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata
dan biar mendidih.
Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan
air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut
selera masing2 ya.
Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit
gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok
boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi
putih.

CHOCOLATE CHIPS COOKIES


Bahan-Bahan:
1 cawan mentega
1 cawan gula castor
1 cawan brown sugar
2 biji telur
2 sudu esen vanila
3 cawan tepung (plain flour)
2 sudu tehbaking soda
1/2 sudu teh garam
2 cawan semi sweet chocolate chips
1 cawan badam cincang, bakar seketika
Cara Penyediaan:
1. Panaskan oven ke suhu 170C.
2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga
sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur
sebiji demi sebiji dan esen vanila.
3. Masukkan tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut
diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan
chocolate chips. Kacau sebati.
4. Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun
di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment
(baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan
mengembang semasa dibakar.
5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi
keperangan.
Tips:
Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke
dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Anda mungkin juga menyukai