Anda di halaman 1dari 14

KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENGAJIAN JARAK JAUH

KKD2063/ULP1013-PEMBANGUNAN SAHSIAH

ISI KANDUNGAN
BIL
1.
2.

3.
4.

ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
2.0 NILAI BITARA INTERGRITI

MUKA SURAT

2.1 NILAI BITARA PROFESIONAL


2.2 NILAI BITARA NERORIENTASIKAN

MS 8 MS 9
MS 10 MS 11

PELANGGAN
2.3 NILAI BITARA PERIHATIN

MS 11 MS 12

KEBAJIKAN ANGGOTA
2.4 NILAI BITARA KREATIF DAN

MS 12 MS 14

INOVATIF
KESIMPULAN
BIBIOGRAFI

MS 14
MS 15

MS 3 MS 5
MS 6 MS 8

Pendahuluan
Pada masa kini guru adalah jenis pekerjaan yang penting dalam proses
pembangunan manusia, masyarakat dan

negara. Profesion perguruan merupakan

profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu
serta masyarakat. Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang menjadi ilmu
kemajuan negara dan warisan kebudayaan pada masa depan.Perana sebagai seorang
guru bukan sahaja menyebar ilmu ,segala tingkah laku guru menjadi contoh teladan
kepada murid-murid.Maka , guru mesti mempunyai sifat dan kualiti dari segi peribadi
iaitu : baik hati, jenaka , bertanggungjawab , yakin kepimpinan, sosial iaitu budi
pekerti , ramah mesra , merendah diri, semangat berbakti ,jujur dan juga professional
iaitu ingin tahu, ikhtisas , suka membaca , kemahiran bertutur , dayan ingatan dan daya
usaha.
Namum begitu , menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Dato Dr Abdullah
Shukor Abudullah menyenaraikan 17 ciri-ciri guru berkesan seperti yang dinyatakan di
bawah:
a.Bersikap professional.
b. Mempamerkan cirri-ciri guru kekuatan teori.
c. Kaya ilmu.
d. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
e. Bermoral teguh.
f. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
g. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
h. Berkebolehan menilai kekuatan dan lemahan murid-murid.

i. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.


j. Menampilkan watak terpuji ,berimej , berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
k. Memastikan situsi Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas.
l. Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan
ilmu.
m. Berpesonaliti sihat dan serba boleh.
n. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
o. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai
diri(bermoral , berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan
situasi tertentu.)
p. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan , bebas pendirian ,tidak berbelah bahagi.
q. Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
r. Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Menurut nilai-nilai Bitara terdapat aspek ciri-ciri yang terdapat di dalam
seseorang guru. Terdapat enam nilai yang membentuk personality Bitara yang dimiliki
oleh seorang guru iaitu intergriti, professional, semangat berpasukan , berorientasikan
pelanggan , prihatin kebajikan anggota dan kreatif dan inovatif.Berikuta adalah carta
pai yang menunjukkan nilai-nilai Bitara UPSI.

Nilai Bitara UPSI

2.0 Aspek menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan ,beban pendirian ,tidak berbelah
bahagi berdasarkan nilai bitara berintergtiti.
Berdasarkan nilai bitara intergriti adalah perlu disemai dalam hati setiap guru bagi
melahirkan prinsip moral yang tinggi ke arah keunggulan yang dapat melahirkan guru yang
cemerlang,gemilang dan terbilang.

Sebagai seorang guru wajar adil terhadap murid-murid apabila menjalankan pengajaran
dan pembelajaran tanpa mengira latar belakang , kaum , bangsa , agama serta lain-lain.
Contohnya: Salah seorang murid adalah terpandai di dalam kelas , kita tidak boleh hanya
menumpukan perhatian terhadap murid tersebut ,dan mengabaikan murid-murid lain.Kita
bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat kepada semua secara adil dan saksama
dan tidak pilih kasih.Guru sewajarnya memulakan dan menamatkan

kelas tepat pada

masanya dalam tempoh yang ditetapkan .Guru tidak wajar menggunakkan masa yang
sepatutunya untuk mencuri tulang atau membuang masa dengan melakukan aktivitiaktiviti yang tidak berkaitan .Contohnya: Guru sering masuk kelas lambat ,ini akan
membazirkan masa murid murid ,maka murid-murid tidak dapat mempelajari
pelajaran.Sementara itu, apabila guru masuk kelas dan melakukan tugas di dalam kelas
tanpa mengajar.
Guru juga bersikap amanah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pengajaran
pembelajaran.. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual
yang ditetapkan.Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa
konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan masa tersebut kepada muridmurid.Oleh itu, pihak guru dan murid-murid dapat mengaturkan system perundingan
dengan lebih berkesan.
Guru mestilah melaksanakan tugasa secara adil secara adil dan telus mengikut skema
dalam tempoh masa yang ditetapkan.Guru melaksanakan kerja dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
Guru juga wajar mempamerkan sikap akautabiliti dengan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang telah disediakan kepada muridmurid dengan kaedah yang berkesan.Sebagai seorang guru ,kita hendaklah menjalankan

tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati
masa serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya terhadap
sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akandapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnyasebagai seorang pendidik
dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebutmelambangkan tingginya kualiti seseorang
guru yang juga akan meningkatkan tarafprofesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat
melaksanakan tugas itu denganbersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu
tanggungjawabnya terhadapkerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan
seseorang guru itu lebihbertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya.
Oleh yang demikian,akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru
itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya
tidak dapat dijalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di citacinta akan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan
yang tidakbertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.Menurut pelaksanaan Akta
Pendidikan 1996,Perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002, maka kita dipertanggungjawab
menjalankan kewajipan.
2.1Aspek Profesional Dan Menumpukan Perhatian Kepada Pengajaran dan
Pembelajaran berdasarkan nilai bitara Profesional.
Berdasarkan nilai bitara profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam
profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Menurut Sufean Hussin (1996:444),
dari segi konsep, profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi
pekerjaan seseorang. Ia juga perlu wujud dalam diri seseorangjika matlam at
pekerjaannya

menuju

kearah

keberkesan an,

produktivi ti,

kecekapan

danbertanggungjawab.Nilai ini menujukkan seorang guru harus melatih diri agar mencapai

tahap melakukan sesuatu yang dikehendaki

sebagai seorang guru.Guru haruslah

menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi
pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya.
Guru bersikap beretika .Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan
sekolah.Sebagai seorang guru menjalankan tufas dengan sentiasa member keutamaan
kepada kepentingan guru dan tidak mementingkan diri sendiri. Guru sewajarnya bersikap
positif dan bertanggung jawab .Guru tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga tidak
mengambil peduli sama ada pengajaran dan pembelajaran dapat diterima atau tidak boleh
oleh murid dan mengil sikap endah tidak endah terhadap kefahaman dan penerimaan muridmurid.Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan murid-murid mesti dijaga.Guru
sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi rakan sejawat , baik pihak atasan
serta rakan sejawat dibawahnya.Guru juga bersikap mempunyai fikiran yang terbuka dan
sedia menerima teguran daripada semua pihak untuk memperbaiki diri sendiri serta dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, sebagai seorang guru professional jugal bersikap iltizam menjalankan
tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi.Apabila kita menjalankan pengajaran dan
pembelajaran

tugas

seorang guru memerlukan merancang dan melaksanakan dengan

terperinci dan teliti.Guru memerlukan melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan


sepenuh hati tanpa mengira masa. Guru sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
suaya dapat menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Guru juga sentiasa berusaha
bersabar dan tenang apabila menghadapi masalah dan cabaran.
Guru pada masa kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas
masing-masing.Guru sewajarnya mengamalkan buday membaca sebagai satu amalan dan
sentiasa memastikan kita mempunyai pemikiran yang positif,dengan minda yang sihat

terbuka supaya dapat melaksanakan peranan sebagai pemberi maklumat pemindah serta
pencetus idea kepad a murid.
Gurur mempunyai sikap kompeten dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan
efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan .Kita harus mencapai tahap kecelapan dalam
tempoh yang ditentukan .Contohnya guru hendaklah memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan kepada murid-murid dapat difahami dengan baik dan
diaplikasikan dalam kehidupan harian.

2.2Aspek Prihatin Dengan Kehendak Murid Dan Ibu bapa berdasarkan nilai bitara
Berorientasikan Pelanggan.
Berdasarkan nilai bitara berorientasikan pelanggan ialah kepuasan pelanggan
melandaskan suatu perkhidmatan kea rah

kepuasan orang lain atau pelanggan yang

mendapat perkhidmatan. Guru berinteraksi dengan pelanggan ialah ibu bapa , murid , dan
guru-guru .Terdapat empat bahagian dalam berorientasikan pelanggan iaitu responsive ,
berkualiti , mesra dan proaktif. Ciri sebagai seorang guru yang bersikap responsive ialah
inisiatif cepat mencari maklumat sebelum mengajar segera bertindak dan tidak menunggu
arahan.Contohnya guru bertanggungjawab mengadakan ceramah Kesihatan maka,guru
cepat mencari penceramah dan tidak menggu arahan pihak atasan.
Selain itu, guru yang proaktif akan sentiasa berjaga-jaga , menyediakan strategi atau
perancangan bagi mengelakkan sebarang halangan dalamsetap tindakan dan tugas yang
dilakukan.Apabila mengadakan Hari Sukan guru menyediakan strategi bila sukan diadakan
,apa acara yang diadakan dan di mana diadakan serta merancang untuk mengelakkan
aktiviti menjalankan secara tidak lancar.

10

Kemesraan merupakan satu aspek penting seorang guru.Guru yang mesra akan
mewujudkan persekitaran menjadi mesra dan menimbulkan suasana gembira di
sekolah.Guru sentiasa mengamalkan senyuman ,mengangguk kepala,expresi positif seperti
senyum , kontak mata yang baik , berjabat tangan dengan rakan-rakan apabila berjumpa
dengan rakan-rakan sekerja , menyapa rakan-rakan dan murid murid.Tujuannya adalah
,emgeratkan hubungan antara satu sama lain dan merasa diri mereka dihargai.Kerja yang
berkualiti merupakan kerja yang telah dilakukan dan member kepuasan kepada pelanggan
serta menepati dengan kehendak pelanggan.Kerja yang telah dilakukan dikatakan berkualiti
apabila menepati kriteria sesuatu kerja atau standard.Guru menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran dengan maklumat yang diberikan perlulah tepat sumber yang betul dan
lengkap kepada murid. Sekiranya guru member maklumat tidak betul atau tidak tepat maka
memberikan kesan buruk kepada murid.Pada era teknologi , guru menggunakan teknologi
yang canggih seperti computer riba ,internet dan media massa yang pelbagai untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid.Guru perlu

menepati dan mengikuti

kehendak ISO dalam menyampaikan maklumar kepada murid-murid.


2.3Aspek Sentiasa Berusaha Meningkatkan Kualiti Hasil Pengajaran berdasarkan nilai
bitara Perihatin Kebajikan Anggota.
Berdasarkan nilai bitara perihatin kebajikan anggota adalah mengambil berat
terhadap rakan-rakan sekelas,rakan sebilik , rakan rapat dan teman satu universiti. Guru
mempunyai perasaan empati yang perlu ada dalam diri sendiri.Guru merupakan seorang
pendengar yang baik.Menjadi seorang pendengar yang baik mendengar luahkan murid
serta cuba merasai perasaan dan masalah yang dialami.Cara ini guru boleh membantu murid
dan menunjukkan empati guru terhadap murid yang sedang dalam kesusahan dantertekan
dengan masalah peribadi.Murid akan berasa diri mereka diambil berat dan mungkin murid
tersebut akan berasa lega dan akan memupuk semagat yakin diri sendiri.

11

Penghargaan juga merupakan salah satu aspek penting dalam nilai Bitara prihatin
kebajikan anggota.Gru sentiasa mengamalkan budaya mengucapkan terima kasih ,tahniah
kepada murid-murid dan

rakan rakan sejawat.Contohnya ,apabila murid mendapat

markanh yang tertinggi dalam Bahasa Melayu ,guru mengucapkan taniah .Penghargaan ini
penting untuk murid dan mewujudkan rasa ambil berat terhadap murid. Apabila murid
menolong guru megambil buku ke pejabat, guru mengucapkan terima kasih dan sering
senyum kepada murid.
Keselesaan terhadap persekitaran sangat penting kerana suasana persekitaran yang
selesa boleh member motivasi kepada guru melakukan sesuatu tugasan untuk mengeratkan
hubungan ibu bapa ,murid-murid dan guru-guru.Guru perlu memajukan diri sendiri dengan
pelbagai maklumat yang boleh membantu meningkatkan potensi diri seperti mengikuti
seminar ,program motivasi dan sebagainya untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan
semangat potensi diri sendiri.
2.4Aspek Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
berdasarkan nilai bitara Kreatif Dan Inovatif.
Berdasarkan nilai bitara Kreatif bermaksud dengan kebolehan seseorang individu
untuk mengembangkan ssuatu idea baru daripada sumber yang asli serta kebolehan untuk
mencipta serta menghasilkan sesuatu idea sama ada dalam sesuatu idea sama ada dalam
sesuatu kaedah , system , adat dan sebagainyan.
Guru perlu mempunyai daya cipta yang kreatif dan inovatif agar anda sentiasa akses
kepada ilmu baru.Guru sentiasa meneroka ilmu baru dari semasa ke semasa. Guru perlu
sentiasa bijak dan kreatif dan mantap kepada murid-murid di dalam kelas. Guru boleh
mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan ,peraduan dan sebagainya bagi creative dan
daya rekacipta dalam bidang pendidikan. Selain itu ,penemuan guru hasil ciptaan tersebut perlu

12

didaftar hak cipta bagi mengiktirafnya sebagai rekacipta guru yang asli bagi mengelakkan
berlaku bentuk peniruan.
Murid-murid akan berasa jemu dan bosan apabila pengajaran dan pembelajaran
guru yang sama sahaja setiap hari.Oleh itu , guru perlu melakukan penambahbaikan secara
berterusan.Sebagai seorang guru penambahbaikan berterusan merangkumi cara mengajar,
pendekatan baru untuk mengajar , campuran pelbagai teknik pengajaran ,latihan dan kerja
secara berkumpulan..Penambaikan secara berterusan juga boleh dilihat dari segi penyelidikan di
mana penyelidikan sentiasa memperbaharui penemuan yang sedia ada.Guru selalu
mengemaskini dan membuat penambahbaikan guru akan mengetahui perkembangan
pengajaran dan pembelajaran khususnya bidang penyelidikan dari semase ke semasa.
Demi meningkatkan profesion segai guru yang berkesan , pendidikan sentiasa
merebut peluanf bukanlah bermakna kita tamak untuk mendapatkan sesuatu tetapi peluang
yang ada terutamanya apabila diambil bukannya dibiarkan sahaja.Guru perlu bijak merebut
peluang yang ada terutamanya apabila berkaitan dengan cara mendapat dan menyebarkan
ilmu.Contohnya jika terdapat kursus mengenai seminar yang berkaitan bidang pendidikan, guru
perlu enyertai untuk menimba ilmu baru.Peluang tidak selalu dating , maka guru perlu bijak
merebutnya.Jangan menganggap tawaran tersebut sebagai beban tugas tetapi anggaplah sebagai
cara meluaskan jaringan guru dengan pihak guru di sekolah lain menambahkan kenalan dengan
jabatan lain.
Nilai tambah bermaksud guru menggunakan kemudahan media dan teknologi seperti
kemudahan internet tanpa wayar serta menyebarkan ilmu baru hasil pembacaan kepada muridmurid dan rakan sejawat.Pada masa kini selain pengajaran dan pembelajaran menggunakan
teks buku ,juga menggunakan interenet sebagai hail pengajaran dan pembelajaran melahir guru
mencipta pemikiran yang unik maka murid-murid boleh mencetus idea kreatif dan inovatif

13

Kesimpulan
Kesimpulanya , terdapat lima aspek cirri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran dalam
nilai-nilai bitara adalah intergriti ,professional ,beririentasikan pelanggan ,perihatin kebajikan
anggota dan kreatif dan inovatif. Sebagai pendidik tanah air yang memikul tanggungajawab dan
amanah menerusi reformasi pendidikan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ,
kejayaan usaha-usaha ini bergantung terutamanya cirri-ciri guru yang berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan nilai-nilai bitara supaya guru yang cemerlang ,
gemilang dan terbilang mencapai wawasan 2020.

Bibiografi
1. Buku Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ) Aspek Kompetensi Profesional.
m/s 147-151
2. Mok Soon Sang(2003),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah:Komponen 1&2
Psikologi Pendidikan & Pedadogi.Kumpulan Budiman,Subang Jaya.

14

3. Sufean Hussin (1996).Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (2011). Visi ,Misi dan Matlamat. Dimuat turun
daripada http://www.upsi.edu.my/ pada 10Februaru 2011
5. Nilai Bitara UPSI.Universiti Pendidikan Sultan Idris . Dimuat turun daripada
http://www.upsi.edu.my/index.php/ms/halaman-utama/upsi-sepintaslalu/nilaibitara.html pada 10 Februari 2011

Anda mungkin juga menyukai