Anda di halaman 1dari 8

FARKHAN BIN MUHAMAT ROLI

PISMP PSV/PJ/BM
AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS


PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU PERTAMA
(1 JULAI 5 JULAI 2013)
Masalah:
Selepas seminggu saya menjalani internship, saya mendapati bahawa terdapat
satu masalah berlaku pada pengajaran dan pembelajaran (P&P), iaitu model
bekas bunga telur yang dihasilkan murid-murid berbeza saiz.
Analisis:
Saya merasakan masalah ini timbul adalah kerana:
1. Guru tidak mengspesifikkan saiz yang dikehendaki
2. Murid kurang pengalaman.
3. Kemahiran kadar banding murid yang lemah.
Sekiranya masalah ini tidak diatasi, objektif pelajaran tidak akan tercapai.
Cadangan:
1. Saya mengspesifikkan saiz dan usuran yang sesuai untuk semua murid.
2. Saya menunjukcara cara mengukur dengan betul.
3. Saya memperbanyakkan demonstrasi.

Tempoh Masa:
P&P pada minggu hadapan.

FARKHAN BIN MUHAMAT ROLI


PISMP PSV/PJ/BM
AMBILAN JANUARI 2010

Tindakan Susulan:
Saya akan mengumpul hasil karya murid setiap kali tamat masa yang
diperuntukkan untuk melihat tahap perkembangan murid.
Penilaian Kejayaan:
Tindakan berjaya jika murid berjaya membuat bekas bunga telur dalam kadar
saiz yang sama.

FARKHAN BIN MUHAMAT ROLI


PISMP PSV/PJ/BM
AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS


PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KEDUA
(8 JULAII 12 JULAI 2013)
Masalah:
Selepas 2 minggu saya menjalani internship, saya mendapati bahawa terdapat
masalah di mana murid tidak dapat memotong mozek secara lurus walaupun
kertas mempunyai grid.
Analisis:
Saya merasakan masalah ini timbul adalah kerana:
1. Grid kurang jelas
2. Garisan grid kecil
3. Murid kurang kemahiran menggunting
Sekiranya masalah ini tidak diatasi, sesi P&P mozek akan terganggu.
Cadangan:
1. Saya perlu membuat gris yang lebih jelas dengan garisan yang lebih
gelap dan tabal supaya lebih mudah dilihat.
2. Saya harus menunjukcara bagaimana hendak memotong mozek mengikut
grid.
3. Saya perlu menyuruh murid melipat kertas dahulu sebelum menggunting
bagi memastikan garisan lebih lurus.

FARKHAN BIN MUHAMAT ROLI


PISMP PSV/PJ/BM
AMBILAN JANUARI 2010

Tempoh Masa:
Saya akan mengaplikasi pada proses P&P akan datang.
Tindakan Susulan:
Saya akan membimbing murid melakukan guntingan mozek.
Penilaian Kejayaan:
Murid-murid berjaya menghasilkan potongan mozek yang kemas dan lurus.

FARKHAN BIN MUHAMAT ROLI


PISMP PSV/PJ/BM
AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS


PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KETIGA
(15 FEBRUARI 19 FEBRUARI 2013)
Masalah:
Selepas 3 minggu saya menjalani internship, saya mendapati bahawa saya
menghadapi masalah suara perlahan ketika mengajar di dalam kelas yang
mempunyai ramai murid.
Analisis:
Saya merasakan masalah ini timbul adalah kerana:
1. Suara guru tidak kuat
2. Kelas yang besar
3. Murid yang ramai
Sekiranya masalah ini tidak diatasi, sesi P&P akan terganggu.
Cadangan:
1, Guru menguatkan suara
2. Guru perlu mendapat kawalan kelas sepenuhnya
3. Mengelakkan P&P di luar bilik darjah untuk kawalan yang optimum

FARKHAN BIN MUHAMAT ROLI


PISMP PSV/PJ/BM
AMBILAN JANUARI 2010

Tempoh Masa:
Saya akan melaksanakan cadangan ini di sesi P&P akan datang dan seterusnya.
Tindakan Susulan:
Mengenalpasti cara terbaik untuk mendapatkan perhatian murid.
Penilaian Kejayaan:
Semua murid memberi perhatian ketika P&P.

FARKHAN BIN MUHAMAT ROLI


PISMP PSV/PJ/BM
AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS


PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KEEMPAT
(22 JULAI 26 JULAI 2013)
Masalah:
Selepas 4 minggu saya menjalani internship, saya mendapati bahawa P&P
Pendidikan Seni Visual Anyaman Kelarai Siku Keluang tidak dapat dilaksanakan
pada kelas 4 Bestari.
Analisis:
Saya merasakan masalah ini timbul adalah kerana:
1. Kekurangan BBM
2. Murid yang ramai dan nakal
Sekiranya masalah ini tidak diatasi, sesi P&P akan terganggu.
Cadangan:
1, Membuat lebih banyak BBM
2. Memudahkan kelarai yang ingin dibuat
3. Mengurangkan pergerakan murid dalam kelas

FARKHAN BIN MUHAMAT ROLI


PISMP PSV/PJ/BM
AMBILAN JANUARI 2010

Tempoh Masa:
Saya akan melaksanakan sambungan P&P membuat Anyaman Kelarai ini pada
minggu hadapan dengan membuat kelarai yang lebih mudah.
Tindakan Susulan:
Membuat kelarai yang lebih mudah
Penilaian Kejayaan:
80% murid berjaya menyiapkan tugasan

Anda mungkin juga menyukai