Progr Am Susu Sihat-2

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

2.

0 PROGRAM SUSU SEKOLAH

2.1 PENDAHULUAN
Program Susu Sekolah (PSS) merupakan program yang dijalankan selaras dengan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT).Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan
pemakanan bagi memastikan kanak-kanak sihat dari segi fizikal ,mentel dan kesihatan umum
bertambah baik.Program susu sekolah ini juga merupakan satu program yang dianjurkan bersama
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama syarikat pengeluar susu selaras dengan
konsep Pensyarikatan Malaysia.Skim ini melibatkan bekalan susu percuma kepada murid
sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran
Malaysia.

a)
b)
c)
d)
e)

2.3 MATLAMAT PROGRAM


Matlamat program minum susu sihat adalah bertujuan mengekalkan tahap kesihatan murid dan
seterusnya memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya mengambil keperluan susu
untuk tumbesaran di peringkat kanak-kanak
OBJEKTIF PROGRAM
Program ini adalah bertujuan untuk ;
Memastikan murid-murid dapat menerima nutrisi yang secukupnya pada peringkat awal kanakkanak.
Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang cergas semasa berada di sekolah.
Membantu pertumbuhan dan tumbesaran murid sekolah agar dapat mencapai tahap tumbesaran
yang optimum.
Memberi peluang kepada murid-murid yang tidak mampu untuk membeli susu kotak di kedai
merasai nikmat minum susu.
Memberi pendedahan kepada murid berkenaan dengan kepentingan menjaga kesihatan tubuh
badan.
2.5
PELAKSANAAN,TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Tarikh
: 25 September 2014
Hari
: Khamis
Masa
: 10.30 pagi
:
Program minum susu sihat ini adalah merupakan program tahunan di mana semua murid
diberi minum susu oleh pihak sekolah. Pemberian susu ini adalah bertujuan untuk memastikan
setiap murid mendapat nutrisi yang mencukupi bagi melahirkan murid-murid yang cergas dan
cerdas dari aspek jasmani dan emosi. Pengambilan susu yang kaya dengan nutrisi kalsium dapat
membina pertumbuhan tulang dan tumbesaran tulang. Dengan itu, ia akan dapat meningkatkan

saiz tinggi badan murid untuk mencapai tahap ketinggian yang optimum sebagai orang asia. Ini
dapat mengelakkan murid mengalami masalah pertumbuhan tinggi mereka.
Seperti yang diketahui, saiz tubuh badan adalah sangat penting bagi membolehkan setiap
murid menjadi aktif dalam sesuatu bidang sukan. Ini kerana, untuk menjadi atlet yang mampu
pergi lebih jauh dalam bidang sukan memerlukan saiz fizikal seorang atlet iaitu tinggi dan
berotot. Untuk mencapai matlamat tersebut, program susu ini dapat membantu murid untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Disamping itu, program susu ini dapat memberi murid
kecergasan tubuh badan untuk mengikuti kelas dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Apabila murid menjadi cergas dan cerdas, ia dapat membantu murid dengan
memudahkan lagi murid untuk faham dan melakukan aktiviti yang dijalankan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah.
Justeru itu, program susu sekolah sangatlah dititik beratkan oleh pihak kementerian
pendidikan Malaysia agar terus dilaksanakan di setiap sekolah di Malaysia. Hal ini disokong
dengan penganjuran program minum susu sedunia di mana program ini dijalankan secara besarbesaran di setiap sekolah rendah di seluruh Malaysia. Program ini juga dijalankan secara
serentak bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Melalui program minum susu ini, beberapa
aktiviti yang berkaitan juga boleh diterapkan secara tidak langsung bagi memberi pendedahan
kepada murid-murid sekolah.
Program ini dijalankan selepas waktu rehat iaitu dalam lingkungan masa pukul 10.30
pagi. Program dimulakan dengan mengumpul semua murid daripada tahun 1 hingga tahun 6 di
kantin sekolah. Setelah semua murid berkumpul di kantin, guru bertugas telah memberi sedikit
taklimat berkenaan program yang dijalankan. Antara perkara yang diterangkan semasa memberi
taklimat ialah menerangkan berkenaan program yang dijalankan dan seterusnya memberikan
panduan kepada murid mengenai cara untuk menikmati susu tersebut. Panduan ini adalah
bertujuan untuk memastikan murid mendapat susu yang selamat untuk di minum dan seterusnya
dapat mengelakkan daripada mengalami keracunan makanan.
Selesai memberi taklimat kepada murid, guru yang bertugas dengan bantuan daripada
beberapa guru lain dan juga pengawas sekolah mengagihkan susu kotak kepada setiap murid
sekolah. Kemudian setelah murid mendapat susu yang diagihkan, guru yang bertugas
menunjukkan langkah-langkah untuk menikmati susu sekolah tersebut. Murid-murid mengikuti
langkah yang diberikan dan seterusnya menikmati susu kotak yang diberikan. Selepas selesai
menikmati susu kotak yang diberikan, guru yang bertugas menyuruh murid membuang kotak
kosong ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Secara tidak langsung murid dapat disemai
dengan tingkah laku yang baik.
Selesai semua murid menikmati susu yang diberikan, guru yang bertugas mengarahkan
semua murid untuk bergerak masuk ke kelas masing-masing dengan iringan daripada pengawas
sekolah. Alhamdulillah, program minum susu yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan
jayanya.
Akhir sekali, adalah diharapkan semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi dengan
beberapa penambahbaikan yang lebih baik agar murid-murid mendapat maklumat mengenai

program susu sekolah ini dengan lebih tepat dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kesihatan
dan kecergasan mereka.

Anda mungkin juga menyukai