Anda di halaman 1dari 2

PERKEMBANGAN BUDAYA PADA DINASTI CHOU

1. Kegiatan pertanian

Masyarakat Cina semasa era pemerintahan dinasti Chou amat


mementingkan kegiatan pertanian, terutama dalam sektor penanaman
padi. Golongan petani yang mengerjakan penanaman sawah padi
dianggap sebagai golongan yang mulia pada zaman dinasti Chou
kerana golongan ini, yang membekalkan sumber makanan kepada
masyarakat Chou ketika itu. Melalui kegiatan pertanian ini telah
berlaku pengkhususan ekonomi dalam kalangan masyarakat sehingga
melahirkan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat pada era
Dinasti

Chou.

Sebagai

petani

mengerjakan

sawah

padi

untuk

diserahkan hasilnya kepada maharaja dan rakyat. Kegiatan pertanian


juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan sosial
dalam kalangan masyarakat pada zaman Dinasti Chou.

2. Kewujudan sistem feudal

Pada zaman

pemerintahan

dinasti

Chou,

sistem monarki telah

dihapuskan dan digantikan dengan sistem feudalisme.


Berdasarkan sistem ini telah mewujudkan dua golongan dalam dinasti
Chou iaitu, golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan
pemerintah terdiri daripada maharaja dan pembesar, manakala
golongan diperintah pula terdiri daripada petani, rakyat biasa, peniaga
dan hamba.
Selain itu, sistem feudal ini juga mementingkan anak lelaki sebagai
pewaris kerajaan dinasti Chou ini. Oleh itu, kewujudan sistem feudal
juga telah mempengaruhi perkembangan sosial di china semasa
dinasti Chou.

3. Pengenalan kepada konsep Confucius


semasa pemerintahan Dinasti Chou, kerajaan ini telah mengamalkan
ajaran Confucius.
Melalui ajaran Confucius, diperkenalkan juga kepada konsep mandat
dari syurga atau dikenali sebagai son of heaven. Mengikut konsep ini
raja dianggap sebagai anak tuhan dan diberikan mandat untuk
memerintah.

4. Kemunculan golongan aristokrat dan golongan feudal


Kemunculan golongan aristokrat pada dinasti chou juga telah menjadi
satu faktor kepada pembentukan sosial pada era ini. Golongan
aristokrat ini memonopoli segala kegiatan seni peperangan dari segi
pembuatan pedang dan ilmu berlawan pedang dan memanah serta
charioteering.
Manakala golongan feudal merupakan golongan elit didalam dinasti
chou.

Rujukan
Milton Walter Meyer, 1994, China: A Concise History Ashbrook Series on
Constitutional Littlefield Adams quality paperbacks, Lanham, Maryland:
Rowman & Littlefield.
Mi Zhou, 2002, Zhou Mi's Record of Clouds and Mist Passing Before One's Eyes:
An Annotated Translation Volume 54 of Sinica Leidensia, Leiden:
BRILL.

Anda mungkin juga menyukai