Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU LAUT

42800 TANJONG SEPAT


KUALA LANGAT
SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2008

NAMA PENYELIDIK
SITI ZAKIAH BINTI BASIRAN
680623-10-5362

TAJUK KAJIAN
MENGENAL HUKUM TAJWID MAD LAZIM MELALUI
KAEDAH TEBAL / NIPIS KALIMAH/ HURUF DAN SEHARI
SATU MAD BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 SAINS.

MENGENAL HUKUM TAJWID MAD LAZIM MELALUI


KAEDAH TEBAL / NIPIS KALIMAH/ HURUF DAN SEHARI
SATU MAD BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 SAINS.
OLEH
SITI ZAKIAH BINTI BASIRAN
680623-10-5362

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU LAUT


42800 TANJONG SEPAT
KUALA LANGAT
SELANGOR DARUL EHSAN
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk membantu dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar
Tingkatan 4 aliran Sains Tulin di dalam menngenalpasti dan menentukan hukum tajwid
Mad Lazim. Seramai 35 orang pelajar 4 Sains, SMK Batu Laut, Kuala Langat dan seorang
guru telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian
topikal, ujian bulanan, peperiksaan penggal dan ujian pra.Hasil tinjauan dan penilaian
telah menunjukkan pelajar masih belum dapat mengenal pasti hukum-hukum mad
terutamanya Mad Lazim. Mereka sering terkeliru untuk menentukan sama ada contohcontoh kalimah yang diberi adalah Mad Lazim Muthaqal atau Mad Lazim Muhafaf dan
pecahannya sama ada dari segi kalimah atau huruf. Perancangan tindakan difokuskan
kepada teknik untuk meningkatkan daya ingatan dan kefahaman pelajar iaitu Kaedah

TEBAL / NIPIS KALIMAH/ HURUF dan SEHARI SATU MAD


Pelajar telah didedahkan dan diberi penekanan menggunakan kaedah ini selama 8 minggu
(2 bulan). Melalui ujian pos yang dijalankan, telah dapat dilihat bahawa terdapat
peningkatan dalam prestasi pelajar. Melalui soal selidik yang dijalankan, didapati juga
bahawa pelajar lebih memahami,mengingati dan tidak terkeliru lagi dengan Mad Lazim.
Pelajar juga lebih memahami hukum-hukum mad Farie lainnya serta merasa seronok
dengan Kaedah Tebal / Nipis dan Kalimah/ Huruf.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Ketika saya memeriksa latihan Tilawah al-Quran khususnya bahagian
tajwid bagi kelas 4 Sains saya merasa terkejut apabila mendapati mereka gagal
menjawab dengan betul hampir semua soalan tajwid yanng diberikan. Saya
bimbang apabila memikirkan masalah ini kerana mereka adalah pelajar-pelajar
pintar yang berada di kelas pertama dan telah berada di tingkatan menengah atas.
Namun apa yang dapat saya lihat mereka masih belum dapat menguasai hukumhukum Tajwid dan sering terkeliru untuk menyatakan hukum-hukum tajwid
terutamanya Mad Farie yang mempunyai 16 jenis hukum tajwid untuk dikenali
dan diingat. Kekeliruan itu sangat ketara apabila dikaitkan dengan soalan
berasaskan hukum Mad Lazim yang terbahagi kepada empat pecahan khusus.
Pelajar-pelajar masih belum dapat menulis atau menentukan dengan
tepat dan betul hukum dengan contoh-contoh yang diberikan. Setelah beberapa
kali saya memberi penekanan terhadap hukum-hukum mad ini melalui soalansoalan latih tubi dan ujian topikal ,masih terdapat pelajar yang belum menguasai
hukum-hukum Mad Farie.
Apabila diajukan soalan mengapa masih tidak dapat mengenal dan
memahami hukum-hukum tajwid, ramai pelajar menjawab bahawa mereka
terkeliru untuk menentukan hukum dengan contoh hukum kerana telah lama
meninggalkan sekolah rendah agama dan telah lupa apa yang telah dipelajari
dahulu.Tambahan pula di peringkat menengah rendah tiada soalan tajwid dalam
peperiksaan dan hanya diajarkan secara sepintas lalu sewaktu pelajaran Tilawah
Al-Quran.
Setelah mendengar jawapan pelajar dan melihat kepada kelemahan
penguasaan hukum tajwid mereka dan kekeliruan yang dialami, saya bimbang
jika dibiarkan sahaja akan merugikan pelajar dan mungkin mereka tidak akan
dapat menjawab soalan tajwid di dalam peperiksaan SPM kelak dan khususnya
dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran. Apabila mereka salah dalam
membaca ayat-ayat suci,tentunya saya akan turut menanggung dosa. Justeru itu
saya bertanya kepada diri sendiri....beberapa soalan yang menerjah kotak fikiran
ini....Susah sangat ke nak memahami hukum tajwid?, Belum cukup lagi ke
penerangan dan panduan yang aku berikan selama aku mengajar mereka?,
Markah hukum tajwid yang sedikit menghilangkan minat mereka nak jawab
ke....atau asas pengetahuan tajwid mereka memang lemah ke? .....macammacam lagilah. Seingat saya, tahun ini barulah saya berpeluang berjumpa dan
mengajar pelajar-pelajar kelas ini kerana tidak pernah mengajar mereka sewaktu
mereka di tingkatan menengah rendah.
2

Saya telah cuba membantu pelajar dengan memperkenalkan beberapa


cara yang difikirkan sesuai dan menarik minat pelajar untuk menguasai hukum
tajwid namun masih belum dapat menyelesaikan masalah ini kerana masih ada di
antara mereka yang belum dapat menguasai hukum tajwid terutamanya untuk
mengenal dan mengaplikasi dalam bacaan Al-Quran mereka. Saya bertanya
kepada diri sendiri,adakah ini berpunca dari kelemahan saya, atau kekangan masa
kerana tajwid hanya diajar sewaktu pelajaran Tilawah al-Quran dan hanya diajar
seminggu atau dua minggu sekali...atau pelajar tidak berminat untuk mengetahui
hukum tajwid yang banyak cabangnya sedangkan ramai di antara mereka yang
jarang membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Saya terfikir sekiranya tindakan segera tidak diambil, masalah ini akan
berterusan sehingga ke tingkatan 5 seterusnya dalam kehidupan mereka pada
waktu-waktu mendatang. Jika saya tidak melaksanakan atau mencari kaedah
yang sesuai untuk membantu pelajar, tentu mereka akan kehilangan markah
dalam Kertas 2 Pendidikan Islam SPM kelak dan akan menjejaskan keputusan
serta pencapaian pelajar khasnya dan sekolah amnya.
2.0 ISU / KEPRIHATINAN (FOKUS KAJIAN)
Walaupun saya dapat mengesan dan melihat masalah yang dihadapi
pelajar-pelajar saya dalam mengenal hukum-hukum tajwid namun saya hanya
memfokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan hukum Mad Lazim yang
lebih ketara masih belum difahami dan dikenal pasti oleh pelajar-pelajar. Mereka
masih keliru untuk mengenal dan membezakan hukum-hukum Mad Lazim
iaitu Mad Lazim Muhafaf dan Mad Lazim Muthaqal di mana kedua-duanya
mempunyai pecahan iaitu dari segi kalimah atau huruf.
Kebanyakan pelajar terkeliru dan tidak dapat membezakan sama ada
Mad Lazim itu dari segi kalimah atau huruf dan sama ada ia berat (muthaqal
atau ringan (muhafaf). Mereka masih tersilap dalam menentukan sesuatu
potongan ayat itu contoh bagi Mad Lazim yang mana satu....Kesilapan yang
sering berlaku adalah seperti berikut:
Kekeliruan menentukan antara Mad Lazim Muhafaf dengan Mad Lazim
Muthaqal
a) Menentukan sama ada ia adalah dari segi Kalimi (Kalimah/ Perkataan) atau
Harfi (Huruf)
3

b) Pelajar tidak menjawab soalan hukum tajwid kerana tidak tahu / tidak
menguasai hukum-hukum tajwid
Dengan memperkenalkan kaedah TEBAL / NIPIS dan
KALIMAH / HURUF ,saya yakin pelajar dapat mengatasi kekeliruan dan
menguasai hukum-hukum Mad Lazim ini dengan baik dan membantu mereka
menjawab soalan hukum tajwid dalam SPM kelak serta dapat mengaplikasikan
dalam kehidupan seharian mereka.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Apabila kajian ini selesai dilaksanakan, saya mengharapkan pelajarpelajar akan dapat mencapai obejektif-objektif berikut:
3.1

OBJEKTIF AM
a)

Meningkatkan peratus pencapaian dalam peperiksaan SPM.

b)

Menggunakan pengetahuan hukum tajwid dalam pembacaan ayat suci


Al-Quran agar dapat membaca dengan fasih serta betul tajwidnya.

c)

Meningkatkan mutu kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar

3.2

OBJEKTIF
OBJEKTIF KHUSUS
a)

Mengatasi kekeliruan dalam menentukan dan mengenal pasti hukum


tajwid terutamanya Mad Lazim

b)

Membantu pelajar menjawab soalan hukum tajwid dalam Kertas 2


Pendidikan Islam SPM serta meningkatkan kuantiti dan kualiti subjek
Pendidikan Islam di sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan 35 orang pelajar Tingkatan 4 Sains yang terdiri
daripada 10 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan.

5.0

PELAKSANAAN KAJIAN
5.1

TINJAUAN MASALAH

Sebelum beberapa langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih mendalam dan terperinci masalah tersebut. Antara
tinjauan yang dilakukan adalah daripada sumber-sumber seperti berikut :
5.1.1

PEMERHATIAN

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar sewaktu


pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum
kajian dijalankan pelajar kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan.
Sepertimana biasa, pelajar perempuan lebih aktif untuk menjawab dan bertanya
jika dibandingkan dengan pelajar lelaki sepanjang proses p& p dijalankan.
5.1.2 TEMUBUAL
Temubual tidak berstruktur telah dijalankan secara tidak formal dengan
menggunakan soalan terbuka. Hal ini bertujuan meneroka idea atau pandangan para
pelajar tentang kepentingan ilmu tajwid, pengetahuan sedia ada pelajar, minat
mereka dan lain-lain soalan berkaitan. Ramai pelajar yang menyatakan bahawa
mereka telah lupa hukum-hukum tajwid dan cara bacaan kerana telah lama
meninggalkan bangku sekolah rendah agama dan jarang membaca kitab suci
al Quran. Ada juga di antara mereka yang merasa satu kerugian kerana kurang
mahir dalam selok-belok hukum tajwid dan ingin mempelajari semula untuk diri
sendiri dan memperbaki mutu bacaan mereka.

5.1.3

UJIAN PRA DAN POS

Saya telah menjalankan ujian khas terhadap sasaran untuk mengenalpasti


dan menilai sejauh mana kefahaman, pengetahuan dan ingatan para pelajar dalam
menyatakan, menulis dan mengenal pasti hukum-hukum Mad Lazim mengikut
pecahan bahagiannya. Item Ujian Khas (Pra) ini adalah soalan-soalan latih tubi
hukum tajwid yang mengandungi hukum Mad Lazim dan Mad-mad lainnya yang
saya sediakan sendiri mengikut format soalan SPM sebenar. Setelah menyemak
jawapan pelajar, saya telah memperkenalkan kaedah TEBAL / NIPIS
KALIMAH/ HURUF kepada para pelajar dan selepas tiga minggu saya
telah memberikan Ujian Pos 1 menggunakan soalan yang sama dengan Ujian Pra.
Sebulan selepas itu, pelajar-pelajar telah menjalani Ujian Bulanan 2 dan set soalan
telah saya jadikan pengukur iaitu Ujian Pos 2.
5.2

ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1

ANALISIS PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan


sasaran didapati:
i. Pelajar lebih berkeyakianan untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh
guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan lebih
bersedia untuk menjawab.
ii. Pelajar dapat menentukan dengan tepat hukum tajwid bagi contoh-contoh
yang dikemukakan.
iii. Pelajar berjaya menentukan dan membetulkan kesalahan yang disengajakan
oleh guru untuk menguji ingatan dan kefahaman pelajar.
iv. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih ceria dan memberangsangkan.
5.2.2

ANALISIS TEMUBUAL

Temubual yang dijalankan telah dapat memberi idea kepada guru untuk
mencari satu kaedah yang mudah dan berkesan bagi membantu pelajar-pelajar
memahami dan menguasai hukum tajwid. Tahap pengetahuan dan pemahaman
pelajar dapat diukur melalui pengakuan mereka.
6

5.2.3

ANALISIS UJIAN PRA DAN POS

Pencapaian pelajar dapat diukur dan dibandingkan melalui Ujian Pra dan
Pos adalah seperti berikut:

Bilangan Murid
Gred
Pra
A1
A2
B3
C4
C5
C6
D7
D8
E 9

Pos

0
1
4
6
5
4
3
7
5

1
3
4
9
8
3
4
2
1
1

Pos

2
6
3
8
6
6
2
3
1
0

Dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan


dalam prestasi pencapaian pelajar dari segi kualiti dan kuantiti. Tiada seorang pun
pelajar yang gagal dalam ujian ini jika dibandingkan dengan ujian pra sebelumnya.
5.3

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Bagi meningkatkan pencapaian pelajar dan mengatasi kelemahan mereka yang


dapat saya kenalpasti, saya telah memperkenalkan dua kaedah mudah yang diharapkan
dapat membantu pelajar untuk lebih meningkatkan mutu bacaan al-Quran di samping
dapat menjawab soalan hukum-hukum tajwid dengan betul dan tepat. Kaedah yang saya
jalankan adalah seperti berikut:
7

1.

Menggunakan KEY WORDTEBAL / NIPIS KALIMAH/ HURUF

2.

Aktiviti harian PROGRAM SEHARI SATU MAD

Kedua-dua kaedah ini saya jalankan secara berasingan di mana kaedah pertama
saya jalankan sewaktu p&p di dalam kelas manakala kaedah kedua dilaksanakan oleh
pelajar sendiri di luar kelas. Pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:
AKTIVITI 1:
KEY WORDTEBAL / NIPIS KALIMAH/ HURUF
Guru menerangkan kepada pelajar tentang hukum iaitu Mad Lazim Muhafaf dan
Mad Lazim Muthaqal sepintas lalu untuk mengembalikan ingatan dan kefahamam
pelajar terhadap hukum tajwid ini dan menyebut key word yang telah dipilih untuk
menentukan hukum tajwid yang betul dan tepat serta cara aktiviti dijalankan. Setelah
pelajar dapat memahami teknik yang akan digunakan dalam aktiviti ini, guru memulakan
aktiviti berikut:
a)

Guru menyenaraikan contoh-contoh Mad Lazim secara umum dan pelajar akan
membunyikan atau menyebut contoh-contoh tersebut.

b)

Guru menunjukkan kad imbasan mengandungi kalimah-kalimah contoh Mad


Lazim dan pelajar akan menyebut contoh tersebut dengan menyatakan hukum
Mad Lazim itu sama ada TEBAL / NIPIS dan KALIMAH/ HURUF

c)

Guru menunjukkan contoh-contoh secara berselang seli mengikut pecahan bahagian


Mad Lazim manakala pelajar menyatakan hukum.

d)

Pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil iaitu satu kumpulan 5 orang pelajar
dan guru memberikan edaran kad imbasan contoh-contoh Mad Lazim yang
terdapat di dalam Al-Quran kepada setiap kumpulan.

e) Seorang daripada 5 orang murid akan menunjukkan contoh pada kad imbasan dan
pelajar lain menyebut hukum berdasarkan KEY WORD yang betul iaitu TEBAL
/ NIPIS dan KALIMAH/HURUF lalu mencatat dalam buku catatan.
8

f)

Setelah habis semua contoh, aktiviti ditukarkan di mana seorang dari 5 pelajar
terlibat akan menyebut hukum Mad Lazim manakala pelajar lain akan menuliskan
contoh dalam buku catatan.

g)

Guru berperanan mengawal dan mengawasi kelancaran aktiviti sambil


membimbing setiap kumpulan.

h)

Sebagai penilaian dan rumusan akhir, guru menunjukkan kad imbasan secara
rawak dan meminta pelajar menyatakan hukum dengan menyebut key word yang
sesuai.
i)

Kaedah ini telah dijalankan selama 8 minggu iaitu selama 20 minit bagi
setiap sesi p&p Tilawah Al Quran.

AKTIVITI 2:
PROGRAM SEHARI SATU MAD
Aktiviti ini telah dijalankan sendiri oleh pelajar setiap hari dengan
bimbingan dan pemantauan guru dari masa ke semasa. Pelaksanaannya adalah
seperti berikut:
a)

Guru menyediakan senarai semak mengandungi hukum-hukum tajwid dan


mengedarkan kepada setiap pelajar.

b)

Pelajar diminta mencari sekurang-kurangnya satu contoh hukum Mad Lazim


khususnya dan Mad Farie lainnya setiap hari berdasarkan ayat-ayat di
dalam Al-Quran.

c)

Pelajar menulis contoh-contoh tersebut di dalam borang senarai semak


mengikut jenis atau bahagian mad.

d)

Setiap minggu guru mengumpulkan borang senarai semak pelajar dan


menyemak sama ada betul atau salah.

e)

Selepas 4 minggu guru menggabungkan semua dapatan dari hasil kerja


pelajar dan mencetaknya untuk diedarkan kepada setiap pelajar.
9

10

f) Satu ujian penilaian khas disediakan oleh guru untuk menguji dan menilai
tahap penguasaan dan pencapaian pelajar terhadap program yang dijalankan.
5.4

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama 8 minggu. Kaedah yang saya
laksanakan dalam kajian ini telah dapat membantu meningkatkan pemahaman dan
pengetahuan pelajar dalam hukum tajwid serta memahirkan mereka menjawab soalansoalan berkaitan. Pelajar juga dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan lebih teratur dan
fasih serta betul tajwidnya. Secara keseluruhannya para pelajar dapat meningkatkan
prestasi akademik dan memantapkan pengetahuan ilmu tajwid mereka. Diharapkan
mereka juga akan lebih tekun menuntut ilmu dan sentiasa menjadikan bacaan al-Quran
sebagai rutin harian mereka.
Pelajar-pelajar 4 Sains lebih bersedia dan berminat untuk membaca ayat-ayat
bacaan dan terus menyatakan hukum-hukum tajwid yang terkandung dalam ayat tanpa
menunggu arahan guru.Mereka sentiasa berebut-rebut untuk menyebutkan hukum tajwid
dan cara bacaannya. Mereka juga menunjukkan minat yang lebih terhadap hukum tajwid
serta sering menunjukkan kepada guru soalan-soalan tajwid dalam buku kerja,soalansoalan SPM sebenar dan sebagainya dan meminta guru menyemak jawapan yang mereka
tuliskan sama ada betul atau salah.
5.5 Refleksi Kajian
Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 telah menunjukkan peningkatan
yang agak ketara dan diharapkan mereka akan meneruskan usaha dan kecemerlangan
prestasi dalam menghadapi ujian dan peperiksaan yang akan dihadapi khususnya SPM
yang bakal diharungi di Tingkatan 5 kelak. Walaupun cabang hukum tajwid yang saya
jadikan kajian hanyalah di peringkat asas dan meliputi sebahagian kecil sahaja tetapi
prestasi yang dicapai dan minat yang ditunjukkan oleh pelajar untuk mendalami hukum
tajwid adalah memberangsangkan dan diharapkan sentiasa menjadi panduan dalam
kehidupan mereka.
6.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Antara cadangan yang difikirkan dapat membantu guru dan pelajar seterusnya
adalah seperti berikut:
10

11

a)

Menggunakan teknik yang serupa untuk mengajar hukum tajwid tanpa mengira apa
hukumnya.

b)

Menggalakkan guru/ pelajar kelas lain menggunakan kaedah serupa atau bersesuaian
untuk memudahkan dan membantu pelajar dalam hukum tajwid.

c)

Guru membukukan hasil kerja pelajar untuk rujukan dan panduan dan diedarkan
kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5.

d)

Membekalkan soalan-soalan hukum tajwid kepada pelajar sebagai pengukuhan dan


latih tubi untuk memahirkan mereka dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan.

7.0

PENUTUP

Saya dapati, penyelidikan yang saya jalankan dapat memberi kesan positif kepada
pelajar sama ada dari segi sikap, kesungguhan dan prestasi akademik. Begitu juga kepada
guru di mana dapat mewujudkan suasana p&p yang lebih menarik dan berkesan. Semoga
hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar khususnya dan guru sendiri amnya.

Bibliografi
Diterjemah serta diberi Penjelasan oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Tafsir Pimpinan ArRahman kepada Pengertian AL-Quran. (1995) Bahagian Hal Ehwal Islam.Kuala
Lumpur:Penerbit Pustaka Fajar Sdn.Bhd.
Ustaz Mahadi b Dahlan dan Ustaz Azharuddin b Sahil. Al-Quran Rasm Uthmani.
Bertajwid dan Disertai Makna Jilid 1 hingga 10. (2006) , Kuala Lumpur: Pustaka Haji
Abdul Majid

12

Anda mungkin juga menyukai