Anda di halaman 1dari 1

Rujukan kami : EWF/SAP/P/2018-0068

20 September 2018

En Tony Ong Chin Wah (Guru Besar),


Pn Jainin Ulang (PK HEM)&
En Mohd Nazri Bin Kamarudin (Guru Penyelaras)
SRK Sacred Heart
Jalan Menteri
88100 Kota Kinabalu
Sabah

Tuan / Puan,

Lawatan Ke Rumah Pelajar Bantuan Eco World

Salam sejahtera dari Yayasan Eco World.


2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Lawatan ke rumah pelajar Bantuan Eco World dan taklimat akan diadakan
seperti berikut :
Tarikh Lawatan : 26 & 27 November 2018 ( Jumaat & Sabtu)
Tarikh Taklimat : 26 November 2018 (Jumaat)
Tempat Taklimat : Tingkat 1, Perpustakaan SJK (C) Chung Hwa, Kota Kinabalu
Masa Taklimat : 1.30 petang – 2.30 petang
Makan Tengahari : 1.00 petang – 1.30 petang

3. Objektif lawatan ini adalah untuk mengetahui latar belakang keluarga pelajar Program Bantuan Eco World. Pada masa
yang sama mendapat maklum balas atau cadangan-cadangan ibu bapa / penjaga tentang program ini demi kepentingan Pelajar
Bantuan Eco World.

4. Oleh yang demikian, pihak Yayasan meminta kerjasama pihak sekolah supaya setiap sekolah menghantar 8 orang guru
(2 orang dalam satu kumpulan) bagi menjayakan lawatan tersebut. Guru yang dihantar ke lawatan tersebut mesti mempunyai
kereta masing-masing. Diminta guru penyelaras mengemaskinikan alamat & nombor telefon pelajar SAP yang turut
dilampirkan dalam surat berkenaan.

5. Satu taklimat lawatan ke rumah akan diadakan pada 26 November 2018 di SJK (C) Chung Hwa, Kota Kinabalu dan ini
bertuju kepada semua guru dan kakitangan sukarelawan Eco World. Taklimat ini bertujuan memberi panduan & peraturan yang
mesti dipatuhi semasa lawatan ke rumah pelajar bantuan Eco World. Kerjasama anda amat dihargai.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kami En Tan di talian pejabat 03-3344 9732.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


YAYASAN ECO WORLD

TAN YANG WEI


PENOLONG PENGURUS,
PROGRAM BANTUAN PELAJAR ECO WORLD
BAGI PIHAK YBHG KAPTEN (B) DATO’ LIEW SIONG SING,
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, YAYASAN ECO WORLD
Eco World Foundation (1092420-1)
Suite 59, Setia Avenue, No. 2, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor D.E., Malaysia.
T +603 3344 9732 F +603 3343 9988 E ewf@ecoworld.my W www.ecoworld.my
Dikecualikan Cukai Pendapatan Menu rut Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Tarikh Kuatkuasa : 1 Jun 2015)
Exempted from tax under Section 44 (6) of The Income Tax Act 1967 (Effective Date : 1 June 2015)

Anda mungkin juga menyukai