Anda di halaman 1dari 4

ICE BREAKING

Aktiviti 1
Masa

20 Minit

Alatan

Tiada

Objektif

1.
2.

Langkah

1.
2.

Salam Mesra

Mewujudkan suasana yang selesa di kalangan peserta.


Mengurangkan rasa tertekan, takut.
Buat bulatan besar ( asing lelaki dan perempuan )
Bilang 1. 2. 3. mengikut peserta.

3. Peserta angka ganjil buat bulatan di dalam. Peserta di luar ikut


arah jam dan peserta di dalam lawan arah jam.
4.
bulatan.
Perbincangan: 1.
2.

Setiap peserta memperkenalkan diri kepada semua ahli dalam

Apakah perasaan adik-adik takut tak selesa malu

Apakah respons rakan-rakan adik apabila bercerita tentang diri sukadll

Pengajaran : 1. Pengenalan diri akan mewujudkan perhubungan yang mesra dengan


orang yang belum dikenali.

Aktiviti 2

: Dunia ku dunia baru

Masa

30 Minit

Alatan

Objektif

:
1. Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama
lain dalam suasana yang menyeronokkan.

Tiada

2. Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam
kelompok yang belum dikenali.
Langkah

1.
2.

Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 6.


Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.

3. Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad


diedarkan kepada mereka.
4. Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di
dunia ini tiada siapa yang boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan
gerakan yang tertentu. Mereka semua perlu mencari rakan yang sama jenis
untuk membentuk satu perkampungan.
-

Jenis pertama aksi menangis

Jenis kedua aksi burung terbang

Jenis ketiga aksi ketawa

Jenis keempat aksi garu kepala

Jenis kelima aksi bunyi motor

Jenis keenam aksi bunyi kucing

5. Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari rakan
lain yang sama jenis.
6.

Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu.

7. Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat gerakan
itu dan rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok.
Perbincangan: 1.
2.

Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti

Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.

Pengajaran : Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah,
sedia menghampiri dan tidak menunggu ditegur oleh orang lain.

Aktiviti 3 : Kendiriku

Aktiviti

Akukah itu?

Masa

30 minit

Alatan

Kertas A4 dan pen/pensel

Objektif

1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.

2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.


3. Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.

Langkah
:
1.
Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri
mengikut kebolehan masing-masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting)
2.
Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa
melakukan tugas ini.
3.
Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi
jangan tulis nama pada lukisan tersebut..
4.

Masa diberikan antara 5 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..

5.
Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian
menyerahkan semula kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat
itu tidak diserahkan kepada empunya lukisan.
6.
Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut
dengan hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa bergerak atau
bangun dari kerusi.
7.
Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah
susah untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka
dengan betul ketua akan menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul.
Pengajaran/ Rumusan
: 1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya
melihat
pada luaran sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak
sama dengan sikapnya yang sebenar.
2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendir tidak kenal siapa
diri kita

#
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu
menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif
terhadap kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai