Anda di halaman 1dari 1

pengumun kemerdekaan di padang bandar hilir melaka..

(TAjuk diluluskan setelah berbincng dgn Encik


Pada 20 Februari 1956, Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan di P
adang Banda Hilir, Melaka. Pada detik bersejarah ini YTM Tunku Abdul Rahman Putr
a, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang juga merupakan Yang Dipertua Agon
g Umno mengumumkan bahawa menurut Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pad
a 8 Februari 1956, Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan secara ras
minya pada 31 Ogos 1957. Serentak dengan pengumuman kemerdekaan itu pekikan Merde
ka' bergemuruh di angkasa raya Padang Banda Hilir yang dibanjiri oleh lebih dari
pada 100,000 orang yang datang dari seluruh pelosok Persekutuan Tanah Melayu. Pe
ngumuman Kemerdekaan ini dibuat sejurus selepas rombongan rundingan Kemerdekaan,
diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang  memeterai Perjanjian Keme
rdekaan pada 8 Februari 1956 kembali dari London. Kepulangan Rombongan Kemerdeka
an YTM Tunku Abdul Rahman Putra ini disambut dengan meriah, rombongan ini diarak
dengan diiringi oleh sepasukan pemuda bermotosikal dan berpuluh-puluh buah kere
ta dari Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ke Padang Banda Hilir, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai