Anda di halaman 1dari 22

20 ITEM UJIAN OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

, 1.

Sebaik-baik sahaja tiba di rumah, --------dimarahi bapanya kerana bermain hujan.


sehingga
basah kuyup.
A dia

mereka

B beliau

kalian

ARAS : PENGETAHUAN

2. Pertandingan bercerita

sekolah rendah

negeri Selangor

akan diadakan pada bulan hadapan.


A dipada

dalamdi

B antaradi

didi

ARAS

:KEFAHAMAN

3.

Pada Hari Raya ramai kaum lelaki memakai baju Melayu dan mereka kelihatan amat
______.
A cantik

hodoh

B tampan

comot

ARAS

4.

:KEFAHAMAN

_____ Azim cacat anggota


A Walaupuntetapi
B Baikmahupun
C Bukan sahaja tetapi juga
D Sedangkan inikan pula

ARAS

:KEFAHAMAN

dia berazam untuk berjaya seperti orang lain.

5.

Semangat patriotisme Encik Lim semakin ______ menjelang Hari Kebangsaan.


A berapi-api
B berdegup-degap
C berkobar-kobar
D berkibar-kibar
ARAS :PENGETAHUAN

6.

Lapan

rumah teres musnah dalam kebakaran pagi semalam.

A tingkat

pintu

B papan

pangsa

ARAS :PENGETAHUAN

7.

Suhaiza terkenang ____________________ orang tuanya yang masih berada di

Makkah.
A oleh

akan

B dengan

tentang

ARAS :PENGETAHUAN

8 .Puan Aminah tidak suka akan rumah itu, ________________

dia

bercadang untuk menjualnya.


A walhal

maka

B malahan

sedangkan

ARAS :KEFAHAMAN

Soalan 9 dan soalan 10.


Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan
betul.
9. A. Anak Pak Abu sudah besar.
B. Keris panjang alat besar negara.
C. Pak Mat sedang besar rumahnya.
D. Hatinya besar setelah mendapat hadiah.
ARAS :APLIKASI

10. A. Dia lalu mengangkat batu yang berat itu.


B. Jangan lalu di kawasan itu.
C. Abu lalu bermain dengan kawannya.
D. Siti ke dapur lalu menjerang air.
ARAS :APLIKASI

11. Ibu memasak rendang ayam kegemaran kami sekeluarga.

A.
B.
C.
D.

Kami sekeluarga memasak rendang ayam kegemaran ibu.


Ibu kegemaran kami menyediakan rendang ayam untuk kami.
Ibu memasak rendang dan ayam kegemaran kami.
Rendang ayam kegemaran kami sekeluarga dimasak oleh ibu.

ARAS :ANALISIS
12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Kempen Kesihatan itu dilancarkan di Menara Kuala Lumpur.
A. Apakah tujuan Kempen Kesihatan itu dilancarkan?
B. Bilakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?
C. Di manakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?
D. Siapakah yang merasmikan Kempen Kesihatan tersebut?
ARAS :ANALISIS
13. Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang betul.
A. Pemanah itu melepaskan anak panah dan tidak mengena
sasaran kerana busurnya patah.
B. Ayah berpesan kepada kakak supaya menjaga adik ketika beliau
bekerja.
C. Ibu membeli baju baru kepada adik agar adik gembira.
D. Dia membasuh baju tetapi menjemurnya.
ARAS :APLIKASI

14.Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan


betul.

I.
Sungai Rajang di Sarawak mempunyai cabang yang banyak.
II.
Bangunan yang cabang itu hampir roboh.
III.
Syarikat itu mempunyai cabang di seluruh negara.
IV.
Salah satu cabang Kursus Sebarab Am ialah Kursus Penyiaran.
A. I dan II sahaja.
B. I dan IV sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. I, III dan IV sahaja
ARAS :ANALISIS

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.
15 Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah fikiran buntu?
A Fikiran buntu berpunca daripada kelemahan otak.
B Kita tidak dapat berfikir dengan sempurna jika fikiran kita buntu.
C Kita hendaklah bertenang serta melakukan senaman kecil.
D Fikiran menjadi buntu jika kita terlalu banyak berfikir.
ARAS :ANALISIS
16. Dapatkah pasukan badminton Malaysia mengalahkan pasukan badminton
Denmark?
A Kejayaan pasukan Malaysia bergantung pada kekuatan pemain perseorangan.
B Pasukan Malaysia pernah mengalahkan pasukan Denmark sebelum ini.
C Jika pemain Malaysia bermain dengan sungguh-sungguh, pasukan Denmark pasti
dapat ditewaskan.
D Pemain Malaysia perlu bermain dengan yakin untuk mengalahkan pasukan
Denmark.
ARAS :ANALISIS

17. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I
II

Bariah sedang menanam sebatang pokok pisang di belakang rumahnya.


Kempen itu dapat menanam nilai kerjasama di kalangan penduduk.

III Penduduk kampung menanam mayat bayi kembar itu di dalam satu lubang.
IV Askar Israel menanam kepala mangsanya di dalam air.
A I, II, dan III
B I, III, dan IV
C II, III, dan IV
D I, II, III, dan IV
ARAS :ANALISIS

18 .I Orang yang keras kepala macam Rusli itu memang patut dipulaukan.
II

Menurut kata orang tua-tua, kawasan ini agak keras.

III Kuih itu agak keras kerana telah terlebih tepung.


IV Rempuhan keras Jebat telah mencederakan Tuah.
A I dan II
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D I, II, III, dan IV
ARAS :ANALISIS

19

.I

Sepakan kencang Badrul telah menggegar jaring buat kedua kalinya.

II

Fendi suka bercakap kencang dengan orang tuanya.

III Angin kencang diramalkan akan terus bertiup sehingga esok.


IV Boon mengikat tali kasutnya dengan kencang.
A I dan III

II dan IV

B II dan III

III dan

ARAS :ANALISIS

20. I
II

Mamat menutup botol itu dengan ketat untuk mengelakkannya dimasuki angin.
Semua baju yang dibelinya tahun lepas sudah ketat dan tidak boleh dipakai lagi.

III Pihak tentera Malaysia mengadakan kawalan ketat di perairan Malaysia.


IV Bas itu ketat dengan para penumpang yang ingin pergi ke pejabat.
A I dan III
B I, II, dan III
C II, III, dan IV
D I, II, III, dan IV
ARAS :ANALISIS

Soalan 21 hingga 30

Baca petikan syarahan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru besar, guruguru, dan rakan seperjuangan sekalian.
Pentingnya Persatuan Pengguna Ditubuhkan di Sekolah begitulah tajuk syarahan
saya pada pagi ini.
Pengguna ialah golongan masyarakat yang sering tertindas oleh pengusaha dan
para peniaga. Pengguna dijadikan alat oleh golongan tertentu untuk meraih kekayaan.
Kenaikan harga barangan sering dibebankan ke atas bahu pengguna. Pengguna dan
pembangunan ekonomi bagai taut dengan umpan. Tiada umpan, taut tidak mengena.
Begitulah sebaliknya.
Oleh yang demikian, pengguna perlu mempunyai pengetahuan tentang hak-hak
mereka sebagai

pengguna.Di

sinilah pentingnya

satu

persatuan

yang

dapat

membimbing dan memberi pendidikan kepada para pelajar tentang hal ehwal pengguna.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Persatuan pengguna di sekolah dapat melahirkan masyarakat pengguna yang
bijaksana. Caranya ialah melatih mereka membuat keputusan dengan bijak, iaitu
memilih sesuatu barangan yang mempunyai nilai yang sepadan dengan harganya. Oleh
yang demikian, mereka tidak mudah terpedaya.
Selain itu, pelajar yang menjadi ahli Persatuan Pengguna akan dapat dilatih menjadi
pengguna yang berdisiplin, iaitu mereka berbelanja mengikut kemampuan mereka.
Sikap yang demikian akan membantu pihak kerajaan membendung inflasi.
Seperti yang kita maklum, negara kita pernah melaksanakan kempen Inflasi Sifar.
Kempen ini bertujuan menyedarkan masyarakat akan kesan inflasi terhadap negara.
Langkah sebegini amat perlu untuk mengawal kenaikan harga barangan. Dalam hal ini,
Persatuan Pengguna dapat memainkan peranan yang penting dalam memupuk
kesedaran pada peringkat akar umbi, iaitu di sekolah. Saya akhiri syarahan ini dengan
slogan Pengguna Berpendidikan Teras Kemajuan.
Sekian, terima kasih.

21.Mengapakah Persatuan Pengguna perlu ditubuhkan di sekolah?

A Untuk melatih pelajar berjimat cermat


B Untuk mengasuh pelajar membendung inflasi
C Untuk memberi pendidikan kepenggunaan kepada pelajar
D Untuk melatih pelajar membuat penilaian harga barang
ARAS :PENILAIAN

22.Mengapakah pemidato mengatakan bahawa pengguna sering tertindas?


A Kerana pengguna sering terpedaya oleh jualan murah
B Kerana pengguna ialah tempat pengusaha mengaut untung
C Kerana pengguna tidak dapat dipisahkan daripada pengusaha
D Kerana pengguna sering menjadi mangsa kenaikan harga barang
ARAS : PENILAIAN

23.Pilihan yang bijak menurut pemidato ialah


A pengguna yang pandai memilih barangan yang baik.
B pengguna yang bijak menawar harga barangan yang dibelinya.
C pengguna yang dapat menilai buatan barangan yang dbelinya.
D pengguna yang pandai menilai mutu dengan harga barangan.
ARAS : SINTESIS
24.Maksud bagai taut dengan umpan dalam petikan di atas ialah
A saling memerlukan.
B saling berkaitan.
C saling bermusuhan.
D saling membantu.
ARAS : KAFAHAMAN
25.Kenaikan harga hanya dapat dikawal jika

A pengguna tidak berbelanja.


B pengguna bijak berbelanja.
C pengguna berbelanja pada hari sabtu sahaja.
D pengguna membeli barangan yang murah sahaja.
ARAS : PENILAIAN

Soalan 26 hingga 30.


Baca petikan laporan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya.
Laporan Lawatan Rombongan Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik, Perak
ke Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan

Pada 3 Mac 2005, satu rombongan dari Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik,
Perak telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Seramai 55
orang ahli rombongan yang menyertai rombongan ini. Mereka terdiri daripada tujuh
orang guru lelaki, enam orang guru wanita, 15 orang murid murid perempuan, 22 orang
murid lelaki, dan lima orang pekerja. Mereka tiba di perkarangan sekolah dengan
sebuah bas sejam lewat dari masa yang dijadualkan mengikut surat yang dikirimkan
seminggu sebelum tarikh lawatan.
Kunjungan mereka disambut oleh Guru Besar, penolong-penolong kanan, dan
guru-guru Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Selepas bersalaman, ahli rombongan
dipersilakan ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat khas daripada Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan berhubung pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Guru Besar juga menyentuh tentang disiplin murid, hubungan ibu bapa serta kerjasama
guru-guru yang telah menghasilkan kejayaan sekolah dalam peperiksaan UPSR selama
tiga tahun berturut-turut.
Selepas taklimat Guru Besar, mereka berpeluang mendengar ceramah strategi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik,dan Bahasa Inggeris oleh
guru-guru berkenaan. Ahli rombongan berkesempatan berbincang dan mengetahui
rahsia kejayaan Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Mereka berada di Bilik Gerakan
selama kira-kira dua jam. Selepas berbincang, mereka menikmati jamuan ringan yang
disediakan oleh tuan rumah.

Sebaik sahaja selesai perbincangan, rombongan ini dibawa melawat pusat


sumber, taman bacaan, laluan ilmu, dan melihat proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Mereka telah diberi penerangan oleh guru pengiring.
Selain itu, mereka mengambil kesempatan beramah mesra dengan guru-guru
dan murid-murid sekolah ini. Kehadiran mereka di sekolah ini membanggakan pihak
sekolah.
Jam 1.30 petang, rombongan mereka pun berlepas pulang, iaitu setelah berada
di sekolah ini kira-kira empat jam. Sebelum berpisah, wakil kedua-dua buah sekolah
bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenangan.

Yang menjalankan tugas,

Ismail
(ISMAIL BIN ABDULLAH)
Setiausaha Guru,
Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan,
Johor Bahru, Johor.

17 MAC 2014.

26 Bilakah Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan dimaklumkan tentang lawatan itu?


A 24 Februari 2004
B 25 Februari 2004
C 26 Februari 2004
D 27 Februari 2004
ARAS : APLIKASI

27.Mengapakah ahli rombongan itu dibawa ke Bilik Gerakan?


A Untuk menikmati jamuan ringan
B Untuk berkenal mesra
C Untuk mendengar takllimat
D Untuk bertukar-tukar hadiah
ARAS : SINTESIS

28.Apakah yang mendorong Sekolah Kebangsaan Seri Andika mengadakan lawatan ke


Sekolah Kebangsaan Sinar harapan?
A Kerjasama ibu bapa
B Kecemerlangan sekolah
C Kesungguhan murid-murid
D Melihat kawasan sekitar sekolah
ARAS : PENILAIAN

29.Tempat yang tidak dilawati oleh rombong- an Sekolah Seri Andika semasa lawatan itu ialah
A bilik guru.

taman bacaan.

B perpustakaan.

bilik darjah.

ARAS : PENGETAHUAN

30.Apakah yang membanggakan pihak Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan daripada lawatan
itu?
A Mendapat penghormatan
B Dapat menyambut tetamu
C Dapat menyambung silaturrahim
D Mengetahui rahsia kejayaan sekolah
ARAS : PENILAIAN

SOALAN SUBJEKTIF
Isikan tempat kosong dengan kata perintah yang sesuai.
harap

Usah

jJangan

Nsila

1._____________________bermain di tepi longkang,larang Puan Nabila kepada


anaknya.
ARAS : APLIKASI
2._____________________ awak sudi temankan saya makan di kantin , kata Linda
kepada Hanis.
ARAS :APLIKASI
3.______________________ selalu menangguh kerja , pesan Mak Limah kepada
cucunya.
ARAS :APLIKASI
4.Para hadirin, ______________________ masuk ke dalam dewan kerana majlis akan
bermula sekejap
lagi, kata Pengerusi Majlis.
ARAS : APLIKASI
5.Asif, ____________________ letakkan beg ayah di dalam bilik. Kata Encik Jamius.
ARAS : APLIKASI

tolong

Tulis karangan bagi tajuk-tajuk yang diberikan. Panjangnya karangan kamu mestilah
tidak kurang daripada 80 patah kata dan tidak melebihi 120 patah kata.
SOALAN 1
Kamu baru menyertai pertandingan pidato peringkat negeri dan diumumkan pemidato terbaik.
Tulis surat kepada sepupu kamu untuk menceritakan kejayaan kamu itu.
ARAS :PENILAIAN

SOALAN 2
Kamu sedang membeli-belah di sebuah pasar raya. Tiba-tiba kamu terdengar suara kanakkanak menangis.
Ceritakan peristiwa yang berlaku selepas itu.
ARAS : SINTESIS

SOALAN 3
Sikap ibu bapa mempengaruhi tingkah laku anak-anak mereka.
Bincangkan penyataan ini.
ARAS : PENILAIAN

SOALAN 4
Kamu sidang pengarang majalah sekolah dan dikehendaki mewawancara guru yang paling
lama bertugas di sekolah kamu.
Tulis dialog antara kamu dengan guru tersebut.
ARAS : SINTESIS
SOALAN 5
Andaikan kamu pengerusi penduduk di sebuah taman perumahan.
Tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan untuk meminta mereka membaik pulih taman
permainan kanak-kanak
ARAS : ANALISIS

TUGASAN 1. ( i )
Pentaksiran Bahasa Melayu sekolah Rendah merupakan subjek yang menfokuskan
teknik-teknik dalam mengaplikasikan pengertian dan konsep pengujian, penilaian dan
pengukuran.
Pembelajaran matapelajaran ini juga menekankan tentang taksonomi Bloom dan juga
Domain Krathwohl dalam pembinaan jadual spesifikasi ujian .
Konsep pentaksiran.
Pentaksiran ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk
proses pendidikan Mokhtar Ismail (1985), pentaksiran ialah langkah untuk menentukantahap
sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.
Konsep Pentaksiran
Konsep pentaksiran terdiri daripada proses, maklumat penghakiman dan produk
Proses bermaksud langkah ataupun tindakan serta operasi yang di gunakan untuk
mendapatkan hasil yang di kehendaki.
Maklumat pula ialah bukti tantang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang di taksir.
Aspek penghakiman pula ialah merupakan pertimbanagan tentang pencapaian pendidikan
pelajar.
Produk pula adalah melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar perolehi
setelah menjalani proses pembelajaran.
Konsep pengujian.
Pengujian adalah satu proses penyerahan set soalan yang standard , atau set instrumen
bagi mengukur sampel tingkah laku seseorang pelajar itu.Tujuan pengujian adalah untuk
menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat
menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai.
Pengujian boleh dilaksanakan dengan mengadakan pemerhatian, ujian bertulis atau
ujian lisan.Biasanya pengujian ini dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran
yang di ajar oleh guru.
Pengujian boleh dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu sebelum ,semasa dan
selepas sesuatu pengajaran. Ujian yang diberi sebelum pengajaran adalah bertujuan untuk
mengumpul maklumat dan dikenali sebagai ujian pra atau pre test. Manakala ujian yang diberi
semasa pengajaran atau selepas pengajaran boleh diberi secara lisan atau bertulis . Ini
bertujuan untuk mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar pelajar dan untuk
mengetahui pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Proses pengujian lazimnya bermula denqan peringkat persediaan diikuti dengan


pelaksanaan ( pentadbiran ujian) dan akhir sekali dengan pemeriksaan skrip jawapan. Hasil
daripada proses pengujian ini seseorang guru dapat mengetahui samada murid mereka telah
menguasai kemahiran yang diajar.

Sebagai kesimpulannya pengujian adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat


tentang perubahan tingkah laku seseorang secara individu. Pemberian ujian merupakan satu
set soalan yang berkehendakkan pelajar memberi set tindak balas atau respon. Pengukuran
ujian hanya untuk mendapat markah sahaja.
Konsep penilaian
Penilaian di definisikan

dengan banyak cara.Stufflebeam et al. (1971) menyatakan

bahawa . accessment is the process of delineating, obtaining and providing useful information
for judgements decision alternatives.Kenyataan beliau bermaksud penilaian adalah satu proses
untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbanagan dan
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh
dijalankan sebelum , semasa atau selepas pembelajaran. Penilaian juga boleh dijalankan
berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.
Menurut Gay ( 1985 ) penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul
dan menganalisa data untuk menentukan sesuatu objektif yang telah ditetapkan tercapai.
Proses ini akan membantu guru membuat pertimbangan atau keputusan dengan tepat
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Pophan ( 1975 ) pula menyatakan , penilaian yang sistematik harus mengandungi satu
tafsiran yang berformat tentang nilai fonomena pendidikan. Penilaian pendidikan sebenanya
mencakupi aspek aspek seperti hasil pembelajaraan, program pengajaran dan matlamat
kearah usaha pengajaran yang dilakukan.
Sebenarnya penilaian pelajar boleh dibuat dalam dua keadaan iaitu melalui keputusan
ujian dan maklumat lain yang berkaitan dengan prestasi pelajar. Dan satu lagi penilaian dibuat
tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian, tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai
semata mata.

Rentetan di atas bermaksud , penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan


maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau kualitatif atau kedua duanya. Secara
kualitatif , maklumat diperolehi melalui penilaian yang berbentuk angka dan maklumat ii boleh
disusun , diskriminasikan dan diringkaskan.
Penilaian diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat melalui pengukuran , untuk
menetapkan sesuatu kriteria

dan membuat pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil

pengukuran.
Sebagai kesimpulannya , penilaian

dalam pendidikan merupakan suatu proses

mentafsir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Ia juga
adalah proses yang menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat tafsiran dan
keputusan.

Konsep pengukuran
Pengukuran pula ialah satu proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan
pencapaian individu.Pengukuran berfungsi untuk mengesan hasil pembelajaran, jenis-jenis
kemahiran dan kemajuan proses pembelajaran murid-murid.
Terdapat pelbagai cara yang di jalankan

untuk memperoleh data kuantitatif

itu.Pengukuran adalah lebih menfokuskan kepada satu-satu unit pembelajaran sahaja.


Hadil daripada proses pengukuran ini dapat menunjukkan pencapaian dalam segmen
pelajaran dapat di ukur.
.

Tugasan 1 ( ii )
Terdapat perbezaan diantara pengujian, pengukuran dan penilaian .Perbezaan ini boleh
dilihat daripada segi definisinya iaitu pengujian merupakan pengukuran perubahan tingkah
laku, pengukuran adalah proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian
individu manakala penilaian adalah proses mentaksir perubahan tingkah laku.
Daripada segi fungsinya pula , pengujian adalah berfungsi untuk mengesan hasil
pembelajaran itu sendiri, bagi pengukuran pula ia berfungsi untuk mengesan hasil
pembelajaran, jenis-jenis kemahiran dan kemajuan murid-murid di dalam kelas.penilaian
berfungsi untuk membuat pentaksiran tentang pencapaian murid untuk pemulihan.
Daripada segi cara perlaksanaan nya pula, pengujian di jalankan melalui soalan ujian
yang di edarkan kepada murid.Pengukuran dapat di jalankan dengan pelbagai cara untuk
memperoleh data kuantitatif.Penilaian dijalankan melalui ujian dan alat0alat lain seperti soal
selidik.
Pengujian dan pengukuran lebih menfokuskan kepada satu-satu unit pembelajaran
sahaja manakala penilaian lebih menfokuskan kepada maklumat pengujian dan data kualitatif
dan pemerhatian.
Pengujian dapat menunjukkan pencapaian murid dalam satu atau beberapa unit
pembelajaran manakala pengukuran dapat menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran
yang di ukur.Bagi penilaian pula ia dapat menunjukkan pencapaian dan tingkah laku murid
secara keseluruhan.
Terdapat juga persamaan diantara ketiga tiga konsep ini iaitu kesemua pengujian,
pengukuran dan penilaian akan dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai