Anda di halaman 1dari 3

JURNAL

Minggu
Tarikh Peristiwa/ Kejadian
Tajuk Jurnal

: Keempat
: 30 April 6 Mei 2012
: Bahan Bantu Mengajar (BBM)

MASALAH
Pada minggu keempat, saya telah diselia oleh Ustaz Mohd Nahi bin Abdullah pada 2 Mei 2011
bagi subjek major saya, iaitu Pendidikan Al - Quran Dan As - Sunnah. Semasa diselia, saya dapat
mengatasi masalah pengawalan kelas tetapi saya menghadapi masalah kekurangan penggunaan
bahan Bantu mengajar ( BBM ) dalam proses P&P. Keadaan ini menyebabkan, pelajar-pelajar
merasa bosan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Secara tidak langsung proses P&P
agak terganggu.
ANALISIS MASALAH
Pada permulaan sesi P&P, tidak dinafikan bahwa saya kurang menggunakan bahan bantu
mengajar (BBM) kepada pelajar - pelajar. Saya lebih banyak menerangkan kepada pelajar
tentang topik pada hari tersebut. Pada pandangan saya, aktiviti penerangan tersebut, akan
membuatkan pelajar akan mudah faham. Pada hakikatnya, pelajar - pelajar ini akan mudah
bosan dan hilang tumpuan. Saya juga kurang menggunakan ICT di dalam aktiviti P&P.
Seperti yang kita tahu pelajar - pelajar tidak boleh memberikan tumpuan dalam masa yang lama.
Mereka hanya dapat memberi tumpuan disekitar 20 minit awal interaksi sahaja. Mereka akan
mudah bosan dan akan membuat bising di dalam kelas. Apabila keadaan ini terjadi secara tidak
langsung akan mengganggu perjalanan proses P&P. mereka lebih suka sesuatu aktiviti yang
seronok, seperti menyanyi, permainan, dan sebagainya.
Kelemahan ini, sedikit sebanyak mengganggu proses P&P saya dan hasil pembelajaran yang
dirancang ada kalanya agak tidak tercapai sepenuhnya. Keadaan ini terjadi adalah
berkemungkinan, kerana saya kurang kreatif dalam pembinaan dan penggunaan bahan bantu
mengajar. Selain itu, saya juga tidak yakin dengan penggunaan bahan bantu mengajar seperti
permainan kepada murid.

CADANGAN
Keadaan ini adalah tidak sepatutnya terjadi. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar merupakan
satu media pengajaran yang boleh membantu guru dan membolehkan pelajar lebih memahami
ilmu yang diajar. Pemilihan bahan bantu mengajar yang betul dan sesuai adalah amat penting
untuk menjadikan proses P&P lebih berjalan dengan lebih berkesan.
1. Pemilihan bahan.
Pemilihan bahan bantu mengajar haruslah selaras dengan objektif pembelajaran murid pada hari
tersebut. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu pelajar lebih memahami pengajaran
yang diajar pada hari tersebut. Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan
falsafah pendidikan.
Bahan bantu mengajar yang di pilih haruslah yang boleh membantu pelajar untuk
memperkembangkan potensi mereka. Bahan-bahan yang digunakan mesti mempunyai unsur
intelek (pengetahuan) dan juga mewujudkan nilai-nilai murni.
Saya juga akan menyenaraikan semua BBM saya dan mengemaskini jenisnya bagi disesuaikan
untuk sesi pengajaran mengikut mata pelajaran.
2. Lebih menggunakan ICT
Selaras dengan zaman yang serba berteknologi, teknik pengajaran juga mula berubah. Selain
daripada bahan bantu mengajar yang sedia ada seperti buku teks dan buku latihan, latihan
interaktif menggunakan komputer juga boleh digunakan. Dengan grafik yang menarik, dapat
menarik minat murid untuk terus belajar. pelajar - pelajar gemar untuk mencuba sesuatu yang
baru, contohnya seperti penggunaan laptop guru yang saya gunakan setiap hari.
Selain daripada latihan-latihan, guru juga boleh menggunakan ICT ketika proses pengajaran
seperti slideshow gambar-gambar dan juga huruf-huruf. Penggunaan ICT ini akan lebih
membantu guru untuk mengajar dan mengawal tingkah laku pelajar - pelajar supaya mereka
boleh memberi tumpuan ketika proses P&P, dan juga membantu pelajar lebih memahami topik
yang diajar.

TEMPOH PENYELESAIAN
Daripada hari ini hingga saya tamat praktikum.
TINDAKAN SUSULAN
Sebagai tindakan susulan, saya akan sentiasa berbincang dengan guru pembimbing tentang
penggunaan bahan bantu mengajar. Perbincangan yang dibuat dapat menambahbaikkan
penggunaan bahan bantu mengajar saya, agar ianya lebih sesuai dan di pelbagaikan agar ia lebih
berkesan. Secara tidak langsung hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai dengan penuh
warna warni dan menggembirakan semua pihak.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah BBM ini adalah masalah yang amat minimum dan ianya boleh
diatasi dengan segera. Pelajar - pelajar adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan
bangsa dan negara pada masa akan datang. Pembelajaran yang efektif adalah kunci kejayaan
pendidikan bagi generasi baru akan datang mempunyai daya kreativiti yang kukuh. Guru sebagai
tulang belakang modal insan negara, perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelaksaan
sesuatu usaha pemantapan startergi pengajaran dan pembelajarannya setiap hari.

Anda mungkin juga menyukai