Anda di halaman 1dari 16

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA,
JALAN MAKTAB,DURIAN DAUN,
75400 MELAKA.

NAMA PELAJAR

: MASTURA BT RAHMAT

ANGKA GILIRAN

: 2013141360018

NO KAD PENGENALAN : 780308-01-6130


KUMPULAN KURSUS

: PPG AMBILAN KHAS MT 1

KOD

: SJH3033E

MATA PELAJARAN

: KURIKULUM SEJARAH
SEKOLAH RENDAH

PENSYARAH PEMBIMBING : EN DZULKIFLI BIN ABD


SAMAD
TARIKH SERAHAN

ISI KANDUNGAN

: 23 OGOS 2014

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

BIL
1
2

TAJUK
Pengenalan
Tugasan 1:
Anda dikehendaki menghasilkan nota menggunakan kemahiran power point
berkaitan dengan satu tajuk daripada Dokumen Standard Sekolah Rendah

mata pelajaran Sejarah Tahun Empat (satu hingga tiga halaman)


TUGASAN 2: ESEI
Anda dikehendaki menulis esei dengan memberi pendapat tentang usaha
guru secara kreatif dalam menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai
sivik daripada Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah
mata pelajaran Sejarah Tahun Empat semasa menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
(Panjang dalam lingkungan 1 000 patah perkataan atau lima hingga enam
halaman)
A) ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
B) KEMAHIRAN PEMBELAJARAN SEJARAH
C) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
D) PENILAIAN

4
5

E) CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH


Refleksi
Bibliografi

PENGENALAN

MUKA SURAT

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

TUGASAN 2: ESEI(60%)
Anda dikehendaki menulis esei dengan memberi pendapat tentang usaha guru secara kreatif
dalam menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik daripada Dokumen Standard

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah Tahun Empat semasa
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
(Panjang dalam lingkungan 1 000 patah perkataan atau lima hingga enam halaman)
A) ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran sejarah di
sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu
padu,berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada Negara, bersemangat kekitaan,
berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara
yang cemerlang. Pelaksanaannya adalah secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penerapan elemen tersebut bagi memupuk minat murid
terhadap sejarah.
Matlamat utama penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kurikulum
Sejarah untuk membentuk warganegara yang berketrampilan dan bermaklumat terdiri daripada
6 dimensi kewarganegaraan.Dimensi-dimensi tersebut adalah
a) perkongsian sejarah
b) perkongsian nilai
c) perasaan kekitaan
d) perkongsian masa depan
e) kesetiaan,tanggungjawab warganegara
f)

keterikatan emosi kepada negara.

Setiap dimensi mempunyai ciri-ciri warganegara yang diharapkan dan terdiri daripada beberapa
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang perlu diterapkan.
Bagi dimensi pertama iaitu perkongsian sejarah, diharapkan ciri-ciri warganegara yang
mengetahui dan memahami sejarah pembentukan negara dapat dikuasai murid. Antara elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik yang perlu diterapkan adalah :
a) berbangga dengan sejarah asal usul Negara
b) menghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu tradisional
c) mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas Negara
d) menghayati peristiwa kemerdekaan negara

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

e) memelihara warisan negara.


Bagi dimensi kedua iaitu perkongsian nilai, diharapkan ciri-ciri warganegara yang
mengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah dapat dikuasai murid. Antara elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik yang perlu diterapkan adalah:
a) menyanjungi prinsip Rukun Negara
b) menghormati kepelbagaian agama dan budaya
c) berbangga dengan lambang dan simbol negara.
Bagi dimensi ketiga iaitu perasaan kekitaan, diharapkan ciri-ciri warganegara yang
membentuk sikap sepunya dan kebersamaan dapat dikuasai murid. Antara elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik yang perlu diterapkan adalah :
a) menghormati amalan kepelbagaian kaum,budaya dan agama
b) berbangga dengan hari kemerdekaan
c) memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
d) berbangga dengan pencapaian negara.
Bagi dimensi keempat iaitu perkongsian masa depan, diharapkan ciri-ciri warganegara
yang membina keyakinan dan tanggungjawab mencorakkan negara pada masa depan dapat
dikuasai murid. Antara elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang perlu diterapkan adalah:
a) menghormati masyarakat pelbagai kaum
b) memakmurkan ekonomi negara
c) mengekalkan warisan negara.
Bagi dimensi kelima iaitu kesetiaan, diharapkan ciri-ciri warganegara yang memupuk
kepercayaan kepada Tuhan dan memupuk perasaan taat dan setia pada negara dapat dikuasai
murid. Antara elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang perlu diterapkan adalah :
a) mematuhi perintah Tuhan
b) mentaati Raja dan Negara
c) menghormati pemimpin negara
d) mematuhi undang-undang dan peraturan negara.
Bagi dimensi keenam iaitu tanggungjawab warganegara, diharapkan ciri-ciri
warganegara yang mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

sepenuh hati dapat dikuasai murid. Antara elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang perlu
diterapkan adalah :
a) mempertahankan identiti Negara
b) mempertahankan warisan Negara
c) menerima perbezaan kaum,budaya dan agama.
Bagi dimensi ketujuh iaitu keterikatan emosi kepada negara, diharapkan ciri-ciri
warganegara yang mempunyai perasaan cinta akan negara yang mendalam dan berusaha
mempertahankannya dapat dikuasai murid. Antara elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
yang perlu diterapkan adalah:
a) menghargai sejarah asal usul Negara
b) menghargai warisan Negara
c) menghargai identiti Negara
d) menghayati prinsip Rukun Negara,
e) bersyukur dengan keharmonian kaum
f)

bersyukur dengan kemajuan ekonomi

g) berbangga dengan pencapaian negara.


Bagi melahirkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik kepada murid, beberapa
kaedah harus dilalui. Antaranya aktiviti soal jawab, kajian kes, pemerhatian serta kaedahkaedah lain yang sesuai. Perkara tersebut berdasarkan kreativiti guru serta kebolehan murid
semasa pengajaran dan pembelajaran. Contohnya dalam tajuk Zaman Air Batu bagi K.2.1.4
(menyatakan keperluan menghargai alam sekitar), beberapa contoh soalan yang sesuai
diberikan kepada murid.Antaranya:
1) Adakah kita perlu menjaga alam sekitar?
2) Mengapakah kamu perlu menghargai keindahan alam sekitar?
3) Bagaimana kamu dapat menyatakan rasa bangga terhadap keindahan alam sekitar?

B) KEMAHIRAN PEMBELAJARAN SEJARAH


Matapelajaran Sejarah mempunyai teras struktur disiplin yang sistematik bagi
mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Pembelajaran Sejarah
penting dalam mencapai matlamat tersebut.Kemahiran ini terdiri daripada beberapa perkara
seperti :

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah


a) Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah
b) Kemahiran Kreatif dan Inovatif
c) Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
d) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan proses kognitif yang membolehkan
murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru.Kemahiran ini juga
membantu murid memahami bagaimana sejarawan menggabungjalinkan peristiwa lalu dengan
menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah
meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif. Penguasaan kesemua elemen dalam kemahiran ini
membolehkan murid dapat melihat sesuatu peristiwa sejarah secara empati.Kemahiran ini
sesuai diaplikasikan dalam hampir semua situasi pengajaran dan pembelajaran.Penerapan
kemahiran ini dapat membantu guru menghidupkan suasana pembelajaran Sejarah yang
sekaligus boleh meningkatkan minat murid.Ini membolehkan murid menjadi lebih kritis,kreatif
dan inovatif.
Kemahiran Pembelajaran Sejarah yang pertama adalah Asas Kemahiran Pemikiran
Sejarah.Aspek-aspek perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah adalah :
a) Elemen Asas Sejarah
b) Konsep Masa
c) Susunan Masa
d) Konversi Masa
e) Isu dan Masalah Lalu
f)

Perbandingan Masa Lalu

g) Imaginasi dan Empati


h) Mencari Sumber
i)

Signifikan Bukti .

Kemahiran Pembelajaran Sejarah yang kedua adalah Kemahiran Kreatif dan


Inovatif.Terdapat beberapa elemen Kemahiran Pembelajaran Sejarah yang boleh dikaitkan
dengan fasa kreatif. Antaranya adalah :
a) kemahiran memahami kronologi,
b) meneroka bukti
c) membuat interpretasi
d) membuat imaginasi

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

e) membuat rasionalisasi
f)

membuat penjelasan dan empati.

Kemahiran-kemahiran tersebut terdiri daripada 4 fasa iaitu fasa persediaan, imaginasi,


perkembangan dan tindakan.
Kemahiran Pembelajaran Sejarah yang ketiga adalah Pembelajaran Berasaskan Inkuiri.
Kemahiran inkuiri dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan sikap ingin tahu dalam
kalangan murid.Semasa melaksanakan inkuiri, murid akan lebih peka kepada keadaan
masyarakat dan persekitarannya.Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran ang berpusatkan murid. Murid berperanan merancang dan menjalankan aktiviti
pembelajaran.Mereka melibatkan diri secara aktif untuk mencari dan mengumpul maklumat
melalui pelbagai aktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal, berbincang, membuat rujukan,
uji kaji dan kaji siasat. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan dalam
pelbagai teknik pembelajaran seperti kerja projek, simulasi, lawatan, main peranan dan kuiz.
Kemahiran inkuiri digunakan dalam kajian kes kerana membolehkan murid memperoleh
ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui penaakulan. Kemampuan mencari dan
mengumpul maklumat melalui pelbagai aktiviti tersebut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang lebih bermakna dan berkesan.Menerusi kemahiran ini,guru juga boleh
berperanan sebagai pembimbing untuk merangsang minat murid ,menjadi lebih yakin dalam
menjalankan aktiviti pembelajaran.
Terdapat lima peringkat dalam kemahiran inkuiri.Peringkat-peringkat kemahiran inkuiri
adalah mengenalpasti tajuk,menentukan kaedah mencari maklumat,mengumpul
maklumat,mengkaji maklumat dan membuat rumusan.
Kemahiran Pembelajaran Sejarah yang keempat adalah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT).Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan
memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis(KBKK).Kemahiran ini menekankan
kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi.Bermula tahun 2011,Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi(KBAT).
Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya
tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat dan berpatriotik serta mempunyai kemahiran
berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan
6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global
yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian , identiti sosial,
pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah
melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan
projek.Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan
Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan
murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.
C) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
Keberkesanan dan kejayaan pengajaran dan pembelajaran Sejarah bergantung kepada
kreativiti guru merancang,mengolah dan melaksanakan pendekatan, kaedah, teknik secara
bersepadu dan sistematik. Guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif agar dapat menimbulkan
suasana pembelajaran yang menarik. Di samping itu, guru mesti memberi fokus kepada
penerapan dan pengamalan berterusan tentang elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Guru
hendaklah mengajar tentang kandungan sejarah dahulu berpandukan standard pembelajaran
(contoh: 1.1.1) dan seterusnya mengaitkan serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik (contoh: K1.1.7). terdapat beberapa kaedah
pengajaran dan pembelajaran Sejarah.Kaedah-kaedah tersebut adalah sepertimana berikut:
1) Kajian Kes
1.1.

Kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk deskriptif atau penerangan.

1.2.

Murid mengenalpasti permasalahan, merancang, mengolah isi dan memberi


rumusan terhadap satu permasalahan.

1.3.

Dapat menggalakkan penglibatan murid dan memupuk kemahiran penyelesaian


masalah dan sikap ingin tahu.

2) Kemahiran Berfikir
2.1 Kemahiran berfikir secara kreatif,kritis dan inovatif
2.2 Bagi membina dan memahami konsep, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.
3) Belajar Cara Belajar
3.1 Bagi menyediakan murid berupaya belajar sendiri tanpa guru,menggunakan

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah 10


pengetahuan sedia ada,rakan-rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran
3.2. Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri serta
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam situasi berlainan.
4) Pembelajaran Masteri
4.1 Murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.
4.2 Peruntukan masa yang mencukupi dan proses pembelajaran dan pengajaran yang
berkualiti diperlukan.
5) Pembelajaran Akses Kendiri
5.1 Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan
sendiri
5.2 Murid lebih bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajarn mereka.
6) Pembelajaran Luar Bilik Darjah
6.1 Menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah.
6.2 Persekitaran pembelajaran yang progresif dan mengukuhkan kefahaman murid.
6.3 Memberi

pengalaman

sebenar,

bermakna

dan

menyeronokkan

serta

mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan.


7) Pembelajaran Secara Kontekstual
7.1 Pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on
7.2 Menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat
dan persekitaran.
8) Pembelajaran Secara Konstruktivisme
8.1 Murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
9) Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
9.1 Berasaskan kecerdasan murid yang pelbagai:
9.1.1 verbal linguistik
9.1.2 logik matematik
9.1.3 visual ruang

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah 11


9.1.4 kinestetik
9.1.5 muzik
9.1.6 interpersonal
9.1.7 intrapersonal
9.1.8 naturalis
9.2 Membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar
dan boleh menjana masalah baru untuk diselesaikan serta kebolehan membuat
sesuatu.
10) Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
10.1 Membantu murid membuat pertimbangan terhadap kemungkinan yang akan
berlaku pada masa depan, sebelum membuat keputusan.
10.2 Mendidik murid supaya bersedia menghadapi cabaran dan perubahan, di samping
menyedari bahawa masa deapan akan pasti berubah.
11) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
11.1 Penggunaan TMK secara berfikrah,terancang dan bersesuaian.
11.2 Bagi meningkatkan motivasi diri dan mengamalkan pembelajaran kendiri.
11.3 Pelaksanaan secara tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.
12) Aplikasi Teknik Theory of Constraints
12.1.

Teknik Awan
12.1.1 Membuat keputusan yang memikirkan sesuatu kejadian,situasi, idea, dan
penyelesaian konflik luaran yang melibatkan satu pihak dan hanya satu
kehendak sahaja.

12.2.

Teknik Sebab dan Akibat


12.2.1 Menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara logik atau
menaakul.
12.2.2 Dapat kenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang
berfokus.

12.3.

Teknik Penyelesaian Masalah


12.3.1 Merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah 12


menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang
telah ditetapkan.
13) Teknik Belajar Sambil Bermain
13.1 Belajar dalam suasana yang bebas dan selamat,menggembirakan dan bermakna
13.2 Bermain secara terancang,berstruktur dan fleksibel.
14) Experiental Activities Planner
14.1 Suasana belajar yang riang,harmonis, kemahiran berfikir secara
kritis, kreatif dan inovatif,pembelajaran koperatif,penglibatan
komuniti,proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai.
15) I-Think
15.1 Mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke
arah menghasilkan murid berinovatif.
15.2 Thinking Maps digunakan mengikut kesesuaian tajuk.

D) PENILAIAN
Penilaian yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di
sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar.Penilaian yang dijalankan di
peringkat sekolah dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring
dengan proses pengajaran dan pembelajaran.Pentaksiran sumatif pula dilaksanakan di akhir
unit pembelajaran, semester atau tahun.Pentaksiran dilakukan secara berterusan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai cara.Antaranya ialah :
a) pemerhatian
b) kerja kursus
c) kajian kes
d) membina buku skrap dan folio
e) membuat demonstrasi
f)

simulasi

g) kuiz
h) ujian bertulis.

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah 13


Proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen
kurikulum.Pentaksiran berasaskan sekolah juga boleh dilaksanakan sepertimana yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
E) CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
Terdapat beberapa aktiviti yang dapat dilaksanakan bagi menerapkan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.Ianya adalah
sepertimana yang dijelaskan dalam topik Elemen Kewaganegaraan dan Nilai Sivik, Kemahiran
Pembelajaran Sejarah ,Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah dan Penilaian .
Sebaik sahaja guru masuk ke dalam bilik darjah,murid dilatih berdiri tegak, memberi
salam dengan penuh tanda hormat.Penerapan nilai keagamaan dilakukan dengan memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran

dengan membaca doa sebelum belajar.Melafazkan

Rukunegara Malaysia secara beramai-ramai dan nyanyian lagu sekolah.Penggunaan bahasa


Malaysia sebagai bahasa penghantar dan amalkan sikap-sikap yang bertatasusila dan berbudi
bahasa.Amalan tersebut dibudayakan dan diamalkan antara guru dan murid,murid dengan
murid dan guru dan guru juga masyarakat sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi yang mencetus minda dan
minda murid seterusnya berkaitan dengan kewarganegaraan dan nilai sivik.Beberapa soalan
mudah diajukan kepada murid dan jawapan yang ringkas dan padat diperlukan.Antaranya
adalah: a) Di mana kamu tinggal?
b) Apakah nama tempat tinggal kamu?
c) Lihat gambar-gambar yang diberi dan nyatakan perkaitan antara gambar tersebut.
Selain itu boleh juga dimulakan dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan dan menarik
penglibatan murid secara maksima.Antaranya adalah nyanyian lagu patriotik dan lagu
Keluarga Bahagia dan lagu Sayang Ibu Ayah.
Murid juga diberi tugasan supaya mereka lebih bertanggunjawab dan menghayati serta
empati terhadap apa yang dipelajarinya.Antaranya adalah melengkapkan data,mengumpul
data,mencatat nota dalam bentuk grafik,membuat model dan lain-lain lagi sama ada secara
individu atau berkumpulan mengikut kesesuaian.Tugasan juga diberi bagi melibatkan interaksi
sosial.Ianya termasuklah interaksi antara murid,dengan guru,masyarakat sekolah,,masyarakat

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah 14


setempat dan media siber. Pujian, penghargaan, pemulihan dan pengukuhan diberikan bagi
menyempurnakan psikologi murid. Bahan atau hasil tugasan murid dipamerkan sebagai pujian
atau motivasi kepada dirinya dan rakan yang lain.Sudut Sejarah diwujudkan dengan suasana
patriotisme.Gambar-gambar tokoh dan nota-nota ditampal dengan sistematik bagi tujuan
rujukan dan bahan bacaan.Bilik darjah yang harmonis diwujudkan bagi terus menerapkan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Gambar-gambar situasi ditampal di sudut-sudut
bersesuaian, hasil kerja murid ditampal,Sudut Hari lahir dihiasi dengan menarik,Carta
Organisasi Bilik Darjah yang lengkap disediakan,motto dan cogankata sekolah di tampal dan
lain-lain lagi.Suasana bilik darjah yang harmonis disediakan.Termasuklah disediakan jam
dinding dan kalendar.Selain itu jadual waktu kelas ditampal dengan jelas,jadual bertugas
disediakan dan dilaksanakan serta susun atur perabot yang selamat,ceria dan efektif.
Penggunaan bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dilakukan bagi memotivasikan
diri murid dan berpeluang berkomunikasi dengan media siber serta memperolehi maklumat
dengan lebih terperinci lagi.Video dan slaid yang bersesuaian ditayangkan kepada murid.Bahan
interaktif digalakkan penggunaannya secara berfikrah.Semuanya perlu dipantau,dikawal dan
diselia

oleh

guru

dengan

penuh

berhemah.Sebelum

ditamatkan,guru membantu murid membuat rumusan

pengajaran

dan

pembelajaran

bagi apa yang dipelajari.Nilai-nilai

kewarganegaraan dan nilai sivik perlu sentiasa ditekankan.Guru subjek lain juga perlu terapkan
nilai-nilai tersebut. Suasana bilik darjah perlu diimarahkan dengan suasana patriotisme
terutamanya dalam bulan kemerdekaan.

REFLEKSI

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah 15

BIBLIOGRAFI
Akashah bin Ismail.Jayakumary a/p Marimuthu.(2013).Sejarah Tahun 4 Sekolah
Kebangsaan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

SJH 3033E: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah 16

Dr Ismail bin Said.(2014).Kurikulum Sejarah.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Selangor


Kementerian Pendidikan Malaysia.(2013).Dokumen Standard Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Sejarah Tahun Empat.Kuala Lumpur.
Rancangan Pengajaran Tahunan Sejarah ( Tahun 4).
www.scrib.com/doc/206024755/sejarah-kssr-tahun-4-peta-minda

Anda mungkin juga menyukai