Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN Kemahiran Asas Membaca dan Menulis Program Pemulihan 3M (PROTIM) ialah suatu ujian diagnostik yang dikendalikan

untuk murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Praujian dan Pascaujian PROTIM dijalankan bagi tujuan mengesan daerah kekuatan dan kelemahan serta tahap literasi bacaan dan tulisan serta pencapaian murid. Praujian dan Pascaujian terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A - Kemahiran Membaca Bahagian B - Kemahiran Menulis

PANDUAN PELAKSANAAN Kandungan dan Pelaksanaan Praujian dan Pascaujian Kemahiran Membaca dan Menulis 1. Bahagian A mengandungi 13 soalan.

2. Jumlah keseluruhan markah kemahiran membaca ialah 100 markah. 3. Bahagian B mengandungi 16 soalan. 4. Jumlah keseluruhan markah kemahiran membaca ialah 100 markah. 5. 6. Praujian dan Pascaujian dijalankan secara individu. Ujian perlu dijalankan dengan adil dan tegas. Bagi ujian kemahiran membaca, bacaan murid yang tidak lancar, merangka-rangkak, mengeja atau tidak menjawab, dianggap tidak mencapai tahap dan diberikan 0 markah. Bagi kemahiran menulis, murid perlu diingatkan supaya menulis dalam huruf kecil. Jawapan yang ditulis semua dalam huruf besar diberikan 0 markah, kecuali bagi huruf pada permulaan ayat dan nama khas.

7.

8.

Bagi item-item menulis yang diuji, guru boleh membantu murid dengan menyatakan gambar yang tertera (sekiranya gambar atau item tidak jelas) untuk mengelakkan murid tidak menjawab soalan berkenaan. Tulisan tidak jelas, perkataan yang ditulis tidak betul, atau perkataan yang tertinggal dalam jawapan hendaklah diberi 0 markah.

9.

10. Tandakan 1 pada item yang dikuasai, dan 0 pada item yang tidak dikuasai atau tidak dijawab dalam ruang ditepi item (kertas ujian murid), kemudian jumlahkan skor yang diperoleh pada kotak skor pada akhir setiap soalan. 11. Guru diminta memasukkan data murid (individu) dalam Borang Pemarkahan Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis untuk mengetahui aras pencapaian murid dalam praujian dan pascaujian berkenaan (Lampiran 1). 12. Guru dikehendaki memasukkan maklumat dan data murid (skor) dalam borang pemarkahan (Lampiran 2). 13. Murid dikatakan menguasai 2M, apabila mendapat skor 90-100 % bagi kemahiran membaca, dan skor 80-100 % kemahiran menulis dalam praujian dan pascaujian yang diambil.

Anda mungkin juga menyukai