Anda di halaman 1dari 45

PEMARKAHAN KARANGAN UMUM DAN

KARANGAN UPSR

Oleh Mohd. Isa bin Abd. Razak


PENGENALAN

Soalan subjektif, khususnya karangan, boleh menjadi alat pengukuran yang


berkesan jika dilengkapkan dengan peraturan memberi markah (PMM) yang
sesuai, diperiksa oleh pemeriksa yang cekap dan ada penyelarasan antara
pemeriksa-pemeriksa. PMM, kecekapan pemeriksa dan penyelarasan pemeriksaan
adalah perkara mesti jika ujian itu ialah ujian pencapaian dan pemeriksanya lebih
daripada seorang. Keperluan PMM pula tetap menjadi perkara mesti bagi soalan
esei walaupun pemeriksanya hanya seorang. Berbagai-bagai faktor di luar dan di
dalam diri si pemeriksa itu sentiasa sahaja mempengaruhi kebolehpercayaan
pemarkahannya.
Kertas ini membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan. Tumpuan
perbincangan ialah pada aspek amali pemarkahan karangan. Beberapa contoh
PMM karangan dikemukakan. Pemarkahan karangan peringkat sekolah rendah
diberi perhatian istimewa dengan harapan kecemerlangan pendidikan bahasa kita
semerbak sejak peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimanapun, contoh-contoh
PMM yang dikemukakan di sini tidak semestinya sama dengan PMM dalam ujian
sebenar. Sebagai melengkapkan kertas ini, dibincangkan juga teknik memarkah,
penyelarasan dan beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.
PERATURAN MEMBERI MARKAH
Sebelum memeriksa karangan, kita perlu menyediakan PMM. Bagi ujian sumatif
seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), PMM telah disediakan oleh pihak
yang bertanggungjawab. Amnya, ada dua teknik membina PMM iaitu teknik global
(impresif, holistik, tanggapan) dan teknik analisis (perincian) (Abdul Aziz (1993:
155). Pemarkahan global boleh digabungkan dengan pemarkahan analisis, dan
boleh dinamakan teknik eklektik.
Teknik Global
Global atau holistik bermaksud menyeluruh. Rasional teknik ini ialah keseluruhan
lebih penting daripada bahagian. Berasaskan rasional ini, pemeriksa melakukan
penilaian secara keseluruhan terhadap sesuatu karangan. Karangan itu dibaca
sekali lalu untuk menganggarkan prestasi calon berasaskan sesuatu skala seperti
gred A hingga E. Pemeriksa meletakkan nilainya sendiri terhadap karangan itu.
Katakan pemeriksa memberi gred B. Karangan itu dibaca sekali lagi untuk
mengenal pasti kekuatan-kekuatan dan kesilapan-kesilapannya pula. Sesudah itu
dimuktamadkanlah markahnya.
Cara ini amat subjektif, memerlukan pemeriksa yang cukup mahir dan
berkebolehan membaca secara kritikal. Amat subjektif bermakna
kebolehpercayaan pemarkahan amat rendah. Bagaimanapun, kebolehpercayaan
pemarkahan pemeriksa itu dapat ditinggikan sedikit melalui penyelarasan antara
para pemeriksa dan penyediaan model jawapan untuk rujukan bersama.

Satu lagi teknik global dilakukan melalui perbandingan. Dengan teknik ini
pemeriksa membaca karangan berkenaan sekali lalu dan menyusunnya mengikut
kualiti. Karangan terbaik diletakkan di atas dan yang paling lemah diletakkan di
bawah sekali. Kesemua karangan itu dibaca sekali lagi untuk memastikan
kedudukannya. Kemudian ditentukan peratus A, B, C dan seterusnya. Teknik
bandingan ini sesuai untuk memarkah esei panjang seperti kerja projek. Teknik ini
juga sesuai untuk memilih esei, cerpen, sajak, novel dan lain-lain bagi sesuatu
peraduan, terutamanya pada peringkat saringan. Satu contoh PMM teknik global
diberi dalam Lampiran A.
Teknik Analisis
Markah diberi berdasarkan kriteria tertentu. Sekiranya jawapan calon mempunyai
banyak unsur yang dinyatakan dalam kriteria itu, maka tinggilah markahnya.
Pemarkahannya sistematik dan kebolehpercayaannya tinggi. Pemeriksa pula tidak
semestinya pakar dalam bidang berkenaan. Teknik pemarkahan ini sesuai untuk
ujian pencapaian dan boleh juga digunakan untuk ujian formatif kerana ia boleh
digunakan untuk tujuan diagnostik dan memberi maklumat kembali kepada
pelajar dan pengajar.
(a) Perincian Aspek Karangan Biasa
Teknik ini digunakan untuk memarkah karangan berdasarkan peruntukan markah
tertentu. Bagi karangan Bahasa Melayu, pembahagian markah mungkin seperti di
bawah.
Isi = 30%
Bahasa = 40%
Gaya dan Olahan = 30%
Jumlah = 100%
Bagi isi, tetapkan jumlah isi dan gunakan skala global 10 mata atau teknik
analisis. Jika skala global 10 mata dipilih, kriterianya hendaklah berkaitan dengan
isi. Jika teknik analisis digunakan, butirkan pembahagian markah dan sertakan
contoh-contoh isi. Bagi aspek bahasa, gunakan sistem tolak iaitu tolak satu
markah bagi setiap kesalahan bahasa seperti struktur frasa, struktur ayat,
penggunaan kata, ejaan dan sebagainya. Bagi gaya dan pengolahan, gunakan
skala global 10 mata. (Lihat Lampiran C.)
Sebenarnya teknik analisis ini boleh dinamakan teknik gabungan kerana jelas
dicampurkan unsur global dengan unsur analisis. Teknik ini amat sesuai
digunakan untuk menguji kemahiran bahasa kerana 70% daripada markah
diperuntukkan bagi aspek-aspek bahasa dan penglahirannya. Teknik ini juga amat
berguna untuk tujuan menganalisis kesilapan. Lazimnya, isi diberi pemberatan
separuh atau lebih daripada separuh. Kelaziman itu sesuai untuk memarkah esei
pengajian tinggi seperti mata pelajaran Pengajian Am, Sijil Tinggi Persekolahan
dan tugasan-tugasan tertentu bagi Sijil Perguruan Malaysia.
(b) Perincian Aspek Karangan Berformat
PMM analisis karangan berformat selalunya lebih terperinci. Katakan kita telah
meyediakan soalan berbentuk wawancara. Markah penuh bagi soalan itu ialah 15.
Kita boleh menggunakan nisbah 2:2:1 bagi aspek bahasa, isi dan format. Dengan

kata lain bahasa diperuntukkan enam markah, isi diperuntukkan enam markah
dan format diperuntukkan tiga markah.
Perincian Markah Bahasa
Laras dan gaya 2 markah
Tanda baca 1 markah
Ayat, ejaan dll. 3 markah
Perincian Markah Isi
Dalam pendahuluan 1 markah
Dalam susulan 4 markah
Dalam penutup 1 markah
Perincian Markah Format
Nama penyoal markah
Nama tetamu markah
Tajuk markah
Pendahuluan markah
Pemerengganan markah
Penutup markah
TEKNIK MEMARKAH
Katakanlah kita akan memarkah sebuah karangan. Pemarkahan boleh dilakukan
berdasarkan susunan kertas iaitu kita periksa jawapan calon A, diikuti dengan
calon B dan seterusnya. Pemarkahan boleh juga dilakukan berdasarkan tajuk
karangan. Misalnya, mula-mula kita periksa semua karangan "Cita-cita Saya".
kemudian kita periksa pula karangan "Faedah Membaca", dan seterusnya tanpa
mengikut susunan kertas ujian.
Kedua-dua cara ini boleh digunakan. Jika kertas yang hendak diperiksa itu banyak,
cara kedua lebih berkesan kerana pemeriksa dapat menumpukan fikirannya
kepada isi tajuk berkenaan. Jika kertas itu mengandungi lebih daripada satu
soalan karangan, cara kedua perlu diutamakan kerana dengan cara ini fikiran kita
tidak disela oleh pelbagai isi karangan yang lain; apa lagi jika skema
pemarkahannya berbeza-beza. Mokhtar (1995: 110) menyatakan, cara ini boleh
menghindarkan pemeriksa daripada dipengaruhi oleh soalan sebelumnya ketika
memeriksa butiran seterusnya.
Bagi ujian formatif, elok diwujudkan kebiasaan merahsiakan nama calon seperti
yang dilakukan dalam peperiksaan awam. Dengan cara ini kita dapat
mengurangkan kesan emosi yang dinamakan kesan halo. Bagi ujian formatif juga,
skema pemarkahan sepatutnya diberitahu kepada pelajar.

PENYELARASAN
Dalam peperiksaan awam, penyelarasan pemarkahan item esei memang sentiasa
dilakukan. Amalan ini elok dilaksanakan di sekolah bagi kedua-dua jenis ujian,
sumatif dan formatif, jika pemeriksanya lebih daripada seorang. Penggubalan
kertas soalan bagi ujian semester dan tahunan yang dipusatkan dalam sesuatu
mukim atau daerah sangat digalakkan. Usaha ini perlu disempurnakan dengan
penyelarasan pemarkahan.
Penyelarasan boleh meninggikan kebolehpercayaan pemarkahan. Mereka yang
menghadiri mesyuarat penyelarasan memeriksa sampelan jawapan calon.
Kemudian, dibincangkan sebab-sebab markah yang diberi itu terlalu tinggi atau
terlalu rendah. Melalui perbincangan, pemeriksaan semula, perubahan terhadap
skema dan sebagainya, perbezaan markah di antara pemeriksa-pemeriksa itu
boleh diminimumkan. Lazimnya penyesuaian atau moderasi markah dilakukan
dalam penyelarasan apabila selisih markah antara pemeriksa melebihi 5%.
PEMARKAHAN KARANGAN UPSR
ertas Bahasa Melayu (Ujian Penulisan) UPSR mengandungi dua soalan yang
dinamakan Soalan 1 dan Soalan 2. Calon dikehendaki menjawab kedua-dua
soalan. Bagi Soalan 1, calon boleh memilih sama ada Soalan 1 (a) atau Soalan 1
(b). Bagi Soalan 2, calon tidak diberi pilihan.
Pemarkahan yang sesuai bagi kertas ini ialah teknik analisis. Jika markah penuh
50, markah bagi setiap soalan ialah 25 markah. Oleh sebab Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah menekankan kemahiran berbahasa, nisbah
markah bahasa wajar melebihi markah isi. Pecahannya ialah 15 markah bagi
bahasa dan 10 markah bagi isi
Perincian markah bahasa di bawah ini lazimnya digunakan.
(a) Perbendaharaan kata 3 markah
(b) Struktur ayat 3 markah
(c) Penggunaan imbuhan 3 markah
(d) Penggunaan tanda baca 3 markah
(e) Ejaan 3 markah
Bagi komponen perbendaharaan kata dan struktur ayat, markah boleh diberi
secara global. Markah penuh diberi jika calon berjaya memperlihatkan keluasan
penggunaan perbendaharaan kata dan menggunakan pelbagai jenis dan ragam
ayat. Bagi komponen-komponen yang lain, sistem pemotongan markah boleh
digunakan. Potong setengah markah bagi setiap kesalahan penggunaan imbuhan,
penggunaan tanda baca, dan ejaan. Markah tidak dipotong bagi kesalahan yang
berulang. Ini bermakna calon boleh kehilangan sembilan daripada 15 markah
bahasa.
Markah isi pula boleh diagihkan seperti di bawah:
Pendahuluan 1 markah
4 isi x 2 markah 8 markah

Penutup 1 markah
Agihan markah isi ini boleh digunakan untuk kesemua soalan. Di bawah ini
diberikan beberapa contoh umum berdasarkan soalan UPSR yang sebenar.
1992: Soalan 1 (a) Empat cara menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.
Soalan 1 (b) Empat cara kita boleh menggembirakan ibu bapa.
1993: Soalan 1 (a) Empat episod peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
Soalan 1 (b) Empat cara menggunakan wang, jika saya ada banyak wang.
1994: Soalan 1 (a) Empat cara menjaga kesihatan badan.
Soalan 1 (b) Empat faedah bersukan.
1995: Soalan 1 (a) Empat episod cerita aneh.
Soalan 1 (b) Empat gambaran Hari Kebangsaan yang telah disaksikan.
1996: Soalan 1 (a) Empat cara menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat
tinggal.
Soalan 1 (b) Empat faedah membaca.
1997: Soalan 1 (a) Empat cara mengenang jasa ibu bapa.
Soalan 1 (b) Empat kepentingan kerjasama di kalangan murid.
Pembahagian markah isi tidaklah terlalu rigid. PMM yang baik lazimnya
menyatakan bahawa pemeriksa boleh mempertimbangkan markah yang sesuai
bagi isi yang berkaitan dengan soalan walaupun isi-isi itu tidak tercatat dalam
PMM. PMM yang baik juga disertai contoh rangka jawapan. Di bawah ini diberikan
satu contoh rangka jawapan bagiSoalan 1 (b) tahun 1996:
Pendahuluan (1 markah)
Amalan membaca sangat bermanfaat kepada manusia.
Isi (2 markah x 4 isi)
1.
2.
3.
4.

Meluaskan pengetahuan yang dipelajari dalam bilik darjah.


Menambah pengalaman melalui cerita benar atau pengembaraan.
Menambah perbendaharaan kata.
Mendapat keseronokan atau kepuasan melalui cerita-cerita rekaan.

Penutup (1 markah)
Tabiat membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi.
Bagi soalan yang memerlukan format, calon mesti menulis karangan dalam
format yang dikehendaki. Pemeriksa boleh memotong sehingga tiga markah
daripada keseluruhan markah yang diperoleh bagi item yang berkenaan.

Perhatikan contoh penerangan tentang hal ini yang sesuai untuk PMM sekolah
rendah:
Soalan 1 (a) jika tidak ditulis dalam bentuk dialog, tolak tiga markah.
Soalan 1 (b) jika tiada pendahuluan, tolak satu markah; jika tiada kata
penegasan di tengah karangan, tolak satu markah; dan jika tiada penutup, tolak
satu markah.
Sebelum tahun 1996, Kertas Bahasa Melayu (Ujian Penulisan) UPSR mensyaratkan
calon menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah
perkataan. Apabila frasa tidak kurang daripada 80 patah perkataan digunakan,
PMM perlu menerangkan sistem pemotongan markah jika calon menggunakan
lebih daripada 80 patah perkataan. Cadangan pemotongan markah bagi karangan
yang pendek adalah seperti yang berikut:
60 -- 75 patah perkataan: tolak satu markah daripada jumlah markah yang
diperoleh untuk soalan itu.
50 -- 59 patah perkataan: tolak dua markah daripada jumlah markah yang
diperoleh untuk soalan itu.
40 -- 49 patah perkataan: tolak tiga markah daripada jumlah markah yang
diperoleh untuk soalan itu.
39 patah perkataan ke bawah: peruntukan markah tidak boleh melebihi 10
daripada 25 markah.
Mulai tahun 1996, had maksimumnya perkataan yang boleh digunakan oleh calon
dicatatkan dalam arahan, iaitu tidak melebihi 120 patah perkataan. PMM perlu
memberikan garis panduan kepada pemeriksa jika calon melanggar had
maksimum yang ditetapkan itu. Lazimnya, pemeriksa tidak perlu menilai
bahagian yang melebihi had maksimum itu. Dengan kata lain, calon tidak diberi
sebarang markah untuk perkara yang ditulis selepas had maksimum itu.
Penggunaan perkataan melebihi had maksimum itu juga tidak membabitkan
pemotongan markah. Namun demikian, calon dijangka akan kehilangan markah
isi jika isinya, khususnya penutup, terkandung dalam perkataan-perkataan yang
melebihi had maksimum itu.
Pemeriksaan secara analisis untuk karangan sekolah rendah sudah tentu
memerlukan pemeriksa yang teliti. Pemeriksa perlu membaca karangan itu sekali
lalu terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan dan menentukan jumlah perkataan
yang digunakan oleh calon. Kemudian karangan itu dibaca sekali lagi untuk
menimbangkan markahnya yang sebenar berdasarkan ketetapan cara pemberian
markah. Ketika membaca, pemeriksa perlu menanda isi dan kesalahan-kesalahan
seperti Rajah 1.
Apabila penandaan telah selesai dilaksanakan, tuliskan markah yang telah
dipertimbangkan itu pada sebelah kanan bahagian bawah karangan seperti
dalam Rajah 2.
Rajah 1: Penandaan Karangan

Aspek

Pecahan

Markah

Isi

(a)

Bahasa

(b)

(c)

(d)

(e)

Jumlah

18

- Format

- Bilangan perkataan

-1

JUMLAH

15

Rajah 2: Catatan Markah


Biasa markah penuh yang diberi adalah dalam angka bulat. Jika calon mendapat
85 markah daripada 100, markah itu boleh dibulatkan menjadi 86. Namun
demikian, apabila nilai markah itu dari segi peratusnya begitu tinggi,
pembulatan itu tentulah kurang wajar. Bagi kertas Bahasa Melayu (Ujian
Penulisan) UPSR, markah bernilai 2%. Pembulatan markah bagi kes ini kurang
wajar.
Markah muktamad hendaklah ditulis di penjuru sebelah kanan halaman pertama
karangan calon. Bagi karangan yang terpesong, peruntukan markah tidak boleh
melebihi lima markah.
BEBERAPA ISU
Penandaan Kesilapan
Penandaan kesilapan boleh dilakukan berpandukan Rajah 1 atau cara-cara yang
difikirkan sesuai (lihat Abdul Aziz Abdul Talib, 1993: 278-279). Penandaan
kesilapan sangat penting bagi ujian sumatif. Dalam ujian sumatif lazimnya
sampelan kertas yang telah diperiksa oleh pemeriksa akan disemak semula
oleh ketua pasukan. Sampelan kes lulus biasa, semua kes gagal dan semua kes
cemerlang mungkin juga akan disemak oleh ketua pemeriksa. Penandaan
kesilapan itu akan memudahkan ketua pasukan dan ketua pemeriksa
melaksanakan tugas mereka.

Bagi ujian formatif, kesilapan yang telah ditanda pada kertas jawapan boleh
menjadi sumber maklumat yang sangat berguna untuk guru dan murid. Guru
boleh menggunakannya untuk menganalisis kesilapan dan mengadakan tindakan
susulan. Pelajar pula dapat mengetahui kelemahan mereka dan boleh berusaha
membaiki kelemahan yang ditunjukkan itu.
Pemeriksa boleh juga menggunakan tanda-tanda penyuntingan jika sasaran
memahami tanda-tanda penyuntingan itu. Penandaan kesilapan dan
penyuntingan dengan menggunakan tanda-tanda penyuntingan sangat sesuai
dilakukan di sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi bagi ujian-ujian
formatif, khususnya latihan harian.
Dua Ekstrem
Pemeriksa mungkin sukar membuat keputusan apabila bertemu dengan keadaan
yang bertentangan. Yang pertama ialah isi jawapan calon sangat tepat dan
matang, tetapi ada masalah dari segi bahasa. Antara masalah bahasa yang lazim
berlaku ialah kesilapan struktur frasa dan ayat, kurang keragaman susuk ayat dan
kesilapan penggunaan tanda baca. Peringkat tertinggi bagi kes ini ialah peringkat
B. Yang kedua ialah isi jawapan calon terpesong terus, tetapi prestasi bahasanya
cemerlang. Peringkat tertinggi yang boleh diberi kes ini ialah peringkat D.
PENUTUP
Berbanding dengan butiran berbilang pilihan, butiran subjektif, khususnya
karangan, mudah digubal. Namun demikian penyediaan PMM dan usaha
memarkah butiran subjektif menuntut kesungguhan yang bukan kepalang.
Pemeriksa mestilah melaksanakan tugasnya secara profesional dan bersungguhsungguh. Penguasaan yang mendalam terhadap subjek yang diperiksa juga
sangat dituntut. Pemeriksa terdedah kepada tuduhan tidak adil jika gagal
mengesan kesilapan calon atau menyalahkan sesuatu yang sememangnya sudah
betul.
Abu Bakar Nordin (1986: 220) menyarankan pemeriksa melakukan tugasnya
semasa fikiran tenteram dan di tempat yang sesuai. Namun demikian, jika masih
terdengar rungutan daripada calon setelah segala usaha dilakukan sebaik
mungkin, pemeriksa boleh secara bersahaja meluahkan rasa, "Memang sudah
adat benda subjektif!"
BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abdul Talib, (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik
dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman.
Azman Wan Chik, (1994). Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu, Edisi
Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahir Publications, (1997). Koleksi Kertas UPSR Bahasa Malaysia. Shah Alam:
Mahir Publications Sdn. Bhd.
Mohd. Isa Ab. Razak, (1988). "Soalan Subjektif: Teknik Penggubalan dan Skema
Pemarkahan". Kertas kerja. Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban.
Mokhtar Ismail, (1995). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Raminah Haji Sabran, (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia,
Penerapannya pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Isa b. Ab. Razak adalah Ketua Jabatan, Jabatan Bahasa, Maktab
Perguruan Keningau, Sabah.

LAMPIRAN A
TEKNIK GLOBAL
Soalan 1: Karangan (100 markah)
Calon dikehendaki memilih dan mengarang satu tajuk sahaja. Panjang karangan kira-kira 350
patah perkataan seperti yang ditetapkan itu adalah panduan sahaja. Tidak ada potongan
markah bagi karangan yang kurang atau lebih daripada 350 perkataan.
Panduan Am
Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lalu untuk mendapatkan kesan dan
menganggarkan peringkat karangan itu sambil memerhatikan perkara-perkara berikut:
Bahasa dan Gaya. Menggunakan bahasa yang betul, lancar dan jelas. Gaya bahasanya
sesuai dengan tajuk karangan.
Isi dan Susunan. Mempunyai sekurang-kurangnya lima isi yang sesuai; memperlihatkan
kematangan fikiran, tersusun dan baik penyampaiannya.
Pemberian Markah
Setelah membaca karangan itu sekali lalu, tetapkan peringkat yang sesuai berdasarkan
peringkat-peringkat di bawah ini.
Peringkat A (75--100 markah)
Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih tepat. Bahasa lancar dan bersih daripada
kesalahan tatabahasa: struktur ayat, imbuhan, perenggan, tanda baca, peribahasa dan lainlain. Susuk ayat beragam dan penggunaan perbendaharaan katanya luas dan tepat. Isinya
cukup dan berkembang, lengkap dengan contoh-contoh yang sesuai. Pengolahannya sangat

menarik dan berkesan. Hujah-hujahnya sangat logik dan memperlihatkan ciri-ciri kematangan
fikiran yang tinggi.
Peringkat B (60--74 markah)
Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih masih lagi tepat. Bahasa memuaskan. Keragaman
susuk ayat kurang sedikit. Perbendaharaan katanya sederhana. Isinya cukup dan
pengolahannya agak menarik. Terdapat juga ciri-ciri kematangan fikiran dalam penulisannya.
Peringkat C (40--59 markah)
Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih kurang tepat. Ada kesalahan tatabahasa tetapi
dapat dimaafkan. Tidak menunjukkan keanekaragaman susuk ayat. Perbendaharaan katanya
terhad, mudah dan kurang tepat. Isinya kurang: ada yang cocok, ada yang tidak sesuai.
Pengolahannya kadang kala kabur.
Peringkat D (30--39 markah)
Tajuk karangan kurang difahami. Terdapat kesilapan tatabahasa yang tidak boleh dimaafkan.
Susunan bahasanya membayangkan penguasaan bahasa yang kurang mantap.
Perbendaharaan katanya tidak tepat. Pengolahan dan penyusunannya agak lemah dan tidak
teratur. Isinya sipi.
Peringkat E (1--10 markah)
Tajuk karangan tidak difahami langsung. Penguasaan bahasanya lemah. Struktur ayat
berkecamuk. Olahannya mengelirukan dan sukar difahami. Perbendaharaan katanya salah.
Isinya terpesong.
Kesimpulan
Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk menimbangkan markah yang sebenar.
Sambil membaca itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, isi dan ejaan. Bagi kesalahan
ayat, frasa dan perkataan, buat garisan di bawah kesalahan itu. Bagi kesalahan isi,
kurungkan perenggan atau ayat yang mengandungi kesalahan isi dengan kurungan. Bagi
kesalahan ejaan, tandakan dengan satu palang / dan kesalahan ejaan yang sama tandakan
dengan dua palang //. Bagi kesalahan tanda baca buat bulatan pada bahagian yang
berkenaan. Potong setengah markah bagi tiap-tiap kesalahan ejaan. Markah tidak dipotong
bagi kesalahan yang berulang. Potongan maksimum kesalahan ejaan ialah lima markah.
Tulis markah yang telah dipertimbangkan di sebelah kanan bahagian bawah karangan.
Contoh: Keseluruhan 70
Tolak Ejaan -4
Jumlah 66
Bagi karangan yang berbentuk perbahasan, calon dikehendaki menulis kontra kepada tajuk
itu. Tajuk itu sendiri dianggap sebagai pro atau pencadang dalam karangan itu. Untuk
karangan yang berbentuk perbincangan, calon dikehendaki menulis pro dan kontra. Bagi
karangan yang berbentuk cerpen dan peribahasa pula, sesuaikan kriteria.
LAMPIRAN B
TEKNIK ANALISIS
Karangan Berformat: Berita

Format 4 markah
Isi 6 markah
Bahasa 5 markah
Perincian Markah Format
Tajuk berita markah
Nama penulis markah
Tempat berlaku markah
Tarikh markah
Pemerengganan 1 markah
Penutup 1 markah
Jumlah 4 markah
Perincian Markah Isi
Isi dalam intro 2 markah
Isi dalam susulan 3 markah
Isi dalam penutup 1 markah
Jumlah 6 markah
Perincian Markah Bahasa
Laras dan gaya 1 markah
Tanda bacaan markah
Ayat, ejaan dll. 3 markah
Jumlah 5 markah
LAMPIRAN C
TEKNIK EKLEKTIK
Soalan 1: Karangan (20 markah)
Calon dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Pemarkahan untuk semua jawapan adalah
seperti yang berikut:
Bacaan pertama untuk mengesan isi dan menggredkan pengolahan. Bacaan kali kedua untuk
menandakan kesilapan dan memastikan markah pengolahan.

Isi = 10 markah
Pengolahan = 10 markah
Jumlah = 20 markah
(a) Teknik Analisis untuk Isi
Isi (10 markah). Dikehendaki sekurang-kurangnya empat isi. 4 isi x 2 markah = 10 markah.
Beri markah penuh bagi isi yang tepat dan lengkap. Jika isi melebihi empat, beri satu markah
bonus asalkan tidak melebihi markah maksimum keseluruhan. Beri satu markah sahaja bagi
isi yang kurang tepat atau kurang lengkap.
Contoh isi:
(Skema sebenar menyenaraikan isi bagi semua soalan. Di sini diturunkan contoh isi bagi satu
soalan sahaja.)
Soalan (a) Faktor sosial yang menentukan penggunaan kata ganti diri:
- Kelas sosial
- Kedudukan ekonomi atau pekerjaan dalam keluarga
- Umur
- Situasi formal dan tidak formal
-Jawapan-jawapan lain yang sesuai
(b) Teknik Global 10 Mata untuk Pengolahan
Pengolahan (10 markah). Bagi kesalahan ayat, frasa dan perkataan: tandakan dengan
garisan di bawah kesalahan berkenaan. Bagi kesalahan isi, tandakan dengan kurungan. Bagi
kesalahan ejaan: tandakan dengan satu garis miring ke kanan (back slash). Bagi kesalahan
ejaan yang sama, tandakan dengan dua garis miring ke kanan. Bagi kesalahan tanda
bacaan: tandakan dengan bulatan. Potong markah bagi tiap-tiap kesalahan ejaan. Markah
tidak dipotong bagi kesalahan yang berulang (dua palang). Potongan maksimum kesalahan
ejaan ialah dua markah. Tulis markah yang telah dipertimbangkan di sebelah kanan bahagian
bawah karangan seperti contoh di bawah ini:
Isi 7/10
Pengolahan 6/10
Jumlah 13/20
-E-1
Jumlah akhir 12/20
Peringkat A (9--10 markah) Takrif terhadap tajuk esei tepat dan bahasa lancar. Tiada
kesalahan tatabahasa. Susuk ayat beragam. Penggunaan perbendaharaan katanya luas dan
tepat. Pengolahannya sangat menarik dan berkesan. Hujah-hujahnya sangat lojis dan
memperlihatkan ciri-ciri kematangan fikiran yang tinggi.

Peringkat B (7--8 markah) Takrif terhadap tajuk esei masih lagi tepat. Bahasanya
memuaskan. Keragaman susuk ayat kurang sedikit. Perbendaharaan katanya agak
sederhana. Pengolahannya agak menarik. Terdapat juga ciri-ciri kematangan fikiran dalam
penulisannya.
Peringkat C (5--6 markah) Takrif terhadap tajuk esei kurang tepat. Terdapat kesalahan
tatabahasa--dapat dimaafkan. Tidak menunjukkan keanekaragaman susuk ayat.
Perbendaharaan katanya terhad, mudah dan kurang tepat. Pengolahannya kadang kala
kabur.
Peringkat D (3--4 markah) Tajuk esei kurang difahami. Terdapat kesilapan tatabahasa yang
tidak boleh dimaafkan. Susunan bahasanya membayangkan penguasaan bahasa yang
kurang cekap. Perbendaharaan katanya tidak tepat. Pengolahan dan penyusunannya agak
lemah dan kurang teratur.
Peringkat E (1--2 markah) Tajuk esei tidak difahami langsung. Penguasaan bahasanya
lemah. Struktur ayat berkecamuk. Olahannya mengelirukan dan sukar difahami.
Perbendaharaan katanya salah

Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR


NOTA: Beberapa isi kandungan di dalam artikel ini telah diubahsuai dan dipermudahkan
oleh
Cikgu
Amiene
Rev
berdasarkan
sumber
asal
yang
diperolehi
menerusi: http://members.tripod.com/~skdarau/petua.html
PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )
Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua
buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.
2.
Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu
daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan
dan merupakan soalan wajib.
3.
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.
4.
Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah
perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
1.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat:


Jenis Surat Kiriman Rasmi
Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
Karangan jenis Ucapan
Karangan jenis Syarahan
Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
Karangan jenis Berita
Karangan jenis Catatan Diari
Karangan jenis Laporan
Karangan jenis Perbahasan
Kad Jemputan

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat


Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
Karangan Jenis Fakta / Penerangan
Karangan Jenis Perbincangan
Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
Karangan Jenis Peribahasa

TUJUAN ANDA MENGARANG


menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

PANDUAN MENGARANG / MENULIS


Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau
kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup

A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita
hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu
atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.
Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat.
Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam
pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah
bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat
isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi
hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaikbaiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiaptiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih
panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan
oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi
yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari
karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca
surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita,
mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.
Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang
sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:


Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda.
Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik
akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia
atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:
Apa?
Siapa?
Bila?
Mengapa?
Di mana?
Bagaimana?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada
pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau
tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS


1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2


Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada
tajuk?
Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah:
CONTOH
1:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.
CONTOH
2:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk
dimuatkan
dalam
majalah
sekolah.
Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan
satu
merupakan
karangan
biasa
,
manakala
soalan
2
berformat.
Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi
kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar
daripada
tajuk
sebenar.

b. Menyusun rangka karangan


Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
Susun isi mengikut urutan kepentingannya.
Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
Isi penting jangan diulang-ulang
c. Menulis karangan
Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu
satu perenggan.
Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan
contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:
1. Perenggan Pendahuluan
2. Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama
3. Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua
4. Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga
5. Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat
6. Perenggan Penutup
Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan
tulisan.

d. Menyemak karangan
Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada
tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan,
struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
Baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
4 minit mencari isi
24 minit menulis karangan
2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit
Tips Pengurusan Masa: Jika tidak faham soalan satu, cubalah jawab soalan lain
Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah
melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik
menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.
Tips Menulis Ayat: Ayat biarlah ringkas tetapi padat.
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang
panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu
isi.
Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan
setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:
Contoh
Penulisan
Dialog
Yang
Bagus
"Kamu
baru
pulang
?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang
saya
tertunggu-tunggu,"
luah
Jamal,
lembut.
Contoh

Penulisan

Dialog

Yang

Teruk

"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu
kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.

PETUA BILA MENULIS KARANGAN


Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut
mana yang lebih penting.
Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
Bagi karangan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelokeloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

PEMARKAHAN PENULISAN
A. Pemberian Markah
Soalan 1 = 25 markah
Soalan 2 = 25 markah
Soalan 1 + Soalan 2 = 50 markah
Jumlah keseluruhan = 50 X 2 = 100 markah
1. Penilaian aspek isi ( 10 markah )
Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting:
Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi
perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema
yang hendak ditulis.
2
markah x 4
isi yang
lengkap
=
8
markah
1
markah
pendahuluan =
1
markah
1
markah
penutup =
1
markah
Jumlah markah isi = 10 markah
2.

Penilaian

aspek

Aspek bahasa terbahagi


a.
Perbendaharaan
b.
Struktur
c.
Imbuhan
d.
Tanda
e.
Ejaan

Bahasa

kata
ayat
=
baca
=

15

markah

=
=
=

3
3
3

3
3

markah
markah
markah
markah
markah

Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah untuk satu soalan.


Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu
pengolahannya menarik dan sangat berkesan.
1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik.
Maksudnya tidak dapat markah penuh.
markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah.
Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi
markah.
Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adikadik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.
* Peringatan:
Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada
25 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong,
markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja.
Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang
berteraskan budaya Melayu / Islam )

Tahukah kamu?
1.
Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan
isi dan jalinan idea yang baik.
2.
Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan
ucapan adalah dikira sebagai format.
3.
Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan
cantik.
B.

Potong

Markah:

Perkara

yang

perlu

dielakkan

semasa

menulis

1. Bilangan perkataan tidak mencukupi:


kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 )
41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah )
51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah )
61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )

2. Bagi setiap satu kesalahan:


imbuhan tolak markah
tanda baca tolak markah
ejaan tolak markah

3. Karangan yang terpesong langsung:


markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah

karangan.

4. Format:
salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang
diperolehi untuk soalan itu.
Contoh pemotongan markah surat kiriman:
tiada alamat = tolak 1
tiada nama pengirim = tolak 1
tiada tanda tangan = tolak 1
tiada tarikh tolak =
tiada kata panggilan hormat = tolak 1
tiada ucapan terima kasih = tolak 1
Salah letak format = tolak
tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak
Tahukah kamu ?
Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang
markah, (0 markah) bagi setiap satu aspek tatabahasa.
Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang.
Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3
markah.

TANDA MEMERIKSA
isi
salah guna perkataan _____________________
kesalahan struktur ayat /\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\
kesalahan ejaan /
kesalahan ejaan yang berulang //
tanda yang tertinggal /
kesalahan imbuhan
kesalahan tanda baca O
isi yang tidak berkaitan ( )
Tips : Cara membilang perkataan
Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu
perkataan saja contoh 'Bahasa Melayu Tahun Enam'
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM
PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU?

1. Baca semua soalan yang diberi:


Fahami arahan kehendak soalan.
Kenal pasti format yang perlu digunakan.
Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang
ditetapkan.

2. Guna isi yang berlainan:


susun isi secara berturutan
letak isi mengikut perenggan
memberi huraian yang tepat kepada isi.
sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.

3. Penggunaan perkataan yang pelbagai:


ada menggunakan perkataan yang terkini
elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap
penggunaan perkataan teknikal dengan tepat
elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

4. Susun ayat dengan kemas:


elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek
guna ayat yang pendek tetapi lengkap
kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul:


gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan
gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.
6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan:

dapat membezakan imbuhan an dan kan


guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurangkurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )
7. Tulis mengikut ejaan yang betul:
elak mengikut sebutan dialek / daerah
elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan
Tahukah
kamu
?
Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan. (contoh
keretapi,
jawatankuasa,
dan
lain-lain
)
PUNCA-PUNCA PENULISAN KARANGAN MENJADI LEMAH DAN DIPOTONG
MARKAH

A. Kesalahan memilih tajuk


Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang
dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan
karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.
B. Kekurangan isi
Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar
atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama.
Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.
C. Pembahagian perenggan
Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan
sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu
perenggan untuk satu karangan!
D. Tidak merangka karangan
Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak
merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak
kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.
Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil
mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).
E. Kesalahan tatabahasa
Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan
karangan mendapat A.
Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih
ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan
"daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan
imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk
karangannya.
F. Kesuntukan masa
Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan
penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan

tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat
ditulis.
Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan
baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya
beliau hanya mendapat 50 % ( C ) sahaja.

G. Kesalahan lain
Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa
Kelantan / bahasa Utara / bahasa Jawa / bahasa Bugis / bahasa SMS )
Di

bawah

ini

adalah

contoh

kesalahan

tatabahasa

dan

pembetulannya.

A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat.


SALAH: Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju,
selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.
BETUL: Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri
pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.
B.
dari

Salah

SALAH: Kain
BETUL: Kain
Nota

Cikgu

SALAH: Saya
BETUL: Saya
Nota

Cikgu

dan

batik
batik
Amiene

itu

terima
terima

Rev: Perkataan

Perkataan
daripada
datang daripada Terengganu.
datang dari Terengganu.

itu

Rev: Perkataan

baru
baru
Amiene

Menggunakan

'dari'

digunakan

surat
surat
'daripada'

untuk

tempat.

itu dari kakak.


itu daripada kakak.

digunakan

untuk

orang.

untuk , supaya dan selama


SALAH: Jenna Bush pergi ke pasar untuk membeli sayur.
BETUL: Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur.
SALAH: Steve McNair menjerit untuk meminta tolong.
BETUL: Steve McNair menjerit meminta tolong.
SALAH: Rihanna bercita-cita untuk menjadi doktor.
BETUL: Rihanna bercita-cita hendak menjadi doktor.
SALAH: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian.
BETUL: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.
SALAH: Kami akan tinggal untuk dua minggu.
BETUL: Kami akan tinggal selamadua minggu.
SALAH: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuksatu jam.
BETUL: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.

adalah dan ialah


BETUL: Adalahdengan hormatnya dimaklumkan .

SALAH: Denganhormatnya dimaklumkan .


BETUL: Tuduhan itu adalah fitnah belaka.
SALAH: Tuduhan itu fitnah belaka.
SALAH: Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.
BETUL: Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.

bila dan apabila


SALAH: Zainal pun bangun bila namanya dipanggil.
BETUL: Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.
SALAH: Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.
BETUL: Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.
ramai, banyak, semua dan para
SALAH: Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu.
BETUL: Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.
SALAH: Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali.
BETUL: Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.
SALAH: Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.
BETUL: Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.
SALAH: Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.
BETUL: Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.
SALAH: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiahhadiahpemenang-pemenang.
BETUL: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenangpemenang.

yang dan bahawa


SALAH: Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah.
BETUL: Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.
SALAH: Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil.
BETUL: Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.

kata ganti nama


SALAH: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini.
BETUL: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini.
SALAH: Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.
BETUL: Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.
kata

ganti

"dia"

dan

"ia"

Nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti
nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya.
SALAH: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.
BETUL: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.
SALAH: Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi.
BETUL: Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.
apa, mana dan bagaimana
SALAH: Baju apa yang kamu pakai ?
BETUL: Baju mana yang kamu pakai ?

SALAH: Mana katanya betul belaka.


BETUL: Apa katanya betul belaka.
SALAH: Apa pendapat tuan mengenai soal itu ?
BETUL: Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ?
penjodoh bilangan
SALAH: Ibunya seorangyang baik hati.
BETUL: Ibunya baik hati.
SALAH: Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah.
BETUL: Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.
Pada

dan

SALAH: Beri
BETUL: Beri
Nota

Cikgu

surat
surat
Amiene

Rev: Gunakan

Di

dan

SALAH: Di masa rehat


BETUL: Pada masa rehat

saya
saya

Nota

Cikgu

kepada

Amiene

ini pada Hasrul.


ini kepada Hasrul.
perkataan

Rev: Perkataan

'kepada'

untuk

orang.
pada

ke
ke
'pada'

kantin.
kantin.
mewakili

masa.

C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

SALAH: Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.
BETUL: Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.
SALAH: Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya.
BETUL: Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.
SALAH: Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah
BETUL: Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke
sekolah.
SALAH: Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia
BETUL: Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.
SALAH: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya.
BETUL: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.
SALAH: Apakah nama kamu?
BETUL: Siapakah nama kamu?
D.

Tanda

Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah

SALAH: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram.
BETUL: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan dram.
tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul

baca

SALAH: Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis kepada
perompak itu.
BETUL: "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu akan ditembak," jerit polis
kepada perompak itu.

Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat


SALAH: Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian

itu?

BETUL: Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian

itu?

SALAH: Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer.
BETUL: Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.

E.

Imbuhan

Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke"
SALAH: Masukkan buku ini didalam beg.
BETUL: Masukkan buku ini ke dalam beg.
SALAH: Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan.
BETUL: Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.

Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan"


SALAH: Masakkan ibu sungguh lazat.
BETUL: Masakan ibu sungguh lazat.
SALAH: Masukan buku ini ke dalam almari.
BETUL: Masukkan buku ini ke dalam almari.

Lain-lain kesalahan
SALAH: Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya.
BETUL: Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya.
SALAH: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa.
BETUL: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa

Panduan Pemarkahan Ujian Penulisan


UPSR
TUJUAN ANDA MENGARANG
1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda
menarik minat pembaca.
3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.
PANDUAN MENGARANG / MENULIS
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah
memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan
karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau
pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah
memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang
mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah
menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan
itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja,
memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan
yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan
mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih
dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada
kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu.
Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak
mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan

masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di


antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam
perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan.
Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi
pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan
tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu
perenggan itu lebih panjang daripada perengga yang lain.
Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh
murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan
yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk
yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang
bercangggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli
tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat
isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak
membaca suratkhabar, majalah-majalah, makalahmakalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar
sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman
sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada
menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama.
Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Tip : Antara kaedah mencari isi
Kaedah I ( pertanyaan ) Kaedah II ( peta minda )
Apa ?
Siapa ?
Bila ?
Mengapa ?
Di mana ?
Bagaimana ?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik
minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka
penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan
kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan /
rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup

digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang


sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan
karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu
penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.
& CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS
1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di
bawah :
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau
tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar
boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak
soalan
( Kehendak soalan biasanya berada diakhir arahan
seperti :
Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )
Contoh :
Perhatikan soalan di bawah ini.
Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan
sebuah karangan mengenainya.
Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan
laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah
sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari
segi formatnya berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala
soalan 2 berfomat.
Tip : Adalah lebih baik jika adik semua mengariskan

perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam


soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong
atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
b. Menyusun rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda
mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang
mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap
isi yang akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang
c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan
menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu
perenggan berserta dengan contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup
Tip : Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat
selain menjaga kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak
bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas,
kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan,
struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan

kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah
karangan
a. 4 minit mencari isi
b. 24 minit menulis karangan
c. 2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit
2. Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
3. Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu
soalan.Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada
soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik
menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan
yang baik.
Tip : Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas
dan padat berbanding yang yang penjang. Ini kerana ayat
yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan
tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah
disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat
sahaja bagi huraian satu isi.
Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis
dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan
kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh :
Contoh A ( dicadangkan )
Kamu baru pulang ?
Baru sebentar tadi. Jawab saya. Tentu Kamu tertunggu
kepulangan saya.
Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal , lembut.

Contoh B ( mengelirukan )
Kamu baru pulang ? Baru sebentar tadi. Jawab saya.
Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya. Memang saya
tertunggu-tunggu, luah Jamal , lembut.
& PETUA BILA MENULIS KARANGAN
Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran,
kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.
Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu
sediakan.
Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan
penutup.
Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya
mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan
setiap perenggan mengandungi satu isi.
Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.
& PEMARKAHAN PENULISAN
A. Pemberian Markah
1. Penilaian aspek isi ( 10 markah )
Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting.
( Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan
CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat.
Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi
atau tema yang hendak ditulis. )
2 markah X 4 isi yang lengkap = 8 markah
1 markah pendahuluan = 1 markah
1 markah penutup = 1 markah
Soalan 1 = 25 markah
Soalan 2 = 25 markah
50 markah.

Jumlah keseluruhan =
50 X 2 = 100 markah
Jumlah = 10 marlah
2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah )
Aspek bahasa terbahagi
a. Perbendaharaan kata = 3 markah
b. Struktur ayat = 3 markah
c. Imbuhan = 3 markah
d. Tanda baca = 3 markah
e. Ejaan = 3 markah
Jumlah 15 markah
3. Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 (bahasa)
+ 10 (isi) = 25 markah untuk satu soalan
4. Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat
disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik
dan sangat berkesan.
5. 1 markah diberi untuk satu-satu isi yang
pengolahannya kurang menarik.
6. markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya
lemah.
7. Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang
dibaca juga mempengaruhi markah.
8. Pembahagian markah adalah sama banyak bagi
kedua-dua soalan tersebut. Adik-adik mesti menjawab
kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.
* Peringatan
Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak
melebihi 5 markah daripada 25 markah. Ini bermakna
walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong,
markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja.
Isi yang berunsur nagetif tidak akan diberi markah.
( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya Melayu /
Islam )

Tahukah kamu ?
Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan
yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik.
Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan
berbentuk surat kiriman dan ucapan adalah dikira sebagai
format.
B. Potong Markah
1. Bilangan perkataan tidak mencukupi
- kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak
melebihi 10 )
- 41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah )
- 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah )
- 61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )
2. Bagi setiap satu kesalahan
- imbuhan tolak markah
- tanda baca tolak markah
- ejaan tolak markah
3. Karangan yang terpesong langsung
- markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah
4. Format
Isi 10
B a perbendaharaan kata
b struktur ayat
c imbuhan
d tanda baca
e ejaan 3
3
3
3
3
Jumlah
Tolak bilangan perkataan
- format

- tiada perenggan 25
-3
-3
-2
Jumlah keseluruhan 17
- salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah
yang diperolehi untuk soalan itu. (markah keseluruhan)
Contoh pemotongan markah surat kiriman ;
tiada alamat tolak 1
tiada nama pengirim tolak 1
tiada tanda tangan tolak 1
tiada tarikh tolak
tiada kata panggilan hormat tolak 1
tiada ucapan terima kasih tolak 1
Salah letak format tolak
tiada tajuk bagi surat rasmi tolak

Tahukah kamu ?:
Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda
tidak mendapat sebarang markah (0) bagi setiap satu
aspek tatabahasa.
Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang.
Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa
tidak lebih daripada 3 markah.
& TANDA MEMERIKSA
isi
salah guna perkataan _____________________
kesalahan struktur ayat /\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\
kesalahan ejaan /

kesalahan ejaan yang berulang //


tanda yang tertinggal /
kesalahan imbuhan

kesalahan tanda baca O


isi yang tidak berkaitan ( )
Tip : Cara membilang perkataan
Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah
perkataan dikira sebagai satu perkataaan saja contoh
Bahasa Melayu Tahun Enam , Proton Saga, Sekolah
Kebangsaan Darau
& BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI (A) ?
1. Baca semua soalan yang diberi
Fahami arahan kehendak soalan.
Kenal pasti format yang perlu digunakan.
Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek
mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
2. Guna isi yang berlainan
susun isi secara berturutan
letak isi mengikut perenggan
memberi huraian yang tepat kepada isi.
sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.
3. penggunaan perkataan yang pelbagai
ada menggunakan perkataan yang terkini
elak penggunaan perkataan sama yang berulang /
kerap

penggunaan perkataan teknikal dengan tepat


elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.
4. susun ayat dengan kemas
elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek
guna ayat yang pendek tetapi lengkap
kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang
menarik
gaya bahasa karangan hendaklah sesuai dengan
bentuk serta jenis karangannya. Gaya bahasa sesuatu
karangan adalah berbeza dengan gaya bahasa karangan
jenis lain.
5. penggunaan tanda baca pada tempat yang betul
gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan
gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.
6. dapat membezakan antara kata depan dan kata
imbuhan
dapat membezakan imbuhan an dan kan
guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran /
sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang
berbagai jenis )
7. tulis mengikut ejaan yang betul
elak mengikut sebutan dialek / daerah
elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam
bentuk tulisan
Tahukah kamu ?
Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan
yang disatukan.( contoh keretapi, jawatankuasa, dan lainlain lagi )
& KELEMAHAN KARANGAN
A] Kesalahan memilih tajuk

Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon


tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan.
Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru
menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan
siap sahaja.
B] Kekurangan isi
Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon
menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini
juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang
sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan
terhadnya pengetahuan.
C] Pembahagian perenggan
Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu
perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat
dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya
satu perenggan untuk satu karangan !
D] Tidak merangka karangan
Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih
dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut
tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak
kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi
tidak berturutan.
Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon
yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian (
terlintas di fikiran ).
E] Kesalahan tatabahasa
Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat
penting bagi memastikan karangan mendapat A.
Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan
ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat
membezakan antara pada dengan di, dari dengan
daripada, bila dengan apabila dan pelbagai lagi (akan
dibincangkan selepas ini ). Ramai yang tidak

menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi


calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk
karangannya.
F] Kesuntukan masa
Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan
masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka
akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini
menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan
tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat
ditulis.
Terdapat satu kes calon yang cemerlang, hanya
menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat
markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi.
Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( C ) sahaja.
G] Kesalahan lain
Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah
( bahasa kampung / bahasa Kelantan )
Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa. Ayat di
dalam kurungan adalah pembetulannya.
A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu
Ayat.
Selepas mandi Yusri bersarapan , selepas itu dia
memakai baju , selepas itu dia pergi ke sekolah pula
dengan menaiki basikal.
R( Selepas mandi , Yusri bersarapan dan memakai baju.
Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki
basikal. )
B. Salah Menggunakan Perkataan

dari dan daripada


Kain batik itu datang daripada Terengganu.
R( Kain batik itu datang dari Terengganu.)
Saya baru terima surat itu dari kakak.
R( Saya baru terima surat itu daripada kakak.)
untuk , supaya dan selama
Cikgu Zaidi pergi ke pasar untuk membeli sayur.
R( Cikgu Zaidi pergi ke pasar membeli sayur.)
Ahmad menjerit untuk meminta tolong.
R( Ahmad menjerit meminta tolong.)
Saya bercita-cita untuk menjadi doktor.
R( Saya bercita-cita hendak menjadi doktor.)
Aminah belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam
ujian.
R( Aminah belajar bersungguh-sungguh supaya lulus
dalam ujian.)
Kami akan tinggal untuk dua minggu.
R( Kami akan tinggal selama dua minggu.)
Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung
untuk satu jam.
R( Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung
selama satu jam.)
adalah dan ialah
Adalah dengan hormatnya dimaklumkan
R( Dengan hormatnya dimaklumkan . )

Tuduhan itu adalah fitnah belaka.


R( Tuduhan itu fitnah belaka.)
Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan
dan pakaian.
R( Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan
dan pakaian.)
bila dan apabila
Zainal pun bangun bila namanya dipanggil.
R( Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.)
Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.
R( Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.)
ramai, banyak, semua dan para
Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak
itu.
R( Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.)
Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali.
R( Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.)
Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi
penghargaan.
R( Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi
penghargaan.)
Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.
R( Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.)
Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan
hadiah-hadiah pemenang-pemenang.
R( Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan
hadiah pemenang-pemenang.)

yang dan bahawa


Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke
sekolah.
R( Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke
sekolah.
Mereka memberitahu yang tindakan itu tidakadil.
R( Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.)
kata ganti nama
Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini.
R( Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. )
Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik
termenung.
R( Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik
termenung.)
kata ganti dia dan ia
nota : kata ganti dia ialah kata ganti nama untuk
manusia sahaja. Kata ganti nama ia ialah untuk
binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya.
Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga
dengan rapi oleh Sani.
R( Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga
dengan rapi oleh Sani.)
Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi.
R( Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.)
apa, mana dan bagaimana

Baju apa yang kamu pakai ?


R( Baju mana yang kamu pakai ? )
Mana katanya betul belaka.
R( Apa katanya betul belaka.)
Apa pendapat tuan mengenai soal itu ?
R( Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ? )
penjodoh bilangan
Ibunya seorang yang baik hati.
R( Ibunya baik hati.)
Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah.
R( Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.)
Di dan pada
Di dan pada
Beri surat ini pada Hasrul.
R( Beri surat ini kepada Hasrul.)
Di masa rehat saya ke kantin.
R( Pada masa rehat saya ke kantin.)
C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelitbelit)
Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak
hendak ke pasar.
R( Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut
emak ke pasar.)
Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya.
R( Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.)

Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu
pergi ke sekolah
R( Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan.
Kemudian, saya pergi ke sekolah.)
Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia
R( Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal
dunia.)
Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selamalamanya.
R( Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.)
Apakah nama kamu ?
R( Siapakah nama kamu ? )
D. Tanda baca
menggunakan tanda baca pada tempat yang salah
Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik , gitar ,
piano dan , drum.
R( Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik ; gitar ,
piano , dan drum.)
tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul
Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak
,jerit polis kepada perompak itu.
R( Jangan bergerak ! Kalau bergerak kamu akan
ditembak, ,jerit polis kepada perompak itu.)
Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat
Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan
anjuran berita harian

itu ?
R ( Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan
anjuran Berita Harian
itu ? )
Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5
Kilometer.
R( Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5
kilometer.)
E. Imbuhan
Tidak dapat membezakan antara kata depan
dengan.imbuhan di dan ke
Masukkan buku ini didalam beg.
R( Masukkan buku ini ke dalam beg.)
Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum
masuk ke dewan.
R( Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum
masuk ke dewan.)
Tidak dapat membezakan imbuhan an dan kan
Masakkan ibu sungguh lazat.
R( Masakan ibu sungguh lazat.)
Masukan buku ini ke dalam almari.
R( Masukkan buku ini ke dalam almari.)
Lain-lain kesalahan
Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan
ibu bapanya.
R( Kejayaan Najib membangga dan mengembirakan ibu
bapanya.)

Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta


yang menyelesa.
R ( Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta
yang selesa.)
Tahukah Kamu ?
mu dan ku ditulis rapat dengan perkataan di
hadapannya. Contoh ; wangku, tuanku, suratmu, hatiku,
hatimu dan sebagainya.
Menulis imbuhan di ada caranya. Jika perbuatan di
ditulis dekat contoh ; dimakan, dijamah, ditendang
Jika di menunjukkan tempat dan masa di ditulis
berjauhan contoh ; di Jerteh, di pantai, di sana
Dicatat oleh taharmok di 9:44 AM

Anda mungkin juga menyukai