Anda di halaman 1dari 2

Tulis sebuah karangan yang bertajuk Jika Aku Seorang Jutawan.

Aku memang suka menjadi seorang jutawan. Kenapa aku suka


menjadi jutawan? Sudah pasti kerana sebagai jutawan aku akan
memiliki wang yang banyak dan wang itu boleh digunakan untuk diri
sendiri, keluarga dan masyarakat. Namun, aku sedar usaha untuk
menjadi seorang jutawan bukanlah sesuatu yang mudah kerana
banyak usaha perit-jerih harus dilakukan.
Jadi untuk berjaya menjadi jutawan, aku akan pastikan diri ini
bersemangat untuk belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan di
sekolah. Kemudian, aku akan melanjutkan pelajaran di universiti
dalam bidang yang diminati pula. Sebaik sahaja aku menamatkan
pengajian di menara gading, aku akan mula bekerja demi mencari
wang untuk merealisasikan impian menjadi jutawan.
Semua wang yang aku terima menerusi pekerjaan itu akan disimpan
dalam pelbagai bentuk simpanan untuk memastikan jumlahnya akan
bertambah setiap masa. Aku juga akan memastikan supaya diri ini
tidak membelanja sesuka hati tanpa halangan supaya wang aku
digunakan dengan sebaik mungkin. Aku akan menjadikan wang itu
sebagai asas pelaburan jangka panjangku kelak dalam pelbagai
saham syarikat di dunia ini.
Sebaik sahaja aku menjadi jutawan, ahli keluarga terutama ayah dan
ibu akan menerima imbuhannya. Aku akan menanggung kos
kehidupan mereka tanpa banyak alasan lagi. Malah, aku juga akan
memberi sumbangan derma kepada masyarakat terutama golongan
miskin, cacat anggota dan anak yatim piatu supaya kehidupan
mereka lebih ceria serta bermakna.

Aku amat berharap supaya impianku ini menjadi kenyataan kerana


aku memang ingin membantu ibu bapa dan masyarakat di negara ini.
Cuma aku sedar aku perlu lebih rajin berusaha untuk mencapai
impian tersebut kerana aku tidak mahu impianku hanya sekadar
angan-angan Mat Jenin sahaja. Mudah-mudahan impianku menjadi
kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai