Anda di halaman 1dari 16

a) b) c) d) e)

Senarai semak Pemerhatian Analisis sampel kerja Ujian rujukan kriteria Inventori ejaan tidak formal

Senarai semak diperlukan oleh guru sebagai instrumen untuk memudahkan guru menilai prestasi murid-murid berdasarkan ujian diagnostik. Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru membuat pemerhatian dan penilaian terhadap beberapa aspek seperti melihat hasil kerja murid. Melalui ujian diagnostik guru akan dapat melihat masalah murid yang terdapat dalam penulisan. Contoh senarai semak bagi ujian diagnostik kemahiran menulis. Terdapat beberapa ujian yang akan diuji kepada murid-murid. (Rujuk Lampiran B)

Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional untuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. Oleh itu semasa ujian diagnostik kemahiran menulis dilakukan, guru mestilah memerhati tingkah laku murid semasa menulis. Semasa pemerhatian, guru haruslah peka apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh murid semasa menulis.

Salah satu sumber maklumat sedia ada berkaitan sampelsampel kerja yang dihasilkan murid berikut dalam mata pelajaran yang dipelajarinya. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru perlu mambuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari. Bagi kemahiran menulis, guru harus menganalisis hasil kerja murid untuk melihat perkembangan murid dari segi cara penulisan murid. Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam portfolio murid.

Contoh (a)
Amalina melakar menggunakan dua warna. Ia menggunakan banyak bentuk bulat dalam lukisan. Dia berjaya meneruskan lakaran untuk membentuk kaki, tangan dan rambut

Contoh b
Faiz tekun menyiapkan hasil kerjanya. Dia

berjaya menulis huruf dan ayat mudah. Dia menunjukkan untuk usaha

membetulkan

kesilapan sendiri.

Ujian rujukan kriteria merupakan sesuatu ujian yang kerap direka oleh guru pendidikan khas untuk menilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu telah dicapai. Biasanya kemahiran yang diuji hanya ditujukan kepada satu aspek sahaja. Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang tertentu. Tujuannya ialah untuk menilai sama ada murid telah menguasai kemahiran tersebut. Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan tetapkan kriteria pencapaian, biasanya jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap 70%.

Inventori tidak formal merupakan ujian yang dibina untuk mengukur setakat mana murid telah menguasai kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam sukatan yang digunakan di sekolah. Sekiranya guru ingin membina inventori tidak formal bagi menguji kebolehan murid dalam ejaan, guru akan merujuk kepada sukatan Bahasa Melayu untuk mengetahui kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam aspek tersebut. Berdasarkan rujukan yang dibuat item-item ujian akan dibina untuk menguji murid.

Langkah-langkah untuk membina sesuatu inventori tidak formal Tentukan dulu kemahiran dalam sukatan yang anda ingin gunakan untuk menguji murid, contohnya menulis perkataan KVK, melengkapkan ayat, dan lain-lain Kenal pasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan untuk ujian berdasarkan umur, darjah dan tahap kebolehan murid

Sediakan item-item ujian bagi setiap bahagian sukatan dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting setiap bahagian

Pastikan bahawa bilangan item yang digunakan adalah dikawal

Susunkan item-item ujian daripada yang paling senang kepada yang paling susah

Mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil cara memperbaiki: -Latih tubi menyalin ayat atau tulisan. - Terapkan konsep tatabahasa dalam ayat. - Arahkan murid menyalin ayat dalam huruf kecil sahaja. - Kemudian terangkan kepada murid di mana fungsi huruf besar dalam ayat yang di salin.

Jarak huruf tidak seragam cara memperbaiki: -Menyalin perkataan dalam kotak. -Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar. -Menyambung titik huruf

Meninggalkan huruf semasa menyalin ayat cara memperbaiki: -Elakkan perkataan berganda. -Jangan beri latihan yang terlalu panjang. -Kurangkan perkataan imbuhan. -Semak baris demi baris.

Jarak antara perkataan adalah tidak sesuai. cara memperbaiki: -Letakkan satu jari atau pen diantara setiap perkataan sebagai penanda jarak. -Sambung titik. -Kertas surih bentuk ayat (murid salin semula mengikut potongan kertas surih)

TULISAN MENAIK ATAU MENURUN DARIPADA GARISAN

MENINGGALKAN HURUF SEMASA MENYALIN AYAT

CAMPURAN HURUF BESAR DENGAN HURUF KECIL

JARAK HURUF ATAU PERKATAAN TIDAK SESUAI

TULISAN YANG TERLALU KABUR HINGGA SUKAR DIBACA

JARAK HURUF TIDAK SERAGAM

MENULIS ABJAD TIDAK LENGKAP ATAU TIDAK SELESAI

MENONJOLKAN PEMBALIKAN HURUF

Anda mungkin juga menyukai