Anda di halaman 1dari 1

AMALAN MURNI PANDUAN HIDUP KITA

PETIKAN 1

Zulkifli bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut
malam. Dia sukar untuk bangun pagi walaupun telah berkali-kali dikejutkan oleh
emaknya. Dia tidak sempat bersarapan. Dia juga tidak sempat bersalam dengan
kedua-dua orang tuanya. Dia mengayuh basikalnya dengan pantas supaya dapat
sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi. Nasibnya agak malang, sesampainya
dia di persimpangan jalan, basikalnya tidak dapat dikawal dan terhumban ke tepi
jalan. Lutut dan tapak tangannya berdarah. Dia tetap meneruskan perjalanannya ke
sekolah. Dia sampai lewat lima minit.
Dia menjelaskan keadaan sebenar kelewatannya sampai di sekolah. Dia
memohon
maaf
atas kelewatannya itu. Dia juga meminta bantuan daripada guru bertugas untuk
merawat dan mencuci luka di lutut dan di tapak tangannya. Setelah lukanya dicuci
oleh Cikgu Ismail, Zukifli diajak oleh Cikgu Ismail ke kantin sekolah untuk
bersarapan pagi. Zulkifli menerima pelawaan itu. Zulkifli mengucapkan terima kasih
kepada Cikgu Ismail.

PETIKAN 2
Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di
sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat,
dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan
kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil supaya makan dulu
sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi.
Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil
juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu
dengan bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil
pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil
menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan
pagi dan makan mengikut waktu.

Anda mungkin juga menyukai