Anda di halaman 1dari 3

JURNAL 3 (26/4/2015-30/4/2015)

DAYA TUMPUAN MURID DAN FOKUS MURID


MASALAH

Pada minggu ketiga ini terdapat juga masalah yang timbul berkenaan daya
tumpuan murid yang tidak fokus terhadap pelajaran. Masalah pada kali ini adalah
melibatkan pengajaran saya untuk kelas 4M terdapat sekumpulan kecil murid
yang tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Terdapat sebilangan kecil murid yang duduk di
bahagian belakang kelas dan suka membuat bising dengan berbual sesama
sendiri. Sebahagian murid kelas ini juga agak lambat dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran. Akibatnya, banyak aktivti yang saya rancang dalam buku
rancangan pengajaran saya, tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Terdapat
murid yang lemah duduk dikalangan murid yang pandai dan tidak mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Mereka seringkali
menumpang rakan yang pandai membuat kerja kumpulan apabila sesuatu
tugasan berkumpulan dilakukan.

ANALISIS MASALAH

Dalam menghadapi masalah ini, saya perlu mengkaji dan menyiasat puncapunca berlakunya masalah yang timbul. Masalah murid tidak memberi perhatian
dan kebisingan di dalam kelas cuba saya kaji dan saya dapati mungkin masalah
ini berlaku terhadap murid yang memang lemah dalam subjek pendidikan seni
visual menyebabkan mereka kurang memahami apa yang saya ajar. Akibatnya,
mereka tidak focus semasa guru mengajar.

CADANGAN
Setelah akan mendapatkan maklumat dari Pn Asmaliza iaitu, guru kelas yang
asal dan merupakan guru sebelum saya mengambil alih tersebut. Saya
mendapatkan maklumat tentang beberapa murid yang lemah dan bermasalah di
dalam kelas tersebut. Seterusnya, saya terus mengatur strategi dengan memberi
penekanan terhadap pengajaran secara individu. Menurut kajian Ivan Pavlov,
dalam teori Pelaziman Klasik (Classical Conditioning), kelakuan seseorang boleh
diubah jika terdapat rangsangan secara berterusan.
Dalam mengatasi masalah ini, saya mengambil beberapa tindakan seperti
berikut:
1. Merancang aktiviti pengajaran yang menarik dan melibatkan semua murid.
2. Menyusun semula kedudukan kerusi dan meja mengikut kumpulan.
3.

Menyusun

semula

kedudukan

murid

mengikut

perbezaan

individu.

4. Pemberian hadiah bagi murid merangsang minat murid untuk belajar.


5. Menggunakan Pendidikan seni visual baku sepenuhnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
6. Merancang waktu pengajaran sebaik mungkin.

TEMPOH PENYELESAIAN
Sehingga murid menunjukkan tingkah laku yang positif.
TINDAKAN SUSULAN

Dalam melaksanakan cadangan, saya akan lebih memberikan perhatian


terhadap murid yang tidak fokus tersebut. Saya juga menggunakan kaedah
peneguhan positif daripada teori pelaziman operan (Operant Conditioning),
peneguhan boleh dilakukan apabila murid membuat satu kebaikan. Hal ini dapat
menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti yang di dalam kumpulan. Saya

memberi ganjaran atau reward kepada kumpulan murid yang mendapat


jawapan dengan cepat dan betul dalam aktiviti yang dijalankan.

Daripada tindakan ini, saya dapati, murid dari kumpulan lain berlumba-lumba
untuk memenangi hadiah tersebut. Saya nampak lihat kesungguhan mereka
menjawab dan menyelesaikan soalan pemahaman yang diberikan. Terdapat
beberapa orang murid yang curi-curi melihat beg saya yang berisi bahan bantu
mengajar dan tidak sabar untuk melakukan aktiviti pada hari tersebut. Ini
membuktikan murid telah menaruh minat untuk belajar dan seterusnya focus
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya akan menyusun semula murid berdasarkan perbezaan individu hasil


daripada keputusan markah peperiksaan pertengahan tahun dan ujian-ujian
yang lepas. Saya telah membahagikan mereka kepada kumpulan tertentu yang
lebih kecil bagi memudahkan saya mengawal kelas. Dengan pembahagian
seperti ini, saya dapat memberi tumpuan sepenuhya terhadap murid mengikut
tahap kepandaian mereka juga, bagi memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah fokus dan daya tumpuan murid bukanlah
menjadi isu besar dan boleh diatasi segera. Murid-murid adalah generasi yang
bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang.
Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada
guru itu sendiri untuk mengatasinya. Ganjaran dapat meningkatkan minat dan
motivasi murid untuk melakukan aktiviti pengajaran. Selain itu juga, ianya dapat
memastikan disiplin murid sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan
memuaskan, selain mewujudkan suasana pembelajaran yang erat diantara
murid dan guru.

Anda mungkin juga menyukai